Kelab Greenboc |
- Hassan Ali Nak Berdebat Pula, Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong
- MCA Tiru UMNO Guna Fitnah Seks Untuk Jatuhkan Lawan
- Mereka Bukan Sekadar Berani Tatkala Berlakon...
- Mahathir Tempelak Najib Kerana Iktirafkan Kursus Kolej TAR Untuk Raih Undi
- Kembalinya Blogger "Tinta Hijau Dari Kaki Bukit" Ke Rahmatullah!
- Tiga Selebriti Wanita Murtad
- [BERGAMBAR] Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik
- [VIDEO] Anwar Bidas Mahathir Takut Hartanya Dan Anak Pinaknya Dirampas
Hassan Ali Nak Berdebat Pula, Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-sorong Posted: 09 Jul 2012 01:15 AM PDT Debat 11 Julai, usah layan Hasan Ali, kata PAS S'gor PAS Selangor meminta ahli-ahlinya supaya menumpukan kepada usaha menghadapi pilihan raya umum daripada melayani karenah Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali yang menurutnya 'telah terpinggir'. Dalam satu kenyataan semalam, ia mendakwa Dr Hasan mengadakan cerita kononnya akan ada debat di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Rabu ini (11 Julai). PAS Selangor menganggap tindakan Dr Hasan itu "jelas menunjukkan gerakan JATI semakin hilang pedoman dan kini Dr Hasan mahu mencari populariti melalui PAS. Menurut kenyataan itu, lagi, PAS Selangor telah bersetuju agar pesuruhjaya Selangor serta ahli-ahlinya tidak melayani karenah Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri itu. Sebaliknya, tegas kenyataan itu lagi, tumpuan parti itu adalah kepada pilihan raya umum akan datang. "Mengapa Dr Hasan mahu berdebat dengan kita? JATI bukan parti politik. "Bukankah masalah yang ada di Selangor adalah masalah yang di timbul dan ditinggalkan oleh beliau sendiri sewaktu menjadi pesuruhjaya PAS dulu?" tambah kenyataan itu. Menurutnya, prestasi PAS Selangor sekarang jauh lebih baik daripada zaman Dr Hasan menjadi pesuruhjaya. "Kini beliau mahu berdebat. PAS Selangor dan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam keputusannya, tidak melayani karenah bekas exco kerajaan negeri itu kerana dia pernah diberi peluang untuk berjuang dalam pasukan kerajaan negeri, tetapi gagal," tambahnya. -mk Ulasan GB Betul-ebtul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ceramah sendiri pun tak mampu nak panggil orang datang, nak ajak PAS berdebat... Pergilah berdebat dengan kumpulan kamu yang baru yang bernama UMNO itu, kalau-kalau mereka sudi. GB dah kata: lama kelamaan Hassan Ali ini akan jadi gila... betul-betul punya gila, bukan gila main-main. Sekarang pun dah mula nampak... Orang yang dah dibutakan hati setelah dikurniakan hidayah, itulah buta yang paling tragis! |
MCA Tiru UMNO Guna Fitnah Seks Untuk Jatuhkan Lawan Posted: 09 Jul 2012 12:24 AM PDT Chua Soi Lek, ingatlah penderitaan anak-anak orang lain apabila fitnah dibiarkan GEORGE TOWN, 8 JULAI: "Suami saya tidak mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan saya berulang kali menyatakan bahawa saya tidak pernah bergaduh dengan wanita tersebut atau menyerang sesiapa pun berhubung perkara tersebut." Demikian penjelasan terbuka Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berhubung tuduhan liar dan fitnah MCA terhadap dirinya dan suaminya, yang sengaja dibairkan oleh pemimpin parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang penah terpaling dengan skandal video seks dengan wanita yang bukan isterinya. "Chua Soi Lek… janganlah terlalu kejam. Anda sepatutnya tidak membiarkan atau membenarkan parti anda menyebar dan mencetak penipuan terhadap suami saya mempunyai hubungan rahsia dengan seorang bekas kakitangannya dan saya menyerang beliau – untuk memusnahkan reputasi keluarga dan menjejaskan anak-anak saya. "Anda mempunyai keluarga juga. Saya pasti bahawa keluarga anda sudah lalui suatu masa yang sukar apabila anda mengaku kepada umum mengenai hubungan sulit dan kemudian meletak jawatan sebagai menteri. Jangan jadikan keluarga lain melalui juga keadaan sama dan tambahan pula tiada kebenaran terhadap penyebaran penipuan tersebut. "Sebagai seorang wanita, saya ingin menggesa isteri Chua Soi Lek supaya menghentikan sikap kejam suaminya. Beliau mungkin telah memaafkan kekejaman lampau suaminya terhadap dirinya, namun beliau patut menasihati suaminya bahawa semua wanita Malaysia tidak akan memaafkan Chua kerana membenarkan MCA meneruskan kekejaman penipuan sebegini terhadap seorang wanita yang tidak bersalah dan keluarganya," kata beliau. Chew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana (Melaka) kecewa kerana Chua Soi Lek, tidak mempedulikan fitnah itu dengan menganggapnya sebagai masalah Guan Eng. Sedangkan, Chua sendiri membiarkan Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo, untuk menyalahgunakan DUN Melaka bagi menyebarkan penipuan bahawa Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan Chew pula kononnya telah menyerang wanita itu dan Guan Eng. "Bagaimana ini boleh menjadi masalah suami saya apabila penipuan tersebut disebarkan oleh MCA? "Sebagai seseorang yang mengetahui kesakitan yang dilalui keluarga dan isteri selepas pita seks Chua dengan dengan seorang wanita didedahkan, saya tidak sangka Chua akan menggunakan taktik sama terhadap pihak lawannya, terutamanya ia adalah satu penipuan. "Kenapa sehingga kini MCA tidak dapat menunjukkan bukti bahawa saya memukul seseorang? Chua sepatutnya menyatakan dakwaan tersebut atau mengarahkan Gan untuk mengulangi kenyataannya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka," katanya. Chew sedar bahawa pemimpin MCA penakut dan tidak berani mengulangi fitnah itu di luar DUN kerana tahu penipuan tersebut adalah tidak benar dan sekiranya beliau mengulanginya di luar, Chew dan suaminya akan mendakwanya di mahkamah. "Gan merupakan seorang penakut yang bersembunyi di sebalik imuniti dewan, mengetahui apa yang dikatakannya di dewan tidak boleh didakwa oleh suami saya dan saya. Saya hanya boleh mendakwa Gan sekiranya beliau menyatakannya di luar Dewan. Gan cuba lari daripada tanggungjawab selepas menfitnah saya dan suami saya. Adakah ini gaya politik MCA?" soal beliau. Chew mengingatkan Chua bahawa Guan Eng marah dengan fitnah tersebut kerana beliau memang tidak melakukan apa yang dituduh itu serta bimbang keselamatan dan ketenteraman jiwa anak-anak mereka. "Kami tidak mahu anak-anak kami ke sekolah dan mengalami trauma tersebut secara berulang kali. "Sebelum ini, terdapat penipuan disebarkan mengenai salah laku seksual terhadap salah seorang anak lelaki saya dan kini berkenaan suami saya pula. Kenapa MCA sanggup menghina diri sendiri dengan menggunakan isu seks untuk mencemarkan suami saya hanya kerana mereka sendiri mempunyai masalah sebegini – mereka fikir orang lain juga sama? "Suami saya betul, beliau bukanlah Chua Soi Lek. Lagi pun Chua sehingga kini masih tidak memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini bahawa saya tidak berkhidmat untuk kawasan DUN saya dan sepatutnya berkhidmat untuk suami saya. "Ini satu kenyataan yang dahsyat dan ia membuatkan saya terfikir bagaimana Presiden MCA boleh mengungkapkan kenyataan sebegini yang merendahkan martabat seorang pemimpin wanita dengan tidak memeriksa semula kenyataan berkenaan," tambah beliau.- Roketkini Ulasan GB Ini peniruan taktik UMNO yang menggunakan seks sebagai satu jalan untuk memusnahkan kredibiliti lawan. Tetapi malang, ia semata-mata FITNAH yang direka-reka. Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan: rencana yang jahat itu akan kembali kepad apihak yang merrencananya. |
Mereka Bukan Sekadar Berani Tatkala Berlakon... Posted: 08 Jul 2012 09:22 PM PDT Bukanlah mereka ini hanya berani dalam watak lakonan... diperhimpunan protes ISA dipintu masuk KEMTA semalam membuktikan Hairie Othman, Abby Abadi dan Leman Raja Lawak bukan sekadar berlakon watak wira, berani dan hebat... .tapi mereka ini memang benar-benar berani setelah bersama perjuangan PAS.. .mereka berani datang, berani luahkan isihati tanpa dibayar apa-apa.... Syabas buat mereka..!! Hairie Othman, Abby Abadi dan Leman Raja Lawak bersama dalam protes bantah ISA di KEMTA Artis berhimpun di Kem Kamunting desak pembebasan tahanan ISA |
Mahathir Tempelak Najib Kerana Iktirafkan Kursus Kolej TAR Untuk Raih Undi Posted: 08 Jul 2012 07:26 PM PDT Pengiktirafan kursus Kolej TAR adalah kebodohan orang Melayu, kata Dr M KUALA LUMPUR, 8 Julai – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, masyarakat Melayu di negara ini sudah "kaku dan tidak boleh menjawab balik" kerana takut dituduh bersifat rasis. Dalam satu temuramah khas bersama akhbar Mingguan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, Dr Mahathir menjelaskan, Melayu kini bersifat mementingkan undi sehingga apabila tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian ketika zaman Kemerdekaan dilanggar sekalipun, mereka masih lagi berdiam diri. "Saya berpendapat kita sudah kaku dan tidak menjawab balik kerana takut dituduh rasis. Sampaikan tuntutan dibuat yang melanggar perjanjian dahulu pun kita tak jawab. "Malah, mereka buat lebih tuntutan lagi," kata perdana menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu. Beliau turut mengemukakan contoh situasi tersebut apabila mengatakan "dahulu nak masuk kerja diploma hanya melibatkan universiti awam, tapi sekarang diploma Kolej Tunku Abdul Rahman, kita kena terima." Pada 27 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan lebih 70 kursus yang ditawarkan di KTAR telah diberi pengiktirafan retrospektif yang mana membolehkan graduan mereka turut mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pengiktirafan itu akan berkuatkuasa serta merta, dan akan meliputi kursus Diploma dan Diploma Lanjutan yang ditawarkan kolej berkenaan sejak pertengahan tahun 1990-an. Tambah Dr Mahathir lagi, semua perkara yang berlaku itu adalah atas kebodohan orang Melayu sendiri kerana Melayu kini telah berpecah. "Kita tentukan perkara ini semasa kemerdekaan supaya orang Melayu boleh menjadi majoriti. Bila majoriti dalam sesebuah negara, mereka akan berkuasa. "Namun kini mereka sendiri yang menghancurkan majoriti mereka dengan berpecah belah," tegasnya lagi dan menambah, "Melayu kini berpecah kepada tiga kelompok dan dengan itu memang mereka memerlukan sokongan kaum lain." Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, apabila Melayu berpecah, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan pihak lain bagi mendapatkan undi mereka. "Sekarang ini dalam keadaan berpecah belah, maka orang lain minta kena bagilah kerana nakkan undi," tambahnya lagi. Bagaimanapun, Dr Mahathir yang masih lagi berpengaruh di negara ini turut menjelaskan, beliau bukan menentang masyarakat Cina, sebaliknya mereka perlu bersifat adil berdasarkan keadaan negara. "Saya bukanlah menentang kaum Cina, tapi kena lah bersifat adil berdasarkan negara ini. Bila saya bercakap mengenai perkara ini, mereka kata saya rasis, tetapi kenyataan-kenyataan ini yang dipersetujui dalam Perlembagaan," katanya merujuk kepada kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. "Jika mereka nak lebih, mereka juga perlu bagi lebih kepada kita. Barulah seimbang. "Katalah mereka kata nak hapus hak istimewa orang Melayu, maka mereka perlulah hapuskan keistimewaan seperti tidak boleh menggunakan bahasa mereka atau sekolah jenis kebangsaan," katanya kepada akhbar milik Umno itu. Dr Mahathir juga turut menjelaskan, orang Melayu sekarang tidak lagi boleh bercakap berkenaan perkara itu dan hanya mengambil pendekatan bertahan jika dihentam. "Bila kita bertahan, orang lain akan bampak 'bintik-bintik hitam' yang ada di muka kita," jelasnya lagi. KTAR merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diwujudkan sejak 1969, dan setakat ini telah menghasilkan lebih 160,000 graduan. Selain itu, kolej yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ini juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti ACCA, CIMA, ICSA, CIOB, dan banyak lagi. Pada Oktober tahun lalu, Najib berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan. Dr Chua yang juga merupakan Presiden MCA turut berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti. KTAR adalah institusi pengajian tinggi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Februari 1969, dan telah berkembang ke seluruh negara dengan mempunyai enam cawangan dan lebih 30,000 pelajar yang kebanyakan mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma. -TMI |
Kembalinya Blogger "Tinta Hijau Dari Kaki Bukit" Ke Rahmatullah! Posted: 08 Jul 2012 05:24 PM PDT Facebooker/blogger Tinta Hijau Kembali Ke Rahmatullah!!..... Innalillahi wainna ilai hiraji'un .... Semoga arwah ditempatkan bersama mukmin yang dikasihi Allah ...Al Fatihah ................... Gambar: Tinta Hijau Nik Hazman Nik Hashim Tinta Hijau atau Nik Hazman Nik Hashim.... Sedang Mengerjakan Umrah... Meninggal di Mekkah Hari ini 9/7/2012... 6.30 ptg waktu Arab Saudi.. .al Fatehah.....aminnn' -fb Ibn Battutah سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ Ulasan GB Seorang demi seorang telah kembali ke rahmatullah. Bebeberapa minggu yang lepas blogger D'Perbatasan Sdr Amir Fadzil, kini Tinta Hijau Dari Kaki Bukit, Sdr Nik Hazman Nik Hashim. Terasa benar dengan kehilangan mereka... dan yang tinggal hanya kenangan... Allah swt lebih menyayangi mereka... Namun yang GB masih terkilan, (dengan maaf) para pemimpin parti kita semacam tak kisah lansung pemergian mereka ini... sedangkan mereka inilah tunggak media baru di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Ribuan ahli mencari-cari dan membaca tulisan mereka setiap hari... Namun, tidak mengapa, sesungguhnya Allah swt Maha Kaya dan Maha Mengetahui peranan blogger-blogger ini dan semuga Allah saja yang membalas kegigihan mereka memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dunia siber sekian lama sekalipun manusia di dunia lalai dan lupa pengorbanan dan jasa mereka. GB pernah menulis mengenai nasib blogger PAS/PR di Bilakah PAS Akan Iktiraf Sumbangan Blogger Pula? GB yakin Allah akan mengangkat dan menempatkan blogger ini di kedudukan yang wajar di dalam parti tidak lama lagi. Di sebalik itu, sebenarnya ada yang paling istimewa dan paling manis: Allahyarham Sdr Nik Hazman Nik Hashim telah diambil oleh Allah swt tatkala sedang berada di bumi suci Mekah... ia tampak seperti satu penghargaan dariNya yang tiada tara nilainya... yang mana nikmat itu bukan semua orang dapat mengecapinya. Semuga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh para mukminin, solehin dan syuhada, amin ya rabbal 'alamin. Alfatihah. |
Posted: 08 Jul 2012 03:40 PM PDT Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar. Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain. Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa. "Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje. Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu. Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja. Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama. Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja. Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani. Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu. Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi. Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya. "Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy. Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan. -yahoo.news |
[BERGAMBAR] Thierry Henry: Islam Adalah Agama Pilihan Terbaik Posted: 08 Jul 2012 06:33 AM PDT Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry. Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa berasa sangat dekat dengan Islam. "Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin percaya kepada sebuah agama," kata penyerang New York Red Bulls. Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah. "Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap Islam yang paling dekat dengan hati saya." Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain. "Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam." Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah, maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. "Kalau percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul terakhir," kata Henry. -halimislam |
[VIDEO] Anwar Bidas Mahathir Takut Hartanya Dan Anak Pinaknya Dirampas Posted: 08 Jul 2012 04:02 AM PDT Anwar Nasihat Mahathir Jaga Syarikat Anak SELAYANG 7 JULAI : Dalam nada sinis Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menjaga syarikat anak-anaknya dan jangan mencampuri urusan politiknya. Bercakap dalam satu sidang media baru-baru ini mantan perdana menteri itu mengesa Ketua Umum PKR itu agar meninggalkan politik dengan segera. Dr Mahathir berkata Anwar tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihan raya umum ke-13. "Dia Dr Mahathir suruh saya bersara, saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. "Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu. "Seorang pemimpin tetapi puluh bilion kekayaan anak-anaknya," kata Anwar dalam ceramah Merdeka Rakyat di sini semalam. Bercakap dihadapan kira-kira 3,000 hadirin, Anwar turut mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu 'marah' kepadanya. Sebaliknya, Anwar berkata beliau tidak pernah mengacau dan sudah memaafkan bekas pemimpin nombor satu Umno itu. "Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan. "Yang kamu takut ini apa. Dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia agaknya. "Ya lah sebab dulu dia pernah minta saya tolong anaknya, minta supaya saya bagi RM2 bilion tetapi saya tidak mahu, kemudian dia meminta duit dari petronas. Sebab itu lah punca dia marah saya," katanya yang mengimbas perselisihan beliau dengan Dr Mahathir ketika memegang jawatan Menteri Kewangan. -selangorku Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak – Anwar |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan