Selasa, 10 Julai 2012

Era Pasca

Era Pasca


DAP BELUM GILA CUMA UMNO JER TENGAH GILA MEROYAN

Posted: 09 Jul 2012 10:55 PM PDT

KAHKAHKAH...DAP BELUM GILA CUMA UMNO JER TENGAH GILA MEROYAN..

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, DAP hanya akan bertanding sekitar 50 kerusi Parlimen sahaja manakala selebihnya oleh PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengikut pembahagian yang sama seperti PRU 2008.

"DAP belum 'gila' untuk bertanding di 90 kerusi Parlimen, cukuplah sekadar bertanding di sekitar 50 kerusi sahaja, pembahagian kerusi yang hampir sama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti 2008," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa parti itu akan mendominasi pakatan pembangkang dalam PRU ke-13 dengan bertanding di 97 daripada 222 kerusi Parlimen.

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

UTUSAN FITNAH PAS SECARA HALUS..

Posted: 09 Jul 2012 05:55 PM PDT

PASAL IMAM MAHDI serang JPM PAS plak jadik mangsa.. BODO la UTUSAN MELOYA nih..


"Imam Mahadi" Mengamuk DiPutra Jaya - Cara halus fitnah PAS dari UTUSAN MELOYA +Video

Lihat laporan daripada Sinar Harian, langsung tidak menyebut lelaki itu mahu menggulingkan kerajaan ataupun melaungkan takbir.

PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.

Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya


Baca sini untuk laporan lengkap [SINI]

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

REMAN UNCLE SEEKER di TAMBAH 3hari lagi

Posted: 09 Jul 2012 04:00 AM PDT

Reman keatas uncleseekers di tambah lagi 3 hari

Katakanlah ada sebuah rumah telah dimasuki pencuri...
dah lah rumah kena pecah masuk...
pencuri tu pulak merogol anak dara yang ada di dalam rumah tersebut..

Bila pencuri tu melarikan diri selepas mencuri dan merogol...
jiran sebelah ternampak kelibat pencuri tu dan nampaklah dia bentuk susuk tubuhnya..jenis kereta yang dinaiki...nombor plet kereta...dan sebagainya maklumat yang berguna yang memungkinkan pencuri tadi ditangkap..

TETAPI...

bila si jiran tadi beritahu polis yang beliau nampak perompak tu melarikan diri beserta dengan semua maklumat tadi... pegawai
polis tu tahan dia pulak....gari dia dan bawa ke balai...masuk paper dan sebagainya....

Lalu,dia pun kena tahan reman ...semata-mata polis nak tahu
macam mana dia boleh nampak semua kejadian tu...sebab polis nak dakwa dia kerana mengintai jiran sebelah...

Pencuri yang pecah rumahtadi...? = tak disiasat!
rumah yang kena pecah tadi..? = tak disiasat!
anak dara yang kena rogoltadi..? = sama jugak,tak disiasat...

Tapi yang kena tahan, yang kena siasat adalah si jiran tadi...
Tak ke bangang namanya tu..?

P/S : Hanya di bolehland....tak de kena mengena dengan sesiapa pun...

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Tiada ulasan: