Ahad, 8 Julai 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Pesta Larian Lembu dan Berahi di Sepanyol

Posted: 07 Jul 2012 11:44 PM PDT



Mencari keseronokan dengan membahayakan nyawa sendiri?

Itulah yang dilakukan oleh ribuan manusia dari serata dunia apabila dikejar oleh enam ekor lembu jantan di utara Sepanyol. 

Acara larian lembu jantan ini merupakan satu daripada acara sambutan Festival San Fermin yang diadakan setiap tahun di bandar Pamplona, Sepanyol. Peserta yang berpakaian tradisi acara, iaitu serba putih dan seledang merah di leher mereka lari lintang-pukang dikejar lembu jantan yang amat agresif. Ketika inilah ada yang tersadung lalu terjatuh sebelum dirempuh oleh peserta lain atau lebih malang dirodok atau disondol oleh lembu jantan. 

Larian Lembu San Fermin San menjadi terkenal di seluruh dunia dengan terbitnya novel Ernest Hemingway, The Sun Also Rises pada tahun 1926. Pesta ini juga terkenal dengan parti liar jalanan sepanjang malam. Apabila menyentuh soal berparti sepanjang malam, sudah tentu hal itu melibatkan seks bebas, mabuk, dan sebagainya. 

Ingin tahu tentang pesta ini dengan lebih lanjut? Tanya google.


























[Gambar & Video] Ahli Parlimen Jordan Keluar Pistol Semasa Debat tentang Syria

Posted: 07 Jul 2012 07:30 PM PDT



Debat televisyen secara langsung antara dua musuh politik di Jordan berakhir dalam keadaan huru-hara apabila seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol.

Selain mengacukan pistol, MP Mohammad Shawabka juga membaling kasut kepada lawannya, aktivis politik Mansour Sayf al-Din Murad, yang turut sama  membincangkan pemberontakan di Syria dalam rancangan yang disiarkan oleh Stesen TV Jo Sat.

Kekecohan ini berlaku selepas Mansour menuduh Mohammad Shawabka sebagai ejen perkhidmatan rahsia Israel Mossad.

"Anda Mossad," kata Mansour. 

Shawabka menjawab: "Kamu adalah penjahat" lalu melemparkan kasut kepadanya - suatu tindakan yang amat menghina di dunia Arab.

Sebagai moderator rancangan, Mohammed Habashneh bergelut untuk mententeramkan kedua-dua pemimpin politik itu. 

Apa yang terjadi? Lihat gambar dan tonton video di bawah ini. - DCM










P/s: Gila!

Cara Akhbar Malaysia Raikan Kemenangan Pemimpin Islam Sebagai Presiden Mesir

Posted: 07 Jul 2012 05:02 PM PDT


The Sphinx of Morsi?

Mungkin itu gambaran pelukis kartun ini.

Bagi TM dan majoriti rakyat yang lain, kartun yang disiarkan di Harian Metro pada 7 Julai 2012 menghina Islam.

Jika Najib pernah melabelkan Ihkwanul Muslimin sebagai pengganas ketika kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan Rejim Hosni Mubarak, akhbar Malaysia pula menggambarkan Morsi sebagai patung berhala yang ada kaitan dengan Firaun.

Menurut  Robert K G Temple, badan Sphinx mirip patung Anubis, Tuhan Necropolis, dan bahagian mukanya pula diukir mirip Firaun Amenemhet II.

Selanjutnya tentang Sphinx di sini.


Janda Muda dan Mat Karpet Pakistan Dicekup dalam Keadaan Bogel

Posted: 07 Jul 2012 04:46 PM PDT


Mat Karpet warga Pakistan dan pasangannya yang ditahan di sebuah motel di Jitra, semalam.

Pasangan beri alasan berbogel kerana panas selepas hujan 

[BH] Jitra: Baru dua bulan berkenalan, seorang janda anak satu sudah berani mengikut teman lelakinya, penjual permaidani warga Pakistan ke bilik motel. 

Perbuatan wanita itu yang masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suami sebulan lalu, bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa yang menyerbu motel di sebuah kawasan perumahan itu, jam 5.10 petang kelmarin. 

Janda berusia 23 tahun terbabit yang dalam keadaan bogel ketika serbuan, kemudian dibawa bersama pasangannya itu ke Balai Polis Jitra sebelum ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk siasatan lanjut. 

Penjual permaidani itu tinggal di negara ini bersama bapanya yang berkahwin dengan wanita tempatan sejak empat tahun lalu. 

Jurucakap PADKP berkata, ketika serbuan, bilik motel berkunci dari dalam sebelum dibuka lelaki Pakistan berseluar panjang tanpa baju dan pemeriksaan kemudian menemui seorang wanita menyorok di belakang pintu dengan hanya berselimut tanpa seurat benang. 

"Hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan mahram atau suami isteri. Mereka memberi alasan terpaksa membuka pakaian dan berbogel dalam bilik itu kononnya panas, sedangkan sebenarnya ketika itu hujan baru berhenti," katanya, di sini semalam.


P/s:  Mat Pakistan dan Awang Afrika kegemaran wanita tempatan.




Tiada ulasan: