Pahang Daily Online |
- Terkini: Minyak Petrol RON97 Turun 20 Sen Seliter
- Khianat: RELA, Lepas Ambil Komisyen Jaga Warga Asing Kini "Sewa Pistol" Kepada Penjenayah Pula !
- Panas: 'CEO Akademi Sains Malaysia' Dakwa Tiada Masalah Teknikal Lynas Beroperasi di Negara Ini !
| Terkini: Minyak Petrol RON97 Turun 20 Sen Seliter Posted: 04 Jul 2012 10:45 AM PDT
[Nampaknya turun naik harga minyak kini banyak berkisarkan kepada RON97 sahaja. Sedangkan majoriti rakyat Malaysia kini menggunakan RON95. Soalnya kenapa kerajaan tidak mahu turunkan harga minyak RON95?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Apapun, turun naik harga minyak dunia sepatutnya menjadi tanda aras kerajaan untuk tentukan harga minyak di pasaran. Jangan masa harga minyak naik sahaja kerajaan naikkan harga minyak, tapi masa harga turun mereka tidak perdulikan rakyat. Inilah yang memusykilkan kita. Apapun, bila minyak sudah turun maka kerajaan perlu turunkan juga harga barangan lain untuk tidak membenakan rakyat. Jika tidak, rakyat pasti buat perubahan nanti]. |
| Khianat: RELA, Lepas Ambil Komisyen Jaga Warga Asing Kini "Sewa Pistol" Kepada Penjenayah Pula ! Posted: 04 Jul 2012 09:42 AM PDT ![]() Anggota RELA juga khabarnya akan menjadi pengundi pos pada PRU ini [Nampaknya, semakin rosak agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekarang ini. Mereka yang diamanahkan menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada orang luar tiba-tiba mereka pula jadi pelindung kepada orang luar itu sendiri. Isu "jaga warga asing" ini memang sudah tidak asing lagi bagi para penduduk di sekitar Taman Tas Kuantan. Malah, difahamkan kini ribuan warga Kemboja sudah bermastautin dengan aman dan damai di lokasi terbabit selepas mereka mendapat perlindungan daripada pihak RELA itu sendiri. Soalnya, kenapa harus jadi begini?. Bukankah ia menggambarkan betapa rosakknya jati diri mereka yang terlibat itu sebenarnya. Apapun, masih ramai yang jujur dan setia kepada tugas mereka. Tapi, dek kerana mereka berada di bawah KDN, lain jadinya]. |
| Panas: 'CEO Akademi Sains Malaysia' Dakwa Tiada Masalah Teknikal Lynas Beroperasi di Negara Ini ! Posted: 04 Jul 2012 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Julai - Projek pemprosesan nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang tidak menunjukkan wujudnya masalah dari segi teknikal, kata Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM) Dr Ahmad Ibrahim. Beliau berkata tiada halangan mahu pun sebab utama mengapa kerja-kerja pemprosesan nadir bumi tidak boleh dijalankan di negara ini kerana dari segi teknikal kilang Lynas akan menggunakan teknologi semasa. "Hasil kajian ASM mendapati tiada masalah dari segi teknikal untuk Lynas beroperasi kerana sumber yang akan diproses dari China dan Australia nanti adalah sumber yang sama yang diproses oleh kilang berusia hampir 50 tahun di Perancis. "Bayangkan kilang yang hampir 50 tahun beroperasi di bandar pelancongan La Rochelle di Perancis itu masih utuh dan diakui selamat, inikan pula kilang di Gebeng itu yang menggunakan teknologi semasa," katanya selepas diwawancara dalam rancangan terbitan Radio 24 di Wisma Bernama di sini semalam. [La Rochelle milik Kumpulan France's Rhodia adalah pelopor dalam perniagaan nadir bumi bagi Perancis di mana ia adalah satu-satunya syarikat perindustrian bersepadu yang menjalankan operasi pembuatan dan bekalan bahan mentah seperti kilang nadir bumi di China. Pada 25 Jun lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah membentangkan hasil laporannya di Dewan Rakyat dan mengesyorkan supaya Lesen Pengendalian Sementara (TOL) dikeluarkan bagi membolehkan kilang Lynas beroperasi. Laporan itu turut mengesyorkan kilang berkenaan boleh memproses bahan mentah secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguat kuasa. Soalnya apakah rakyat boleh terima kenyataan ini, sedangkan laporan rasmi ASM sendiri dakwa adanya risiko projek ini. Klik]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan