Selasa, 3 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Mufti Pahang, Buat Kenyataan Kontroversi Supaya UMNO Laksana Hudud Ke Seluruh Negara

Posted: 03 Jul 2012 04:03 AM PDT

KUANTAN, 3 Julai - Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman (foto) tiba-tiba mencetuskan kontroversi terbaru kepada politik di negara ini, bila beliau dengan beraninya meminta UMNO diminta membincangkan cadangan melaksanakan hudud yang dikemukakan seorang ADUN Johor untuk pelaksanaan di seluruh negara, bukan Johor sahaja. Laporan dari akhbar Sinar Harian hari ini dipetik, Mufti Pahang itu mahu hudud dilaksanakan di seluruh negara dan bukannya di Johor sahaja. Kenyataan beliau ini pasti akan memberi tekanan kepada parti pemerintah UMNO sebenarnya. Apa yang mengejutkan, sebelum ini beliau sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun kini ia seolah-olah sudah berubah. Apakah motif beliau agaknya?. Dalam kenyataannta, beliau berkata sebagai parti yang mendominasi pemerintahan negara, UMNO mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian termasuk memahamkan orang bukan Islam mengenai kesempurnaan hudud. "Ini penting. Kita tidak mahu orang bukan Islam terus salah faham," katanya. Sehubungan itu, kata beliau, isu hudud tidak boleh dibincangkan dan dilaksanakan di negeri tertentu sahaja. "Ia akan buat keadaan jadi lebih rumit jika hanya dilaksanakan di negeri tertentu tetapi tidak di negeri lain," katanya. Antara kerumitan itu, kata Abdul Rahman termasuk isu perbezaan dalam undang-undang Islam yang boleh menimbulkan lebih banyak salah faham terutamanya terhadap masyarakat bukan Islam.
Apa yang pasti, kenyataan Mufti Pahang ini tentunya akan menyebabkan beliau menjadi bahan kritikan kepada kerajaan UMNO BN kerana Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan lantang mengeluarkan kenyataan "Malaysia tidak akan laksanakan Hudud". Jika dilihat kepada kenyataan Najib ini, kemungkinan besar Mufti Pahang ini akan menjadi sasaran dan cemuhan para penyokong UMNO. Tambahan pula, mana mungkin UMNO mahu melaksanakan hudud melainkan mencemuh tindakan PAS mahu laksanakannya di negeri Kelantan. Mereka lebih selesa menghalang, tetapi rela memberi banyak alasan untuk laksana undang-undang Allah di atas muka bumi sebenarnya.


Lihat dua persepsi berbeza tentang hukum hudud dari dua pemimpin Islam


[Apapun umat Islam harus ucapkan syabas dan tahniah kepada Mufti Pahang ini kerana akhirnya beliau berani membuat satu kenyataan panas yang tidak selari dengan pemimpin UMNO itu sendiri. Soalnya, apakah UMNO berani laksanakan Hudud ke seluruh negara sedangkan selama ini mereka amat takut kepada hukum Allah itu. Berbagai alasan diberikan bagi mengelakkan ia dilaksanakan di negara ini. Soal pemahaman dan sebagainya lebih diutamakan, sedangkan Nabi Muhammad SAW sudah memberi pemahaman kepada umat Islam sejak ribuan tahun yang lalu. Pelik, bila bab Hudud perlu pemahaman, tapi bila bab buat undang-undang dan hukum manusia terhadap rakyat tidak pula diberi pemahaman terlebih dahulu. Kenapa hukum Allah tidak mahu dilaksanakan?. Jika benar apa yang mahu dilaksanakan oleh PAS Kelantan itu dianggap Hudud PAS. Maka, mana hukum Hudud sebenar yang sepatutnya dilaksanakan oleh pemimpin UMNO yang kini berkuasa?. Maka itu, buat pilihan terbaik pada PRU nanti].

Panas: Apa Sudah Jadi? 'SUKMA' Semakin Hampir Tapi Banyak Projek Kini Masih Belum Di Siapkan !!

Posted: 03 Jul 2012 02:53 AM PDT

KUANTAN, 3 Julai - Orang ramai yang melalui jalan masuk utama ke bandar ini dari arah Jalan Gambang, hairan dengan beberapa projek sempena Sukan Malaysia (SUKMA) kini masih belum siap sepenuhnya. Mereka yang menghubungi kami merasa bagai ada sesuatu yang tidak kena apabila SUKMA yang beberapa hari saja lagi akan menjelma tetapi projek-projek tersebut masih gagal disiapkan oleh pihak kontraktor. Dari maklumat yang diterima antara projek berkenaan ialah Menara Jam di hadapan Komplek Teruntum, Pintu Gerbang di Jalan Tanah Putih (depan Giant) dan kemudahan di Taman Kerang Jalan Mahkota. Sebelum ini kita hanya dikejutkan dengan kelewatan pihak penganjur menyiapkan gelanggang sukan seperti kolam renang, padang golf (di Pekan) dan sebagainya. Kelewatan itu mungkin dek kerana bekalan barangan lewat diterima seperti kata penganjur. Namun, apakah punca projek ini begitu lewat disiapkan, sedangkan persediaan SUKMA telah diwar-warkan sejak setahun yang lalu. Senario ini cukup memalukan dan boleh menjatuhkan imej Pahang selaku penganjur kejohanan sukan terbesar di Malaysia itu.


Pintu gerbang tak siap-siap di Jalan Tanah Putih berhadapan Pasaraya Giant

Menara jam di hadapan Komplek Teruntum juga kini masih belum siap lagi

Gara-gara projek tidak siap, acara golf SUKMA di Pekan terpaksa dipindahkan

[Persoalannya yang bermain difikiran rakyat sekarang kenapa kejohanan sukan terbesar di Malaysia yang bernilai ratusan juta ringgit itu, masih ada kelewatan dan masalah seperti ini. Ia menunjukkan seolah-olah pihak berkenaan tidak bersedia sebenarnya. Apakah insiden bumbung Komplek Sukan Pahang di Indera Mahkota runtuh dulu akan terjadi lagi kali ini. Apakah tidak serik melihat stadium di Terengganu runtuh ketika temasya SUKMA di sana dulu?. Sikap penganjur dan pihak berkenaan yang membuat kerja sambil lewa ini dikhuatiri akan mencacatkan temasya sukan kali ini. Ia amat tidak masuk akal sekali kerana tawaran untuk negeri Pahang menjadi tuan rumah sudah diketahui selepas majlis penutupan sukan itu di Melaka dulu. Soalnya, kenapa perlu ada kelewatan jika pihak berkenaan membuat perancangan terperinci dari awal lagi. Kini orang ramai tertunggu-tunggu apakah akan terjadi insiden yang tak diingini kepada SUKMA di Pahang ini].

Eksklusif: Hairie Saya Tak Nak Jadi Hantu Lagi !!

Posted: 02 Jul 2012 09:45 AM PDT

Tiada ulasan: