Isnin, 9 Julai 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Rebat air lebih besar dari BR1M

Posted: 09 Jul 2012 04:19 AM PDT

SHAH ALAM: Rebat air yang diberikan kerajaan negeri Selangor kepada rakyat di negeri itu jauh lebih besar nilainya berbanding pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Biarpun nilai RM11.20 sebulan itu dilihat kecil, namun apabila dikira untuk tempoh setahun sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Selangor menjadikan jumlahnya hampir RM540.

"Ini bermakna, rebat yang kita berikan kepada rakyat Selangor lebih RM40 dari yang kerajaan pusat beri.  Sebulan RM11.20 didarabkan kepada 12 bulan dan darab lagi dengan empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Sedangkan, BN yang telah memerintah negara sejak 52 tahun lalu hanya boleh memberikan RM500 untuk setahun.  Mana lebih baik?" soal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ketika sidang Dun Selangor, petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika membidas Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun, yang dilihat membandingkan usaha kerajaan negeri itu dengan pemberian BR1M yang lebih besar jumlahnya.

Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk memberi rebat bagi penggunaan 20 meter padu yang pertama kepada seluruh pengguna di negeri itu selepas mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.
- Anis Nazri

[PECAH BERITA] Dua Mengamuk Di JPM, Seorang Mati Ditembak

Posted: 09 Jul 2012 04:14 AM PDT



Putrajaya - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Gambar: Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.

Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.


Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.
Foto ihsan Cari Malay Forum

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.

Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.

Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya. -SH

Dr. Asri Ajak Sokong Pakatan Rakyat.. Ini Buktinya

Posted: 09 Jul 2012 12:50 AM PDT


Betul ke neh? Cuba baca apa yang Dr Maza twitt kat atas neh.. Apa jadi negaraku, penjenayah bertahta, pelapor direman dan didera. Kita wajib berubah dan mengubah. Kalau diperhatikan betul2, apa yang cuba disampaikan oleh dr asri seolah2 ada kaitan dengan apa yang telah berlaku ke atas uncle seekers. Sebab baru2 neh uncle seekers telah ditahan reman selama 4 hari sebelum disambung semula untuk 3 hari tak silap aku menjadikan jumlah keseluruhan hari uncle seekers dan teman wanitanya direman adalah sebanyak 7 hari.

Mula2 uncle seekers direman dibawah akta OSA. Akta yang mana kita tahu digunapakai oleh polis andai sesiapa mendedahkan dokumen sulit dan rahsia kerajaan ataupun pihak tertentu. Jadi besar kemungkinan dokumen yang didedahkan oleh uncle seekers adalah tulen. Jika tidak tulen maka kenapa ditahan di bawah akta OSA bukan di bawah akta fitnah mahupun akta keterangan pindaan 2012 yang telah berkuatkuasa baru2 ini?

Selesai satu kes. Namun sayangnya uncle seekers tiba2 pula kantoi pasal morfin. Ada yang cakap mungkin disebabkan ubat. Kalau kita ada mengambil ubat yang mengandungi 'dadah' jenis morfin maka tak mustahil ujian pengesan dadah menunjukkan positive dadah. Bukan bererti kita penagih dadah. Namun dalam masa yang sama jika uncle seekers tidak membuat penafian bahawa pdrm menfitnah dia maka automatik kita boleh menganggap bahawa isu tersebut adalah benar.

Apa pun boleh jadi uncle seekers belum lagi tahu apa yang dihebahkan oleh polis mengenainya. Ataupun kalau dia dah tahu dia bersikap berdiam diri sebab memang insiden tersebut benar. Sekarang neh kena tunggu uncle seekers keluar dulu baru boleh buat kesimpulan penuh.

Berbalik pada tweet Dr Asri, kalau diperhatikan memang seolah2 sedang mengajak menyokong PR bila menyebut kita perlu berubah dan mengubah. Sebenarnya apa lah sangat dibandingkan dengan 55 tahun berbanding 5 tahun yang diminta oleh pakatan rakyat.

Jika kita boleh vote bn out, kita juga boleh vote pr out kalau mereka tidak menjalankan tugas dengan betul. Sudah terlalu lama kita biarkan diri kita ditipu dan dimanipulasi oleh bn takan lah kita masih lagi nak mengharap pada yang tak boleh buat kerja sedangkan kita sudah diberikan satu pilihan yang lain?

Jika dulu boleh larh nak bersikap demikian ketika pas dan dap masih baru, masih belum mampu menyaingi kekuatan bn tetapi sekarang pas, dap dengan kerjasama dan bantuan dari pkr apa yang mustahil telah bertukar menjadi tidak mustahil lagi. Marilah kita sama2 berubah dan cuba melakukan perubahan dengan mengubah kerajaan kita sekarang. Orang kata if you don't try then you don't hope.

Jika kita takut mengambil risiko kita akan kekal seperti ini untuk selama-lamanya. Sudah tentu hasilnya seperti yang kita tahu dan sedia jangka. Tetapi jika kita berani mengambil risiko sekurang2nya kita ada peluang sebanyak 50-50. Samada gagal mahupun berjaya. Tetapi itupun lebih baik dari mereka yang tak berani amek risiko. Sebab kita dah tentu2 terbukti gagal 100%.

Fikirkan.
Sumber

MCA Tiru UMNO Guna Fitnah Seks Untuk Jatuhkan Lawan

Posted: 09 Jul 2012 12:50 AM PDT



Chua Soi Lek, ingatlah penderitaan anak-anak orang lain apabila fitnah dibiarkan

GEORGE TOWN, 8 JULAI: "Suami saya tidak mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan saya berulang kali menyatakan bahawa saya tidak pernah bergaduh dengan wanita tersebut atau menyerang sesiapa pun berhubung perkara tersebut."

Demikian penjelasan terbuka Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berhubung tuduhan liar dan fitnah MCA terhadap dirinya dan suaminya, yang sengaja dibairkan oleh pemimpin parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang penah terpaling dengan skandal video seks dengan wanita yang bukan isterinya.

"Chua Soi Lek… janganlah terlalu kejam. Anda sepatutnya tidak membiarkan atau membenarkan parti anda menyebar dan mencetak penipuan terhadap suami saya mempunyai hubungan rahsia dengan seorang bekas kakitangannya dan saya menyerang beliau – untuk memusnahkan reputasi keluarga dan menjejaskan anak-anak saya.

"Anda mempunyai keluarga juga. Saya pasti bahawa keluarga anda sudah lalui suatu masa yang sukar apabila anda mengaku kepada umum mengenai hubungan sulit dan kemudian meletak jawatan sebagai menteri. Jangan jadikan keluarga lain melalui juga keadaan sama dan tambahan pula tiada kebenaran terhadap penyebaran penipuan tersebut.

"Sebagai seorang wanita, saya ingin menggesa isteri Chua Soi Lek supaya menghentikan sikap kejam suaminya. Beliau mungkin telah memaafkan kekejaman lampau suaminya terhadap dirinya, namun beliau patut menasihati suaminya bahawa semua wanita Malaysia tidak akan memaafkan Chua kerana membenarkan MCA meneruskan kekejaman penipuan sebegini terhadap seorang wanita yang tidak bersalah dan keluarganya," kata beliau.

Chew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana (Melaka) kecewa kerana Chua Soi Lek, tidak mempedulikan fitnah itu dengan menganggapnya sebagai masalah Guan Eng.

Sedangkan, Chua sendiri membiarkan Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo, untuk menyalahgunakan DUN Melaka bagi menyebarkan penipuan bahawa Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan Chew pula kononnya telah menyerang wanita itu dan Guan Eng.

"Bagaimana ini boleh menjadi masalah suami saya apabila penipuan tersebut disebarkan oleh MCA?

"Sebagai seseorang yang mengetahui kesakitan yang dilalui keluarga dan isteri selepas pita seks Chua dengan dengan seorang wanita didedahkan, saya tidak sangka Chua akan menggunakan taktik sama terhadap pihak lawannya, terutamanya ia adalah satu penipuan.

"Kenapa sehingga kini MCA tidak dapat menunjukkan bukti bahawa saya memukul seseorang? Chua sepatutnya menyatakan dakwaan tersebut atau mengarahkan Gan untuk mengulangi kenyataannya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka," katanya.

Chew sedar bahawa pemimpin MCA penakut dan tidak berani mengulangi fitnah itu di luar DUN kerana tahu penipuan tersebut adalah tidak benar dan sekiranya beliau mengulanginya di luar, Chew dan suaminya akan mendakwanya di mahkamah.

"Gan merupakan seorang penakut yang bersembunyi di sebalik imuniti dewan, mengetahui apa yang dikatakannya di dewan tidak boleh didakwa oleh suami saya dan saya. Saya hanya boleh mendakwa Gan sekiranya beliau menyatakannya di luar Dewan. Gan cuba lari daripada tanggungjawab selepas menfitnah saya dan suami saya. Adakah ini gaya politik MCA?" soal beliau.

Chew mengingatkan Chua bahawa Guan Eng marah dengan fitnah tersebut kerana beliau memang tidak melakukan apa yang dituduh itu serta bimbang keselamatan dan ketenteraman jiwa anak-anak mereka.

"Kami tidak mahu anak-anak kami ke sekolah dan mengalami trauma tersebut secara berulang kali.

"Sebelum ini, terdapat penipuan disebarkan mengenai salah laku seksual terhadap salah seorang anak lelaki saya dan kini berkenaan suami saya pula. Kenapa MCA sanggup menghina diri sendiri dengan menggunakan isu seks untuk mencemarkan suami saya hanya kerana mereka sendiri mempunyai masalah sebegini – mereka fikir orang lain juga sama?

"Suami saya betul, beliau bukanlah Chua Soi Lek. Lagi pun Chua sehingga kini masih tidak memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini bahawa saya tidak berkhidmat untuk kawasan DUN saya dan sepatutnya berkhidmat untuk suami saya.

"Ini satu kenyataan yang dahsyat dan ia membuatkan saya terfikir bagaimana Presiden MCA boleh mengungkapkan kenyataan sebegini yang merendahkan martabat seorang pemimpin wanita dengan tidak memeriksa semula kenyataan berkenaan," tambah beliau.- Roketkini

Ini peniruan taktik UMNO yang menggunakan seks sebagai satu jalan untuk memusnahkan kredibiliti lawan. Tetapi malang, ia semata-mata FITNAH yang direka-reka.

Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan: rencana yang jahat itu akan kembali kepad apihak yang merrencananya. -GB

Terkini! Suasana Mesyuarat Tertinggi PAS dan Mesyuarat Umno?

Posted: 08 Jul 2012 05:59 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/522000_10150930598192312_1991844288_n.jpg
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/557858_10150930588662312_2069295800_n.jpg

YAB Tuan Guru Al Mursyidul Am, Tuan Guru Timb Al Mursyidul Am, Yb Tuan Guru Presiden, Ust Nik Zawawi Salleh dan Ust Syed Abd Kader al Jofree

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZ4vH1aQ9LfMX0s8wGqsWi5ojh437ty6xKjF1TPpPaAFD5rnCa_0u56zXiXlzroCQEQjlF9LSXnIDt6kYXbicL1etRX-Z0nfg7zkL80Sdy2tmynBf6VdJ7AJrhZrg0FUd2m8CxZcK_qGjF/s1600/397351_369233929769028_115623478463409_1486755_2053634631_n.jpg
Mesyuarat Tertinggi Umno

Ada beza?


Masihkah kita mengatakan Parti PAS sesat?

Gambar Najib dan Hishamuddin dibakar dihadapan Kem Tahanan Kamunting (Video Inside)

Posted: 08 Jul 2012 05:57 PM PDT

Untuk menunjukkan protes terhadap Najib dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein yang bersikap acuh tak acuh akan nasib tahanan ISA, gambar kedua-dua mereka telah dibakar siang tadi.

Dalam kejadian gambar mereka berdua itu telah dibakar dihadapan pintu pagar pusat  Kem Tahanan Kamunting (Kemta) protes Gerakan Mansuhkan ISA.

Najib suatu masa dulu telah mengumumkan akan pemansuhan ISA oleh kerajaan UMNO/BN dihadapan ribuan pencacai UMNO dan ianya turut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia melalui media elektronik.

Kemunafikan Najib jelas terserlah bilamana dalam masa seminggu beliau mengumumkan Akta ISA itu dimansuhkan berlaku lagi tangkapan di bawah Akta tersebut di Sabah.

Dan hingga kini  Kem Tahanan Kamunting masih teguh berdiri dengan di dalamnya terkurung 45 orang tahanan yang ditahan di bawah ISA yang kononnya telah dimansuhkan oleh Najib.

Baru-baru ini pula sepupu Najib yang juga  Menteri Dalam Negeri  dalam Twitternya beliau  memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar - baca ( SINI )

Kalau pelakon filem ni.. Najib dan Hishamuddin boleh dikatakan pelakon yang berjaya membawa watak penjahat kerana berjaya menimbulkan rasa benci orang ramai terhadap mereka berdua..

Protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA yang telah berlangsung di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta) siang tadi.

Turut hadir dalam demo ini ialah Abby Abadi..

Gambar sebahagian perhimpunan protes ISA yang dihadiri 3 Artis






Bakar tanda protes kezaliman Najib  dan Sepupunya...

Polis Cium Tangan TG Nik Aziz

Posted: 08 Jul 2012 05:48 PM PDT


TUAN Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan bukan sahaja dihormati oleh orang awam, malah anggota Polis juga turut menghormati beliau.

Meskipun ramai yang menganggap pihak Polis menjadi perkakas kepada Rejim Barisan Nasional untuk terus berkuasa, barangkali hanya segelintir anggota Polis yang menjalankan tugas itu dengan sepenuh hati.

ReJaM© sendiri ada beberapa orang kawan yang bekerja sebagai anggota Polis, mereka mengakui telah melalui satu proses "brain wash" agar menyokong Regime Barisan Nasional dan membenci Pakatan Rakyat.

Namun nampaknya rakan ReJaM© ini masih kekal hatinya untuk tidak menyokong Regime Barisan Nasional secara membuta tuli kerana akal mereka masih waras untuk membezakan perkara baik dan buruk.

Kita tak minta rakyat menyokong Pakatan Rakyat secara membuta tuli, namun kita mahu rakyat membuat perbandingan, gunakan akal fikiran untuk memilih.

Jika rakyat menyokong Pakatan Rakyat secara membuta tuli, maka tidak ada bezalah dengan penyokong Regime Barisan Nasional yang hanya percaya kepada media arus perdana tanpa membuat perbandingan.

Di bawah ini video rakaman yang sempat diambil saat salah seorang anggota Polis mencium tangan Tuan Guru Nik Aziz. Siap bunyi "Cupp..." sayang betul dia pada Tuan Guru hehehe.


(Video) Saya nekad berjuang dalam PAS - Hairie Othman

Posted: 08 Jul 2012 05:42 PM PDT


Kembalinya Blogger "Tinta Hijau Dari Kaki Bukit" Ke Rahmatullah!

Posted: 08 Jul 2012 05:32 PM PDT



Facebooker/blogger Tinta Hijau Kembali Ke Rahmatullah!!.....

Innalillahi wainna ilai hiraji'un .... Semoga arwah ditempatkan bersama mukmin yang dikasihi Allah ...Al Fatihah ...................

Gambar: Tinta Hijau Nik Hazman Nik Hashim

Tinta Hijau atau Nik Hazman Nik Hashim.... Sedang Mengerjakan Umrah... Meninggal di Mekkah Hari ini 9/7/2012... 6.30 ptg waktu Arab Saudi.. .al Fatehah.....aminnn' -fb Ibn Battutah



سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ



Paparan blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit yang beralamat di malaysiaberih.blogspot.com

Debat Wahid – Ahmad Said; AMANAH Sedia Jadi Penganjur

Posted: 08 Jul 2012 05:30 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) menyatakan kesediaan menjadi orang tengah bagi menganjurkan satu debat atau dialog terbuka diantara Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Dato'Seri Ahmad Said.

Koordinator negeri Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah berkata banyak isu-isu mengenai negeri Terengganu tidak dijawab oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) antaranya isu royalti Petroleum dan isu bumbung stadium Sultan Mizan yang runtuh dua tahun lalu.

Menurutnya, debat diantara kedua pihak pembangkang dan kerajaan adalah medan yang terbaik bagi rakyat mengetahui penjelasan dari kedua-dua belah pihak tentang isu terbabit.

Katanya debat atau dialog merupakan ciri-ciri demokrasi yang sihat dimana Malaysia sebagai Negara yang semakin matang patut mendokong perbahasan dan kebebasan bersuara.

"Tuan Haji Wahid telah meminta Dato' Seri Ahmad Said (untuk) berdebat atau dialog terbuka sepaya isu semasa dapat dibincangkan dan diberi penjelasan di khalayak supaya orang ramai lebih memahami isu yang menjad kemusykilan,

"ini adalah salah satu ciri demokrasi yang sihat, Malaysia negara yang bertambah matang patut mendokonginya (dengan) kebebasan untuk bercakap (dan) kebebasan melapor oleh pihak media apa jua yang berlaku,"ujarnya.

Menurut beliau, antaranya isu penting yang boleh dibincangkan dalam debat tersebut adalah royalti dan hasil petroleum kepada negeri Terengganu dan isu bumbung stadium Sultan Mizan yang runtuh dua tahun lalu.

Katanya, baru-baru ini tuntutan mahkamah keatas lima peratus hasil royalti minyak yang buat oleh kerajaan Terengganu telah ditarik balik dan menimbulkan persoalan dari orang ramai.

"tuntutan mahkamah yang dibuat untuk menuntut balik 5% royalti minyak telah ditarik balik, ini kembali kepada persoalan wang ehsan, jadi apakah bahagian (share) pendapatan Terengganu kalau kita bergantung dengan Ehsan,

"ini merupakan pertanyaan rakyat Terengganu, apakah sumbangan (hasil) kepada rakyat Terengganu kalau kita tidak menetapkan peratus (bahagian hasil) Terenganu dalam perjanjian,"soalnya.

Beliau berkata dalam belanjawan 2012, kerajaan negeri telah meletakkan pendapatan negeri sebanyak 95% adalah dari sumber minyak dan gas.

Oleh itu, katanya, sekiranya kerajaan hanya mengharapkan kepada 'wang ehsan' bagaimanakah belanjawan tersebut akan dikendalikan.

Selain dari isu royalti, Raja Datuk Kamarul Bahrin berkata, rakyat bertanya tentang isu bumbung stadium yang runtuh yang hanya dibersihkan tetapi belum diperbaiki.

"Rakyat bertanya-tanya apakah masa depan, apakah nasib stadium ini? Kalau dah begitu lama bumbungnya runtuh, telah dibersihkan tetapi bilakah stadium itu dapat digunakan semula,

"ini juga merupakan isu yang berlarutan (dan) tidak ada pendekatan yang lebih positif untuk memberi kefahaman yang sebaik mungkin kepada rakyat,"jelasnya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Ahad 8 Julai.

Menurutnya, kerajaan negeri sudah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM300 juta namun masih bergantung kepada stadium lama yang hanya mempunyai kapasiti sebanyak 20,000 orang.

Peningkatan sukan bolasepak negeri Terengganu adalah baik, namun kata beliau, adalah sayang kerana stadium baru tidak dapat digunakan.

Katanya, hasil kajian juruperunding bebas yang menyiasat kejadian stadium runtuh telah menyatakan semua pihak bersalah, tetapi tidak ada satu pihak pun yang benar-benar bersalah.

Selain, isu-isu terbabit menurutnya, pihak  pembangkang dan kerajaan juga boleh menggunakan medan debat tersebut sebagai wadah untuk membentangkan manifesto masing-masing untuk dinilai oleh rakyat pada saat hampir kepada piliharaya umum.

Justeru, beliau berkata AMANAH akan menghantar surat jemputan kepada  Dato' Seri Ahmad Said dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan berharap kedua-dua pihak terbuka menerima pelawaan itu. -BO


Gambar Fitnah dan berniat Jahat !!!! : Astagfirullah ...Wajib kutuk

Posted: 08 Jul 2012 05:29 PM PDT

Gambar yang berniat jahat

Astahgfirullah hal a'zim... ceteknya tahap pemikiran kamu wahai peng 'edit photo' laknatullah. Kenapa ulama' dihina sedemikian rupa. Sudah hilangkah kewarasan kamu? atau sudah jemukah kamu menjadi manusia?..Inilah budak-budak yang ceteknya agama, sanggup edit gambat tuan guru macam nie....
kalau pembaca lihatlah sendiri..orang lain yang raba, depa edit gambar Tok Guru pula tu...cilakui punya orang.

Tiada ulasan: