Sabtu, 14 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Tuntut "Janji Di Tepati", Penduduk Taman Sepekan Makmur Dalam "Parlimen Najib" Merana Ketiadaan "Bekalan Air" Sejak Tujuh Tahun Lalu !

Posted: 13 Jul 2012 06:49 AM PDT

PEKAN, 14 Julai - Para penduduk di Taman Sepekan Makmur (foto) dekat sini kecewa dengan sikap pemimpin politik setempat termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gagal membela nasib mereka. Difahamkan, sebahagian besar penduduk di taman terbabit kini mengalami masalah ketiadaan air sejak tujuh tahun yang lalu. Menurut salah seorang penduduk yang ditemui berkata sudah berkali-kali masalah ini diajukan kepada pihak atasan termasuk Perdana Menteri sendiri, namun hingga kini ia masih belum diselesaikan. "Kami hidup macam zaman sebelum merdeka .. malu rasanya bila sebuah kawasan yang duduk di dalam parlimen yang mempunyai dua orang Perdana Menteri (Najib dan Tun Razak) alami masalah ini. Mahu disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan", katanya. Difahamkan, kawasan terbabit mempunyai 248 buah rumah yang hampir kesemuanya didiami oleh penduduk. "Pada awalnya kami bersabar, namun selepas pinjaman perumahan mula dipotong dari gaji kami maka kami terpaksa berpindah ke sini kerana tidak mampu membayar sewa rumah lain. Banyak kali kami adukan masalah ini kepada Jabatan Bekalan Aie (JBA) Pahang yang kini dah jadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) namun jawapannya tetap sama .. tunggu dan lihat. Sampai bila kami harus terus begini. Mujurlah setakat ini belum ada lagi mana-mana penghuni yang menadakan majlis keramaian besar seperti perkahwinan dan sebagainya. Bayangkan jika ada, sudah pasti keadaan akan lebih merumitkan. Kami terpaksa memunggah air dari sungai berdekatan atau dari rumah saudara mara setiap hari. Matilah kami... sudah tujuh tahun hidup begini", kata beliau lagi. Tinjauan PDO mendapati segala kelengkapan untuk pengurusan bekalan air sudah disediakan, namun air tetap tidak dibekalkan kepada penduduk hingga susahkan hidup mereka.


Menari tangki semuanya sudah pun siap dibina oleh pihak pemaju

Bukti, pam dan kipas juga sudah pun disiapkan sejak sekian lamanya

Tangki yang dibina dipercayai tidak dibayar sepenuhnya pemaju

Menurut satu kenyataan, masalah timbul apabila pemaju taman perumahan terbabit iaitu Taman Sepekan Makmur Sdn Bhd didakwa telah melanggar syarat dan membuat pembinaan tangki tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh PAIP (tiada surat). "Tangki air taman perumahan terbabit didakwa tidak mengikut piawaian yang ditetapkan maka itu kebenaran tidak diberikan. Kini struktur semuanya sudah disiapkan, saluran paip pun sudah siap, tangki bawah dan pam semua sudah ada cuma kelulusan sahaja tidak diperolehi", kata kenyataan itu. Difahamkan, segalanya juga berpunca apabila pemaju dikatakan membeli tangki sedangkan kos berkaitan tidak dibayar sepenuhnya kepada pengeluar. Maka itu, pengeluar tidak keluarkan surat kepada pemaju atas urusan terbabit. Sedangkan dalam masa yang sama pihak Perbadanan Air Pahang Berhad (PAIP) perlukan surat tersebut untuk proses kelulusan. Perkara ini juga sudah diajukan kepada Pegawai Daerah (DO), ADUN Peramu Jaya dan termasuk juga orang kanan Najib di Pekan (Dato' Sahlan). Namun segalanya masih gagal diselesaikan dan akhirnya menyusahkan para penduduk setempat. Malah, pada bulan Februari lalu beberapa wakil penduduk telah bertemu dengan pihak PAIP, namun hingga kini walau pun sudah banyak perbincangan dilakukan ia masih gagal diselesaikan. Lebih memburukkan keadaan banjir juga pernah berlaku di sini awal Januari lalu.


Wakil penduduk juga berkali-kali berbincang dengan pihak PAIP

Banjir berlaku di kawasan perumahan terbabit pada 12 Januari lalu

[Justeru, laporan seterusnya akan menyusul dan kami amatlah berharap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang untuk melihat sendiri masalah rakyat di kawasannya. Jangan hanya mengharapkan orang sekeliling kerana "tragedi menang 241 undi" pada PRU-10 tahun 1999 dulu pasti berulang lagi jika beliau tidak peka dan prihatin dengan isu-isu sebegini. Jika Najib boleh melalak seluruh negara kononnya mahu kotakan janji untuk membela rakyat di sana maka kenapa di dalam kawasan parlimennya sendiri beliau tutup mata?. Sebelum ini kami juga pernah mendedahkan masalah yang dihadapi oleh penduduk sebuah taman perumahan (Rendang Azalea) lain yang letaknya hanya 150 meter dari rumah persinggahan Najib di Pekan. Mujurlah selepas artikel "Panas: Pembeli Kecewa, PM Najib Tergamak Tutup Mata Menyelesaikan Masalah Projek Terbengkalai Yang 'Hanya 150 Meter Dari Rumahnya' Di Pekan disiarkan, maka barulah isu itu cuba diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Itu pun selepas wajah-wajah pemimpin berkenaan di dedahkan. Difahamkan lokasi kali ini terletak berhampiran dengan mahligai ADUN Peramu Jaya dari BN iaitu YB Ibrahim Awang. Soalnya, kenapakah beliau boleh tutup mata?. Dimanakah "Janji Di Tepati" agaknya?]

Tiada ulasan: