JEBAT_BERANI |
- CUBAAN KOTORKAN BERSIH GAGAL : BERSIH DIBERSIHKAN OLEH MAHKAMAH
- SAHAM FGVH 'TERTONGGENG' MENYEMBAH BUMI
- PELAKON KANTOI!!!
- PELIK TAPI BENAR : DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIM TEMUI MB KELANTAN
CUBAAN KOTORKAN BERSIH GAGAL : BERSIH DIBERSIHKAN OLEH MAHKAMAH Posted: 24 Jul 2012 01:04 AM PDT
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos. Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden. Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram. Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH. "Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya. "Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan." Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya. Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan). Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang. "Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga. Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara. Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am. "Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi "Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya. Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/204461 Jebat Berani : Akhirnya terbukti BERSIH adalah bersih dan tidak kotor sebagaimana 'pengotor' 2 yang memerintah di Putrajaya hari ini.Keputusan mahkamah ini merupakan satu kemenangan buat rakyat yang memperjuangkan keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. | ||
SAHAM FGVH 'TERTONGGENG' MENYEMBAH BUMI Posted: 23 Jul 2012 11:04 PM PDT
Dengan situasi ini apakah para peneroka dan juga generasi ke2 masih lagi ingin menyokong penyenaraian saham FGVH ini? Masihkah lagi mereka mahu terus memberikan sokongan kepada UMNO/BN walaupun nasib mereka kini ibarat telur dihujung tanduk? Dan masih adakah lagi suara suara sumbang golongan peneroka yang menyokong UMNO/BN hendak mempertikaikan usaha sekretariat Perhimpunan OREN? Dengan nilai RM5.28 mampukah saham FGVH ini kembali bangkit agar nasib peneroka tidak tergadai?? Dan ketika ini apakah jawapan Isa Samad terhadap kejatuhan harga saham FGVH ini? Apakah konco konco UMNO/BN masih boleh mendabik dada sebagaimana ketika mula mula saham FGVH ini disenaraikan...Pastinya ada yang mengaru kepala yang tidak gatal..hehehe Buat para peneroka,berdoalah..berdoalah moga moga saham ini kembali naik...Dan pada PR13 lakukankanlah perubahan moga moga nasib para peneroka ini dapat diselamatkan oleh Pakatan Rakyat..Insyaallah | ||
Posted: 23 Jul 2012 09:48 PM PDT 'Pelakun' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maaf
PULAU PINANG: Tiga 'pelakun' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf. Pengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakun utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun (gambar) akhirnya tampil memohon maaf. Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit. Akibat fitnah 'pelakun' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesyen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor. Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini. "Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN). "Ketiga-tiga pelakun itu sudah datang jumpa saya dan mengakui buat salah serta pohon maaf sambil berjanji tidak akan mengulangi perbuatan jahat berkenaan, " tambahnya. Ujar beliau, pada mulanya ramai anak qariah tidak mahu memaafkan kesalahan yang pelakun itu lakukan namun setelah diberikan tazkirah kebaikan maaf dalam Islam maka semuanya akur dengan harapan golongan berkenaan harus sedar bahawa perbuatan mereka selama ini merupakan kesalahan keji. Menurut Ustaz Bakar (gambar) lagi, dalam tempuh seminggu pihak qariah membuat lapuran polis dan sidang media tiba-tiba beliau di datangi orang tengah yang mengatakan pelakun utama isu berkenaan mengakui salah dan ingin pohon maaf lantas beliau bersetuju dan satu pertemuan dibuat di Puncak Mutiara Kristal, Kampung Pelet, Penanti. Katanya, mereka mengakui kesalahan itu disamping mendakwa berita tersebut sengaja ditokok tambah oleh siaran TV swasta berkenaan untuk mensensasikan kejadian berkenaan. Pada kejadian solat Jumaat penghujung Jun lalu, Ustaz Abddulah Khairi dijemput membaca khutbah di Masjid Guar Perahu dan seperti biasa beliau mengupas tanggungjawab umat Islam menolak kepimpinan yang zalim. Tetapi kupasanya di salah taksirkan sebagai usaha 'mengguling' kerajaan BN dan menganggap isi khutbah itu berniat untuk menghasut. Akibatnya pada 2 Julai lalu, Ustaz Abdulah Khairi ditukar serta merta ke sebuah sekolah di Pulau Ketam, Selangor dari Sekolah Menengah Seri Muda, Penaga, Kepada Batas. Beliau selain bertindak pemberi motivasi kepada para pelajar juga mempunyai kebolehan menyampaikan motivasi kepada kakitangan kerajaan dan swasta sehingga beliau digelar 'Ustaz Laptop' kerana menjadikan kaedah penayangan sebagai alat bantuan penerangan. Kini, walaupun bertugas di Pulau Ketam namun boleh dikatakan setiap minggu beliau mempunyai jadual kuliah, motivasi dan sebagainya di sekitar utara semenanjung. Sementara itu, Ustaz Abddulah Khairi ketika dihubungi juga bersedia memaafkan mereka walaupun dirinya menjadi bahan politik sempit golongan tertentu. | ||
PELIK TAPI BENAR : DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIM TEMUI MB KELANTAN Posted: 23 Jul 2012 07:05 PM PDT Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu
(Lajim dan Tuan Guru Nik Aziz penuh ceria dalam pertemuan mereka di Kota Bharu hari ini) KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini. Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu. Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu. "Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. (Lajim bersalam dengan TG Nik Aziz dalam pertemuan mereka pagi tadi) "Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin. Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort. Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru. Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil. "Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap. Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia. "Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan," ujarnya. Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu. Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini. Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11869-lajim-jumpa-nik-aziz-di-kota-bharu Jebat Berani : Tak mahu ulas lebih2...Kita tunggu dan lihat sahaja...Doakan yang baik baik semperna bulan ramadhan ini..Insyaallah :) |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan