Komentar Kini |
Ada di antara pemimpin PAS tidak jaga agama? Posted: 01 Jul 2012 06:20 PM PDT Sudah lama saya dengar cerita ada diantara pemimpin PAS sudah tak jaga lagi agama sejak bekerjasama dengan DAP dan parti keadilan rakyat. Cerita yang saya tulis ini ada yang akan berkata bohong. Itu hanya fitnah berlaka, kerana pemimpin selama ini tidak pernah berbuat demikian, kerana haram hukumnya. Betulkah cerita itu fitnah? Ada yang cakap ada diantara pemimpin yang tidak lagi jaga agama sehingga sanggup bersalaman dengan perempuan. Zaman PAS memerintah Terengganu (1999-2004) saya pernah lihat sendiri seorang wakil PAS bersalaman dengan seorang pemberita perempuan berbangsa china macam lelaki.Mungkin keliru dengan perwatakan. Perkara bersalaman ini pernah diamalan oleh ketua pembangkang ketika melawat dan dalam majlis ceramah bersama dengan DAP. Ketika didalam umno dulu pun beliau tak pernah berasa bersalah bersalaman dengan perempuan. Malah amalan bersalaman dengan perempuan harus baginya. Ulamak umno telah membuat fatwa bahawa bersalaman dengan perempuan hukumnya harus. Atas sebab itulah bersalaman jadi amalan biasa dan tak salah sepertimana pandangan pemimpin sejak dulu hingga sekarang. Oleh itu, adalah tidak menasabah ada aintara pemimpin PAS yang sanggup bersalaman dengan perempuan china ketika ikut ceramah anjuran DAP. Bagaimana cerita itu boleh tersebar jika perkara itu berlaku. Sudah tentu ada orang melihat bersalaman antara lelaki dan perempuan itu berlaku. Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan perempuan china ketika hadir dalam majlis cermaha anjuran DAPsuatu perkara biasa saja. Hendak katakan ia satu fitnah mungkin ada cerita disebalik itu. Kalau tidak macam mana boleh ada cerita ada antara pemimpin PAS yang bersalaman dengan perempuan, terutama sekali perempuan berbangsa china. Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa dalam ABIM dulu bersalaman dengan perempuan adalah haram hukumnya. Semasa dalam umno saja beliau menghalalkan bersalaman dengan perempuan. Kebiasaan itu dijadikan amalan terus menerus ketika jadi ketua pembangkang hingga kini menerusi ijtihadnya ketika masuk umno dulu. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan