Pahang Daily Online |
Lulus Tanah, MB Perlu Lakukan Sekarang Jikalau Tidak Mahu Penduduk 'Hilang Kepercayaan' Lagi! Posted: 21 Jul 2012 11:11 AM PDT KUANTAN, 22 Julai - Keputusan Kerajaan Negeri Pahang mahu meluluskan pemberian tanah kepada tujuh keluarga Green Cow, Cameron Highlands membuktikan perjuangan rakyat terhadap isi ini tidak sia-sia sebenarnya. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) sebenarnya tidak perlu menunggu lama untuk berjumpa dan berjanji kepada para penduduk terbabit, sehingga mereka akhirnya terpaksa bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan baru-baru ini. Kes tangkapan kesemua mereka yang sedang mengadakan "Occuppy MB Pahang's Office" dipercayai telah memberi tekanan kepada Adnan untuk membuat keputusan drastik ini. Walau pun keputusan itu dibuat hasil pertemuan Presiden MIC, G Palanivel dengan Menteri Besar Pahang selepas itu, namun isu sebenarnya ialah BN begitu takut kehilangan undi kaum India pada Pilihanraya Umum akan datang sebenarnya. Maka itulah mereka terdesak dan akhirnya membuat keputusan berkenaan. Persoalannya, apakah "janji janji MB Pahang itu kali ini akan ditepati"?. Inilah yang menjadi kemusyikan sebahagian besar dari kalangan penduduk terbabit. Sedangkan untuk berjumpa MB sekali pun mereka perlu mengambil masa hingga dua tahun lamanya. Kemudian selepas dapat berjumpa janji MB untuk melawat lokasi mereka juga tidak ditunaikan dan sekarang berjanji untuk meluluskan kawasan berkenaan pula. Apa yang ditakuti ialah mungkin ia hanyalah mainan politik semata-mata bagi menarik kembali sokongan kaum India terhadap BN. Jalan terbaik ialah Kerajaan Negeri Pahang meluluskan kawasan yang dijanjikan itu sekarang, dan tidak perlu menunggu lama lagi menjelang atau selepas PRU-13 nanti. Apapun, keputusan MB Pahang itu juga harus dihormati kerana beliau akhirnya terpaksa akur dengan kehendak rakyat. Semoga ia jadi pengajaran kepada lain-lain pemimpin agar mendengar suara rakyat terutamanya di dalam isu sensitif seperti ini. Rakyat terpaksa tunggu selama 30 tahun untuk menuntut hak-hak mereka [Isu ini sepatutnya sudah lama diselesaikan andainya pemimpin negeri benar-benar mahu menolong rakyat. Selama 30 tahun berjuang dan baru sekarang, ketika menjelangnya pilihanraya umum ke-13 barulah nasib mereka mahu diberi perhatian. Ke mana pergi MIC yang kononnya mahu perjuangkan nasib kaum India selama ini?. Apa yang jelas dapat dilihat, perjuangan rakyat ini hanya diberi perhatian serius oleh kepimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands yang diketuai oleh Suresh Kumar dan rakan-rakannya. Oleh itu, G.Palanivel tidak boleh terlalu mendabik dada kononnya merekalah yang memperjuangkan nasib kaum India terbabit. Kerajaan Negeri Pahang pula harus lebih berhati-hati menangani isu tanah seperti ini. Jangan nanti rakyat bongkarkan pemimpin begitu mudah beri tanah kepada warga asing, tetaoi terlalu sukar untuk rakyatnya sendiri seperti apa yang berlaku di Parlimen Pekan. Laporan ada proksi dan ahli keluarga pemimpin dapat tanah sehingga beratus-ratus ekar juga sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Namun, itulah politik Malaysia. Siapa yang pandai mengipas dan menjilat pemimpin, maka merekalah yang akan mendapat hasilnya. Justeru, marilah melakukan perubahan pada PRU13 akan datang agar pemimpin yang lebih berwibawa dalam mentadbir negeri ini dapat diberi peluang]. |
Panas: Kematian Di Kilang Lynas, Benarkah Sakit Jantung Atau Satu Lagi Cubaan Untuk Tutup Isu ! Posted: 21 Jul 2012 07:56 AM PDT KUANTAN, 22 Julai - Pahang Daily Online (PDO) dikecam teruk oleh pembaca yang menyokong Lynas susulan pendedahan panas kami berkaitan ada dua pekerja kilang itu meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Berita yang diterima secara online dari staff Lynas itu sungguh mengejutkan semua pihak. Ramai yang tidak percaya laporan tersebut dan kami sendiri cuba mengesahkan maklumat itu. Selepas beberapa jam menyiasat akhirnya kami keluarkan lagi artikel bahawa memang ada kematian di kilang Lynas tetapi mangsa yang asalnya dua orang hanya seorang sahaja meninggal. Berita lain, mangsa berasal dari Sabah memang tepat dan tidak bercanggah dengan fakta yang diterima. Namun menurut sumber yang lain pula mangsa bukan pekerja Lynas sebaliknya baru untuk ditemuduga dan beliau mati akibat "sakit jantung". Persoalannya benarkan dia mati sakit jantung? Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan Lynas?. Malah sebelum ini seorang pegawai Lynas yang bukan rakyat Malaysia telah ditemui mati di penginapannya dekat Hotel Hyatt di sini. Laporan juga menyebut dia mati akibat sakit jantung. Berdasarkan kedua-dua kes ini, maka rakyat boleh menilai sendiri kesahihan maklumat berkenaan. Apakah mangsa memang sakit jantung atau itu jawapan yang paling mudah dibuat oleh Lynas bagi membuktikan kilang mereka selamat. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. PDO dituduh membuat fitnah oleh blog-blog pro UMNO Pahang. Walhal kami mendapat maklumat dari dalam kilang itu sendiri. Soal ujikaji dengan "anjing" yang dilaporkan bukanlah bertujuan untuk mengatakan Lynas menggunakan anjing, tetapi ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu melihat tahap keselamatan kilang itu. Mengejutkan apabila binatang itu juga mati. Apakah ada kebocoran pada kilang Lynas?. Inilah yang jadi persoalan di kalangan rakyat sekarang. Laporan Karam Singh TV3, Lynas selamat tidak betul kerana ia belum lagi beroperasi, tahap radiasi perlu dibuat bila sisa buangan dihasilkan nanti |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan