Selasa, 17 Julai 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Anggota Polis buli remaja dalam tahanan (Video)

Posted: 16 Jul 2012 10:00 PM PDT

SEBUAH rakaman yang dimuat naik ke halaman facebook sejak beberapa hari lalu menjadi topik hangat diperbualkan oleh komuniti maya laman sosial itu.

Video rakaman itu menunjukkan aktiviti beberapa orang anggota yang dilihat membuli dua orang remaja di dalam tahanan dipercayai di salah sebuah Balai Polis di negara ini.

Melalui perbualan di dalam rakaman itu, difahamkan video tersebut dirakam oleh salah seorang rakan sekerja anggota Polis yang sedang membuli itu.



Rakaman itu menunjukkan bagaimana remaja yang ditahan dan dalam keadaan bergari disepak kuat berulang kali mengakibatkan remaja itu tertiarap.

Kedengaran dialog remaja yang disepak berulang kali itu juga disuruh oleh anggota Polis yang merakam video itu agar menjilat kembali ludahnya di atas lantai.

Berikut video yang dimaksudkan.




ReJaM© "Slogan PDRM Mesra, Cepat dan Betul... "

Wartawan Utusan tulis berita dalam keadaan mabuk?

Posted: 16 Jul 2012 04:10 PM PDT

SEBELUM ini Utusan Malaysia menyebarkan gosip yang dijaja oleh Ummi Hafilda, kononnya Anwar sedang mencari wanita misteri yang menyimpan wang milik Anwar sebanyak RM3 Bilion [Utusan].



Selang sehari gosip Ummi Hafilda itu disiarkan oleh Utusan, akhbar propaganda Umno itu membuat "U turn" mendedahkan temberang Ummi Hafilda pula, rujuk sini [Ummi kantoi].

Apa yang melucukan, tiba-tiba Utusan siarkan pula laporan menyuruh Anwar Ibrahim membersihkan nama wanita misteri itu, kononnya wanita itu telah mendapat pandangan negatif rakyat [Utusan].



Berakal atau tak berakal orang yang tulis berita ini? Dia sendiri yang jaja cerita that so called "wanita misteri", dia juga yang kantoikan temberang itu, tiba-tiba suruh Anwar bersihkan nama wanita tersebut.

Namun ada sedikit bingung dalam berita di atas ini. Utusan Syaitan menggunakan perkataan "oleh" pada perenggan pertama, seolah-olah Anwar pula yang jaja cerita "wanita misteri" ini.

Macam ada peluang nak kena saman ni.

ReJaM© "Inilah jadinya bila wartawan mabuk tulis berita "

Seribu pelajar Kolej Komuniti dikerah ke program Najib

Posted: 16 Jul 2012 05:25 AM PDT

SEMALAM berlangsung sebuah program 1Malaysia For Youth (1M4U) di KLCC yang dianjurkan oleh Najib kononnya untuk menandingi gelombang anak muda yang menyokong Pakatan Rakyat.

Macam biasa seperti yang didedahkan sebelum ini, rujuk sini [Sumber] para pelajar dari seluruh pelusuk negara dikerah ke program-program seperti ini. Dengan pengangkutan dan makan percuma.

Di bawah ini surat bukti yang didedahkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM yang terlibat mengerahkan 1,000 pelajar Kolej Komuniti untuk menyertai program Najib 1M4U itu.



Pelajar-pelajar ini diberikan T Shirt, makanan dan pengangkutan percuma untuk meramaikan program Najib di KLCC semalam.

Pihak kolej pula terpaksa menanggung kos perjalanan yang perlu dibayar oleh pelajar-pelajar ini.



Ini baru surat bukti yang bocor ke tangan kita, dibocorkan oleh orang mereka sendiri yang nampaknya sudah muak dengan taktik Najib yang poyo nak meraih sokongan.

Bukti-bukti lain sedang dicari, kalau ReJaM© berjaya dapatkan bukti lain, akan didedahkan kemudian.

ReJaM© "Kalau tak buat macam ni, takde orang nak turun kah kah kah... "

Tiada ulasan: