Pahang Daily Online |
- Panas: Anak Muda UMNO Kencing Foto Tok Guru !
- SUKMA: Isu Potong Elaun, "MB Pahang" Di Harap Campur Tangan Membela Nasib Pelajar Terbabit !!
- Panas: Ibubapa Terkilan, Elaun Para Pelajar Yang Terlibat Acara Persembahan SUKMA XV Di Potong
Panas: Anak Muda UMNO Kencing Foto Tok Guru ! Posted: 17 Jul 2012 01:10 AM PDT [Tiada apa yang boleh diperkatakan dan ia sungguh memalukan. Tergamak budak-budak ini kencing pada gambar yang memaparkan wajah Tok Guru Nik Aziz dan Hj.Hadi. Tidak diketahui lokasi kain rentang ini diletakkan, namun kemungkinan ia adalah di negeri Selangor berdasarkan kepada gambar Masjid Sultan Salehuddin Abd Aziz Shah yang tertera. Soalnya, siapakah remaja terbabit?. Dari gaya, aksi dan baju berlogo dacing yang dipakai maka ia mengesahkan mereka adalah penyokong UMNO. Gambar ini kini tersebar secara meluas di laman sembang sosial Facebook setelah dipost oleh Afiq kl Town. Apa yang pasti, perbuatan ini jelas menghina dan terlalu biadap untuk diperkatakan. Justeru, kepada pihak yang berkenaan digesa memohon maaf kepada Tok Guru di atas perbuatan ini hendaknya]. |
SUKMA: Isu Potong Elaun, "MB Pahang" Di Harap Campur Tangan Membela Nasib Pelajar Terbabit !! Posted: 17 Jul 2012 12:49 AM PDT KUANTAN, 17 Julai - Makin panas, sudah jatuh ditimpa tangga. Nampaknya Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) dan Dato' Wan Adnan Wan Mamat (Exco Belia Dan Sukan Pahang) harus mengambil perhatian isu elaun kepada para pelajar sekolah yang menyertai acara persembahan majlis perasmian dan penutupan Sukan Malaysia (SUKMA XV Pahang) telah dipotong. Baru semalam kami menerima maklumat elaun dari RM300 dipotong RM150 menjadi RM150, kini terbaru makluman dalaman mendedahkan elaun terbabit dipotong lagi RM50. Ini bermakna semua pelajar seramai lebih kurang 2,000 orang itu hanya akan menerima elaun latihan sebanyak RM100 sahaja sepanjang hampir dua minggu memberi komitmen mereka. Perkembangan terbaru ini amatlah memalukan dan tidak wajar sebenarnya. Kudrat para pelajar digunakan siang malam dan pihak Pengurusan Acara (Event Management) yang menguruskan acara itu iaitu Siti Nurhaliza Produstion (SNP) dipercayai mengaut untung lumayan (jutaan ringgit), namun kini para pelajar yang menjadi mangsa. Sudahlah mereka terpaksa tinggalkan kelas untuk memberi komitmen kepada latihan berkenaan. Kini, elaun mereka dipotong sesuka hati oleh pihak berkenaan. Laporan mengatakan elaun makan dipotong adalah tidak wajar kerana ia diberikan secara percuma selepas mendapat peruntukan daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP). Makanya tindakan memotong RM150 adalah satu penipuan dan wajar disiasat kerana ia adalah satu tindakan khianat kepada para pelajar berkenaan sebenarnya. Pihak kami sedang menyiasat isu potongan tambahan lagi RM50 yang dilaporkan itu. [Selaku Menteri Besar Pahang yang menjadi tuan rumah kejohanan sukan terbesar di Malaysia itu, maka Dato' Sri Adnan Yaakob haruslah mengambil perhatian dan tanggungjawab atas apa yang berlaku ini. Satu siasatan yang rapi haruslah dilakukan tentang kenapa elaun RM300 yang diperuntukkan boleh menjadi RM150 atas alasan untuk peruntukan makan minum, sedangkan makan minum telah ditanggung oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP). Pihak manakah yang telah cuba menipu guru-guru, pelajar dan ibubapa terbabit?. Justeru, keadilan harus diberikan kepada pelajar yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Hak mereka perlu diberikan dan tidak wajar mereka dikhianati]. |
Panas: Ibubapa Terkilan, Elaun Para Pelajar Yang Terlibat Acara Persembahan SUKMA XV Di Potong Posted: 16 Jul 2012 11:55 PM PDT KUANTAN, 17 Julai - Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang 2012 berakhir dengan jayanya di Stadium Darul Makmur malam tadi. Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menutup acara sukan terbesar di Malaysia itu dianggap satu penghormatan terbaik kepada negeri Pahang selaku tuan rumah.Dengan tawaran hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti kereta Perodua Myvi, motosikal Modenas dan sebagainya telah menarik ramai penonton ke stadium malam tadi. Walau pun kejayaan penganjuran SUKMA kali ini dianggat berjaya dan yang terbaik, namun di sebaliknya pula memang terlalu banyak kepincangan yang telah terpalit. Bermula dengan isu kelewatan menyiapkan vanue sukan sehinggalah soal bayaran kepada petugas-petugas seperti yang dijanjikan. Terbaru, ramai ibubapa mengeluh kerana syarikat yang dilantik menguruskan acara perasmian dan pembukaan sukan tersebut telah menipu anak-anak mereka. Difahamkan, syarikat yang berjaya mendapat kontrak tersebut ialah Siti Nurhaliza Production (SNP) milik Datuk Siti Nurhaliza. Syarikat terbabit telah menggunakan ribuan pelajar (2,000) untuk menjayakan acara persembahan sempena pembukaan dan penutup sukan itu malam tadi. Pelajar yang terlibat dipilih daripada beberapa buah sekolah menengan sekitar bandar Kuantan. Antara kemusykilan ibubapa terbabit ialah tindakan memotong separuh daripada peruntukan elaun untuk pelajar terbabit. Difahamkan, peruntukan bagi setiap pelajar ialah RM300, namun telah dipotong oleh sebanyak RM150 atas alasan bayaran untuk makan minum pelajar berkenaan selama tempoh latihan. Menurut seorang bapa yang tidak mahu dikenali berkata, dia hairan kenapa pihak terbabit memotong sebahagian peruntukan itu sedangkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) difahamkan telah menyediakan bajet untuk makan minum kepada para pelajar berkenaan, sepanjang latihan itu. "Kenapa pihak terbabit potong separuh dan hanya mahu membayar pelajar berkenaan sebanyak RM150. Mana hilangnya lagi RM150?. Bayangkan jika jumlah itu didarabkan dengan bilangan pelajar (2,000) yang mengambil bahagian.. bermakna mereka mengambil hak pelajar berkenaan sebanyak RM300,000 ... Sudahlah makanan yang disediakan tidak memuaskan hingga kami terpaksa pula keluarkan bajet lain untuk belanja makan mereka selepas tamat latihan", katanya. Difahamkan, para pelajar terbabit hanya diberikan makan sosej dan sedikit makanan tambahan lain pada waktu petang dan tiada lagi makanan pada waktu malam selepas tamat latihan."Bayangkan terkadang latihan tamat sekitar jam 11.00 malam... anak saya berlapar dan merungut kerana pihak terbabit tidak menyediakan makanan yang berkualiti dan secukupnya untuk mereka. Tenaga mereka dikerah sehabis-habisnya, tiba-tiba elaun yang diperuntukkan pula dipotong. Saya menggesa pihak yang berkenaan agar menyiasat perkara ini demi keadilan anak saya dan rakan-rakan yang lainnya", katanya lagi. [Tindakan memotong elaun para pelajar yang terlibat dengan acara persembahan SUKMA XV ini amatlah tidak wajar sama sekal. Ini kerana kudrat mereka telah digunakan semaksima yang mungkin oleh pihak berkenaan. Bayangkan dalam tempoh hampir dua minggu mereka terpaksa berlatih siang malam untuk menjayakan acara persembahan majlis perasmian dan penutup sukan tersebut, tiba-tiba isu ini berlaku. Isu ini sungguh memalukan, malah amat jelas ada pihak yang telah khianat kepada amanah yang diberikan. Difahamkan sepanjang latihan para pelajar terbabit hanya diberikan minuman 100 plus dan biskut atau sosej. Ramai yang menagdu lapar kebulur sebenarnya. Merompak duit yang sepatutnya diberikan kepada para pelajar berkenaan amatlah tidak wajar sama sekali. Malah, ia juga melibatkan para guru pengiring yang terpaksa menjaga pelajar dari sekolah masing-masing. Perkara ini akan dipanjang kepada pihak yang sepatutnya sebelum wang tersebut diserahkan kepada pelajar berkenaan. Satu siasatan yang rapi harus dijalankan atas pendedahan panas ini. Malah, mereka yang terlibat harus diambil tindakan tegas kerana perbuatan khianat tersebut. Sampai hati mereka rela berbuat demikian!]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan