Jumaat, 6 Julai 2012

Komentar Kini

Komentar Kini


Anwar Ibrahim nyatakan yang dia adalah anak jantan

Posted: 06 Jul 2012 04:32 PM PDT

Pendek kata hampir semua Pucuk kepimpinan umno telah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kata kata kalau anak jantan sila tunjukkan.

Dari segi fizikal antara jantan dan betina boleh dizahirkan melalui kemaluanya, tetapi zaman jahiliah modern kadang kadang  jantan boleh tukar "jantinanya". Manakala yang betina tidak boleh berbuat demikian.

Semua rakyat 1 Malaysia mengenali Anwar Ibrahim sebagai jantan dan dicabar supaya tunjuk kejantanannya.

Anwar dianggap oleh musuh politiknya tidak berani menunjukkan kejantanannya atas sebab tertentu yang mungkin tidak boleh di elakkan kerana kononnya dia ada RM 3 bilion dalam satu akauan semasa menjadi timbalan perdana menteri dulu.

Sebaik saja dicabar oleh Ta Sri Muhyiddin Yassin Anwar Ibrahim buat kenyataan media mencabar balik agar timbalan perdana mengisytiharkan hartanya.

Dengan cabaran balas itu Tan Sri Muhyiddin Yassin membisu seribu bahasa. Maka isu tersebut mati tiba tiba.
Oleh kerana pucuk kepimpinan umno teringin sangat agar Anwar Ibrahim tunjuk kejantannnya, maka dinyatakan yang dia akan bersara dalam arena politik jika gagal tawan putra jaya selepas PRU 13 nanti.

Pada saya  sah inilah Anwar Ibrahim adalah "anak jantan" kerana berani menyatakan yang dia akan bersara dalam dunia politik.

Walaupun ada pucuk kepimpinan umno berkata itu hanya Psikologi Anwar Ibrahim saja, tapi pada saya itulah perisip yang di pegangnya. 

Beliau berani bertindak demikian sepertimana pernah dilakukan sebelum ini. Inilah sikap seorang pemimpin yang "berwibawa" dan "berkarisma" kerana beliau faham kedudukan dan pengaruhnya dalam politik mutakhir ini.Macam juga Datuk Seri Tuan Guru Abdul Haji Hadi Awang yang menyatakan yang dia akan bersara.

Bayangkan PRU 12 pengaruhnya boleh menafikan 2/3 wakil umno dalam parlimen. Jika PRU 13 nanti PR gagal tawan putrajaya bermakna pengaruhnya jatuh merudum, maka tiada guna lagi beliau bergiat cergas dalam arena politik Negara miskipun PR memerlukannya.

Siapakah pucuk kepimpinan umno  yang berani berbuat demikian? Setakat hari ini belum seorang pun yang berani menyatakan yang dia akan bersara, Tun Abdullah Ahmad Badawi diugut dan dihambat tinggalkan jawatan perdana menteri dan presiden umno dianggap buruk dikepala oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir berbuat demikian kerana pengaruhnya jatuh merudum dalam PRU 10 (1999) dan juga factor usia yang begitu lanjut dan lama memerintah. Atas sebab itulah Tun Mahathir bersara berbanding  Anwar Ibrahim yang berusia 65 tahun 2012.Masih layak memerintah Negara 1 Malaysia ini.

Atas sebab beliau anak jantan, maka dinyatakan hasratnya yang dia akan bersara jika PR gagal tawan Putrajaya selepas PRU 13 nanti.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun sering uzur dan lanjut usianya.Tiada sebab dia akan berbuat demikian.

Dengan daya juang yang tinggi  dan dengan samangat yang ketal, belum ada niat dan hasratnya untuk bersara, malah ada pihak mengatakan yang dia akan bertanding sebagai ahli parlimen PRU 13 nanti.

  

Tiada ulasan: