Isnin, 16 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Mahfuz Omar Di Ceramah PAS Paya Besar Hari Ini

Posted: 16 Jul 2012 02:10 AM PDT


Sila klik pada banner di atas untuk membesarkan imej yang dipaparkan ini

MB: Gagal Beri Khidmat Terbaik, Kerajaan Negeri Selangor Mahu Ambil Alih Urusan Air Dari Syabas

Posted: 16 Jul 2012 01:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh 14 hari selepas didakwa tidak mampu memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna. Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim (foto) berkata keputusan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi. Bagaimanapun, kerajaan negeri akan menghantar surat memohon persetujuan daripada kerajaan pusat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), katanya kepada pemberita di sini Isnin. Pada Sabtu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas Datuk Ruslan Hassan mengesahkan krisis bekalan air kini melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan kapasiti pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) tidak mampu menampung permintaan sejak kebelakangan ini. Keadaan ini telah menyebabkan tekanan air rendah sehingga menjejaskan bekalan air kepada kurang sejuta penduduk di sekitar kawasan Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat. Senario ini menyebabkan beberapa LRA beroperasi pada tahap maksimum atau melepasi kapasiti reka bentuknya serta berhadapan tekanan untuk memenuhi permintaan. Media sebelum ini melaporkan bahawa kira-kira 1.8 juta pengguna di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami krisis bekalan air sekiranya Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor serta pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak siap menjelang 2014. Justeru itu, Ruslan meminta Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat segera berbincang bagi membina loji rawatan itu mengikut jadual ditetapkan. Syabas ditubuhkan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat 1965 untuk menjalankan penswastaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan telah mengambil alih tanggungjawab Perbadanan Urus Air Selangor. Ia dilantik oleh kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan bagi mempertingkat dan menambah baik sistem dan perkhidmatan bekalan air di Selangor memandangkan pengurusan sebelumnya menghadapi kendalaan kewangan, pengurusan tidak efektif, standard mutu air yang rendah dan bekalan air terawat yang tidak konsisten. Syabas diberikan konsesi untuk mengurus, mengendali dan membekal air bersih bermutu bagi tempoh 30 tahun mulai 1 Jan 2005.

[Elok benar Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih pengurusan air dari pihak Syabas. Ini kerana pihak Syabas terlalu banyak bermain politik sehingga tidak tahu membezakan yang mana sepatutnya didahulukan. Tindakan Syabas sengaja mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Maka itulah banyak tindakan yang sepatutnya diselesaikan dengan baik sengaja disusahkan. Tambahan pula Pengerusi Syabas itu sendiri ialah Tan Sri Rozali Ismail adalah merupakan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GEGF) yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Justeru, tidak hairanlah banyak tindakan Syabas lebih memihak kepada kerajaan UMNO BN. Maka, itu jika Kerajaan Negeri Selangor mahu krisis air di negeri itu diselamatkan sudah tiba masanya mereka ambil alih pengurusan air ini].

Aktiviti: Terkini, Ceramah PAS Di Parlimen Bera !!

Posted: 16 Jul 2012 01:14 AM PDT


Pekan: Anak Nekad "Selamatkan Ibu Bapa" Yang Sedang Terbakar Di Kg.Cenderawasih Pagi Tadi !!

Posted: 16 Jul 2012 12:58 AM PDT

PEKAN,16 Julai - Seorang pelajar tingkatan empat bertindak berani apabila menyelamatkan ibu bapanya yang sedang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderawasih, Pekan, awal pagi Isnin. Dalam kejadian 2.30 pagi itu, ibu kandung dan bapa tiri Mohd Amri Abu Bakar, 16, melecur teruk di seluruh tubuh selepas bilik tidur mereka terbakar. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan itu berkata beliau terhidu bau asap sebelum terdengar jeritan ibu bapanya. "Ayah tiri saya, Abdul Karim Mohamad dan ibu saya, Saidah Talib kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya. Abdul Karim, 39, yang bekerja sendiri dan isterinya, Saidah, 35, dihantar oleh jiran tetangga ke Hospital Pekan kira-kira 3.30 pagi tadi sebelum dipindahkan HTAA. Keadaan mereka dilapor agak kritikal. Menceritakan detik cemas itu, Mohd Amri berkata beliau melihat kepulan asap dari bilik tidur kedua ibu bapanya, sebelum bertindak menendang pintu bilik berkenaan. "Selepas menendang, saya lihat ayah sedang terbakar dari paras pinggang ke bawah, manakala ibu terbakar seluruh badan," katanya. Dia kemudiannya membawa kedua-dua adiknya, Nurazalina Abu Bakar, 11 dan Noraini Abu Bakar, 5, yang tidur di ruang tamu, keluar dari rumah berkenaan. Mohd Amri kemudiannya berlari ke dapur dan mengambil air di dalam baldi sebelum bertindak menyimbah air berkenaan ke atas kedua-dua ibu bapanya. Beliau kemudian mengheret kedua-dua orang tuanya keluar dari bilik yang sedang terbakar itu sebelum dibantu jiran tetangga. Bilik yang terbakar itu berjaya dipadamkan. Sementara itu, ketua kampung berkenaan Mohamad Karim berkata pasangan suami isteri itu sedang tidur ketika kejadian. "Katil dan kelambu di bilik berkenaan dipercayai terbakar sebelum api menjilat tubuh mereka, punca kejadian tidak diketahui," katanya. Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian dan akan menyiasat punca kebakaran tersebut. Bernama

Hi-Tea Dengan Dayang Ku Intan Di Pekan Hari Ini

Posted: 15 Jul 2012 11:19 PM PDT


Video: Ketua Pemuda PAS Pekan, Ust.Fadhil Noor Ulas Tentang Himpunan Oren Di Kuala Lumpur !

Posted: 15 Jul 2012 08:21 AM PDT

Pengarah Muda Serta Pelakon "Pontianak Harum Sundal Malam", Adam Hamid Pula Menyertai PAS

Posted: 14 Jul 2012 07:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid (foto) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi. Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut. Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS. Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu. Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera. Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebajikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari. Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS. Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan. Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam. Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya. Harakahdaily



[Nampaknya semakin ditekan dan diasak oleh kerajaan UMNO BN, Parti Islam SeMalaysia (PAS) terus mendapat pilihan golongan artis di negara kita. Jika ini keadaannya, maka sudah pastilah Pakatan Rakyat akan terus kuat dalam usaha untuk menakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Difahamkan, lebih ramai lagi artis akan bersama Pakatan Rakyat untuk kembali ke landasan kebenaran sesudah begitu lama mereka terlibat dan bergelumang dalam dunia maksiat (hiburan) selama ini. Apapun, syabas diucapkan kepada Adam Hami atas satu keputusan yang sudah pasti mengoncangkan dunia artis kita sekarang ini. Soalnya, kenapa golongan artis kini begitu berani membuat keputusan hebat yang bakal menutup ruang untuk mereka terus muncul di kaca TV dan media arus perdana itu gamaknya. Apakah kerana kini mereka sudah mulai sedar hala tuju dan arah tujuan manusia di hidupkan di atas muka bumi ini pastinya].

Posted: 12 Jul 2012 07:14 PM PDT

Tiada ulasan: