JEBAT_BERANI |
- ULAMA-UMARA-(UMUM) : BERFUNGSIKAH ATAU SEKADAR HIASAN 'DINDING'
- DATO SERI ROSMAH MANSUR JANGKA UMUM PRU13 PADA SEPTEMBER INI!!
- DAP ANTI ISLAM ?? : BIAR GAMBAR YANG BERBICARA
- TAZKIRAH RAMADHAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ B NIK MAT:PELUANG MERAWAT HATI DAN IMAN
ULAMA-UMARA-(UMUM) : BERFUNGSIKAH ATAU SEKADAR HIASAN 'DINDING' Posted: 22 Jul 2012 11:59 PM PDT Jebat Berani : Sungguh memalukan...Sungguh menghairankan...Apakah sebenarnya tujuan penubuhan Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) ini?..Tidakkah mereka terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab menegur isteri pimpinan tertinggi negara agar menutup aurat sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam? Atau apakah ULAMA-UMARA ini berpendapat bahawa menutup aurat ini bukan perkara wajib??Sedangkan Allah S.W.T telah berfirman :- Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31) Allah Ta'ala juga menyebut di dalam al-Quran : وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Maksudnya : Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin kahwin (lagi), tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian (pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Nuur : 60) Seterusnya, Allah Ta'ala juga menyebut : يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59) Ini ialah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Muslimah supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah para wanita bersegera untuk menyahut seruan Allah ini kerana ia merupakan tanda keimanan, kehambaan serta kepatuhan kita kepadaNya. Ayat-ayat suci ini diulas dan diperincikan dengan lebih lanjut oleh hadis-hadis Nabi S.A.W supaya para wanita memahami bagaimanakah untuk menutup aurat seperti yang dikehendaki oleh agama dan bukannya menutup aurat mengikut syariat sendiri ataupun kemahuan sendiri. Dalam masalah aurat ini, Dr. Abdul Karim Zaidan hafizhahullah mengatakan kaedah yang diguna pakai secara umumnya ialah : "Setiap aurat wanita wajib ditutup dan disembunyikan dari pandangan lelaki yang bukan mahram, dan anggota badan wanita yang bukan aurat boleh dinampakkan dan tidak perlu ditutup dari pandangan lelaki yang bukan mahram melainkan jika ada sebab-sebab tertentu". Apakah anggota badan wanita yang dikira aurat dan apa pula yang bukan aurat? Majoriti para ulama' mengatakan bahawa seluruh anggota badan wanita ialah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ibn 'Abbas R.A menafsirkan 'kecuali yang (biasa) nampak daripadanya' dari ayat 31 dalam surah al-Nuur sebagai muka dan tapak tangan. Jadi setiap wanita Muslimah yang telah baligh wajib menutup seluruh anggota badannya dari pandangan lelaki yang bukan mahram kecuali muka dan kedua tapak tangannya Justeru itu apakah sebenarnya yang menjadi penghalang para ULAMA-UMARA ini untuk menegur wanita yang bergelar isteri kepada pimpinan negara yang mengaku sebagai sebuah negara Islam??!!..Tidakkah mereka merasakan kekuasaan Allah S.W.T adalah lebih berkuasa berbanding pemimpin negara? Tidakkah mereka merasakan bahawa menjadi tanggungjawab mereka untuk membimbing rakyat mahupun para pemimpin yang terpesong dari landasan agama Islam??.. Ingatlah wahai ULAMA-UMARA..Jangan sampai kamu tergolong dalam golongan orang orang yang MENDUSTAKAN AGAMA... | ||||
DATO SERI ROSMAH MANSUR JANGKA UMUM PRU13 PADA SEPTEMBER INI!! Posted: 22 Jul 2012 10:22 PM PDT
Ura-ura pilihanraya September semakin kuat
KUALA LUMPUR: Ura-ura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam beraya semakin kuat. The Malaysia Insider melalui tulisan yang dibuat Pengarangnya, Jahabar Sadiq juga membuat ramalan yang sama berdasarkan sumbernya. Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis, lapor TMI. The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September. "Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Baru-baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut, Najib dijangka akan memanggil pilihan raya tidak lama selepas umat Islam pulang ke tempat kerja masing-masing selepas bercuti raya. "Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti," katanya kepada wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah di Rabat, Maghribi. Sebelum ini, PAS telah menyerang BN berikutan adanya ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji. Ini kerana, tindakan ini bermakna BN menafikan hak 30,000 umat Islam untuk mengundi. Ekoran itu, ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji dikatakan sukar untuk dilakukan BN. Dengan mengadakan pilihan raya selepas umat Islam baru sahaja pulang ke tempat kerja selepas bercuti di kampung bermakna BN cuba menafikan pula hak golongan ini mengundi. Dalam pilihan raya 2008, fenomena pulang mengundi di kampung memberikan kesan besar kepada sokongan PAS khasnya di Kelantan dan Kedah. Tanpa mereka, PAS tidak akan menang dengan selesa di Kelantan khasnya dalam PRU 12 lalu, kata seorang penganalisis. Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11845-ura-ura-pilihanraya-september-semakin-kuat Jebat Berani : Samaada suka atau tidak,UMNO/BN tetap perlu menetapkan tarikh PRU13 dengan segera sebelum mereka semakin hari semakin hilang kepercayaan rakyat.Namun kita semua tahu UMNO/BN masih tidak menemui tarikh yang sesuai memandangkan mereka masih belum berkeyakinan sepenuhnya akan memenangi PRU13 nanti. Maka selain dari memikirkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan PRU13,UMNO/BN juga giat memikirkan bagaimana untuk menghadkan kehadiran pengundi yang diyakini akan menyokong Pakatan Rakyat.Maka sudah tentunya tarikh juga memainkan peranan dalam perkara ini. Samaada kali ini UMNO/BN akan terus kekal berkuasa atau sebaliknya..Sama sama kita nantikan..... | ||||
DAP ANTI ISLAM ?? : BIAR GAMBAR YANG BERBICARA Posted: 22 Jul 2012 09:27 PM PDT BIAR GAMBAR BERBICARA..BIAR GAMBAR BERCERITA...GAMBAR YANG TAK MUNGKIN AKAN TERSIAR DI MEDIA2 PRO UMNO/BN.SEMOGA ALLAH MEMBERI PERTUNJUK DAN HIDAYAH KEPADA MEREKA... Jebat Berani : Jahatkan DAP nie...Dah la jahat anti Islam dan kaum melayu lak...Pasal die orang anti Islam dan melayulah die orang anjurkan Majlis Berbuka Puasa pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang brsama warga emas kawasan Sg Gelugor dan penyampaian sumbangan khairat kematian..JAHATKAN DAP NIE..JAHAT SUNGGUH..hahahahahaha | ||||
TAZKIRAH RAMADHAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ B NIK MAT:PELUANG MERAWAT HATI DAN IMAN Posted: 22 Jul 2012 07:09 AM PDT
Bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia (Ramadhan Karim). Sempena dengannya. marilah kita merenung perjalanan masa kita hidup ini, kita telah memanfaat segala anggota tubuh badan bagi menyempurnakan segala urusan seharian. Jika diibarat sebuah motokar yang kita pakai sehari-hari, akan ada masanya kita perlu bawa motokar ke bengkel untuk diservis atau mungkin perlu dioverhaul bagi memulih dan menjaga kondisi motokar sentiasa berkeadaan baik. Demikian juga tubuh kita, kena jaga dan perlu dibersihkan luar dan dalam. Maka sampainya Ramadhan adalah bulan untuk kita membersihkan aspek dalaman kita agar pelbagai penyakit berkaitan dengan hati dan iman dapat diubati dengan cara berpuasa dan beribadat. Antara penyakit ialah penyakit syirik, takabur, ujub (seronok sendiri), hasad-dengki, niqmah (dendam), riak (menunjuk-nujuk) dan sebagainya. Maka ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar mujarab bagi semua jenis penyakit ini. Oleh yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini diwajibkan oleh Allah sekali setahun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu makan dan minum. Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taala. Di sebalik perintah Allah, wajib atas kita berhenti makan dan minum di siang hari selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri. Apa yang utama, dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadhan, ia sebagai cara untuk kita membendong perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak orang lain. Oleh sebab itu, bulan Ramadhan ada kelebihan tertentu, antaranya dimuliakan dengan ibadat solat tarawih. Islam meletakkan solat tarawih sebagai sunat mua'akad dengan tujuan supaya manusia yakin dengan apa sahaja kelebihan yang disebut dalam Al-Quran. Ini kerana Al-Quran adalah sebagai buku panduan "How to Use". Ibarat kita memandu motokar, bagaimana cara pemanduan yang selamat ada disebutkan dalam buku "How to Use." Ini bermakna, pemanduan tanpa panduan yang betul, maka berkemungkinan motokar akan rosak dan tidak selamat. Oleh yang demikian, manusia kena faham tujuan Allah menjadikan manusia. Firman-Nya: Bermaksud, "Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (Surah Al-Baqarah 2:29). Oleh sebab itu manusia yang ramai di dunia ini, perlu ada "How to Use" yakni sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan, jika tidak, akan porak peranda masyarakat. Firman Allah SWT: Bermaksud, "Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan – yang membuka hati – dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman" (Surah Al-A'araf 7:203). Bagi menjayakan perintah ini, Allah menetapkan dalam Al-Quran betapa setiap manusia akan berdepan dengan pembalasan dan pada hari pembalasan setiap manusia kena berdepan dengan Allah SWT. Firman-Nya: Maksudnya, "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" (Surah Ali-Imran 3:185). Di akhirat kelak tidak guna lagi harta, tiada lagi benda untuk kita pujuk, bodek atau rasuah seumpama beli undi untuk masuk syurga. Harta yang kita banggakan di dunia ini sudah tidak berguna di akhirat. Hakikatnya semua manusia akan berdepan dengan suasana pembalasan. Firman Allah SWT: Bermaksud, "Apabila berlaku hari kiamat itu. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)" (Surah Al-Waaqi'ah 56:1-3). Oleh sebab itulah, diwajibkan sebut "maaliki yaumid-din" dalam segenap kali kita solat, Atas kerananya kita diwajid baca Surah Al-Fatihah dalam solat. Ini kerana intisarinya mengandungi maksud kita mohon dan merayu kepada Allah SWT, berserta dengan kita memuji Allah SWT.. Dalam ayat "maaliki yaumid-din" itu juga disebut "ad-din" iaitu lafaz "musytarikun" iaitu hari 'agama' sebagai al-jazak. Sedangkan lafaz "al-jazak" adalah makna asal dalam memahaami "maaliki yaumiddin", tetapi hikmatnya yang tinggi digunakan "ad-din" supaya diyakini ketika itu berlaku pembalasan mengikut agama. Atas asas agamalah, segala akta, dan undang-undang yang digubal di parlimen atau sebarang keputusan oleh badan tertinggi di dunia seumpama Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mana yang tidak selaras dengan ad-din akan tertolak. Memahami waqi' sedemikian, bulan Ramadhan ini hendaklah dilalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Ia selari dengan kelebihan beribadat sepanjang Ramadhan akan meningkatkan takwa diri kita di sisi Allah SWT. Firman-Nya: Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Surah Al-Baqarah 2:183). Selamat menyambut Ramadhan Al-Muabarak dengan penuh ketakwaan. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS. |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan