JEBAT_BERANI |
- PRU 13 : NAJIB BUKAN TAKUT..TAPI ROSMAH BELUM BERI IZIN
- PENYENARAIAN FGVH : UNTUNG KA?!..RUGI KA?!
- TAN SRI DAN DATUK LARI TINGGALKAN UMNO..SERTAI PAS DEMI MEMPEJUANGKAN MALAYSIA YANG LEBIH ADIL
- LANGAT 2 :RAKYAT SELANGOR BAKAL HILANG HAK AIR PERCUMA
- WAKIL KERAJAAN IKHWAN MUSLIMIN MESIR : SAYA AHLI PAS JIKA SAYA RAKYAT MALAYSIA
- BELA PANDA : 'KETERLAMPAUAN BIJAK HAJJAH NAJIB ALTANTUYA DIPERTIKAI KAKITANGAN KERAJAAN
- FATWA BARU 'MENGHALALKAN' ROSMAH TIDAK BERTUDUNG
- PENEROKA DIPERDAYA KERAJAAN 1MALAYSIA :FGVH TETAP BUKAN MILIK PENEROKA WALAUPUN MEMILIKI SAHAM
- LEBIH 4000 EKAR TANAH RAKYAT SELANGOR TERGADAI ANGKARA UMNO & MCA
PRU 13 : NAJIB BUKAN TAKUT..TAPI ROSMAH BELUM BERI IZIN Posted: 17 Jul 2012 02:42 AM PDT Jebat Berani : Walaupun UMNO/BN telah melakukan pelbagai usaha untuk memenangi hati para pengundi menjelang PRU KE-13 nanti,namun ianya tidak cukup untuk menyakinkan UMNO/BN bahawa mereka akan beroleh kemenangan sebagaimana sebelumnya. Dengan sambutan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam Perhimpunan HIjau ke Putrajaya,ianya cukup untuk membuat UMNO/BN umpama cacing kepanasan.Malah sokongan yang diikrarkan oleh individu berpengaruh kepada PAS juga membuatkan mereka tidak senan duduk. Menambahkan kegusaran UMNO/BN ialah fenomena artis artis menyertai PAS...Kita semua sedia maklum bahawa artis artis sebelum ini agak sukar mendekati PAS..Mungkin tanggapan mereka bahawa PAS sebuah parti yang menolak seni atau hiburan.Namun sebenarnya tidak begitu..Pendekatan PAS dalam aktiviti seni atau hiburan adalah berlandaskan ajaran Islam..Apa yang dibolehkan dalam Islam maka PAS membenarkannya dan jika ia ditegah dalam Islam maka PAS akan menegahnya Para artis artis dan anak muda kini sudah memahami pendekatan yang dibawakan oleh PAS ini..Justeru itu kita boleh melihat sokongan yang sangat luar biasa sejak kebelakangan ini oleh golongan ini kepada PAS dan inilah yang membuatkan UMNO/BN semakin sukar mencari tarikh yang sesuai untuk diadakan PRU ke13. | ||||
PENYENARAIAN FGVH : UNTUNG KA?!..RUGI KA?! Posted: 17 Jul 2012 12:32 AM PDT
Seronok bukan main sesetengah warga felda terutama penyokong tegar UMNO/BN termasuklah juga generasi kedua yakni anak anak felda (walaupun ada sesetengah dari mereka tak kenal pon pisau toreh getah dan galah kait kelapa sawit). Mahu tak gembiranya...PM kesayangan rakyat lagi berjiwa rakyat (saje je aku kasi up sikit-bodek ma) telah memberikan 'durian runtuh' ( tak pasti gred apa) kepada para peneroka termasuklah juga isteri isteri (kalau berbini lebih dari satu la) dan juga anak anak peneroka. Cuma persoalannya dari mana datangnya 'durian runtuh' ini...dari Hajjah Najib kah??!! Atau dari FELDA kah?? Atau sememangnya rezeki kurniaan Allah S.W.T....Ye semestinya ia adalah rezeki anugerah Allah S.W.T kepada hamba hambanya....Itu sememangnya tak ada pertikaian dan tak ada yang berani mempertikaikannya (tak tahu la kalau juak juak UMNO/BN berpendapat selain dari ini).Benarkah 'durian runtuh' ini adalah hasil keuntungan pelaburan FELDA GLOBAL VENTURES HLDG BHD dalam bursa saham Malaysia? Atau ada sumber lain demi mengaburkan 'pandangan' para peneroka di atas kegagalan pelaburan ini. Benarkah pelaburan FGVH ini mendatangkan keuntungan kepada para peneroka? Pada awal FGVH disenaraikan dalam bursa saham,sahamnya mecanak naik umpama seorang yang tengah duduk di kerusi dan dicucukkan jarum dengan tiba tiba di punggungnya.Maka bersoraklah para pencacai UMNO/BN dan mendabik dadalah mereka mengatakan bahawa apa yang dilakukan pucuk pimpinan mereka dalam penyenaraian FGVH ini adalah tindakan yang sangat bijak dan membawa keuntungan kepada golongan peneroka.Dan berkatalah mereka lagi apa yang dikayakan oleh pembangkang selama ini adalah omongan kosong yang berniat jahat..ermm betul ke berniat jahat..Anda yakin..Anda pasti..hehe Tapi berapa lama agaknya kegembiraan pencacai UMNO/BN ini akan bertahan...Selama mana agaknya saham FGVH akan berada di 'puncak'?..Sehari? seminggu? sebulan? atau setahun?..Dan apakah yang akan berlaku selepas itu?? Mampukah pencacai UMNO/Bn ini terus 'bergumbira' dan terlompat lompat 'kegirangan' ??.. Dan apakah "Hajjah Najib" masih berani untuk hadir berucap di felda felda selepas setahun penyenaraian FGVH ini??...Masih mampukah "Hajjah Najib" menerima sambutan semeriah yang beliau terima ketika mengagihkan imbuhan kepada peneroka sebelum ini??..Sebelum kita ke fasa berikutnya..Jom kita jamu mata dan telinga dengan video klip ini untuk kali terakhir (risau lepas nie dah tak berkesempatan) Ok cukuplah ko kita bergelak ketawa dengan klip video "Hajjah Najib" ini??..Sekarang jom kita analisis pula saham FGVH yang disenaraikan di pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun 2012.
Cuma aku kasihankan para peneroka dan anak anak peneroka yang dah terkena 'perangkap' UMNO/BN ini...Percayalah samaada FGVH untung atau rugi,puak puak 'kroni' UMNO/BN yang terbabit secara langsung dengan penyenaraian FGVH ini tetap akan beroleh keuntungan.Sebab itu mereka tidak kisah mengadaikan nasib para peneroka dan tanah peneroka ini..Ini kerana apa pon yang berlaku mereka telah beroleh keuntungan hasil dari penyenaraian FGVH ini. Nampak gayanya 'durian runtuh' yang diperolehi peneroka sebelum ini tidak akan 'gugur' lagi...Mungkin ini 'durian runtuh' terakhir 'musim' ini sebelum PRU ke13...Selepas ini nasib para peneroka belum dapat dipastikan lagi...Mungkin terpaksa makan 'tempoyak masam' kerna musim 'durian runtuh' sudah berakhir. | ||||
TAN SRI DAN DATUK LARI TINGGALKAN UMNO..SERTAI PAS DEMI MEMPEJUANGKAN MALAYSIA YANG LEBIH ADIL Posted: 16 Jul 2012 10:07 PM PDT (Mohamad Sabu berucap di Stadium Kuala Selangor malam tadi) KUALA SELANGOR: Ramai lagi pemimpin Umno BN menunggu masa untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat lantaran tidak tahan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbirannya. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Tamrin Ghafar secara lantang menyeru rakyat meninggalkan Umno BN, ada pemimpin Umno BN lain yang menunggu masa untuk melakukan perkara sama. "Hampir setiap hari saya minum kopi dengan pemimpin Umno, mereka menunggu masa sahaja untuk keluar daripada Umno. Salah seorang yang mengambil sikap sedemikian ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. "Ramai lagi datuk dan tan sri yang menunggu masa meninggalkan Umno," kata beliau ketika berucap di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor, malam tadi. Beliau berkata, semakin ramai rakyat berani menzahirkan tentangan kepada Umno BN kerana isu rasuah dan penyelewengan dalam parti itu semakin terdedah, malah oleh bekas pemimpin Umno sendiri. "Kita lihat pegawai kerajaan setelah pencen isi borang PAS dan minta rakyat tolak Umno. Kenapa ramai sangat rakyat nak tolak Umno sekarang? (Antara yang menyertai PAS malam tadi) "Tidak lain dan tidak bukan kerana Umno amalkan rasuah, ketirisan, penyelewengan," katanya di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri stadium. Perkauman Menyedari perkara ini kata Mohamad, Umno BN giat memainkan isu perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu dengan melaga-lagakan orang Melayu dengan DAP. "Jalan lain tidak ada bagi Umno untuk mempertahankan kuasa. Mereka berhujah di sudut perkauman. "Ketika kita berhimpun di sini, kita lihat sebaran dibuat kepada Melayu Islam mengenai DAP. Barangkali penuh di luar sana disebar bahawa kalau Umno kalah yang akan jadi perdana menteri ialah DAP. Ini pembohongan," kata beliau sambil memegang risalah mengutuk DAP yang disebar di seluruh Malaysia. Tambah beliau, tindakan terdesak ini untuk menarik undi orang Melayu. "Mereka gunakan ini untuk tarik Orang Melayu. Mereka tak harapkan Cina, tak harapkan India. Oang Asli pun mereka tak harap," katanya. Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11711-ramai-lagi-tan-sri-datuk-akan-tinggalkan-umno Jebat Berani : Satu demi satu meninggalkan UMNO/BN...Anda yang masih dalam UMNO/BN bila lagi..Kapal dah nak karam...Takkan nak tunggu tenggelam baru nak bertukar kapal...Sementara masih ada nyawa baiklah melakukan perubahan...Jangan besok anak cucu kencing di kubur anda menyalahkan anda atas apa yang telah anda wariskan kepada mereka...Bertindaklah sebelum terlambat... | ||||
LANGAT 2 :RAKYAT SELANGOR BAKAL HILANG HAK AIR PERCUMA Posted: 16 Jul 2012 09:56 PM PDT SHAH ALAM: Exco kerajaan negeri Selangor mendakwa, rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan. Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Dr. Xavier Jayakumar (gambar) dalam kenyataannya. Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:- 1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion. 2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun. 3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. (Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014) 4) Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain. 5) Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut. 6) Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma. 7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor . Beliau mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi UMNO Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang. "Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh Omar itu tidak berasas dan merupakan retorik politik," katanya. Berdasarkan fakta-fakta di atas, katanya, jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor. Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11723-tiada-air-percuma-jika-laksana-langat-2 | ||||
WAKIL KERAJAAN IKHWAN MUSLIMIN MESIR : SAYA AHLI PAS JIKA SAYA RAKYAT MALAYSIA Posted: 16 Jul 2012 08:41 PM PDT
Jebat Berani : Rasa rasanya mesej dari wakil Parti Ikhwan Muslimin yang memerintah negara Mesir ini sangat jelas..Saudara Masu'l Tarbiah merupakan wakil kerajaan Ikhwan Muslimin yang turut hadir berucap di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Kuala Selangor pada 15/07/2012 (ahad) lepas. Kalau rakyat Mesir berani berubah dan akhirnya lihat apa yang mereka perolehi hasil dari perubahan itu,mengapa kita rakyat Malaysia takut untuk berubah?Alasan jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Malaysia akan dikawal oleh agen agen asing hanyalah riktorik palsu tanpa sebarang fakta.Ianya hanya fitnah pihak UMNO/BN untuk menakut nakutkan rakyat untuk mengubah pemerintahan hari ini. Sampai bila kita hendak membiarkan UMNO/BN berkuasa?? Sampai bila kita hendak membiarkan UMNO/BN terus menyeleweng harta negara?? Sampai bila kita nak biarkan UMNO/BN terus mengkhianati amanah orang melayu dan sampai bila kita nak biarkan UMNO/BN terus mencemarkan agama Islam?? Jangan bila dah terlambat baru kita nak berubah..Jangan bila dah tak ada apa yang nak dielamatkan baru kita nak sedar...Ketika itu semuanya sudah terlambat.Ketika itu kita hanya mampu menyalahkan diri sendiri..Renung renungkan dan selamat beramal :) | ||||
BELA PANDA : 'KETERLAMPAUAN BIJAK HAJJAH NAJIB ALTANTUYA DIPERTIKAI KAKITANGAN KERAJAAN Posted: 16 Jul 2012 08:53 AM PDT Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan. Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia – China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan. Dengan bersedia menerima panda itu yang dijangka akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya, ia bukan saja menyebabkan kita terpaksa menyediakan prasarana khusus yang menyerupai habitat asal panda yang hidup dalam iklim sejuk tetapi juga terpaksa mengimport buluh khas daripada China sebagai makanannya. Kita juga dikatakan terpaksa menghantar beberapa kakitangan menjalani latihan ke China untuk menjalani latihan berkaitan panda serta memahami secara menyeluruh mengenai kehidupan panda itu. Dalam masa yang sama, beberapa kakitangan daripada China's Wulong Panda Research Institute, badan yang bertanggungjawab menyewakan panda itu, akan turut ditempatkan di negara ini bagi mengawasi kehidupannya sepanjang panda tersebut berada di negara ini. Secara keseluruhannya, sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos RM20 juta sepanjang 10 tahun dua ekor panda itu ditempatkan di negara ini. Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan pegawai tinggi kerajaan ialah tentang kebijaksanaan Najib menerima permintaan China untuk memelihara panda itu. Mereka berpandangan sebaiknya Najib menolak permintaan China itu dengan baik sambil mengambil kira faktor cuaca, makanan dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung itu. Bagi pegawai tinggi kerajaan, masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hubungan mesra yang telah terjalin selama 40 tahun antara Malaysia dengan China, selain daripada memelihara panda. Jika pun ingin sangat meraikan hubungan diplomatik yang mesra itu, ia juga boleh dilakukan dengan mengadakan pertukaran rombongan kebudayaan, pertukaran pelajar, lawatan belia sambil belajar secara tetap dan sebagainya. Dalam kedudukan Najib sendiri dipertikaikan oleh rakyat, memelihara dua ekor panda dengan kos RM20 juta melalui wang pembayar cukai selama 10 tahun tentulah memburukkan lagi persepsi beliau di mata rakyat. Rasa tidak setuju rakyat terhadap panda itu terserlah bilamana Najib dalam laman facebook bahasa Cinanya meminta rakyat turut memberi nama kepada dua ekor panda itu, ia akhirnya menjadi persendaan maya di mana antara nama yang dicadangkan ialah cin cin & beg beg, Altantuya & Scorpene dan sebagainya. Para pegawai tinggi kerajaan juga bimbang hubungan Malaysia dan China akan terjejas serta menjadi isu besar di antara kedua negara sekiranya panda itu mati dan sebagainya berikutan persekitaran habitatnya yang dibina nanti tidak bersesuaian. Selain isu panda, pegawai tinggi kerajaan juga menyifatkan tindakan pentadbiran Najib mengadakan pelbagai program melibatkan rakyat hampir setiap minggu dan sepanjang masa sejak beberapa bulan lalu sebagai meletihkan kakitangan kerajaan. Secara umumnya, pegawai kerajaan memang sedia berkhidmat dan menurut arahan daripada pemerintah tetapi yang menjadi persoalan ialah program-program itu sudah berjalan secara marathon sejak beberapa lama dan masih tidak ternampak tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini. Mereka juga dapat merasakan pastinya dalam bulan Ramadan dan Syawal nanti, program-program yang melibatkan rakyat akan berlipat kali ganda lagi dari segi bilangan dan saiznya kerana Najib nampaknya masih berusaha meraih sokongan sebanyak-sebanyaknya sebelum mengadakan pilihanraya. Para pegawai kerajaan kini mengadu sudah beberapa bulan keletihan dan tidak tahu sampai bila lagi mereka akan terus keletihan di bawah pentadbiran Najib ini. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com Jebat Berani : Alahai awatlah 'terlampau' bijak Hajjah Najib Altantuya nih....Tidakkah beliau terfikir akan pembaziran yang berlaku akibat tindakan beliau ini? Tidakkah beliau terfikir bahawa bajet tersebut boleh digunakan kepada perkara perkara yang lebih penting terutamanya berkaitan keperluan rakyat. Inikah yang mereka katakan "Rakyat didahulukan,percapaian diutamakan"?..Pada aku kalau begini la rupanya pertadbiran Hajjah Najib Altantuya,slogan yang sesuai mungkin berbunyi begini,"Panda diutamakan,rakyat diperbodohkan"... Ini antara salah satu pembaziran wang rakyat yang dilakukan pentadbiran Hajjah Najib Altantuya...Masih banyak lagi pembaziran lain yang boleh kita pertikaikan selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.lebih lebih lagi dekat dengan PRU ke 13 ini..Makin menjadi jadilah pembaziran yang dilakukan demi memastikan kesinambungan jangka hayat politik beliau. Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab,apakah kita hendak melihat begitu sahaja wang negara dibazirkan? Atau kita hendak bertindak membanteras pembaziran ini? Bagaimana kita rakyat biasa boleh menghalang Hajjah Najib Altantuya dari terus melakukan pembaziran ini? Kita mampu melakukan sebenarnya walaupun kita hanyalah rakyat biasa.PRU ke 13 adalah medan untuk kita menghentikan pembaziran yang dilakukan oleh Hajjah Najib Altantuya selama ini.Kita berikan undi kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus mengulingkan UMNO/BN yang telah gagal menguruskan harta negara dengan amanah.KITA MAMPU MELAKUKANNYA!!! | ||||
FATWA BARU 'MENGHALALKAN' ROSMAH TIDAK BERTUDUNG Posted: 16 Jul 2012 07:33 AM PDT Jebat Berani : Lor tak tahu plak aku yang tak bertudung nie bukan satu kesalahan di sisi agama Islam...Mazhad mana la gamaknya die pakai? Apa plak rasanya ulasan ulasan dari ustaz dan ustazah 'bertauliah' UMNO? Islam itu memang MUDAH...Tapi bukan untuk DIPERMUDAHKAN!!!...Nie kalau aku kata kena mengucap balik rasanya tak keterlaluan kot..Tahniah la Najib Tun Razzak...Anda telah berjaya membawa Islam versi anda ke dalam kepala otak si Aie Zahari ini. | ||||
PENEROKA DIPERDAYA KERAJAAN 1MALAYSIA :FGVH TETAP BUKAN MILIK PENEROKA WALAUPUN MEMILIKI SAHAM Posted: 16 Jul 2012 06:47 AM PDT Oleh Aedi Asri) KUALA LUMPUR 28 Mei: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kerajaan BN berbohong apabila mendakwa FGVH akan menjadi milik peneroka jika mereka membeli saham yang diperuntukkan. Berucap di Konvensyen Warga Felda dan Orang Asal 2012 di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, Rafizi berkata, hak membuat keputusan sebaliknya terletak di tangan ahli lembaga pengarah kerana jumlah saham yang diperuntukkan kepada peneroka hanyalah 2.5 peratus sahaja. "Bayangkan, peneroka hanya memiliki 2.5 peratus saham daripada tanah seluas 840,000 ekar yang dicagar untuk penyenaraian. "Malah akan berkurang apabila peneroka terpaksa menjual saham mereka untuk membayar pinjaman bank. Lama-kelamaan tiada apa lagi yang tinggal," jelasnya. Baki saham, katanya lagi, diperuntukkan kepada bank, KWSP dan institusi kerajaan sebanyak 40 peratus, syarikat asing sekitar 20 peratus dan penjualan melalui 'pink form' (17 peratus). "Yang paling menyedihkan ialah 17 peratus ini akan diberi kepada keluarga dan kroni Umno BN, dan mereka akan makan untung 'atas angin' sahaja," katanya kepada kira-kira 400 hadirin di konvensyen bertema 'Bersama Memacu Perubahan'. Beliau menegaskan, kerajaan sepatutnya membahagikan semua RM5.6 bilion hasil dana yang diterima selepas penyenaraian. "Kerajaan hanya gunakan kira-kira RM1.6 billion untuk agihkan RM15,000 kepada setiap keluarga. "Itu yang diumum sebagai 'durian runtuh'. Tetapi, (baki) RM4 bilion tidak disebut. Ke mana perginya wang ini?" soalnya lagi. Sumber : http://www.keadilandaily.com/kerajaan-bohong-fgvh-bukan-milik-peneroka-walau-beli-saham-rafizi/ Jebat Berani : Sedih...masih ada anak anak peneroka yang berpelajaran tinggi tetapi masih mudah diperdayakan oleh puak puak UMNO/BN yang hanya tahu mengaut keuntungan dari penat lelah golongan peneroka.Samaada perkara ini hanya momokkan pembangkang atau tidak,dalam masa setahun setelah penyenaraian ini,peneroka akan dapat melihat sendiri kebenaran yang diperjuangkan oleh pembangkang dan lain2 NGO dalam perhimpunan OREN sebelum ini.Tetapi setelah itu,ianya sudah terlambat untuk kita perbetulkan kesilapan ini.So anak anak dan warga felda.."lu pikirlah sendiri" | ||||
LEBIH 4000 EKAR TANAH RAKYAT SELANGOR TERGADAI ANGKARA UMNO & MCA Posted: 16 Jul 2012 05:54 AM PDT PETALING JAYA 13 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor atas penyelewengan yang dilakukan bersama Umno hingga menyebabkan 4,259 ekar tanah di negeri itu tergadai. Kata Rafizi, Umno dan MCA memindahkan tanah tersebut kepada Talam Corporation (Talam) dan kemudian mencagarnya ke bank. "Hutang tertunggak Talam kepada bank mencecah RM286 juta. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh MCA ini terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas tanah-tanah dan harta milik Talam termasuklah tanah yang digadai kepada bank. "Jumlah aset yang dirampas dari Talam mencecah RM684 juta. Daripada jumlah ini, RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang bank dan pemiutang lain bagi membebaskan tanah tersebut dari gadaian. "Hasil bersih RM392 juta bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini. Minggu lalu, Ketua Biro Profesional Muda MCA Pusat, Datuk Chua Tee Yong menuduh Talam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion. Beliau juga menuduh Talam menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada Kerajaan Selangor pada harga RM181 juta. Tee Yong mempertikaikan tindakan Talam itu kerana mereka berjaya menjual tanah tersebut dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran. Dalam pada itu, Rafizi mengecam tindakan Tee Yong yang memutar belit fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor. Rafizi berkata, Tee Yong dan pemimpin MCA sepatutnya memohon maaf kepada rakyat Selangor bukan memutarbelitkan fakta. "Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pemimpin MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat," katanya. Sumber : http://www.keadilandaily.com/umno-mca-gadai-lebih-4000-ekar-tanah-rakyat-sngor-kepada-talam/ Jebat Berani : Umno kata mereka pembela orang melayu...Namun hakikat sebenar mereka adalah 'pembela pembela kroni kroni' mereka sahaja.Umno hanya bermain wayang dengan orang orang melayu demi memastikan kelangsungan hayat politik mereka. Perkara ini bukan baru sebaliknya telah berlaku sekian lama.Satu demi satu tanah rakyat 'diniagakan' demi keuntungan pribadi dan kroni kroni mereka sedangkan rakyat semakin hari semakinn sengsara dan umpama menumpang di negara sendiri. Sampai bilakah kerakusan UMNO/BN ini hendak kita biarkan.Adakah sampai negara tergadai? Kita perlu bertindak segera sebelum terlambat.Penyelewengan UMNO/BN mesti dihentikan segera sebelum terlambat.PRU ke 13 harus menjadi medan untuk kita mengajar UMNO/BN apa itu kuasa rakyat. |
You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan