Sabtu, 21 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Ustaz Azhar: Kuliah Ramadan, Soal Jawab Puasa

Posted: 21 Jul 2012 02:31 AM PDT

Panas: Blogger Cucumatkilau Di Saman Gara-Gara Mahu Tegak Keadilan Isu Beli Rumah Di Kuantan

Posted: 21 Jul 2012 01:22 AM PDT

KUANTAN, 21 Julai -Tetuan Salamon, Zuraida & Partners telah memfailkan tindakan saman terhadap Mohd Shukri Mohd Ramli @ Blogger Cucumatkilau (foto), susulan tidak berpuas hati dengan satu artikel yang bertajuk "Gara-Gara Kesilapan Buat Urusan Rumah Dengan Bekas Calon BN, 'Blogger Cucumatkilau' Terpaksa Berhadapan Saman 'RM28,000' Daripada Pemilik" yang disiarkan di dalam blog ini pada 27 Mac lalu. Pahang Daily Online (PDO) turut disaman oleh peguam terbabit yang mendakwa artikel berkenaan telah menjejaskan reputasi dan memalukan beliau (Peguam Salamon Ali Rijal). Difahamkan writ saman telah dihantar kepada blogger terbabit beberapa hari lalu menerusi peguamnya dari Kuala Lumpur. Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuantan telah menetapkan 10 Ogos 2012 ini untuk pengurusan kes berkenaan. Dalam pada itu, semasa dihubungi blogger terbabit mendakwa beliau tidak gentar dengan tindakan saman yang dikemukakan oleh Salamon Ali Rijal itu. "Memang sudah lama kami (beliau dan isteri) mahu membawa kes ini ke mahkamah. Jika dia tidak saman saya sekali pun, saya sendiri akan menyaman beliau sebenarnya. Mujurlah dia terlebih awal menfailkan tindakan saman.. dengan ini lebih mudah untuk pihak saya mengemukan bukti dan dokumen kukuh tentang kesalahan peguam berkenaan selama ini. Anehnya, peguam beliau menyatakan anak guamannya itu tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes ini. Agak melucukan kerana kami ada dokumen kesalahan beliau yang wajar didedahkan kepada mahkamah", kata blogger terbabit ketika dihubungi. Cucumatkilau juga merupakan salah seorang blogger yang aktif dengan blog ini. "Selama hampir tiga tahun kes kami disaman oleh pemilik rumah gara-gara kelewatan proses (10% per anum) berkaitan, Salaman, Zuraida @ Partners langsung tidak memberikan kerjasama. Berkali-kali dihubungi dan ada perjumpaan diadakan dengan beliau (Salamon) namun mereka tetap lepas tangan dan membiarkan kami terkapai. Kami beli rumah berharga RM93,000 kemudian bayar peguam lebih RM5,000 dan terpaksa pula bayar sewa hampir RM7,000 akibat kelewatan selama dua tahun (RM300 X 24 bulan) ... selepas semua selesai, kami di saman RM28,000 sedangakan peguam yang kami lantik itu langsung tidak mahu membantu di mahkamah. Dalam keadaan terdesak sudah pasti saya membuat sidang media akan hal ini dan ia disiarkan oleh mana-mana pihak sebenarnya. Soalnya kenapa harus dia melenting kalau dia mengambil tanggungjawab. Injuksi mahkamah bagi menghalang isu ini dihebahkan adalah tidak wajar kerana ia sudah pun berlaku dan kami menjadi mangsa", kata beliau lagi.


Bukti, antara dokumen yang menunjukkan kesilapan yang menjadi salah
satu daripada punca kelewatan proses pinjaman perumahan berkenaan


[Difahamkan blogger berkenaan akan membongkarkan beberapa perkara penting dimana boleh menjejaskan reputasi peguam berkenaan selepas ini. Tindakan peguam berkenaan menyaman adalah satu cara untuk menutup isu. Namun difahamkan blogger Cucumatkilau masih membuak pintu rundingan dengan Salamon, Zuraida & Partners berunding sebelum kes di bawa ke mahkamah. Jika tidak, pasti banyak rahsia besar akan terbongkar dan menyebabkan ramai pelanggan mereka akan lari dann tidak menjadikan firma guaman terbabit sebagai panel mereka sebenarnya. Malah, blogger terbabit juga sedang menyediakan dokumen yang berkenaan untuk membawa kes ini ke Majis Peguam. Difahamkan, Salamon Ali Rijal (foto) adalah salah seorang ahli Lembaga Displin Majlis Peguam dan merupakan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) iaitu lokasi rumah yang dibeli oleh blogger terbabit. Sewajarnya beliau membantu masalah yang dihadapi oleh anak buahnya. Namun sebaliknya pula yang terjadi. Maka itu, kes ini pasti akan menjadi lebih panas selepas ini jika tiada jalan penyelesaian terbaik diperolehi antara kedua-dua belah pihak].

Video: Laporan Khas Buku Jingga Pakatan Rakyat

Posted: 20 Jul 2012 10:32 PM PDT

Panas: Hari Pertama Puasa, Banyak Kedai Runcit Mula 'Menjual Makanan' Di Laporkan Di Kuantan

Posted: 20 Jul 2012 09:51 PM PDT

KUANTAN, 21 Julai - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan pihak berkuasa yang lain digesa memantau dan mula membuat operasi untuk menahan mana-mana peniaga yang menjual makanan kepada orang Melayu di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Laporan diterima, walau pun baru hari pertama puasa namun sudah banyak kedai-kedai runcit (bukan restoran) di sekitar bandar ini yang menjalankan operasi tersebut. Apa yang mendukacitakan ialah makanan seperti Nasi Lemak dan Nasi Bungkus itu dibekalkan oleh orang Melayu yang kononnya beragama Islam. Tanpa segan silu mereka menghantar makanan terbabit yang diletakkan didalam kotak atau bakul, seolah-olah ia barangan runcit yang ditempah oleh kedai terbabit. Rupanya mereka mengaut untung berganda dengan membekalkan makanan itu yang dijual pada harga yang lebih tinggi daripada hari-hari biasa. Operasi ini turut diadakan di kawasan kilang sekitar Semambu dan Gebeng. Ramai pekerja kilang mula membeli makanan daripada pihak berkenaan sekiat jam 11.00 pagi tadi. Banyak laporan yang kami terima dan akan didedahkan secara lebih eksklusif berserta dengan gambar bukti mulai Isnin ini. Pihak berkuasa juga digesa memantau operasi restoran makanan segera seperti McDonald dan Kentucky Fried Chicken (KFC) yang menawakan perkhidmatan Drive Tru (pandu lalu). Ini kerana banyak juga laporan yang diterima, mereka sewenangnya menjual makanan dan minuman kepada orang Melayu yang tidak berpuasa. Lokasi yang menjadi tumpuan ialah di McD dan KFC Teluk Chempedak dan terbaru di Indera Mahkota (berhadapan dengan Masjid Tengku Ampuan Afzan). Lebih mendukacitakan ialah yang menjual itu adalah pekerja Melayu yang beragama Islam sendiri sebenarnya.


McDonald dan KFC pandu lalu di Teluk Chempedak kerap jadi tumpuan
[Apa yang jelas, penguatkuasa yang longgar menyebabkan pihak berkenaan tidak takut dengan undang-undang. Justeru, pihak berkuasa agama digesa memantau situasi ini. Mereka perlu memberi amaran atau tidak membenarkan restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald menjual makan secara "pandu lalu". Kaedah inilah yang memudahkan orang Melayu yang tidak berpuasa membeli makanan, kerana mereka tidak perlu turun dari kenderaan masing-masing. Apatah lagi apabila kenderaan terbabit bercermin gelap sebenarnya. Krew kami akan mengadakan operasi secara besar-besaran untuk mendedahkan maklumat ini secara bergambar dengan lebih jelas lagi. Senarai peniaga kedai runcit yang telah berbuat demikian sudah pun berada dengan pihak kami dan akan dihantar kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk tindakan selanjut. Oleh itu umat Islam diminta berhati-hati dan menghentikan kegiatan tidak bermoral dan jelas sekali melanggar perintah agama Islam ini hendaknya].

Ceramah Anwar "Merdeka Rakyat Jalan Kebun" !!

Posted: 20 Jul 2012 10:03 AM PDT

Panas: Najib Nasihat, Rakyat "Jangan Salah" Pilih Pemimpin Dan Menyifatkan Mereka Yang Terlibat Dengan Himpunan Bersih 3.0 Sebagai Hilang Akal

Posted: 20 Jul 2012 09:37 AM PDT

PEKAN, 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah memilih pemimpin kerana boleh mengakibatkan keamanan negara tergadai sekali gus menyebabkan rakyat hilang nikmat untuk melakukan ibadat. Perdana Menteri berkata pemimpin sedemikian yang beliau sifatkan sebagai tidak berakal akan memporak-perandakan negara selain meragut kemakmuran rakyat yang dikecapi pada hari ini. "Kalau kita salah pilih (pemimpin) dengan meletakkan orang yang tidak kena pada tempatnya maka nikmat kemakmuran itu mungkin terlepas dari kita. "Setakat orang itu baik sahaja, itu belum cukup kerana ada orang yang cuba menampakkan dia baik tapi dia sebenarnya tidak baik," katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan kepada 57 buah masjid dan 170 buah surau di Parlimen Pekan sempena Ramadan di sini, semalam. Beliau berkata pemimpin yang berakal dan cemerlang adalah pemimpin yang berkemampuan untuk mentadbir negara, membuat dasar-dasar negara, menjana kekayaan dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara luar. Mengambil contoh pemimpin yang tidak berakal, Najib berkata perkara itu dapat dilihat ketika Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu yang membawa pelbagai kesusahan kepada negara dan rakyat kerana sikap keras kepala dan kurang ajar pemimpin pembangkang. "Ketika Perhimpunan Bersih 3.0 dulu, sudahlah buat angkara dalam negara iaitu secara tidak aman, yang paling parah buat demonstrasi di Tanah Haram, di depan Masjid Nabi dan depan Masjidil Haram yang hampir mengakibatkan kuota haji kita ditarik balik oleh kerajaan Arab Saudi. "Kenapa pemimpin ini tidak guna akal. Kenapa Tuhan bagi akal dia tak guna. Kenapa semata-mata sebab politik dia sanggup melakukannya di tanah suci," katanya. Najib berkata tindakan bodoh pembangkang itu hampir menyebabkan jemaah haji Malaysia yang menanti sehingga 10 tahun untuk menunaikan haji terlepas peluang beribadat. "Akhirnya yang perlu selamatkan keadaan adalah kerajaan saya kerana kita ada hubungan yang baik dengan Raja Abdullah, dengan menggunakan saluran tertentu untuk jelaskan keadaan, Alhamdulillah kuota haji kita tidak terjejas," kata beliau. Najib dalam pada itu menyeru supaya rakyat mengambil barakah bulan Ramadan dengan memperbanyakkan melakukan amal ibadat dan jariah. Bernama

[Kenyataan Najib ini jelas sekali cuba memperbodohkan rakyat sebenarnya. Umum mengetahui tujuan himpunan Bersih 3.0 adalah untuk mendesak kerajaan melaksanakan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Makanya, kerajaan yang tidak berakal dan zalim sudah pasti enggan berbuat demikian dan begitu mudah menuduh orang lain tidak berakal sebenarnya. Pemimpin yang tidak berakal ialah seperti Najib yang rela memunggah ribuan orang asing dari Kemboja, Myanmar dan lain-lain lagi untuk mendiami bumi Pekan. tidak cukup dengan diberi tanah untuk tempat tinggal serta bercucuk tanam, juga diberikan kad pengenalan (MyKad) yang membolehkan mereka mengundi BN (Najib) pada setiap kali pilihanraya. Warga Pekan terutamanya Melayu UMNO memang tahu semua ini. Mereka sedar kini ekonomi Pekan telah dikuasai oleh warga asing terutamanya dari Kemboja. Mereka tahu kawasan seperti Tanjung Agas, Kg.Sekukuh, Sungai Miang, Kg.Merchong dan banyak lagi kini sudah menjadi kampung halaman warga asing. Tapi dek kerana Najib mahu dimenangkan, mereka tutup mata dan rela membiarkan bumi yang dipijak menjadi milik orang. Apakah Najib berakal, demi kuasa rela lakukan apa saja?. Justeru, usahlah memperbodohkan rakyat dengan kenyataan memualkan yang memang terkena atas batang hidung beliau sebenarnya].

Tiada UMNO Bukan Bererti Tiada Pembangunan

Posted: 20 Jul 2012 03:41 AM PDT

Tiada ulasan: