Isnin, 2 Julai 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Rafizi: Isu "Kapal Selam Scorpene" Kini Buatkan "Najib Migrain" Umum Pembubaran Parlimen !!

Posted: 01 Jul 2012 09:13 PM PDT

KUANTAN, 2 Julai - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli (foto, menegaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang pening dan migrain untuk menentukan tarikh pilihanraya umum ke-13 ini. Najib takut dan tidak dapat tidur lena memikirkan nasibnya andai pilhanraya dibuat dan UMNO Barisan Nasional dijatuhkan oleh kuasa rakyat pada kali ini. Sebab itulah sudah beberapa kali beliau terpaksa menunda tarikh pembubaran parlimen untuk membolehkan PRU-13 diadakan sekarang. "Najib takut dan kecut, buat pilihanraya kalah tapi kalau tak buat lagi parah. Dua perkara yang beliau takut sangat sekarang ialah isu kapal selam (Scorpene) dan Keretapi (LRT yang baru saya dedahkan", kata Rafizi dihadapan penyokongnya di Felda Lepar Hilir Satu dekat sini malam tadi. Menurut Rafizi, isu kapal selama yang cukup kontroversi itu menyebabkan sebuah kumpulan hak asasi manusia SUARAM akhirnya menfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisyen kepada pemimpin Malaysia. "Suaram kemukakan saman sebab DCNS jual kapal selam terpakai atau second hand kepada negara kita. Pemimpin terbabit (Najib) pula didakwa terma rasuah bernilai RM600 juta. Mana ada negara di dunia ini beli kapal selam second hand dengan membayar harga yang lebih jauh mahalnya dari yang baru", kata Rafizi. Beliau juga menegaskan apa yang istimewa ialah mahkamah di Perancis sudah membuka fail siasatan dan undang-undang mereka telus. "Di Perancis, penyiasat dan pendakwa bagi fail bukti kepada mahkamah...Hakim pula mendengar hujah dan bila berpuas hati atas kes, mahkamah akan lantik satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini. Hasil siasatan yang adil dan telus itu, 153 dokumen baru telah berjaya dbuktikan di mana bukan sahaja maklumat tentang rasuah dan penyelewengan dalam kes ini. Malah ia juga menjurus kepada penjualan maklumat sulit pertahanan negara kepada musuh. Segala maklumat strategk yang telah djual kepada kontraktor luar yang berharga RM146 juta telah berjaya dibongkarkan. Dokumen tersebut sudah dikeluarkan di Hong Kong dan akan disebarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini. Kalau ikut undang-undangh tentera, individu yang jual maklumat negara akan dihukum bunuh.. tapi, kalau hari ini menang ke Putrajaya kita akan raikan percutian Najib dan Rosmah di Penjara Sungai Buloh", jelas Rafizi Ramli lagi.
Kontroversi isu kapal selam Scorpene kini hantui Najib bubar parlimen
Menurut Rafizi, dosa orang yang khianat kepada sistem pertahanan negara adalah amat zaloim dan tidak boleh diterima kerana kesannya adalah terlalu berbahaya. "Bayangkan, kini musuh sudah tau pertahanan kita maka mudah untuk mereka menyerang negara kita. Musuh sudah tahu kapal selam kita boleh selam dalam mana, peluru ada berapa dan sebagainya. Jika ini keadaannya bermakna Najib sengaja mengadaikan nyawa tentera kita. Jika berlaku peperangan samalah seperti beliau mahu hantar tentera kita bunuh diri di tengah laut", kata Rafizi lagi. Oleh itu beliau menyeru seluruh rakyat agar tidak memberi undi kepada pengkhianat negara seperti ini. Terlalu besar dosa Najib kepada rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu. Rakyat harus sedar tanggungjawab mereka dan jangan gadaikan kedaulatan negara hanya kerana bila menerima sogokan dan rasuah setiap kali musim pilihanraya. Maka itu, beliau berharap rakyat membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang dengan mengundi Pakatan Rakyat jika mahu nasib mereka berubah dan lebih terbela. Tiada apa lagi yang boleh diharapkan kepada kerajaan BN jika pemimpin tertinggi mereka juga boleh terpalit dengan isu maha dasyat ini.

[Pendedahan panas Rafizi di Felda Lepar Hilir Satu malam tadi sungguh menarik perhatian orang ramai. Walau pun tidak ramai yang hadir kerana majoriti ahli PAS bertandang ke Kerdau untuk bersama dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Pahang, namun ia tetap memukau hadirin. Kini apa yang di sangka oleh rakyat Malaysia kemungkinan besar menjadi kenyataan. Kontroversi isu Scorpene yang menyebabkan pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu kini bakal terjawab apabila ada pihak yang membicarakan kes itu dengan seadil-adilnya. Ia cukup berbeza dengan mahkamah di Malaysia, sesudah pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan, walau ada kes sekali pun tetapi kuasa terletak di tangan Peguam Negara untuk pendakwaan. Maka, jika Peguam Negara melihat sesuatu kes itu ada kepentingan dan menyentuh hal kepimpinan negara dan individu tertentu yang rapat dengan politik UMNO BN, kes tersebut begitu mudah ditutup walau pun ada asa yang cukup untuk pendakwaan. Maka itulah, kita berharap mahkamah Perancis akan membicarakan kes ini seadil-adil untuk kita melihat kebenaran terserlah jua sebelum Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti].

Video Eksklusif: Forum Benarkah DAP Anti Islam !!

Posted: 01 Jul 2012 09:03 PM PDT

Tiada ulasan: