JEBAT_BERANI |
- RAYA OH RAYA : LEPAS RAYA PILIHANRAYA PULAK KE?
- FILEM RAKAM 13 MEI : APAKAH INI SEMANGAT 1MALAYSIA YANG INGIN DIPUPUK??!!
- AISYAH : SERTAI PAS DEMI ISLAM!!!
RAYA OH RAYA : LEPAS RAYA PILIHANRAYA PULAK KE? Posted: 20 Jul 2012 08:16 PM PDT
SPR bertemu parti politik pagi ini, isyarat PRU makin hampir PUTRAJAYA, 19 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengadakan pertemuan dengan pimpinan parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia pagi ini. Aktiviti simulasi tempat mengundi yang diadakan semasa majlis perjumpaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bersama parti-parti politik dan taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 di Putrajaya Marriott Hotel & Spa pada 18 Julai, 2012. Selain itu, SPR juga akan mengadakan simulasi pilihan raya, bagi menerangkan kepada parti-parti politik tentang perubahan-perubahan yang telah dilakukan dalam proses pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal. Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang telah mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihanraya. Menurut seorang petugas SPR yang tidak mahu namanya disiarkan, pertemua ini adalah petunjuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir. "Biasanya, ini petanda PRU makin hampir.Mungkin selepas Raya.Tetapi yang ada kuasa adalah perdana menteri.SPR sudah bersiap sedia untuk menjalankan pilihan raya pada bila-bila waktu", kata petugas SPR itu kepada The Malaysian Insider. Telah banyak spekulasi mengenai tarikh pilihan raya. Sebelum ini, ramai menyangka PRU ke-13 akan diadakan sekitar bulan Jun. Angka terkini jumlah pengundi berdaftar seperti yang diwartakan oleh SPR pada 7 Jun 2012 adalah berjumlah 12,912,045 juta orang. -TMI
Jebat Berani : Nampaknya ummat Islam Malaysia akan berhari 'raya' dua kali tahun ini...Satu hari RAYA Aidilfitri dan satu lagi hari pilihanRAYA...Apa pon raya tahun ini aku berharap semuanya telah 'bersiap' sedia untuk menyambutnya.Diharapkan segala persiapan telah dilakukan awal awal lagi...Jangan pula disaat saat akhir baru nak buat persiapan..Takut nanti kita tak akan menyambut 'RAYA' ini dengan KEMENANGAN.... | ||
FILEM RAKAM 13 MEI : APAKAH INI SEMANGAT 1MALAYSIA YANG INGIN DIPUPUK??!! Posted: 20 Jul 2012 07:53 PM PDT Filem rakam 13 Mei bakal cetus kontroversi Filem sejarah terbaru Tanda Putera arahan pengarah terkenal Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang dijangka bakal mencetuskan kontroversi. Ini ekoran Facebook rasmi filem itu memuatkan gambar lama Lim dengan keterangan bertulis: 'Pelbagai pihak tertanya-tanya sama ada filem itu memuatkan babak pemimpin popular DAP Lim Kit Siang yang didakwa kencing di tiang bendera Selangor di rumah menteri besar ketika itu Datuk Harun Idris. "Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris. "Ketika itu DAP berarak ke rumah Datuk Harun mendesak beliau meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei 1969 kerana DAP telah menang besar di dalam pilihan raya.'' Bagaimanapun, menurut seorang penggiat filem yang telah menonton tayangan pratontonnya kelmarin, babak tersebut tidak dimuatkan. Malah, semakan Malaysiakini juga mendapati, gambar dalam laman sosial itu juga telah dikeluarkan daripada laman sosial rasminya. Ketika semakan kali terakhir dibuat tengah hari tadi, gambar itu masih ada. Lim sebelum ini pernah menjelaskan, semasa itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur. Menurutnya lagi, antara 11 hingga 13 Mei 1969, beliau berada di Melaka, Petaling Jaya dan Sabah. Shuhaimi - pengarah terbaik tiga kali dalam festival filem Malaysia - bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas perkara itu. ''Saya malas nak jawab soalan sebab orang tak tengok lagi filem itu. Lebih baik tengok dulu. Saya harap awak dapat tengok filem ini," kata Shuhaimi. Babak Anwar Ibrahim juga ada? Malaysiakini juga berjaya mendapatkan skrip filem itu dan mendapati tiada babak sedemikian dimuatkan. Berdasarkan Facebook rasmi filem ini juga, antara watak yang menarik ditonjolkan ialah watak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu pemimpin pelajar. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada babak itu dimuatkan dalam filem itu. Tetapi, berdasarkan skrip, disebut terdapat babak "ketua pelajar" yang ditahan polis dekat pagar Universiti Malaya pada 1970. Terdapat juga kain rentang yang digunakan dalam filem ini yang turut dipercayai boleh menimbulkan kontroversi seperti ''Melayu balik kampung'' dan ''darah dibalas dengan darah'' dalam bahasa Cina. Tanda Putera memfokuskan tentang kepimpinan perdana menteri kedua Tun Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Filem yang menelan belanja sehingga RM4.8 juta ini sepatutnya ditayangkan pada 13 September ini. Bagaimanapun, penayangannya terpaksa ditangguhkan untuk suatu masa yang tidak pasti. Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) penangguhan tayangan filem itu tiada kena mengena dengan bahang pilihan raya umum ke-13. Filem yang dibiayai oleh Finas dan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) itu menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim. Shuhaimi sebelum ini terkenal dengan filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam, 1957: Hati Malaya, Mimpi Moon dan Layar Lara Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/204219 Jebat Berani : Apa motif filem ini? Adakah ianya benar benar menepati fakta sejarah? Dan adakah filem sebegini sesuai untuk mencerminkan semangat 1Malaysia yang dilaung laungkan PM Malaysia Dato Seri Najib Tun Razzak? Atau adakah filem ini mempunyai agenda politik bagi memburukkan mana mana pihak? Atau adakah filem ini hanya akan membangkitkan semangat melayu untuk kembali membenci kaum cina?...erm aku rasa biarlah pengarahnya menjawab segala persoalan ini.Bagi kita yang dah cukup dewasa ini pastinya dapat membuat andaian sendiri akan maksud filem ini...(mood jadi baik di bulan ramadhan..hehe) | ||
AISYAH : SERTAI PAS DEMI ISLAM!!! Posted: 20 Jul 2012 07:10 PM PDT
JOHOR- "Saya memilih Pas kerana Islam". Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana parti ini mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan Pas." Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah 'Bilo Selebriti Dah Join Pas' di Dataran Al- Ikhwan di Air Mawang, petang kelmarin. Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT. "Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum, perjuangan Pas salah satunya adalah Islam. "Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah, seorang penyanyi juga mampu melakukannya,"katanya. Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu sendiri dan kerana kesucian agama Islam. "Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan agama Islam". "Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya," katanya. Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima golongan artis sebagai ahli. Sementara itu, bekas kumpulan XPDC, Azua Md Tasi berkata, dia memilih Pas kerana mahu berhijrah. "Dulu saya lalai dengan duniawi semata-mata tetapi sejak awal 90-an, saya sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti keagamaan". "Saya sering bertemu imam dan pendakwah. Dari situlah, hati saya mula terbuka untuk memilih Pas. Kita mestilah berhijrah daripada tidak baik kepada baik, daripada kurang baik kepada lebih baik," katanya. Menurutnya, jika mahu berubah, ia bermula dari diri sendiri. "Jangan salahkan bidang nyanyian jika kita lalai, sebaliknya diri sendiri perlu berpendirian teguh". "Bila waktu solat, kita solat. Jadi tiada masalah untuk kita meneruskan profesion dalam dunia nyanyian," katanya. Jebat Berani : Sekalung TAHNIAH buat para para artis yang semakin berani menegakkan kebenaran walaupun mungkin akan menjejaskan kerjaya mereka sebelum ini.Nampaknya mereka sangat yakin sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T bukannya dari manusia. Mungkin ramai yang mempertikaikan 'ketauliahan' artis artis ini dalam memberikan ceramah berkaitan agama Islam.Namun tahukah mereka bahawa Islam tidak mendidik ummatnya agar hanya menyampaikan ilmu agama jika mereka cukup bertauliah.sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang berbunyi, بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Maksudnya :"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (HR. Bukhari) Hadith ini membawa pegertian bahawa Rasulullah memerintahkan untuk menyampaikan perkara agama dari baginda,kerana Allah S.W.T menjadikan agama ini sebagai satu-satunya agama bagi manusia dan jin (yang artinya), "Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu" (QS. Al Maidah : 3) Tentang sabda beliau, "Sampaikan dariku walau hanya satu ayat", Al Ma'afi An Nahrawani mengatakan, "Hal ini agar setiap orang yang mendengar suatu perkara dari Rasulullah S.A.W bersegera untuk menyampaikannya, meskipun hanya sedikit.Tujuannya agar nukilan dari Rasulullah S.A.W dapat segera tersambung dan tersampaikan seluruhnya" Hal ini sebagaimana sabda Baginda S.A.W, "Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir". Bentuk perintah dalam hadits ini menunjukkan hukum fardhu kifayah. Oleh itu sewajarnya tiada yang mempertikaikan untuk sesiapa pun menyampaikan pesanan Rasulullah ini dan juga ilmu ilmu Allah.Ini kerana telah jelas dalam Islam bahawa setiap manusia berkewajiban untuk menyampaikan apa yang mereka tahu kepada yang tidak tahu kerana Allah S.W.T. |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan