MIMPI SENJA |
- Artis berhimpun di Kem Kemunting desak bebas tahanan ISA
- Anwar umum pelan persaraan, Mahathir sapu kepala dengan minyak ‘cap kapak’
- ARTIS : Ratu Rock Ella kini sah bergelar isteri
- Haramjadah sungguh la puak2 ni .....
- Suami saya bukan seperti Chua Soi Lek - isteri Guan Eng
Artis berhimpun di Kem Kemunting desak bebas tahanan ISA Posted: 07 Jul 2012 10:48 PM PDT PERAK 8 JULAI: Tiga artis terkenal antara sebilangan rakyat yang menyertai demontrasi mendesak kerajaan Umno BN membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting di sini, hari ini.Artis Mereka ialah Arbaiyah Abdul Manan atau terkenal dengan nama Abby Abadi, Hairie Othman dan Man Raja Lawak, selain 200 lagi rakyat lain termasuk pemimpin Pakatan Rakyat. Sekalipun pernah berada di pentas 'glamour', mereka bersama-sama Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan aktivis lain, dalam panas terik melaungkan slogan mendesak tahanan ISA dibebas seberapa segera. Malah, ketiga-tiga artis itu turut memberi ucapan ringkas termasuk mengutuk kezaliman yang diamal regim Umno BN melalui ISA. Peserta demontrasi juga membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien sebagai simbol protes. Sebelum ini, Najib membuat pengumuman memansuhkan ISA tetapi tahanan sehingga kini, tidak dibebaskan manakala sepupunya pula mempersenda mogok lapar melalui twitternya. Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang, kesal kerana tahanan yang mengadakan mogok lapar, diugut supaya menghentikan tindakan mereka, selain dihalang menemui peguam dan ahli keluarga mereka. "Jika pentadbiran Najib enggan membebaskan ke semua tahanan ISA, kami bercadang mengadakan himpunan protes dalam masa terdekat. "Ada peserta mogok terpaksa menghentikan mogok lapar kerana ditekan selain dinafi rawatan perubatan akibat menghidap penyakit Hepatitis B," katanya kepada Keadilan Daily. * Gambar sumbangan Kak Zumrah, Nashita. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32421 |
Anwar umum pelan persaraan, Mahathir sapu kepala dengan minyak ‘cap kapak’ Posted: 07 Jul 2012 06:24 PM PDT 8 JULAI — Anwar umum pelan persaraan, Mahathir sapu kepala dengan minyak 'cap kapak' Isu persaraan Anwar sekarang menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan, Mahathirlah yang akan memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman persaraan Anwar jika PR gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mahathir memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar itu hanyalah sebagai helah pilihanraya sahaja. Sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini kerana beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan satu kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya rasa sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu. Tetapi Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar. Di Selayang semalam Anwar berkata yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar) akan merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul dan bermoral dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat juga. Anwar menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana yang dihina selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau dan ditumbuk serta ditelanjangkan adalah beliau. Saya tidak tahu samada Anwar benar-benar serius untuk bersara tetapi apa yang beliau katakan itu adalah baik kerana semestinya beliau mesti bersara jika PR tidak berjaya mengambilalih Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itulah semangat demokrasi sebenarnya. Tetapi Mahathir pula memikirkan yang Anwar akan melakukan perkara yang sama seperti beliau (Mahathir) lakukan acapkali selama ini. Mahathir berfikir yang Anwar adalah seorang pendendam seperti beliau juga jika mendapat kuasa. Anwar berkata yang beliau bukannya marah kepada Dr Mahathir tetapi beliau (Anwar) tidak bersetuju kerana rakyat tertindas oleh Umno terutamanya oleh Dr Mahathir secara sistematik. Bagi saya apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat wajar diberi sambutan dan ambil janji-janji itu secara positif. Kita tidak boleh menjadi defensif keterlaluan seperti yang diambil oleh pemimpin-pemimpin BN. Janji Pakatan untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu wajar diterima secara positif kerana itu bukannya perkara yang mustahil untuk dijayakan oleh PR jika memerintah negara ini. Kita tidak boleh bersikap negatif semata-mata kerana BN tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya. Tuduhan Najib, Muhyiddin, Mahathir dan BN yang negara akan bankrap jika rakyat diberikan pendidikan percuma itu hanya menunjukkan kedhaifan pimpinan BN dalam isu ini, kerana banyak negara di dunia ini memberikan pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Jika BN tidak mampu untuk melaksanakannya tidak mengapa. Biar PR yang melaksanakannya. Berikan mandat itu kepada PR buat lima tahun yang akan datang. Dalam isu pendidikan percuma ini kita mesti memberikan mandat kepada yang berjanji dan mampu melaksanakannya. BN tidak boleh mengambil sikap jika mereka(BN) tidak mampu melakukannya maka orang lain pun tidak mampu seperti mereka (BN). Pemimpin Umno/BN mesti mengakui yang kemampuan seseorang yang dianugerah Tuhan itu memangnya berlainan tahapnya dengan seseorang yang lain. Itu adalah kenyataan yang ditunjukkan oleh 'nature' dan Umno tidak boleh membawa rakyat berfikir seperti mereka (BN). Contoh dan bukti yang kemampuan seseorang itu berbeza diantara satu dengan lain itu mudah kita lihat. Mirzan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang besar tetapi beliau kurang kemampuan sehinggakan Mirzan terpaksa menggunakan wang rakyat hampir RM2 billion pada penghujung tahun sembilan puluhan dahulu untuk menyelamatkan perniagaan beliau (Mirzan). Mirzanlah salah seorang yang telah mendapatkan subsidi terbesar dari rakyat untuk mengapung dan menutupi ketidak mampuan beliau dalam bidang perniagaan. Rakyat terpaksa menanggung kerugian anak pemimpin tersohor negara ini. Begitu jugalah dalam isu pengambilalihan Exxon Mobil oleh anak Mahathir yang sama. Exxon Mobil diambilalih dengan pengaruh keluarganya dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasarannya dan ini merupakan elemen subsidi yang sangar besar. Subsidi ini ditambah pula dengan menggunakan pengaruh keluarga nya lagi dengan memaksa pihak MAS yang sedang tenat itu untuk mendapatkan bahan bakar bagi syarikat penerbangan itu dari syarikat Exxon Mobil ini yang sekarang diberi nama baru, Petron. Oleh itu rakyat begitu jemu dengan tanggungan yang diberikan terhadap mereka. Rakyat yang tertindas tidak henti-henti dipaksa memberikan subsidi dan menanggung semua kehendak anak-anak Mahathir dan anak-anak pemimpin yang lain. Di sebaliknya pula kerajaan begitu tidak ikhlas untuk meneruskan pemberian susidi untuk kehidupan rakyat yang ramai kerana segala peruntukan subsidi itu diambil oleh keluarga pemimpin-pemimpin Umno dan BN sekarang ini. Jika rakyat menolak BN kali ini, itu sememangnya satu tindakan yang sudah menjadi kewajipan untuk mereka lakukan. Rakyat sudah tidak tertanggung lagi dengan kerenah keluarga-keluarga yang menjadi penghisap darah mereka ini. Jika Pakatan berkuasa, apa yang saya secara peribadi inginkan, ialah untuk memperkuatkan sistem dan tidak payah berdendam-dendam. Jika kita melakukan dendaman kesumat saya rasa hampir kesemua pimpinan yang ada pada hari ini yang telah bersara terpaksa menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dalam penjara dan kem-kem tahanan. Oleh itu memperkuatkan sistem yang betul dan mudah dilakukan sepatutnya menjadi agenda utama jika PR mengambilalih kuasa kerajaan negara kita. Biarkan sistem itu yang mentadbir negara kita. Jika seseorang pemimpin itu terlanggar sistem itu maka pemimpin itu harus menerima akibatnya. Sistem itu yang akan menentukan siapa yang akan menghadapi rakyat dan undang-undang. Seorang Perdana Menteri yang mengambilalih kerajaan negara nanti jangan porak perandakan sistem seperti yang dilakukan oleh Mahathir dahulu. Mahathir dahulu tidak sesuai dengan sistem yang biasa. Beliau melanggar semua sistem demokrasi dan sistem yang digunakan beliau ialah sistem peribadi beliau sahaja. Sistem-sistem kehakiman, perundangan, kepolisisan dan yang lain-lain semuanya dipecahkan oleh beliau dan yang mengambilalih sistem-sistem tersebut ialah sistem Mahathir…'tepuk dada tanya selera' Sekarang ini apa yang ditakuti oleh Mahathir ialah sistem yang beliau bentuk itu akan memakan diri beliau sendiri. Mahathir lupa yang pihak yang mahu mangambilalih kerajaan ini bertujuan untuk membina kembali semua sistem yang telah dirobohkannya semasa beliau memerintah selama 22 tahun dahulu.. Saya rasa satu lagi perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan baru nanti ialah menubuh 'Truth Commission'. We want to know the whole truth. — aspanaliasnet.blogspot.com/ |
ARTIS : Ratu Rock Ella kini sah bergelar isteri Posted: 07 Jul 2012 08:09 AM PDT Ratu Rock popular, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, kini sah bergelar isteri apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan, Azhar Ghazali, 30, tepat jam 10.30 malam tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Teluk Gadong, Baharudin Abu Bakar dengan berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Nor Izam Aminuddin, 55. Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 tunai beserta tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Sebagai balasan, Ella menghadiahkan Azhar dengan sembilan dulang hantaran. Dalam majlis yang dihadiri oleh saudara-mara dan kenalan rapat ini, Ella dan Azhar mengenakan sepasang persalinan berona krim rekaan Saiful Baharim. Pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember hadapan. - GUA |
Haramjadah sungguh la puak2 ni ..... Posted: 07 Jul 2012 06:27 AM PDT sumber : Pisaukarat |
Suami saya bukan seperti Chua Soi Lek - isteri Guan Eng Posted: 07 Jul 2012 02:18 AM PDT July 07, 2012 KUALA LUMPUR, 7 Julai — Isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengingatkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa suaminya bukanlah seperti Presiden MCA itu yang mana pernah terlibat dengan skandal salah laku seksual. Betty Chew, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Melaka, turut mempersoalkan tindakan MCA yang gemar menggunakan isu seks untuk mencalarkan imej keluarganya, sedangkan masalah itu sendiri membelenggu kepimpinan MCA sendiri. "Sebelum ini mereka melibatkan anak saya, dan sekarang suami saya."Adakah mereka fikir semua orang seperti mereka? Benar kata suami saya, beliau bukan seperti Chua Soi Lek," tegas Betty dalam satu kenyataan hari ini. Lim Guan Eng (gambar) sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantu di pejabatnya, manakala Betty pula dikatakan telah menyerang wanita tersebut. Betty bagimanapun dalam kenyataannya hari ini menegaskan, beliau telah berulangkali menggesa Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo supaya mengeluarkan kenyataan di luar Dewan bagi membolehkan tindakan diambilnya terhadapnya, namun beliau masih lagi tidak mempunyai "keberanian" untuk berbuat demikian. "Datuk Gan umpama "pengecut". Saya telah berulangkali menuntut beliau mengulangi kenyataannya di luar Dewan, tapi beliau enggan. "Ini kerana beliau tahu itu adalah pembohongan semata-mata. Beliau sedar jika beliau membuat kenyataan di luar Dewan, saya dan suami saya akan mengambil tindakan saman terhadapnya. Malah, Betty turut mempersoalkan sama ada Gan cuba untuk melarikan diri setelah memfitnah beliau dan suaminya. "Adakah ini cara politik MCA?" soalnya lagi. Betty menambah," sebagai seorang yang pernah merasai keperitan keluarga dan isterinya berikutan pendedahan rakaman video seks beliau, Dr Chua seharusnya tidak menggunakan taktik sama terhadap lawan beliau, terutamanya bila mereka berbohong. MCA masih lagi tidak mengeluarkan bukti berhubung dakwaan mereka itu walaupun telah didesak berulangkali oleh isteri kepada Ahli Parlimen Bagan ini. Jelas Betty, Dr Chua sepatutnya lebih maklum impak dan kesan perkara ini terhadap keluarga dan anak-anaknya. "Saya tak mahu mereka trauma untuk ke sekolah." Justeru, Betty menegaskan, Dr Chua perlu menghentikan segala kenyataan daripada kepimpinan MCA berhubung perkara itu. "Chua Soi Lek … jangan terlalu kejam. Kamu seharusnya tidak membiarkan parti kamu menyebarkan fitnah terhadap suami saya untuk menjatuhkan reputasi keluarga kami. "Kamu juga ada keluarga dan saya percaya keluarga kamu mesti telah melalui saat-saat sukar apabila pendedahan rakaman video skandal seks kamu tersebar. Jangan jadikan keluarga orang lain merasai apa yang telah kamu alami," tegasnya. Malah, Betty turut menggesa isteri Dr Chua supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan suaminya itu. "Mungkin beliau telah memafkan suaminya. Namun wanita Malaysia tidak akan memaafkan Dr Chua kerana membenarkan MCA berterus-terusan menyebarkan fitnah terhadap perempuan yang tidak bersalah dan keluarganya." - TMI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan