Pahang Daily Online |
- Panas: "RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru Antara "Najib Dan Rosmah" Siapa PM Sebenarrya !
- Panas: 'Ayah Saiful' Gesa Peguam Negara Kemuka Petisyen Rayuan Terbaik Bagi Kes Liwat Anaknya !
- Panas: MB Pahang Di Gesa Pantau Dakwaan Salah Guna Kuasa Pegawai 'IKIP' International College !
- Video: Panas, Kerana SBPA, Abu Bakar Di Hukum
- Warta Pahang: Menteri Besar, 'Manifestasi' Orang Muda Sokong BN Pada Pilihan Raya Umum Nanti !!
- Video: Panas, Kerana SBPA, Abu Bakar Di Hukum
- SUKMA: MB Yakin Vanue Akan Siap Ikut Jadual !
Panas: "RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru Antara "Najib Dan Rosmah" Siapa PM Sebenarrya ! Posted: 04 Jul 2012 01:31 AM PDT Rakyat Malaysia seantero dunia kini tertanya-tanya dan musykil, siapakah Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya. Datuk Seri Najib Razak atau pun Datin Seri Rosmah Mansor (foto)?. Ini berikutan, tersiarnya beberapa program TV termasuk siaran langsung rancangan tertentu di RTM dan TV3 mutakhir ini yang menyatakan dengan jelas Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Najib Razak. Senario ini sungguh memalukan, sama ada disengajakan atau tidak sengaja ia jelas mencemarkan nama baik Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya (Najib Razak). Apa tidaknya, beliau yang baru saja diamanahkan menggantikan Sharizat Jalil untuk menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini seolah-olah sudah "turun pangkat" dan isterinya pula yang bergelar Perdana Menteri sekarang. Tidak hairanlah ramai pihak termasuk kontraktor projek-projek mega yang mengatakan dalam banyak keputusan besa tentang tender-tender kerajaan, pasti sokongan Rosmah Mansor diperlukan sebelum Najib menyokong atau meluluskan sesuatu projek berkenaan. Selama ini, mungkin ramai juga perasan yang Rosmah senantiasa berada di samping Najib walau ke mana dan apa jua program yang disertai oleh Presiden UMNO itu. Ia berbeza sama sekali dengan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu baik Dr.Siti Hasmah (isteri Mahathir), Arwah Endon Mahmood dan Jeanne Abdullah (isteri Pak Lah). Apa sudah jadi dengan Rosmah agaknya?. Selepas melantik dirinya First Lady Of Malaysia (FLOM), kemudian menyediakan pejabatnya di Pejabat Perdana Menteri dan kini merasakan seolah-olah beliau adalah Perdana Menteri pula. Ramai rakyat Malaysia termasuk orang UMNO yang sedar perkara ini. Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan menganggukkan kepala sahaja. Malah ada juga yang mengatakan, karier politik Najib akan hancur dek kerana Rosmah Mansor. Apapun, sama-sama kita nantikan kebenaran ini pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Bukti, salah satu siaran langsung di RTM yang memaparkan Rosmah itu PM Ini pula rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang juga kata Rosmah PM [Terkadang, bila dikaji dan difikirkan semula memang memalukan bila kita mempunyai seorang isteri Perdana Menteri seperti Rosmah Mansor ini. Kelibat beliau saling tak tumpah seperti Emelda Marcos di Filipina dulu. Kejatuhan empayar Marcos akibat kesombongan, keborosan, keangkuhan dan kejelekan isterinya yang amat dibenci oleh rakyat. Kini, apakah insiden yang sama akan berlaku pula dalam sejarah Malaysia. Tidak mungkin TV3 dan RTM begitu bodoh boleh melakukan kesalahan ejaan seperti itu. Sebelum ini memang kita ketahui, segala rancangan TV yang melibatkan Najib Razak maka perlu ditunjukkan dulu kepada Rosmah untuk beliau pantau. Andai wajahnya tidak kelihatan pada majlis-majlis tersebut maka ia akan diarahkan buat semula. Inilah yang hebat diperkatakan di kalangan wartawan media arus perdana sekarang ini. Kini, apakah ejaan "Perdana Menteri" pada Rosmah itu disengajakan atau memang mengikut arahan Rosmah agaknya. Jika ini keadaannya, ternyata rakyat Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang "dayus" dan wajar dijatuhkan pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. Jika tidak ia akan menjadi lebih parah selepas ini. Oleh itu, marilah bersama lakukan perubahan dan jangan biarkan Rosmah terus bermaharajalela dengan kekuasaan yang ada pada suaminya itu pada masa akan datang. Bersama rakyat lakukan perubahan!]. |
Panas: 'Ayah Saiful' Gesa Peguam Negara Kemuka Petisyen Rayuan Terbaik Bagi Kes Liwat Anaknya ! Posted: 04 Jul 2012 12:52 AM PDT PETALING JAYA, 4 Julai - Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim (foto), 58, hari ini merayu pihak Peguam Negara supaya mengemukakan petisyen rayuan terbaik demi keadilan anaknya. Selain itu Azlan turut berharap agar petisyen rayuan itu sempat difailkan oleh barisan pendakwaan dalam masa kurang sepuluh hari lagi sebelum tempohnya berakhir. "Apa yang penting adalah agar Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan petisyen rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang daripada sepuluh hari sahaja lagi. "Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Peguam Negara dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan satu petisyen rayuan yang terbaik," katanya menerusi satu kenyataan di sini. Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengeluarkan alasan penuh penghakiman kes liwat membabitkan anaknya dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alasan Penghakiman tersebut dikeluarkan enam bulan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya. Pihak pendakwaan mempunyai masa selama sepuluh hari selepas menerima alasan penuh penghakiman kes itu. Mengulas lanjut Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang warganegara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan. "Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya diadili sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabai dan tidak dinafi oleh pihak Peguam Negara," kata beliau. [Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun membuat keputusan. Apa yang diharapkan oleh rakyat akhirnya terserlah jua. Namun, keluarga Saiful Bukhari Azlan ada hak untuk pertahankan keadilan. Anehnya, keadilan apakah yang mahu dipertahankan oleh mereka?. Tambahan pula apabila perjalanan kes melihat banyak bukti-bukti yang direka, malahan bukti saintifik termasuk DNA juga penuh dengan keraguan. Keadilan itu harus ditegakkan kepada yang hak. Namun, sebagai rakyat Malaysia Saiful boleh terus berjuang untuk mempertahankan haknya. Segalanya akan ditentukan oleh hakim dan rakyat hanya melihat adengan ini satu persatu dengan penuh minat. Kini, kes liwat ini sudah hampir dilupakan. Tambahan pula menjelang pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Apapun, masih ada ruang untuk pihak yang berkenaan membuat rayuan. Soalnya, mahukan keadilan ditegakkan ke atas sesuatu benda yang bathil. Inilah masalahnya]. |
Panas: MB Pahang Di Gesa Pantau Dakwaan Salah Guna Kuasa Pegawai 'IKIP' International College ! Posted: 03 Jul 2012 08:40 PM PDT KUANTAN, 4 Julai - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) selaku salah seorang Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang di harap memantau serta mengambil tindakan terhadap seorang pegawai kanan IKIP International College yang dipercayai telah menyalahgunakan kuasa baru-baru ini. Berdasarkan maklumat, pegawai yang dikenali sebagai Rugayah Hussein bertugas sebagai Timbalan Presiden (Pentadbiran) bulan lalu (Jun) telah menggunakan kuasanya untuk memanipulasi agihan imbuhan yang sepatutnya diterima secara saksama oleh semua kakitangan IKIP. Imbuhan yang telah dijanjikan oleh Menteri Besar Pahang sebanyak tiga bulan dan sebulan mengikut prestasi telah menjadi sebaliknya. Kakitangan IKIP diberikan sebulan imbuhan wajib tetapi prestasi dikira untuk tiga bulan. Kemuncak salah guna kuasa beliau ialah hanya kakitangan bawahan yang dinilai prestasi tetapi pengurusan tertinggi (Top Management) begitu seronok menikmati imbuhan tanpa perlu berpenat lelah seperti pekerja bawahan. Rugayah dipercayai telah memanipulasi duit Yayasan Pahang (imbuhan untuk pekerja IKIP ) untuk kegunaan lain. Ini jelas satu tindakan salahguna kuasa dan wajar diambil tindakan tegas oleh Adnan selaku salah seorang Pengerusi Yayasan Pahang. Difahamkan, pegawai terbabit sewenangnya menggunakan kuasa beliau kepentingan peribadinya. Sehingga kini, jawatan Pengurus Pemasaran IKIP masih kosong setelah beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden IKIP. Kononnya, jawatan tersebut disimpan untuk beliau sekiranya beliau tidak lagi berpeluang untuk menjadi Timbalan Presiden di IKIP. Difahamkan, kerja-kerja yang dilakukan oleh beliau ini memang diketahui oleh Presidenya, Tn. Hj. Abu Bakar Hashim, namun tiada tindakan diambil atas segala yang berlaku selama ini. Ini adalah kerana Presiden IKIP itu juga dipercayai telah bersekongkol dengan beliau. Maka itulah, akhirnya perkara seperti ini terpaksalah didedahkan kepada umum. Semoga kes ia menjadi pengajaran kepada pihak berkenaan. Tn. Hj. Abu Bakar Hashim (Presiden) dan Rugayah (Timbalan Presiden) [Satu siasatan yang rapi perlu dilakukan terhadap dakwaan ini kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa peringkat tertinggi IKIP. Mangsa yang teraniaya sudah pastilah pegawai bawahan yang begitu komitmen dalam menjalankan tugasan mereka selama ini. Tindakan memanipulasi agihan imbuhan yang sepatutnya diterima secara saksama oleh semua kakitangan jelas sekali satu perbuatan khianat kepada hak orang lain. Apatah lagi kenyataan tentang imbuhan tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Pahang sendiri selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahan. IKIP International College adalah sebuah institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri Pahang, dan tindakan menggunakan kuasa sesuka hati oleh pegawai yang diamanahkan jelas sekali telah melanggar arahan dan wajar dikenakan tindakan sepatutnya. Pahang Daily Online (PDO) akan menyiasat dan membongkarkan lebih banyak penyelewengan yang melibatkan anak syarikat kerajaan negeri ini. Juster, kepada pihak yang berkenaan digesa lebih bertanggungjawab hendaknya selepas ini. Sebelum ini PDO juga telah mendedahkan penyalahgunaan kuasa seorang pegawai di Yayasan Pahang. Kini, ia melibatkan pula "anak syarikat" agensi terbabit]. |
Video: Panas, Kerana SBPA, Abu Bakar Di Hukum Posted: 03 Jul 2012 09:36 AM PDT |
Warta Pahang: Menteri Besar, 'Manifestasi' Orang Muda Sokong BN Pada Pilihan Raya Umum Nanti !! Posted: 03 Jul 2012 09:11 AM PDT KUANTAN, 4 Julai - Himpunan BN Pilihan Orang Muda yang diadakan di sini Ahad lalu dianggap sebagai satu manifestasi sokongan orang muda terhadap Barisan Nasional (BN). Sambil menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai satu perhimpunan yang aman, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob menyatakan yang golongan muda tidak seperti yang dinyatakan oleh pihak Pembangkang. "Terfikir oleh saya yang perhimpunan hari ini adalah untuk keamanan dan bukannya membuat huru hara seperti mana yang dilakukan oleh Pembangkang. Ini bermakna, kita selama hari ini tidak mahu mengikut rentak pembangkang. Walaupun tanpa persiapan yang rapi namun tetap mampu berkumpul sebegini ramai, jelas beliau sewaktu menyampaikan ucapan perasmian. Selain itu, beliau juga turut menyatakan bahawa golongan muda sentiasa bersedia untuk mempertahankan Barisan Nasional dan kekal menerajui kepimpinan Negara. "Pemuda Barisan Nasional sentiasa bersatu padu diantara satu sama lain dan menyahut panggilan pucuk pimpinan apabila sampai pada waktunya," jelas beliau. Adnan juga turut mengingatkan bahawa saat paling penting bagi sebuah negara demokrasi adalah apabila tibanya pilihan raya. Tambah beliau, golongan muda hari ini perlu sedar bahawa politik ini menentukan masa depan negara kita yang global ini. Pihak Pembangkang jelas tidak mahu melihat negara ini maju. Maka sebab itu wujudnya penentangan projek - projek yang dibuat oleh pihak kerajaan. "Sokongan orang muda pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kesinambungan dan keamanan negara yang telah terbukti buat sekian lamanya," kata Menteri Besar Pahang itu. sumber |
Video: Panas, Kerana SBPA, Abu Bakar Di Hukum Posted: 03 Jul 2012 09:05 AM PDT |
SUKMA: MB Yakin Vanue Akan Siap Ikut Jadual ! Posted: 03 Jul 2012 08:30 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan