Muslimeen United |
- Insiden Serang Guan Eng, Polis Masih Biarkan PERKASA & UMNO
- Anak muda T’ganu sedia bersama PAS ke Putrajaya
- Forum Hairie Othman (PAS), Hasmie Hashim (PKR), Zed Zaidi (UMNO)
- TRENDING Najib Razak YourSay/VoxPop General Election Bersih PKR Mukhriz akui kepentingan politik terjejas kerana Marina
- Takut panggil PRU, kemenangan moral buat Pakatan
- Sekitar Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor
Insiden Serang Guan Eng, Polis Masih Biarkan PERKASA & UMNO Posted: 01 Jul 2012 05:03 AM PDT Tiba-tiba ahli Perkasa menyerang saya – Guan Eng GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR. Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN. Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka. "Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak saya. "Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret keluar ahli Perkasa itu," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis. "Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas," ujarnya. Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum. Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan. "Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri," katanya. -HD Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang dicemari insiden kekecohan UMNO=PERKASA=BERNAMA=UTUSAN Mereka saban waktu menyerang Lim Guan Eng. Mereka yang rasis tetapi yang dituduhnya Guan Eng. Mereka menggunakan "rasisma" sebagai talian hayat terakhir mereka tatkala nazak. Mendukacitakan tindakan-tindakan mereka didiamkan oleh pihak polis seolah-olah merestui hal tersebut terjadi. Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Yang bersalah PASTI akan menerima akibat dan hukuman setimpal. -GB |
Anak muda T’ganu sedia bersama PAS ke Putrajaya Posted: 01 Jul 2012 05:02 AM PDT MARANG: Anak-anak muda Terengganu menjawab dengan jelas dan tegas, mereka telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional secara demokratik pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang. Mereka yang menyertai sesi 'Xpresi Hijau Menuju Putrajaya' berkata demikian ketika ditanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan. "Justeru itu, saya nak tanya pada hari ini, tak kiralah anak muda lelaki ataupun anak muda muslimah, saya nak tanya pada hari ini….. "Adakah anak-anak muda yang berhimpun di Xpresi Hijau anak muda Terengganu pada hari ini telah bersedia untuk memegang tanggungjawab ini?"soal Nasrudin. Pertanyaan Nasruddin itu dijawab 'ya' oleh kira-kira 5,000 orang anak muda yang hadir berhimpun di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong dekat sini. Nasrudin berkata demikian ketika menyampaikan pidato khasnya pada program PAS Ganti Umno Kali Ke-4 dan Himpunan Hijau peringkat negeri Terengganu pada Sabtu 30 Jun. Oleh itu, beliau mengingatkan supaya mereka tidak leka dan lalai serta setia dengan perjuangan dan berpaling ke belakang apabila diserang musuh. Katanya, walaupun terpaksa berhadapan dengan pahit getir, perubahan mesti dilakukan dan Umno BN mesti dijatuhkan. Beliau berkata, biar apa sahaja halangan melintang dan rintangan yang datang, anak-anak muda mesti terus berjalan menuju ke Putrajaya. "Maka kita terus mara dan melangkah ke Putrajaya, biarkan apa sahaja halangan melintang, rintangan yang datang, itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah. "Memang perit kita berjuang, tetapi Allah menyebut kepada kita 'jika sekiranya kamu merasai sakit berhadapan dengan mereka, bertempurdengan mereka, bersaing dengan mereka. Kamu berasa sakit, merasa perit. Merasa pedih. Maka mereka juga sakit sebagaimana kamu rasai sakit itu'," tegasnya. Sehubungan itu, Nasrudin telah melancarkan logo 'Pakat Pangkah PAS Bohh' yang menjadi motto Pemuda PAS dalam menghadapi kempen pilihanraya umum yang akan datang. Turut sama dalam sesi 'Xpresi Hijau' itu adalah Setiausaha DPPM Khairul Faizi serta ahli-ahli Jawatankuasa DPPM dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah serta ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS negeri. -Hrkh |
Forum Hairie Othman (PAS), Hasmie Hashim (PKR), Zed Zaidi (UMNO) Posted: 01 Jul 2012 05:01 AM PDT Kuala Lumpur: Menyertai parti PAS bukanlah satu keputusan yang mudah bagi hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman malah beliau mengakui tindakan yang diambilnya itu mengundang risiko dalam dunia lakonannya yang diceburi selama 20 tahun ini. Bagi Hairie, keputusannya hari ini adalah keputusan yang paling tepat walaupun beliau yakin akan hilang pekerjaan selepas menyertai PAS. "Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!! "Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin," ujar beliau ketika berucap dalam forum Artis Berpolitik: Sekadar Glamor atau Kerana Prinsip? anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Himpunan Cina KL-Selangor. Malah Hairie mengakui sejak menyertai PAS beliau tidak lagi menerima tawaran berlakon dan keadaan ini seperti sudah dijangka namun tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk bersama-sama parti pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Justeru, pelakon berusia 41 tahun ini memberitahu beliau mungkin tidak akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas ini. "Saya tanya orang ramai dalam Himpunan Hijau, selepas ini saya nak buat apa? Nak mana apa? Mereka ramai-ramai jawab, apa lagi ceramahlah!" ujarnya. Hairie juga tidak bimbang kehilangan kerjayanya sebaliknya beliau kini sedang giat aktif memenuhi undangan-undangan ceramah di merata tempat. "Dari hari ini hingga bulan puasa, jadual ceramah saya penuh. Dan lepas raya pun saya ada 'job' (ceramah) lagi," katanya. Bagaimanapun, Hairie menolak dakwaan bahawa penyertaan artis dalam dunia politik hari ini kerana tidak dapat projek dan kerjaya yang semakin malap. "Sekarang ini saya rasa lebih popular, kalau dulu rakan 'facebook' saya hanya 4000, hari ini rakan saya mencecah 12 000, naik mencanak dan orang lawat laman saya itu dekat 200,000. Tidak popularkah itu?" tegas beliau. Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong yang juga merupakan penulis lirik lagu Awan Nano, Hasmi Hashim atau popular dengan nama pena, Budi Hikayat. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi. Bercakap di hadapan hampir 100 hadirin, Hairie yang mewakili parti PAS berkata keputusannya untuk menyertai parti berkenaan bukan kerana meraih populariti sebaliknya ia adalah prinsip. Jelasnya, untuk mengejar glamor lebih sesuai berada dalam bidang seni bagaimanapun ia menjadi satu kelebihan memandangkan beliau adalah seorang pelakon. "Secara dasarnya kalau kita bercakap soal politik mestilah atas dasar prinsip. Saya ni masih baru jer lagi dalam dunia politik. Saya pilih untuk menyertai parti atas dasar prinsip. Perjuangan PAS berlandaskan Islam. Pada mulanya tujuan saya adalah mahu mengubah diri daripada kurang baik kepada menjadi seorang insan yang lebih baik. Jadi saya merasakan parti PAS sesuai dengan jiwa saya", hujah Hairie. Hairie juga merelakan PAS menggunakan khidmatnya untuk berkempen bagi menarik ramai undi dalam pilihan raya nanti. "Saya rela membenarkan rakyat menggunakan khidmat saya untuk tawan Putrajaya," tegasnya yang merasakan tidak timbul isu artis dijadikan alat politik. |
Posted: 01 Jul 2012 04:58 AM PDT Timbalan pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengakui bahawa hubungan kakaknya Datuk Marina dengan penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 memberi kesan kepada kepentingan politiknya. "Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan BERSIH sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik," katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini. Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir yang berharap supaya Marina tidak terlalu rapat dengan BERSIH 2.0 atau gerakan anti-kerajaan kerana akan menjejaskan masa depan politiknya, seperti disiarkan laman video Mobtv pada 28 Jun lalu. Dalam kenyataan itu, Mahathir menyatakan harapan supaya Marina sedar bahawa sokongan berkenaan "tidak elok untuk kerajaan pemerintah." "Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya (Mukhriz) yang akan bertanding pilihan raya nanti. "Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa saja. "Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita 'jangan begitu, jangan begini'. Mereka boleh fikir sendiri," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar hari ini. Mahathir yang juga penaung kumpulan pro-Melayu PERKASA sebelum ini bergeser dengan Marina yang menyokong hak asasi kumpulan lesbian, gay dan trasgender (LGBT) berhubung penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011. -M'kini |
Takut panggil PRU, kemenangan moral buat Pakatan Posted: 01 Jul 2012 04:57 AM PDT SHAH ALAM: 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu. "Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen. "Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) 'serabut perut'," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam. Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai tarik PRU-13, dan desakan tidak henti-henti dari Pakatan Rakyat, Najib semalam tampil dengan kenyataan membayangkan pilihan raya tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Beliau memberi alasan kononnya mahu menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum kali ini. Mengulas lanjut 'ketakutan' Najib itu, Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan tidak menolak kemungkinan ianya disebabkan kebangkitan rakyat yang kini semakin ramai menyokong Pakatan Rakyat. "Semalam di Johor, tak pernah lagi sebegitu ramai. "Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud," katanya. Sementara itu, hadir sama dalam program itu Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron. Lebih 200 anak Rantau Panjang turut hadir dalam majlis itu. -Hrkh |
Sekitar Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Johor Posted: 01 Jul 2012 04:56 AM PDT Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya JOHOR BAHRU: Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Majlis yang bermula 7 malam dengan solat Maghrib dan solat Munajat dan Tahlil itu turut menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS oleh Hairie Othman, pelakun filem Bukit Kepong. Majlis ini menjadi tumpuan kerana sebelum ini isu Bukit Kepong menjadi momokan Umno di Johor kononnya timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyokong Komunis apabila beliau memuji peranan Mat Indera dalam satu ceramahnya. Ia menjadi sebaliknya apabila pihak yang membuat laporan polis terhadap kes ini memohon maaf kepada Mohamad di mahkamah dan mengaku laporan polis yang beliau buat berdasarkan laporan media Umno iaitu Utusan Malaysia semata-mata. Himpunan Hijau kali ini disertai juga Jamuan Anak Kelantan di Perantauan yang diadakan di Taman Kempas Permai. Turut diadakan adalah jamuan makan malam bersama masyarakat Cina yang diadakan di sebuah restoran terkenal di Danga Bay dekat sini. Di pentas utama di Dataran Dahlia, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub secara rasmi diserahkan kepada Johor kembali apabila Tuan Guru NIk Aziz melakukan upacara penyerahan rasmi itu. Dengan ini, segala berita-berita angin menjadi sahih, Salahudin akan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dengan diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan kepada Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad. Para pemerhati politik berpendapat, dengan lambatnya pilihan raya umum membolehkan mementum PAS malam tadi dikembangkan ke seluruh Johor. Ini kerana, jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, sumbangan sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen diperlukan Pakatan dari Johor. -HD Salahuddin: Tanding di Johor bukan 'bunuh diri' |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan