Selasa, 17 Julai 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Semua dah bersedia. Ayuh bubar Parlimen segera!!

Posted: 16 Jul 2012 10:00 PM PDT



MCA kata, mereka dah bersedia. MIC pun kat, mereka juga dah bersedia. UMNO... siang-siang berlagak kata, mereka sudah cukup bersedia nak adakan pilihan raya. Lelain geng merek, juga pasti dah sedia, kan?? 

Pakatan Rakyat pun kata mereka dah bersedia. So... tunggu apa lagi??

On your mark, get set......

Malangnya, Najib masih keberatan untuk meniup wisel. Hahahahha.... komponen BN mungkin dah bersedia tapi Najib...??

Pening... pening... kepala si Najib. Takut kalah satu perkara. Tak dapat jadi piem, lagi satu mimpi ngerinyer. Serba salah... serba salah dia komer. Ituler dilemma orang yang sedar diri sudah jadi liabiliti kerana terlalu banyak 'dosa' pada rakyat dan negara. Tapi.... masih nak tunjuk ek lagi.

Kesian puak-puak ni. Yang sorang teragak-agak nak umumkan tarikh pilhan raya. Yang sorang lagi pulak, tergedik-gedik tak sabor-sabor nak pilihan raya diadakan. Dalam situasi Najib sedang lemah ini ler, dia nak ambik kesempatan agar... kot-kot berpeluang merasa nak jadi piem. Betoi ke Pak Din??

Kah kah kah kah..

****************************

Komponen BN cukup bersedia hadapi PRU13 tahun ini
Wartawan Sinar Harian
17 Julai 2012

SHAH ALAM – Parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah cukup sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun ini walaupun PRU kali ini dianggap paling getir.

Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugesan berkata, pihaknya sudah menyiapkan jentera bagi memastikan BN terus menerajui negara.


"Bagi saya ia bukan satu desakan. PRU13 boleh diadakan bila-bila masa sahaja. Tetapi terpulang dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan berhubung keputusan tarikh pilihan raya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Pada masa sama beliau turut menambah MIC sentiasa sedia dan yakin dengan sokongan yang diberikan rakyat.

"MIC sudah bersedia. Jentera pilihan raya kami pun sudah bersedia hadapi PRU bila-bila masa saja," katanya


"Bila diadakan itu, kami serahkan pada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.


Sementara itu, menurut Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim, cadangan Muhyiddin itu ada asasnya.


"Saya percaya, beliau (Muhyiddin) yakin masa yang sesuai sudah tiba. Kita tunggu sahaja keputusan terakhir daripada Perdana Menteri untuk umumkan," katanya.


Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, MCA mengambil berat setiap pandangan daripada kepimpinan tertinggi parti dan sudah sedia bila-bila masa.


"MCA yakin dengan kerja yang sudah dan sedang lakukan kini, dan kita percaya rakyat mampu menilai hasil kerja kita," katanya.


Sementara itu, Exco Puteri Umno, Zauyah Zainuddin turut menyambut baik jika PRU13 diadakan tahun ini.


Zauyah berkata, beliau percaya sebarang keputusan yang dibuat kepimpinan tertinggi parti adalah yang terbaik untuk semua.


"Semua jentera sedang membuat touch up yang terakhir," katanya-SH

Gempar yang tak gempar. Panas yang tak panas

Posted: 16 Jul 2012 07:15 PM PDT



Berita GEMPAR?? Berita PANASS?? BREAKING NEWS??

Eleh... Tak gempar pun?? Tak panass?? Tak terjezut pun??

Itu... cerita basi dan yang tak mendatangkan ghairah pun!! Mana nak ghairahnyer...?? Mana nak stim nyer?? 

Balik-balik citer sepesen jer. Jemu aarrr...!! Adventurous ler sikit. Tak kreatif langsung. Dulu, si pengotor tak basuh bontot tu, kini... dengor citer mahasiswa di salah sebuah  universiti di utara pulak. Wallahuaklam.... Tak kisah ler mahasiswa mana tapi, bosan aaarrr...

Tapi kan, mengikut anak buah aku, yang belajar kat salah sebuah universiti di utara dulu, dia kata.... universiti tu ibarat pusat latihan membonzaikan otak para mahasiswa agar jadi totok UMNO. Mahasiswanyer selalu kena brainwash. Wallahuaklam... 

Walau bagaimanapun, kalau tengokkan lara orang besor-yer, mungkin ada kebenaran tentang  apa yang dikatakan. Hahahaha.... ada juga universiti di utara yang dijadikan pusat ternak tenuk UMNO, ek?? Oooopps.... totok UMNO!!

Mungkin... sebab itulah kot, ada antara mahasiswanya yang sanggup gadai maruah diri demi UMNO. Itu pun kalau betoi ler  student tu mengaku kena liwat. Kalau tak betoi... mintak mahap ler bebanyak.

Tapi  pelik... dekat-dekat UMNO berada di hujung nyawanye, ngapeler buat bebenda bangang dan bodoh macam tu. Patutnyer, banyakkan bertobat. Ini tidak.... makin laknat. Itu bukan tindakan nak menyelamatkan nyawa UMNO, tapi tindakan nak mempercepat kiok-nyer UMNO. Zalim namanyer tu....

But... if UMNO sendiri merelakanya.... MAMPOIH PI LA!! Selamat masuk kubor.

Kihkihkihkih.... Liwat 3??

Posted: 16 Jul 2012 04:57 PM PDT

Kredit:Ronasina FB


Liwat 1....... terkenjat
Liwat 2.... tergeliat
Liwat 3??
Bikin Najib pucat dan 'mati' cepat!!

Kah kah kah ka kah

UMNO.... UMNO....
Tak pernah belajar dari kesilapan.
Itu petanda UMNO dah nak kena kapan!!

Cuba jangan tak cuba...
Cuba sampai putus nyawa.

Kah kah kah kah kah

Tiada ulasan: