JEBAT_BERANI |
- 1MALAYSIA SUDAH BIKIN 1MALAYSIA PENING: FARID ISMETH DAKWA ROSMAH PM MALAYSIA???
- SKANDAL KGT : POLIS TUTUP KES,BLOGGER UMNO MERAUNG KEHAMPAAN
- INFO SUKAN : GUNNERS NYARIS DIBAHAM HARIMAU MALAYA
- ULAMA MUDA UMNO KANTOI FITNAH KETUA PEMUDA PAS
1MALAYSIA SUDAH BIKIN 1MALAYSIA PENING: FARID ISMETH DAKWA ROSMAH PM MALAYSIA??? Posted: 24 Jul 2012 10:36 PM PDT
| ||
SKANDAL KGT : POLIS TUTUP KES,BLOGGER UMNO MERAUNG KEHAMPAAN Posted: 24 Jul 2012 09:23 PM PDT KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT). Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sebelum ini, akhbar tempatan mendedahkan skandal KGT yang dikatakan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat berkenaan. Pada 6 Julai lalu, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog membuat empat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam KGT. Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan KGT dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. Tindakan tersebut dibuat setelah pihak polis mengkaji ke semua fakta dalam ketiga-tiga laporan berkenaan. Sumber : SINAR HARIAN Jebat Berani :Akhirnya cuban blogger2 'upahan' UMNO/BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kelantan gagal dengan pengesahan pihak polis bahawa tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT). Ternyata bahawa dakwaan ini hanya berniat 'jahat' bagi mencemarkan imej kerajaan PAS Kelantan bagi memberi gambaran kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan PAS Kelantan juga terbabit dengan penyelewengan dan tidak telus dalam mengendalikan amanah rakyat. Strategi mereka memburukkan kerajaan PAS Kelantan ini adalah untuk mempengaruhi para pengundi menjelang PRU13 nanti.UMNO/BN telah ketandusan idea dalam meraih sokongan rakyat yang dilihat semakin condong kepada Pakatan Rakyat sejak akhir2 ini.Justeru itu mereka mengarahkan blogger2 'upahan' ini untuk merancang pelbagai fitnah demi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat. Akan tetapi mereka lupa..Rakyat tidak akan tertipu selamanya..Dan kebenaran tidak akan dapat disembunyikan lagi.Kini dengan adanya media alternatif rakyat sudah boleh membuat penilaian sendiri yang mana satu benar dan yang mana satu tidak.Rakyat hari ini dilihat semakin berani untuk melakukan perubahan bagi menolak kepimpinan yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang diamanahkan. | ||
INFO SUKAN : GUNNERS NYARIS DIBAHAM HARIMAU MALAYA Posted: 24 Jul 2012 06:00 PM PDT Harimau Malaya hampir aib GunnersLebih 50,000 penonton yang hadir terus dihiburkan dengan banyak percubaan bahaya ke pintu gol dan sebaik memasuki masa tambahan separuh masa pertama, seluruh stadium bergegar selepas rembatan tonggak pertahanan, Mohamad Azmi Muslim dari luar kotak penalti terus menerjah gawang Arsenal untuk menjadikan kedudukan 1-0. Arsene Wenger yang seperti terdesak bagi mengelak daripada diaibkan Harimau Malaya membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Theo Walcott dan Alex Oxlade Chamberlain. Bagaimanapun, ia masih gagal menambah sengat jentera serangan The Gunners apabila menemui jalan buntu malah kecekapan Farizal turut menjadi pembantu kepada kekebalan benteng negara. Pada minit ke-59, harapan peminat tempatan untuk menyaksikan penyerang prolifik negara, Safee Sali meledak gol kedua juga tidak berhasil, sebaliknya keghairahan Harimau Malaya itu hampir memakan diri sendiri namun situasi satu lawan satu antara Benik Afobe dengan Farizal, gagal disudahi penyerang itu untuk mendapatkan gol penyamaan. Bagaimanapun, lima minit terakhir menjadi mimpi ngeri buat anak buah Datuk K Rajagobal sehingga menyaksikan kekebalan Farizal mengawal gawang skuad kebangsaan akhirnya lebur pada minit ke-87 apabila Thomas Eisfeld menjaringkan gol penyamaan sebelum Chuks Aneke menjadi wira Arsenal pada minit ke-90, menjadikan keputusan akhir, 2-1. Sumber : Berita Harian Online Jebat Berani : Walaupun Harima Malaya kita tewas,tetapi aku berasa amat bangga dan terhibur dengan permainan dan semangat yang ditunjukan oleh para pemain.Para pemain kelihatan lebih berkeyakinan dalam memegang bola dan melakukan serangan.Barisan pertahanan juga mempamirkan displin yang baik ketika bertahan.Manakala pemain di bahagian tengan memperlihatkan kekreatifan mereka mencorak serangan. Cuma mungkin pertukaran 'terlalu ramai' pemain oleh jurulatih Harimau Malaya K Rajagopal telah mengubah konsentrasi dan corak permainan Harimau Malaya.Jurulatih K rajagopal mungkin mempunyai alasan mengapa beliau melakukan pertukaran ini. Apa pon syabas dan tahniah buat Harimau Malaya atas semangat juang yang tinggi dan corak permainan menghiburkan yang dipamerkan dalam perlawanan ini.Sekurang kurangnya 'cuak' jugak la para pemain dan jurulatih Arsenal.Mungkin Harimau Malaya terpaksa memberikan kemenangan kepada Arsenal pada perlawanan ini sebab 'risau' tahun depan die orang 'serik' nak datang lagi(hehe gurau je). | ||
ULAMA MUDA UMNO KANTOI FITNAH KETUA PEMUDA PAS Posted: 24 Jul 2012 03:10 PM PDT Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS. Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan. Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani. Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita. Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...." Dibawah adalah Ustaz yang menyebarkan fitnah itu.. Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam.. Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya.. Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain." Ini gambar sebenar... Siapa sebenarnya yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek Astro Awani? Ketua Pemuda PAS atau Ketua Ulama Muda UMNO? Itulah.. nak fitnah tu agak-agak lah...tapi betul ke Ahmad Fausan tu seorang Ustaz? kalau Ustaz tentu dia tahu apa hukumnya menyebar fitnah.. Takkan dia tak tahu Allah telah berfirman.. Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 Kalau Ustaz sekalipun apa yang kita nak hairankan.. seperti yang ada dalam UMNO sekarang ni seperti Mashitah dan Jamil Khir tu.. berkawan dengan orang-orang UMNO perangai pun dah sama macam pemimpin-pemimpin UMNO.. Baik dari Presiden hingga kepada pencacainya termasuk Blogger upahan mereka fitnah itu dah jadi darah daging mereka.. Kerana nak jaga periuk nasi mereka.. apa saja kehendak Islam yang tak selari dengan kemahuan pemimpin UMNO terpaksa mereka pinggirkan sebab takut tak makan.. contoh yang paling ketara ialah Hukum Hudud. Baca dan kenyataan Mashitah yang menolak perlaksanaan hukum Hudud dan lihat video beliau memperlekehkan hukum Hudud : rujuk link Sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/memalukan-fitnah-ulama-muda-umno.html Jebat Berani : Bagaimana seorang yang diberikan taraf ulama muda sanggup menyebarkan fitnah sebegini rupa di dalam bulan ramadhan??..Apakah beliau sengaja atau tidak sengaja menyampaikan berita yang tidak benar ini. Adakah beliau hanya mendengar kata kata orang yang tidak disahihkan akan kebenarannya? Jika beliau mengada adakan cerita maka binasalah beliau kerana telah melakukan dosa fitnah yang kita ketahui lebih dasyat dari dosa orang yang membunuh sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al Quran "Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh" - Al Baqarah 2:191 Semoga beliau dan kita semua diberikan pertunjuk dan hidayah di bulan ramadhan ini...Insyaallah |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan