Pahang Daily Online |
- Panas: Hebat, Rupanya 'Blogger Papa Gomo' Juga Di Anugerahkan Projek SUKMA Di Negeri Pahang!
- Video: Laporan Khas Buku Jingga Pakatan Rakyat
- Himpunan Oren: Mazlan, Polis Benarkan Peserta Berarak Hantar Memorandum Ke Istana Negara !
- Polis Buru "Dua Lelaki Samun" Lori Bawa Tayar !!
- Panas: Bapa Kecewa Dan Mahu Saman Penganjur SUKMA XV Pahang Gara-Gara 'Anak Tercedera' Di Baling Objek Semasa Majlis Perasmian Sukan Itu !
Panas: Hebat, Rupanya 'Blogger Papa Gomo' Juga Di Anugerahkan Projek SUKMA Di Negeri Pahang! Posted: 13 Jul 2012 06:03 AM PDT KUANTAN, 13 Julai - Blogger UMNO Papa Gomo, (foto) turut mendapat "rezeki" dengan berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di negeri Pahang apabila diberi peluang membuat liputan media di sepanjang kejohanan tersebut. Menurut seorang lagi blogger, Cucumatkilau dari blog Pahangdaily, Papa Gomo memberitahu beliau memenangi tender liputan Sukma media baru untuk blog Pahangku iaitu blog rasmi UMNO Pahang."Saya terserempak dengan bloger Papa Gomo dalam satu acara di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 semalam. Walau pun berlainan wadah, sebagai sesama bloger kami sempat bersama dan bersembang di tepi padang itu. "Saya tanya dia datang Kuantan buat apa, dia beritahu dapat tender liputan Sukma media baru blog Pahangku. Katanya ada tiga syarikat masuk dan dia yang dapat. Saya percaya tender itu dikeluarkan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia," katanya. Blogger Cucumatkilau atau nama sebenarnya Mohd Shukri, menjelaskan Papa Gomo tidak memberitahu jumlah wang yang diperolehinya tetapi percaya dapat banyak berdasarkan beliau boleh menginap di sebuah hotel mewah di sini. Papa Gomo merupakan antara bloger upahan UMNO (cyber trooper) yang terkenal selama ini menyerang pemimpin Pakatan Rakyat melalui blog beliau papagomo.com. Pahang menjadi tuan rumah temasya Sukma 2012 yang sedang berlangsung sekarang. Sebanyak 24 acara sukan dipertandingkan di daerah-daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh bermula 6 hingga 16 Julai melibatkan kos hampir RM300 juta. selamatkanpahang Biar berlainan wadah, Blogger Cucumatkilau dan Papagomo tetap mesra [Kerajaan Negeri Pahang nampaknya lebih berminat memberi untung kepada orang luar daripada rakyat negeri sendiri. Difahamkan, projek dianugerahkan oleh Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri iaitu Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin. Mungkin dek kerana Papa Gomo banyak berjasa kepada negeri Pahang maka beliau mendapat projek tersebut. Sepatutnya kerajaan negeri lebih mengutamakan anak tempatan dalam memberi peluang seperti ini. Apapun, syabas dah tahniah kami ucapkan kepada Papa Gomo kerana berjaya membantu promosi Sukan Malaysia yang sedang berlangsung di Pahang ini. Cuma harapan kita agar beliau tidak mencampur adukkan politik dengan sukan. Papa Gomo hebat orangnya kerana beliau sering memporak perandakan Pakatan Rakyat dengan isu-isu panas dan amat menjijikkan selama ini. Malah, tulisan beliau sering menghiasi muka depan akhbar arus perdana. Justeru, kepada mana-mana pihak yang terjumpa beliau usahlah timbulkan provokasi kerana dia laksanakan tugas hanya untuk SUKMA XV Pahang sebenarnya]. |
Posted: 13 Jul 2012 05:54 AM PDT |
Video: Laporan Khas Buku Jingga Pakatan Rakyat Posted: 13 Jul 2012 05:49 AM PDT |
Himpunan Oren: Mazlan, Polis Benarkan Peserta Berarak Hantar Memorandum Ke Istana Negara ! Posted: 13 Jul 2012 04:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Julai - Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok. Koordinator GSF Mazlan Aliman (foto) berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara. Mazlan berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini. Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks Mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara. Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak. "Kita tidak berada di laluan utama, kerana mungkin menyebabkan gangguan jalan raya... Jalan tak ditutup," kata Mazlan sambil menambah sebanyak 1,000 anggota Unit Amal dikerahkan mengawal lalu lintas. Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) berkata daripada jarak 600 meter itu, seramai lapan orang wakil mereka yang dipersetujui oleh pihak Istana akan diiringi polis untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong. Katanya, polis juga membenarkan pemberita berada di pintu Istana itu dan GSF akan mengadakan sidang media selepas menghantar memorandum tersebut di situ. "Atas persetujuan bersama, kalau ada unsur provokasi daripada pihak luar, kita menyerahkan (perkara itu) kepada polis untuk mengambil tindakan tegas," katanya. Mazlan berkata polis dalam pertemuan tersebut pada awalnya tidak mahu mereka berarak, namun kemudiannya bertukar pandangan apabila wakil GSF menekan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain, selepas lebih lapan bulan "gagal mendapat respon daripada kerajaan". Sehubungan itu, Mazlan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis khususnya kepada Ketua Polis Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Brickfields Wan Abd Bari berhubung kebenaran tersebut. Mazlan turut menjelaskan, polis juga membenarkan peserta meletak kenderaan di tempat letak kereta di bangunan Matrade yang akan dan dipantau keselamatannya. GSF merancang perhimpunan itu bagi serahkan memorandum memmohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH). malaysiakini [Rakyat wajar ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana mereka kini mula mengenal erti perhimpunan aman dalam sebuah negara demokrasi seperti di Malaysia. Penangan Bersih 3.0 kini masih terbayang dalam ingatan rakyat apabila ramai peserta dibelasah teruk oleh pihak polis tanpa belas kasihan. Malah ada yg terlantar di hospital dan yang terpaksa dimasukkan ke ICU. Kini, polis harus lebih berhemah dalam tindakan mereka selaras dengan motto mereka. Jika berlaku lagi insiden yang tidak diingini maka sudah pasti ia akan menjatuhkan imej PDRM dan kerajaan UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Imej yang tercalar ini pasti akan membuatkan rakyat benci dan menolak mereka pada PRU-13 nanti. Oleh itu polis harus bersikap toleransi dan tidak mencetuskan sebarang provokasi lagi kali ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada pihak polis. Keselamatan rakyat haruslah dinilai sebaiknya dan jangan jadikan mereka musuh polis lagi]. |
Polis Buru "Dua Lelaki Samun" Lori Bawa Tayar !! Posted: 13 Jul 2012 02:11 AM PDT KUANTAN, 13 Julai - Seorang pemandu lori yang membawa tayar bukan sahaja kehilangan lori dan muatannya, tetapi juga 'diculik' dalam satu kejadian samun di kawasan Rehat dan Rawat Lepar Hilir, dekat sini Khamis. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff (foto) berkata dalam kejadian 4 pagi itu, pemandu terbabit yang sedang tidur di dalam lorinya terjaga selepas dikejutkan dua lelaki bersenjatakan pisau. Tangan mangsa kemudian diikat sebelum dikurung di dalam but kereta suspek. Suspek masing-masing memandu kereta dan lori tersebut, namun kereta itu rosak ketika tiba di Felda Bukit Kuantan, menyebabkan suspek meninggalkan kenderaan berkenaan di tepi jalan, katanya di sini hari ini. "Mangsa kemudian berjaya melepaskan diri sebelum meminta pertolongan orang awam kira-kira pukul 8 pagi," katanya. Polis yang menerima laporan kemudian bergegas ke tempat kejadian dan menemui 118 biji tayar dibuang di tempat kereta itu ditinggalkan, manakala baki 63 tayar lagi beserta lori lesap, katanya. Mohd Jasmani berkata kerugian dianggar RM90,000 dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. mstar |
Posted: 12 Jul 2012 08:08 PM PDT KUANTAN, 13 Julai - Kecewa dengan layanan pihak penganjur Sukan Malaysia (SUKMA XV Pahang 2012) terhadap anaknya yang cedera akibat terkena balingan objek tangan kertas (logo) TM pada malam perasmian sukan terbabit di Stadium Darul Makmur, 7 Julai lalu maka seorang bapa akhirnya telah membuat laporan polis insiden tersebut. Mohd Qusyairi Fazriq Mat Zahir, 27 (foto), bapa kepada kanak-kanak Muhamad Qausar Firdaus (10 bulan) terbabit berkata, pada hari kejadian beliau bersama anak dan isterinya berada di dalam stadium untuk sama-sama merasai kehangatan majlis perasmian sukan terbabit. "Lebih kurang jam 10.03 malam, ketika perarakan kontinjen Pahang masuk ke stadium ... salah sorang atlit telah membaling objek tangan kertas (logo TM) ke arah orang ramai. Saya sempat merakamkan detik tersebut dengan video kamera. Namun dengan tidak disangka-sangka objek berkenaan melayang begitu laju dan terkena pada bahagian dahi dan hidung anak saya. Dia terjatuh ke atas tangga akibat terlepas dari pegangan saya kerana terkejut. Kejadian berlaku begitu cepat dan saya tak sempat berbuat apa-apa", kata Mohd Qusyairi. Anaknya tidak sedar selepas itu dan beliau kemudiannya telah membawanya mendapatkan rawatan kepada pasukan Medic SUKMA tetapi mereka telah mengarahkan anak beliau dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) yang berada di lokasi ketika itu. "Saya cuba mengadu kepada pihak berkenaan (Sekretariat SUKMA) di Wisma Belia Indera Mahkota... tetapi pegawai berkenaan termasuk seorang anggota keselamatan (polis) menyatakan saya tidak boleh salahkan SUKMA dan kontijen Pahang kerana ia berlaku dengan tidak sengaja. Saya tanya.. apa tindakan beliau selepas ini.... Dia cakap, kalau dia sebagai pegawai penyiasat (IO) kes, apa yang terjadi kepada anak saya bukanlah satu jenayah dan menyuruh saya claim dengan syarikat insurans. Pihak SUKMA katanya tidak akan bertanggungjawab atas masalah itu dan dia hanya boleh ambil perhatian sebagai kes biasa sahaja. Saya amat kecewa dengan jawapan itu dan pegawai itu menyamakan kes anak saya sama macam kes kereta orang awan tercalar semasa sukan itu berlangsung. Malah, dia kata tindakan saya menuntut hak sebagai seorang bapa kepada anak saya sebagai sia-sia. Saya merasa malu diperlakukan begitu dan bayangkan kalau saya ini VIP.. apakah layanan yang sama akan diberikan. Saya mempertahankan hak sebagai bapa.. adakah patut nyawa anak saya disamakan dengan kenderaan yang tercalar?. Maka itu saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur atas kecuaian yang berlaku terhadap anak saya ini", tambah beliau dengan nada sedih. Bukti, video yang telah dirakamkan secara "LIVE" semasa kejadian tersebut [Apa yang berlaku ini memang tidak disengajakan, tetapi penganjur harus memberi didikan dan nasihat kepada semua atlit agar tidak membaling objek tangan berlogo TM itu kepada penonton. Ini kerana ia dibuat dari kertas keras dan sudah pasti boleh mencederakan orang ramai jika dibaling ke arah penontong. Namun, akibat terlalu ghairah atlit terbabit maka akhirnya seorang kanak-kanak menjadi mangsa. Penganjur tidak boleh lepas tangan kerana objek terbabit diberikan oleh penaja iaitu Telekom Malaysia (TM) untuk dipakai ditangan dan dilambaikan kepada orang ramai semasa kehangatan acara perasmian itu berlangsung. Bukannya untuk dibaling ke arah penonton. Maka, penganjur dan TM harus membayar ganti rugi kepada keluarga terbabit. Bayangkan ia dibaling dari jarak yang begitu jauh dan bergerak laju hingga mengenai kanak-kanak yang berusia 10 bulan. Kemudian kanak-kanak itu terjatuh dan tidak sedar diri. Bayangkan jika ada kejadian yang lebih buruk berlaku?. Apakah pihak berkenaan begitu mudah mengatakan kecederaan yang dialami oleh anaknya itu, samalah dengan kereta bercalar semasa sukan itu berlangsung. Calar kereta mahu disamakan dengan nyawa manusia. Oleh itu, tindakan undang-undang adalah wajar kerana kanak-kanak terbabit hadir bersama ibubapanya untuk memberi sokongan penganjuran sukan tersebut. Namun, akibat kecuaian pihak berkenaan akhirnya beliau menjadi mangsa. Justeru, penganjur digesa haramkan penggunaan objek itu pada hari penutup nanti. Jika tidak, pasti akan ada lagi insiden sebegini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan