MiLo SuaM |
- Gila! Uncle Seeker ditahan di bawah akta yang sudah mansuh
- Saudagar gelang Ac Mizal cabar Abby Abadi berdebat
- 25 orang ahli Umno Teluk Gadong sertai PAS
- Tun Faisal bangkit semangat Dr Asri menentang Umno
- Pelajar UiTM Penang dipaksa berjumpa Mukhriz Mahathir
Gila! Uncle Seeker ditahan di bawah akta yang sudah mansuh Posted: 12 Jul 2012 05:03 PM PDT LIHAT laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik, Muhyidin Yassin kata pemansuhan Akta Hasutan bukti Barisan Nasional kotakan janji, berani, transformasi dan sebagainya [Utusan]. Namun sebenarnya Muhyiddin Yasin ni tak tahu pun apa yang dia katakan. Dia sekadar jadi burung kakak tua mengangguk pemansuhan serta-merta Akta Hasutan oleh Najib pada 11 Julai lalu. Namun hakikatnya di hari yang sama Muhyiddin Yasin memuji diri tentang pemansuhan Akta Hasutan, Uncle Seeker dilanjutkan tahanannya di bawah akta hasutan [Sinar]. Sebelum ini beliau ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi, rujuk sini [OSA] Sama juga kisahnya dengan setiausaha media Soladiriti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Kamarudin. Beliau turut disiasat di bawah Akta Hasutan [Sinar]. Anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana pemimpin ini menipu rakyat di depan batang hidung. Tak hairanlah 45 tahanan ISA masih dikurung dan dizalimi sehingga hari ini meskipun Najib telah mengumumkan pemansuhan ISA sebelum ini. ReJaM© "PRU13, Rakyat harus humban pemimpin gila ini masuk ke longkang... " |
Saudagar gelang Ac Mizal cabar Abby Abadi berdebat Posted: 12 Jul 2012 01:46 PM PDT BARANGKALI tak perlu diceritakan lagi kisah AC Mizal saudagar gelang yang pernah kecoh suatu masa dahulu apabila didakwa menjual gelang penipu untuk menipu orang Melayu. Tapi lain pula ceritanya kali ini. AC Mizal semalam mengeluarkan cabaran debat secara terbuka kepada Abby Abadi yang menurutnya pelakon watak Inspektor Aliza itu telah melakukan kutukan ke atas PDRM. Difahamkan AC Mizal melantik dirinya sendiri sebagai mewakili anak-anak Polis Malaysia kononnya membela perasaan anak-anak Polis yang terasa hati dengan kenyataan Abby Abadi. Hal ini dikatakan berpunca daripada kenyataan Abby Abadi di dalam ucapannya ketika menyertai perhimpunan membantah ISA di depan Kem Tahanan ISA Kamunting minggu lalu, di bawah ini rakaman ucapan beliau. ReJaM© nak ucapkan tahniah kepada Abby Abadi kerana berani menegakkan keadilan menentang undang-undang gila menahan orang tanpa membenarkan orang itu membela dirinya. Salah tak salah belakang kira, yang penting dia boleh tahan orang Ikut Suka Aku (ISA). ReJaM© sendiri anak seorang Polis, dan secara jujurnya langsung tak terasa hati dengan kata-kata Abby Abadi, malah menyokong beliau menentang undang-undang gila ini. ReJaM© percaya ramai lagi anak Polis di luar sana yang senada dengan ReJaM©. Apapun saudagar gelang sakti ini nampaknya bijak mengambil peluang menonjolkan diri manalah tahu boleh jadi calon PRU 13 nanti. Apa yang lucunya, beliau mencabar perempuan untuk berdebat kah kah kah... ReJaM© "Woi AC Mizal, Najib kata debat bukan budaya kitalah kah kah kah... " |
25 orang ahli Umno Teluk Gadong sertai PAS Posted: 12 Jul 2012 07:55 AM PDT Antara penceramah yang hadir, bekas Menteri Besar Perak, YB Nizar Jamaluddin, YB Dr Rani Osman, Dr Hajah Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor, dan Cikgu Fariz Musa pengerusi Jingga 13. Sebentar tadi berlangsung penyerahan borang 25 orang ahli Umno cawangan Taman Firdaus, Teluk Gadong untuk menyertai Parti Islam, PAS. Borang itu diserahkan oleh Mohd Zaini bin Abu Saha, Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Taman Firdaus Teluk Gadong mewakili 25 orang pengikutnya. Oleh kerana hanya 25 orang yang sertai PAS, maka kita tulislah 25 orang, kalau Utusan yang siar boleh jadi 2500 orang kah kah kah. Sent from my BlackBerry® |
Tun Faisal bangkit semangat Dr Asri menentang Umno Posted: 12 Jul 2012 05:48 AM PDT BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di Twitter hari ini mengatakan bahawa Tun Faisal telah berjaya membangkitkan semangat beliau untuk menentang Umno [Twitter]. Dr Asri turut menyebut Tun Faisal yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia merangkap pengerusi Unit Media Baru Umno (cybertrooper) sebagai "Namimah" perkara yang diharamkan Allah, iaitu orang yang suka melaga-lagakan manusia. Beliau mempersoalkan bagaimana "kaki Namimah" (Tun Faisal) ini boleh diberi kepercayaan untuk menjaga berita cyber sesebuah parti (Umno).
Difahamkan hal ini tercetus apabila Tun Faisal dilihat sengaja memulakan pergaduhan dengan memerli Dr Asri kononnya mengeluarkan fatwa menyebabkan lelaki mengamuk di JPM baru-baru ini.
Dr Asri kalau dilihat sebelum ini merupakan ilmuan agama yang tidak menyokong mana-mana parti politik meskipun kebanyakkan ilmuan agama seperti beliau cenderung menyokong Parti Islam, PAS. Namun kini bagaikan sirih pulang ke ganggang, beliau dilihat sudah mula menentang United Malays National Organization, Umno. ReJaM© "Terima kasih Tun Faisal... " |
Pelajar UiTM Penang dipaksa berjumpa Mukhriz Mahathir Posted: 12 Jul 2012 02:54 AM PDT TERINGAT lagi di zaman study dulu, bila ada orang besar-besar datang, menteri ke wakil rakyat ke universiti, maka pelajar semua akan diwajibkan untuk hadir ke majlis seperti itu. Kadang kala siap dapat markah tambahan untuk kuiz atau test sebab sanggup turun menyambut menteri atau wakil rakyat Umno ke universiti. Tapi yang lucunya, menteri atau wakil rakyat yang datang itu nanti tanpa rasa malu akan berbangga dengan kehadiran ramai mahasiswa di majlis dia. "Saya bangga dengan sambutan hangat mahasiswa menemui saya bla bla bla..." Padahal mahasiswa yang datang sebab nak markah tambahan ataupun takut diambil tindakan. Rupanya, hal seperti ini masih berlaku sehingga hari ini, di bawah ini salah satu bukti. Pelajar UiTM Pulau Pinang, diwajibkan untuk bertemu anak Mahathir, iaitu Dato Mukhriz semalam, kalau tak hadir tindakan akan diambil. Banner ini diambil di Halaman Facebook Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Pulau Pinang [Facebook]. ReJaM© "Kalau tak kena paksa, tak hingin mahasiswa nak pergi... " Baca juga di sini, klik [ASD] |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan