Kelab Greenboc |
- Jauh Beribu Batu Tetapi Ada Persamaan Dua Pemimpin Umat Islam Ini
- Lihatlah, Baru Masuk Islam, Dirikan Masjid Dari Sabut Kelapa Untuk Solat Berjemaah
- Awal Ramadhan: Mursi Melangkah Ke Kampung Halaman
- Kisah Penghijrahan Nuremy Ramli Bertudung
- Tok Pa Gelisah Bila Artis Semakin Tinggalkan Maksiat
- Berbuka Puasa - Amalan "Wasatiyah" Ini Jangan Diikuti
Jauh Beribu Batu Tetapi Ada Persamaan Dua Pemimpin Umat Islam Ini Posted: 23 Jul 2012 12:33 AM PDT |
Lihatlah, Baru Masuk Islam, Dirikan Masjid Dari Sabut Kelapa Untuk Solat Berjemaah Posted: 22 Jul 2012 09:40 PM PDT Subhanallah Orang-orang di Republik Togo, Afrika Barat. Mereka baru saja masuk Islam, kemudian membangunkan masjid ala kadarnya dari sabut kelapa. - Dr. Muhammad al Khudairi Ulasan GB Demikian untuk kita renung sejenak di bulan mulia ini. Orang yang baru menganut Islam, sanggup dengan apa jua keadaannya mendirikan sebuah "masjid"/"surau" dari sabut kelapa untuk mendirikan solat. Sedangkan kita yang dah lama Islam, malah kebanyakannya dilahirkan sudahpun beragama Islam, masjid sebesar mahligai dengan lantai mosaic & berkarpet lagi, beratap genting berlampu gantung, pun masih ramai yang leka dan lalai mendirikan solat. Melihat gambar di atas, tidakkah kita mahu menyedari & menginsafi: "Maka nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan? [Ar-Rahman:13] dan firman Allah lagi "Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang ingkar. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui." (Al-Maidah:54) |
Awal Ramadhan: Mursi Melangkah Ke Kampung Halaman Posted: 22 Jul 2012 05:36 PM PDT Kota Zagazig terdapat sebuah masjid yang besar nan indah bernama "Masjid Fath", ia menjadi masjid pertama yang di ziarahi dan ditunaikan di dalamnya solat jum'at pada Ramadhan 1433 H oleh seorang presiden yang juga berasal dari kota ini. Awal puasa di Mesir jatuh pada hari Jum'at, 20 Julai 2012 dan di awal puasa ini pun presiden Mesir yang baru memiliki banyak agenda diantaranya ziarah ke tempat kediamannya di wilayah Sharqeya. Mengetahui presiden akan datang dan menunaikan solat jum'at di masjid kebanggaan orang-orang zagazig, maka tak hairan pagi jum'at mulai pukul 9 hingga tiba waktu solat jum'at, masyarakat ramai berbondong-bondong menuju masjid megah ini untuk menunaikan solat jum'at sekaligus ingin melihat secara langsung sosok presiden yang lahir di desa Al Idwah, Zagazig. Saat akan memasuki masjid, seluruh masyarakat perlu beratur dan semuanya diperiksa satu persatu oleh polis tak terkecuali saya pada waktu itu yang juga ikut beratur. Ketika masuk masjid, saya melangkah ke depan mengambil saf paling awal, kemudian melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid. Jam sudah menunjukan pukul 11 pagi, para jam'ah solat jum'at pun kian banyak, mereka rela berdesak-desakan untuk menunggu kedatangan sang presiden yang sebentar lagi akan memasuki masjid, sambil menunggu sebagian jama'ah banyak yang membaca qur'an dan berzikir. Terlihat di depan pintu masuk, syaikh Ali Jum'ah sang mufti Mesir telah tiba didampingi beberapa ulama al Azhar lainnya. Banyak ucapan yang dilontarkan oleh jama'ah masjid saat menunggu kedatangan presiden, ada yang menyerukan takbir dan tahmid, dan ada pula yang bersalawat. Tak lama kemudian DR.Muhammad Mursi tiba dan memasuki masjid, tampak juga ketua Majlis Syura (MPR) Prof.Dr.Ahmad fathi yang juga berasal dari Zagazig, para jama'ah pun berdiri ingin melihat langsung sosok pemimpin mereka yang baru, para pasukan pengawal presiden pun berdiri, membuat pagar mengamankan situasi. Setelah DR.Mursi masuk masjid, ia tidak langsung duduk tapi melaksanakan solat sunat tahiyyatul masjid, melihat kejadian ada salah seorang bapak Mesir yang duduk di samping saya berkata : "ahsanun nas" (manusia terbaik). Ada yang berteriak "kullu sanah wa anta thoyyib ya Rais" (kebaikan selalu menyertaimu duhai Presiden). Dan ada pula yang berkata: "berpuluh-puluh tahun saya solat di masjid ini, baru kali ini diziarahi presiden dan ia solat bersama kita", mendengar ungkapan itu salah seorang jama'ah di sampingnya bertutur: "Hadza min fadhli Rabbi". Bahkan ada seorang Bapak membawa 2 orang anak laki-lakinya yang masih kecil, ia berkata kepada anaknya: "itu nak presiden kita, Mursi .. agar kalian tahu". Gema takbir pun berkumandang dari setiap sudut masjid Fath. Melihat suasana seperti ini, badan saya pun bergetar dan hati saya berkata: "Ya Allah, alangkah indahnya suasana seperti ini, masyarakat Mesir sekarang sudah merasakan begitu dekatnya pemimpin dengan rakyatnya, segala puji hanya bagi Engkau". Saat Khatib jum'at berkhutbah, ia berpesan kepada seluruh jama'ah: "hendaklah kita semua berbuat adil kepada siapa saja, pemimpin harus berbuat adil kepada rakyatnya, kerana adil itu dekat dengan taqwa". Seusai shalat, DR.Mursi langsung berdiri, menyalami rekan-rekannya dan juga kepada para ulama-ulama. Ada yang menarik setelah itu, ketika panwalpres mempersilakan Musri untuk segera meninggalkan ruang masjid, Mursi menolak dan ia minta diberikan mix, dan ia pun langsung berbicara sambil mendekati jama'ah: "segala puji bagi Allah, kita dipertemukan Allah pada bulan Ramadhan kali ini dan saya berpesan kepada semuanya; banyak-banyaklah membaca al Qar'an dan amalkan isi al Qur'an". Mendengar penyampaian itu semua jama'ah bertakbir .. "Allahu Akbar", gemuruh suara pun menggema di dalam hingga ke luar masjid. Mursi keluar masjid dan langsung menuju mobil keprisidenan. Saya melihat masyarakat, tampak rasa bahagia di wajah-wajah mereka, semua bergembira, senang, penuh suka cita, seakan – akan mereka tidak ingin berpisah dari sang presiden dan ini merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. Sungguh amat sangat jauh berbeza yang pernah saya rasakan dan alami sekitar 5 tahun yang lalu, di saat Hosni Mubarak berkunjung ke Zagazig. Kebetulan waktu itu saya tinggal di apartmen tingkat 7 sebelah stadium. Sehari sebelum presiden Mubarak tiba, pihak polis sudah berjaga – jaga, mereka berdiri di atas apartemen dengan persenjataan yang lengkap. Pada saat Mubarak akan tiba di lapangan stadium dengan kendaraan helikopter, seluruh jendela rumah kami ditutup dan tidak boleh melihat apalagi membuka pintu dan jendela. Dan pernah kejadian juga sebelumnya saat kampanye pilpres Mesir di stadiun Zagazig, teman-teman saya yang tinggal di apartmen tingkat 7 tadi dikosongkan sementara (5 hari) ke rumah teman Indonesia yang lainnya demi keselamatan sang diktator Mubarak yang ingin kembali mencalonkan Presiden mesir. Selanjutnya, Mursi kembali melanjutkan perjalanan, melangkah menuju desa Al Idwah - Sharqeya, menziarahi keluarga dan buka puasa bersama. Demikian tulisan ini saya sampaikan, semoga banyak hikmah dan pelajaran yang dapat kita ambil. Kepada rakyat Mesir, mabrouuk,, telah Allah kirimkan kepada kalian sosok pemimpin yang beriman yang dekat dan sayang kepada masyarakat. Semoga DR.Mursi senantiasa diberi taufik dan kekuatan untuk memimpin negeri kinanah ini, amin ya Rabb, selamat berjuang rakyat Mesir!! Ramadhan Kareem. -pkspiyungan.org |
Kisah Penghijrahan Nuremy Ramli Bertudung Posted: 22 Jul 2012 11:02 AM PDT Alhamdulillah, nampaknya semakin ramai artis-artis di Malaysia nie yang terbuka hati untuk menuju ke arah hidup yang lebih baik. Terbaru, bintang filem X dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Nuremy Ramli pulak membuat keputusan untuk tampil dengan imej bertudung. Mengikut apa yang diceritakan Nuremy, mimpi Nuremy berjumpa arwah bapanya adalah antara punca mengapa Nuremy mengambil keputusan untuk bertudung. "Saya bermimpi bertemu arwah ayah saya beberapa kali cuma yang peliknya, arwah ayah tak tersenyum bila melihat saya. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut. Saya tak nafikan memang saya ada rasa serba tak kena, sehinggalah saya membuat keputusan untuk bertudung, alhamdulillah, saya berasa lebih tenang dan selesa," -blog bulanpurnama Ulasan GB Semuga Allah memberikan kekuatan iman kepada artis berkenaan untuk terus beristiqamah dengan perubahan yang dilakukan. Tahniah dan syabas dari kami. |
Tok Pa Gelisah Bila Artis Semakin Tinggalkan Maksiat Posted: 22 Jul 2012 08:01 AM PDT Orang Kuat Umporno Kelantan yang asyik kempunan mahu jadi MB Kelantan, Tok Pa jadi pening apabila golongan artis mula berebut-rebut untuk bersama PAS dan PKR. Paling memeningkan beliau, setelah para artis ini menyertai PAS dan PKR, mereka pasti akan berubah daripada keadaan yang "tidak senonoh" kepada yang lebih senonoh dan bermoral. Berbeza dengan artis yang berebut masuk Umporno. Tiada beza langsung, daripada keadaan "tidak senonoh" dilihat lebih "tidak senonoh", cuma bezanya mereka apabila masuk Umporno poket mereka mungkin agak "kembung" sedikit. Memang pun Umporno parti untuk para `peminta sedekah' yang selalu beranggapan rezeki datangnya dari parti sekutu Apco ini. Maka, Tok Pa pun berkata bahawa PAS `terpaksa' memerlukan kerjasama artis kerana tertekan dengan kejayaan Umporno mendekati golongan muda. Orang muda mana yang semakin mendekati parti lembu kondo itu, wahai Tok Pa? Apatah lagi di Kelantan, Umporno langsung tiada di fikiran anak-anak muda Kelantan. Tok Pa tidak sedar bahawa semangat anak-anak muda di Kelantan kini meresapi semangat anak-anak muda di negeri-negeri lain yang bakal menumbangkan Umporno di dalam PRU akan datang. Katanya, dahulu di Kelantan persembahan artis termasuk Dikir Barat dan Mak Yong diharamkan dan PAS juga tidak begitu gemar dengan golongan artis kerana didakwa terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. "Tetapi kini mereka perlu mencari pendekatan baharu untuk mendekati golongan muda yang merupakan kelompok penting pengundi," katanya lagi. Kenyataan Tok Pa terlalu cetek dan dangkal sekali. Tok Pa lupa bahawa Dikir Barat dahulunya dilarang di Kelantan kerana semua tahu bahawa di dalam persembahan Dikir Barat ketika itu banyak adegan yang berunsur maksiat. Penyanyi wanita dan kadangkala `pondan' menyanyi sambil menggoyang-goyangkan punggung mereka di khalayak ramai serta lirik lagu dikir yang kadangkala lucah amat bertentangan dengan hukum Islam. Bahkan, sehingga kini persembahan Dikir Barat yang mempunyai unsur-unsur maksiat sedemikian terus dilarang, namun para artis semakin menyokong PAS kerana mereka faham Seni Islam itu bagaimana, kecuali Tok Pa yang masih tergila-gilakan "bapok" beraksi di dalam dikir. Begitu juga dengan Mak Yong yang diharamkan oleh Kerajaan PAS Kelantan kerana terdapatnya unsur-unsur syirik serta khurafat di dalam persembahan tersebut. Sebenarnya, bukan sahaja Dikir Barat atau Mak Yong bahkan persembahan nyanyian biasa juga dikawal oleh Kerajaan PAS Kelantan. Adakah artis menjauhi PAS? Tidak, kebanyakan artis memahaminya kerana artis tersebut berugama Islam, tidak tahu lah kalau Tok Pa berugama `Tok Cha" kerana gagal memahami hukum Islam. Kita semua dapat lihat mana-mana artis yang menyertai PAS terutamanya akan lebih baik penampilan mereka daripada sebelumnya. Justeru itulah Umporno amat merasa cemburu dengan kejayaan PAS sehinggakan mereka tidak pernah terfikir bagaimana seorang artis yang selalunya `meminta sedekah sesuap nasi' dengan mereka sanggup menyertai PAS yang belum pun menjadi kerajaan yang memerintah Pusat seperti mereka. Mereka lupa, hasil tarbiyah PAS iaitu rezeki bukan di tangan Umporno, tetapi di tangan Allah, itulah penyebab semakin ramai artis menyertai PAS atau PKR. Cuma segelintir artis yang masih meletakkan maruah mereka setaraf dengan peminta sedekah dan pelacur jalanan sahaja yang masih mengampu dan membodek Umporno. Hakikatnya, PAS dan PKR tidak 'memburu' artis, sebaliknya artis yang kini berbaris menanti giliran untuk bersama PR. Jika mereka mahu hidup mewah dan senang lenang, lojikkah pada akal mereka akan senang lenang bersama PR yang sekarang ini hanya sebagai Pembangkang di Pusat? -wfauzdin Mustapa dijangkiti penyakit 'denial syndrom' |
Berbuka Puasa - Amalan "Wasatiyah" Ini Jangan Diikuti Posted: 22 Jul 2012 05:30 AM PDT Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31). Di dalam hadis daripada Anas katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air." (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan