Selasa, 3 Julai 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Naib Canselor Unisel dedahkan bodoh tadbir kerajaan BN

Posted: 02 Jul 2012 11:10 PM PDT

DATUK Noh Omar yang sedang berangan untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika BN menang semalam mendakwa kononnya ada bukti bahawa akaun kewangan Universiti Selangor, Unisel sedang nazak.

Beliau mencabar dan memberi tempoh seminggu kepada Menteri Besar Selangor untuk mendedahkan secara terperinci kedudukan kewangan Unisel [Utusan].



Namun tak sampai 24 jam keluar berita cabaran Noh Omar itu, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad mendedahkan bodoh tadbir Barisan Nasional semasa memegang tampuk kuasa Negeri Selangor dahulu.

Beliau mendakwa segala hutang Unisel yang dibuat oleh kerajaan lama(BN) kini sudah dilangsaikan dengan bantuan kerajaan negeri sekarang(Pakatan Rakyat).

Beliau juga mendakwa kewangan Unisel kini sudah mencatatkan keuntungan. Anda boleh saksikan sendiri rakaman video kenyataan Profesor Dr Anuar Ahmad di bawah ini.



Sekarang kita cabar Noh Omar pulak, mana bukti yang mengatakan akaun kewangan Unisel dalam keadaan nazar tu? Tak mengapa kita bagi dia tempoh seminggu juga untuk dedahkan kah kah kah...


ReJaM© "Mimpilah kamu nak jadi meteri besar kah kah kah... "

Gila! Perkasa lapor polis kerana sultan sokong Royalti

Posted: 02 Jul 2012 08:20 PM PDT

GILA memang gila, barangkali ini berita paling gila dan lucu minggu ini berkaitan isu Royalti Minyak Kelantan.

Gara-gara tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyokong gerakan menuntut Royalti Minyak Negeri Kelantan, Pertubuhan Super Rasist, PERKASA membuat laporan polis.

Perkasa mendakwa nama Sultan Kelantan digunakan dalam gerakan politik Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Royalti [Utusan].

Perkasa bimbang bila Sultan Kelantan sudah menyokong Gerakan Menuntut Royalti, maka mereka yang kuat menentang gerakan itu terpaksa pula menyokong bagi mengelakkan dianggap penderhaka kah kah kah.





Barangkali PERKASA Kelantan tidak melakukan "research" sebelum mereka membuat laporan Polis. Lantaran itu mereka tidak tahu bahawa memang benar bahawa Sultan Kelantan menyokong gerakan menuntut Royalti.

Sultan Muhammad V sebelum ini telah menyatakan sokongannya terhadap gerakan itu melalui satu acara simbolik menandatangani plak tuntutan Royalti [HD].

Berikut gambar di saat baginda Sultan Kelantan sedang menurunkan tandatangan disaksikan oleh aktivis Royalti dan Menteri Besar Kelantan.



Wahai PERKASA, Sultan Kelantan berjiwa rakyat, sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat Kelantan, sebab itulah baginda sokong tuntutan Royalti, bukan macam kamu sibuk menentang Royalti sebab nak mengampu Regime Umno dan Barisan Nasional.

ReJaM© "Kalau tak sokong derhaka kah kah kah... "

Zulkifli Nordin tuduh imam di Selangor rebut duit masjid

Posted: 02 Jul 2012 05:15 AM PDT



TAKTIK terbaru Zulkifli Nordin di dalam ceramah-ceramahnya di seluruh Selangor sebagai kempen untuk Umno kali ini ialah menanam prasangka buruk rakyat Selangor terhadap imam dan nazir di masjid-masjid.

Terbaru ucapan di dalam sebuah ceramahnya, beliau menuduh dengan membayangkan kononnya imam dan nazir masjid di Selangor merembat duit tabung masjid secara halus.

Dengan berbekalkan "air liur" Zulkifli Nordin membuat dakwaan ini untuk menanamkan prasangka buruk orang ramai terhadap penceramah-penceramah agama yang dijemput untuk memberikan kuliyah di masjid-masjid.

Zulkifli mendakwa kononnya imam-imam dan nazir-nazir masjid di Selangor menjembut kaum keluarga dan sanak saudara untuk memberikan kuliyah di masjid bagi merebut harta masjid yang banyak terkumpul.

Sila tonton sendiri video di bawah ini, lihat bagaimana gelagat Katak Pisang ini memburuk-burukkan imam dan nazir masjid di Selangor.



Video ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM yang mendakwa salah seorang sahabatnya sudah tidak mahu lagi mendengar kuliyah di masjid kerana tidak percaya dengan imam, nazir dan pihak pengurusan masjid kerana video ini.

Kawannya itu dikatakan menganggap pihak pengurusan masjid-masjid di Selangor hanya mahu membolot duit tabung hasil kutipan derma orang ramai yang terkumpul. Wahai Zulkifli kamu tanggunglah dosa menjauhkan orang dari mendengar kuliyah di masjid.

Sepatutnya orang yang memberi ceramah agama di masjid kita hormati, kita muliakan kerana menyampaikan ilmu agama, jika ada sebarang kesalahan si penceramah, biarlah menjadi urusannya dengan Allah.

Namun ada pula syaitan tukang hasut secara tak langsung menghalang orang ramai daripada pergi mendengar kuliyah agama di masjid kerana percaya tuduhan "air liur" si katak pisang ini.


ReJaM© "Katak pisang sudah berubah menjadi Syaitan... "

Uncleseekers gembira skandal Kesultanan Johor tersebar

Posted: 02 Jul 2012 01:54 AM PDT

PENULIS blog uncleseekers.blogspot.com mendakwa taktiknya untuk menyebarkan skandal yang melibatkan kesultanan Johor berjaya rentetan laporan Polis yang dibuat ke atasnya.

Nampaknya kali ini kesemua senarai 60 lebih pendedahan yang dibuat oleh beliau di blognya berkenaan skandal kesultanan Johor bakal menjadi buah mulut seluruh rakyat Johor dan seluruh Malaysia.



Inilah namanya taktik untuk meraih perhatian. Sekali meletup satu Malaysia akan datang ke blog uncleseeker untuk melihat dan menyaksikan sendiri segala pendedahan yang dibuat oleh beliau.

Uncleseeker turut mencabar pihak berkuasa menyiasat segala dakwaan beliau.

Kalau dua tiga tweet Nizar boleh siasat dan bagi liputan pagi petang siang malam, takkan pendedahan 60 lebih episod skandal Kesultanan Johor yang didedahkan oleh Uncle Seekers ni Polis buat bodoh? kah kah kah...

ReJaM© "Pelanduk dah masuk perangkap, tinggal sembelih... "

Tiada ulasan: