Selasa, 31 Julai 2012

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


aku dan ramadhan

Posted: 30 Jul 2012 07:27 AM PDT

ini Ramadhan ke 40 untuk aku tetapi aku mula berpuasa ketika berumur 9 tahun. tiada upah gula-gula atau duit raya dari abah. ini kerana abah tidak pernah menekankan sangat ibadah ini kepada aku.apabila tak larat aku berbuka, abah dengan mak tak marah/ tetapi seperti Melayu yang lain, puasa adalah ibadah kegemaran. ketika bujang dan bekerja sebagai mekanik aku sangat kuat berpuasa kerana pada pemikiran aku ketika itu aku harus menunjukkan kepada kawan-kawan sekerjaku yang ke semuanya bukan Islam yang aku sangat kuat.
Ramadhan ketika sudah berkeluarga adalah sangat mengesankan jiwa sentimental aku. hari ini aku duduk bersama an-nur dan mengimbas Ramadhan yang telah dilalui. saat kami berempat beranak mengais dan mengutip rintik-rintik rezeki. saat aku yang kudrat tidak lasak ini kuperah demi anak isteriku. sham jual mi sup sementara aku memerah tebu dengan mesin yang diberi pinjam oleh seorang insan yang aku sendiri tidak kenal selama sebulan ia percuma. saat sham pergi menjual kuih raya di bukit dokong dan aku menjaga anak. ke hulu ke hilir aku bawa annisa dan annur di dalam kereta. aku takkan lupa pada suatu malam hujan lebat bersama annisa dan annur di dalam kereta proton tua bocor atap tiada air cond menjemput sham pulang dari berniaga. malam yang aku nyanyikan kuat-kuat lagu cinta kepada anak-anak ini.
saat kedua-dua anakku masuk wad dan hanya keluar tiga hari sebelum Raya. Bisnis kami dijaga oleh pembantu dari Indonesia dengan jujurnya...
Irwan Aku Skizo di twitter mengucapkan selamat kepadaku dan mendoakan kesabaranku apabila hanya raya tigaberanak sahaja tahun ini, Insyaallah! inilah perjalanan...
aku semakin mengerti...

Tiada ulasan: