Muslimeen United |
- [TERKINI] Ada Isyarat Pilihanraya Bakal Diadakan Dalamasa Terdekat
- Abbay Abadi Dan Yatt Hamzah Bakal Sertai PAS Malam Ini?
- Kini Sharifah Sofea Pula Bertudung, "Ini Satu Permulaan Babak Baru ..."
- Kelantan anugerah banglo kepada johan tilawah
- Kebangkitan Islam, dunia Arab akan terus berlaku
- Berita Inikah Membuatkan YB UMNO Trauma & Mengamuk Melihat Bendera PAS?
- SAH ! Cukai GST akan dilaksanakan selepas pilihanraya
[TERKINI] Ada Isyarat Pilihanraya Bakal Diadakan Dalamasa Terdekat Posted: 19 Jul 2012 12:49 AM PDT SPR bertemu parti politik pagi ini, isyarat PRU makin hampir PUTRAJAYA, 19 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia pagi ini. Aktiviti simulasi tempat mengundi yang diadakan semasa majlis perjumpaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bersama parti-parti politik dan taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Putrajaya Marriott Hotel & Spa pada 18 Julai, 2012. Selain itu, SPR juga akan mengadakan simulasi pilihan raya, bagi menerangkan kepada parti-parti politik tentang perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihanraya. Menurut seorang petugas SPR yang tidak mahu namanya disiarkan, pertemua ini adalah petunjuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir. "Biasanya, ini petanda PRU makin hampir. "Mungkin selepas Raya. "Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri. "SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu, kata petugas SPR itu kepada The Malaysian Insider. Telah banyak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya. Sebelum ini, ramai menyangka PRU ke-13 akan diadakan sekitar bulan Jun. Angka terkini jumlah pengundi berdaftar seperti yang diwartakan oleh SPR pada 7 Jun 2012 adalah berjumlah 12,912,045 juta orang. -TMI Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya |
Abbay Abadi Dan Yatt Hamzah Bakal Sertai PAS Malam Ini? Posted: 18 Jul 2012 10:02 PM PDT Nampaknya, menjelang Ramadhan yang bakal tiba lusa, Pakatan Rakyat terutamanya PAS menerima satu lagi khabar gembira!Melalui satu mesej di laman mikroblog Twitter milik pelakon utama filem Leftenan Adnan yang kini menyertai PAS awal bulan ini, Hairie Othman, mengatakan bahawa seorang lagi artis akan secara rasmi mengikut jejaknya malam ini. Hairie dalam twitnya kira-kira jam 3 pagi tadi mengatakan:Hairie Othman @hairieothman Esok sorang lagi rakan artis perempuan yang akan menyerahkan borang secara rasmi bersama wadah perjuangan kepada TGNA. Tunggu.. #takbir. Manakala di laman Facebook miliknya pula, Hairie memberi bayangan lebih jelas dengan mengatakan:Esok malam ceramah bersama TGNA dan Dato' Hussam Musa di Nilam Puri.. Istihar rasmi seorang lagi kawan artis perempuan bersama wadah perjuangan. #takbir Selebriti tersebut akan berceramah bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Exco kanan kerajaan negeri Husam Musa di Nilam Puri.Adalah dijangka bahawa selebriti yang dimaksudkan oleh Hairie ialah bekas pelakon drama siri kepolisan Gerak Khas, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan, 34. Abby kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan PAS kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, minggu lalu.Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukannya dalam siri tersebut juga menempelak Abby kunun mewakili anak-anak polis mencabarnya supaya berdebat dengannya. Tetapi sehingga ke hari ini AC Mizal masih tidak memberi kata putus berkenaan debat yang dimulakannya sendiri.Bagaimanapun, dalam akaun Twitter miliknya, Abby masih tidak memberi sebarang maklum balas tetapi cuma membalas twit pengikutnya bahawa beliau akan hadir malam ini. Nampaknya, menjelang Ramadhan yang bakal tiba lusa, Pakatan Rakyat terutamanya PAS menerima satu lagi khabar awa beliau akan hadir malam ini. Sekiranya perkara ini benar, tahniah buat Abby kerana memilih perjuangan Islam tanpa apa-apa paksaan walaupun teruk dihentam dan difitnah blogger Umno kununnya hanya untuk mencari suami di kalangan ahli PAS. ~jalanpulang |
Kini Sharifah Sofea Pula Bertudung, "Ini Satu Permulaan Babak Baru ..." Posted: 18 Jul 2012 09:59 PM PDT Alhamdulillah, bertambah lagi artis bertudung. Kali ini Sharifah Sofea pula yang bertudung. Selepas beberapa orang selebriti wanita melakukan penghijrahan dengan imej bertudung, kini bertambah seorang lagi selebriti mengikut jejak langkah sama ke arah sesuatu yang lebih positif. Menerusi akaun twitter milik beliau, Sharifah Sofia sedia berkongsi gambar terbarunya yang ayu dan manis mengenakan hijab beserta ungkapan 'Here's to a new chapter… Bismillah!'. Penghijrahan ini dikuatkan lagi dengan langkah yang telah diambil oleh pelakon ini dengan memadamkan gambar-gambar lama beliau tanpa tudung. Tahniah diucapkan kepada Sharifah Sofia di atas penghijrahan ini. -yastro.net |
Kelantan anugerah banglo kepada johan tilawah Posted: 18 Jul 2012 09:58 PM PDT KOTA BHARU: Johan tilawah al Quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan Ustaz Muhammad Anuar Ghazali menerima sebuah banglo dari kerajaan negeri. (Ustaz Anuar bersama replika banglo yang diterimanya dari MB hari ini) Replika hadiah rumah itu disampaikan oleh Menteri Besar pada majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri Kelantan. Rumah yang bernilai RM250,000 ini akan dibina di Machang dan dijangka siap akhir tahun ini. Ia akan dibuat oleh Kelkon Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) iaitu anak syarikat kerajaan negeri Kelantan. Anuar johan tilawah quran tahun ini merupakan anak jati negeri ketiga menerima sumbangan hadiah rumah dari kerajaan negeri. Sebelum ini pelajar cemerlng Nik Nur Madihah dan selebriti bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat menerima sumbangan yang sama dari kerajaan negeri. Sempena majlis ini, lima dari enam anak jati Kelantan yang memenangi johan tilawah peringkat antarabangsa menyampaikan bacaan masing-masing. Akir Hayy dan Habin Faizal Mohamed Ad Dawuudi memenuhi bual bicara Awal Ramadhan. HUDUD Menteri Besar ketika berucap di majlis itu mengucapkan shukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud. Malah ianya dicadangkan diadakan di sebuah negeri yang diperintah penentang hukum itu selama ini. "Cume bezanya, hukuman itu juga dicadangkan agar dikenakan juga ke atas orang bukan Islam yang menyebabkan mereka kata 'sudah hilang akal' "Tak apalah kaedah manapun, tapi yang penting mereka sedar hanya hukuman Islam dapat selamat manusia," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut berucap di majlis itu adalah Datuk Nik Mohamad Amar. -Hrkh |
Kebangkitan Islam, dunia Arab akan terus berlaku Posted: 18 Jul 2012 06:08 PM PDT (Gambar: Abdelilah Benkirane mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana bersama dengan kemenangan PJD.) RABAT: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di Maghribi pada Jumaat dan Sabtu lalu bagi menghadiri Muktamar kali ke-7 Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD). Kehadiran Presiden PAS itu adalah atas jemputan rasmi Perdana Menteri Maghribi Abdelilah Benkirane yang juga ketua parti PJD. Muktamar yang diadakan di Kompleks Moulay Abdellah itu turut dihadiri 2,000 perwakilan dan puluhan pemerhati dari negara luar khususnya pemimpin negara Arab dan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia. Muktamar kali ini adalah yang pertama diadakan selepas PJD memenangi pilihan raya parlimen yang diadakan November tahun lalu. Ianya sekaligus menjadi medan meraikan kemenangan parti itu oleh seluruh pemimpin dan ahli PJD. Turut hadir dan diberi penghormatan berucap pada majlis itu adalah pemimpin Hamas, Khaled Meshaal. Pemimpin gerakan Islam yang hadir juga turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju negara-negara yang kini dimenangi parti Islam dan juga krisis Asia Barat. Tuan Guru Abdul Hadi juga turut mengadakan pertemuan secara tidak langsung dengan Abdelilah Benkirane sekaligus menyampaikan ucapan tahniah PAS kepada parti PJD pimpinannya itu yang telah memenangi pilihan raya tahun lalu. Abdelilah Benkirane dalam ucapannya sebelum itu berkata kebangkitan Islam yang berlaku merupakan sesuatu di luar jangkaan dan diyakini akan terus berlaku di negara-negara lain. "Apa yang berlaku kepada dunia Arab dan umat Islam sekarang ini adalah sukar untuk dipercayai dan ianya akan terus berlaku di tempat lain," katanya dalam ucapan pembukaan Muktamar. -Hrkh Tuan Guru Abdul Hadi bersama pemimpin Hamas, Khaled Meshaal. Tuan Guru Abdul Hadi ditemubual wakil media Maghribi. |
Berita Inikah Membuatkan YB UMNO Trauma & Mengamuk Melihat Bendera PAS? Posted: 18 Jul 2012 06:07 PM PDT Empat Tokoh Sertai PAS Negeri Sembilan KUALA PILAH: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat yang baru apabila empat tokoh tempatan menyertai PAS baru-baru ini. Majlis pengumuman kemasukkan kempat-empat tokoh tersebut berlangsung di Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan di Johol, Kuala Pilah malam kelmarin. Pengumuman penyertaan empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini merupakan gimik dan kejutan oleh PAS Negeri Sembilan untuk Himpunan Hijau tersebut. Mereka yang mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun. Ketika Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka secara satu persatu, lebih 3, 000 ahli PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir. Mokhtar, Anuar dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS. Seterusnya kempat-empat mereka diberikan peluang berucap. Anuar yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat (Umno) menggamatkan suasana apabila tersasul menyebut kepimpinan PAS yang duduk di atas pentas sebagai kepimpinan Umno. Zainal dalam ucapannya berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti sepanjang bertugas sebagai pegawai kerajaan. "Walaubagaimanapun selepas bersara saya mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan PAS 'Islamik' dan lebih kepada 'semangat' dan bukan hanya 'fizikal' semata-mata. "Saya mempunyai kepakaran di dalam sistem perhutanan, air dan alam sekitar dan saya percaya saya boleh menyumbang sesuatu kepada PAS dalam konteks tersebut", kata Zainal. Kecewa dengan Umno Mokhtar pula berkata beliau menyertai Umno pada tahun 1963 dan kini mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan Umno kini sudah tidak sama seperti 50 tahun dulu. Tanpa menghuraikan secara terperinci Mokhtar menyatakan rasa kecewa terhadap cara pentadbiran Umno ketika ini dan memilih perjuangan PAS yang beliau anggap menepati ciri-ciri Islam dan telus. Sementara itu Norazman dalam ucapan beliau berkata penganjuran perhimpunan ini untuk menyemarakkan lagi sokongan ahli selain mengalu-alukan orang ramai memilih PAS sebagai parti politik pilihan mereka. "Rakyat tidak perlu takut dan rasa terhutang budi kepada Umno.Apa yang Umno beri pada rakyat sememangnya merupakan hak rakyat dari duit rakyat sendiri (cukai). "Tanamkan keyakinan tinggi kepada pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia sudah terbukti di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. "PAS akan berjuang habis-habisan dengan gandingan PKR dan DAP untuk mengecapi kemenangan mutlak di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti", kata Norazman. Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, iaitu Datuk Tamrin Ghafar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek. -FMT LAPORAN POLIS DIBUAT !!! Ingatkan pencacai UMNO, rupanya wakil rakyat UMNO yang turunkan bendera PAS |
SAH ! Cukai GST akan dilaksanakan selepas pilihanraya Posted: 18 Jul 2012 06:06 PM PDT Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) berkata hari ini menyokong kenyataan yang dibuat oleh Putrajaya bahawa pengguna tidak bersedia untuk pelaksanaan cukai GST. Semalam, Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan melibatkan semua pihak untuk menyediakan lebih banyak pengetahuan mendalam mengenai perlaksanaan cukai GST. "Kerajaan amat prihatin ke atas sentimen rakyat terhadap GST. Itu adalah sesuatu yang sangat penting sebagai salah faham lagi boleh menghalang pelaksanaan sistem cukai, " beliau dipetik sebagai berkata. Rang Undang-undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama pada bulan Disember 2009 tetapi bacaan kedua, asalnya dirancang untuk Mac 2010, telah ditangguhkan. (sudah pasti selepas pilihanraya untuk mengelak kemarahan rakyat tidak mengundi Bn). Selepas Pilihanraya atau Sebelum… Rakyat bukannya Bodoh Secara ringkasnya GST ini adalah : Beli apa sahaja barang keperluan, kena cukai GST 4% (pengecualian kepada beras, sayur, tepung dan gula). Di masa hadapan tidak mustahil semua boleh dikenakan GST, dan kadar yang dikenakan pada 4% itupun tidak mustahil akan dinaikkan jugak. Sekarang ni kerajaan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan 6% apabila kita makan di McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain. Yang bezanya antara cukai GST dan cukai sekarang ialah dulu cukai hanya untuk golongan yang mampu makan di tempat-tempat yang disebutkan tadi, tetapi sekarang cukai GST akan dikenakan untuk kesemua jenis barangan, contohnya beli kopi, baju, susu untuk anak, tayar motor, ikan di pasar…. apa sajalah yang anda beli di Tesco, Giant, Carrefour, kedai mamak…dan lain-lain akan dikenakan cukai kerajaan 4%. Dan cukai ini yang pastinya akan dibayar oleh kita semua, semua golongan termasuk orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko. Propaganda akan bermula untuk bodohkan rakyat agar terima cukai GST... Seperti biasa, hujah-hujah basi seperti cukai kita lebih rendah dari negara lain, negara lain sudah lama menjalankan GST, cukai hanya 4% dan sebagainya akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat. INILAH taktik Najib memperbodohkan rakyat dengan belanjawan gula-gulanya. Jika BN menang dalam PRU13 nati, sudah pasti "Rakyat Tanggung Penderitaan Di Dalam Kehidupan Harian". Reformis Anak Muda nak bagitahu la…. Najib Rosmah dan Kerajaan Malaysia tidak akan bankrap…. Tapi rakyat Malaysia terutama yang anak-anak muda ni yang akan bankrap dulu. Udah la barang mahal, kerja gaji sikit, hutang bertambah…. Lepas ni nak kenakan cukai GST lagi…. Kesimpulannya senang aje…. Kita tukar BN dengan Pakatan Rakyat… bagi can 5 tahun... Ayuh Anak Muda!!! (GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport - Kementerian Kewangan http://www.treasury.gov.my) |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan