Rabu, 18 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Terbongkar, "Timbalan Menteri" Seleweng Dana Kerajaan (RM82,000) Bagi Kegunaan PRU12

Posted: 17 Jul 2012 09:45 PM PDT

KUANTAN, 18 Julai - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Dato' Maznah Mazlan (foto) diminta menjawab satu dakwaan beliau telah menggunakan kuasanya untuk menggunakan peruntukan kerajaan melalui Yayasan Hawa (Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang) bagi kepentingan peribadinya, ketika beliau memegang jawatan Exco Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Pahang dulu. Berdasarkan maklumat, Maznah telah menggunakan dana kerajaan sebanyak RM82,000 untuk kegunaan peribadi beliau pada kempen Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Maznah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muazdzam Shah dengan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rabidin Kasmawi dengan majoriti sebanyak 2,520 undi. Beliau mendapat 6,681 undi sementara calon PKR itu hanya mendapat 3,161 undi. Maznah yang ketika itu merupakan Exco Pahang, kemudiannya dilantik sebagai Senator oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memegang portfolio Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 9 April 2009. Pemergian Maznah ke pusat menyebabkan tiada lagi wakil Wanita UMNO Pahang dalam barisan Exco Kerajaan Negeri dan portfolio beliau diambil alih oleh Dato' Shafik Fauzan (ADUN Inderapura) sehingga sekarang. Apa yang dipertikaikan rakyat ialah tindakan Maznah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengagihkan dana kerajaan menerusi Yayasan Hawa yang ketika itu (2008) berada di bawah portfolio beliau?. Berdasarkan dokumen, kejadian berlaku semasa kempen PRU-12 lalu. Pada tarikh 27 Februari 2008, cek tunai berjumlah RM42,000 telah ditunaikan dan kemudiannya telah diserahkan sebanyak RM40,000 kepada Maznah selepas mesyuarat exco. Manakala sebanyak RM2,000 lagi telah diserahkan kepada individu bernama Tuan Hj.Ismail Abu Bakar (Ketua Pembantu Tadbir di Lembaga Pembangunan Tioman) pada tarikh yang sama. Semua bayaran dibuat atas perkara "penginapan, belanja dan pelbagai". Kemudian pada 3 Mac 2008 iaitu semasa kempen PRU-12 sedang berjalan satu lagi cek Yayasan Hawa berjumlah RM37,000 telah ditunaikan. Pada tarikh itu juga, dua kali serahan wang tunai sebanyak RM7,000 telah pun dibuat kepada Tn.Hj Ismail.

Sila klik untuk besarkan imej dokumen yang dipaparkan dibawah ini

Bukti, salinan dokumen penyelewengan Maznah Mazlan guna dana kerajaan
untuk berkempen pada Pilihanraya Umum ke-12 (2008) yang telah lalu

Kedua-dua jumlah ini dibuat atas perkara "program rumah ke rumah dan kereta 4 X 4" bagi kegunaan Maznah berkempen ketika itu. Jumlah keseluruhan yang digunakan ialah sebanyak RM49,000 dan kemudian bakinya sebanyak RM33,000 telah diberikan kepada individu bernama Imelda yang merupakan Pembantu Khas (PA) Maznah Mazlan pada tarikh 13 Mac 2012 iaitu lima hari selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan. Penyerahan tersebut telah diperakui oleh Idros Yahya (Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Pahang) Kesemua jumlah wang Yayasan Hawa yang digunakan ialah sebanyak RM82,000. Bukti tandatangan Imelda juga turut disertakan sebagai mengesahkan lagi adanya penyelewengan peruntukkan wang kerajaan ini.

[Kredibiliti dan ketelusan Dato' Maznah Mazlan semasa beliau menjadi Exco Pahang juga banyak dipertikaikan. Sebagai Exco pelancongan kebanyakan projek dipercayai telah diberikan kepada anak buah dan konco-konconya tidak kira dapat 'deliver' atau pun tidak. Lihat saja apa jadi dengan platfom IT pelancongan di Pahang ketika Maznah menjadi Exconya. Dengar khabar hinggakan laman web negeri pun diberikan kepada seorang pemimpin pemuda UMNO yang langsung tidak berkemampuan menyempurnakan projek tersebut. Sebaliknya ada sumber mengatakan bahawa si pemuda UMNO itu memegang nama dan alamat sebenar laman web pelancongan Pahang dan tidak mahu berganjak selagi permintaannya tidak dipenuhi ketika itu. Ini antara perkara yang membabitkan Maznah sebenarnya. Ada banyak lagi kontrak serta projekberkaitan pelancongan di negeri itu setengah masak, tidak profesional dan terbengkalai akibat tindakan Maznah memberikan kepada kontraktor tidak berwibawa yang ada hubungan rapat dengan beliau atau proksi-proksinya. Kini Maznah amat selesa menjadi Timbalan Menteri dan khabarnya beliau gemar menyimpan kereta Porsche dirumahnya. Beliau (Porsche Canyen) dan seorang anaknya yang sering berulang alik ke Kuantan kini menggunakan kereta mewah tersebut tanpa segan silu. Hidup bermewah-mewah keluarga Maznah sudah diketahui oleh umum dan menunggu masa untuk didedahkan selepas ini. Oleh itu kepada mana-mana pemimpin UMNO Pahang digesa berhenti menipu rakyat dan jangan fikir sewenang-wenangnya mereka boleh menipu serta menyelewengakan wang rakyat. Sudah tiba masanya, segala bukti-bukti akan didedahkan untuk dinilai oleh rakyat pada PRU-13 ini. Masanya sudah tiba untuk berubah!].

Ucapan Mat Sabu Di Himpunan Hijau K.Selangor

Posted: 17 Jul 2012 09:47 AM PDT



Mahfuz Omar 'Memeriahkan' Program Himpunan Hijau Anjuran PAS Kawasan Paya Besar Semalam

Posted: 17 Jul 2012 06:03 AM PDT

KUANTAN, 17 Julai - Himpunan Hijau ke Putrajaya anjuran PAS Kawasan Paya Besar di sini semalam disambut meriah dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Hj. Mahfuz Omar. Program yang bermula sekitar jam 6.30 itu dihadiri oleh para penyokong PAS yang berpakaian hijau termasuk Ustaz Yusof Embong (foto), Yang Di Pertua PAS Paya Besar sendiri. Pengacara Majlis, Ustaz Tarmizi Yahya mengalu-alukan kehadiran orang ramai dan mereka kemudian dijamu dengan makan "gulai kawah".Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah turut diadakan di hadapan markas terbabit. Hamparan dan sejadah dibentangkan untuk memudahkan orang ramai bersolat sekitar jam 7.45 petang. Sementara itu, Mahfuz Omar pula dilihat hadir sekitar jam 7.00 petang untuk sama-sama bersolat. Pada sebelah malamnya, satu ceramah umum telah dijalankan menampilkan Ustaz Yusof Embong, Dato' Hj.Mahfuz Omar dan Datuk Ramli Buyung iaitu Naib Presiden Kanan Felcra Berhad. Datuk Ramli yang berasal dari Kg.Sempadan, Lanchang itu dipercayai telah mengisytiharkan menjadi ahli PAS seumur hidup di Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Pahang dekat Kerdau pada 1 Julai lalu. Dalam ceramah malam tadi, Mahfuz banyak menjelaskan tentang penerimaan rakyat berbagai golongan terhadap parti PAS. "Dulu, mana-mana tempat ada pondok (madrasah) dan sawah padi maka disitu ada PAS... tengok kat mana PAS kuat?. Di Kelantan, Kedah, selatan Perak, Pulau Pinang dan utara Selangor. Tapi sekarang... mana tempat yang ada sekolah dan pejabat kerajaan... maka di situ ada PAS... kalau tak percaya pergi tanya ... maknanya sekarang PAS dan diterima oleh semua .. maka itulah kita tak hairan ramai golongan profesional masuk PAS.. malah lebih mengejutkan ramai juga artis dan selebiriti kini masuk PAS... siapa sangka semua ni berlaku. dan ia tidak pernah dijangka, sebab itu UMNO semakin takut dengan PAS", kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.









Sementara itu, dalam ceramahnya Datuk Ramli Buyung lebih banyak menceritakan tentang pengalaman sewaktu beliau berkhidmat dengan kerajaan. Beliau juga mendedahkan ramai lagi rakan seperjuangannya dalam agensi kerajaan akan menyertai parti PAS tidak lama lagi. "Saya sudah lama menyokong PAS, tapi masa tu masih berkerja dengan kerajaan. Kita kena pandai bawa diri sebab kita kerja kerajaan. Tapi secara diam-diam, hati saya memang sudah melekat dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Saya melihat UMNO BN kini bukan lagi sebuah parti yang relevan untuk membela rakyat Malaysia, Korupsi dan rasuah berlaku setiap hari bahkan amat membimbangkan", kata beliau. Sekitar dua ribu orang penyokong Pakatan Rakyat hadir ke ceramah malam tadi.

[Ketiadaan seorang pun pimpinan Pakatan Rakyat daripada PKR dan DAP pada majlis anjuran PAS kawasan Paya Besar semalan sungguh memusykilkan ramai pihak. Sepatutnya pimpinan pakatan rakyat yang lain datang bersama-sama memberi sokongan kepada program seperti ini. Soalnya, mana hilang Ketua Cabang PKR Paya Besar atau DAP?. Sepatutnya mereka menghantar wakil masing-masing jika pun mempunyai agenda lain pada hari tersebut. Sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan program sebegini akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai kesepakatan antara sesama parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Apapun, pihak PAS juga perlu mengundang lain-lain pemimpin parti untuk bersama dalam program mereka jalankan di masa akan datang].

Posted: 17 Jul 2012 04:03 AM PDT


Tiada ulasan: