Ahad, 29 Julai 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib ‘ditelanjangkan’ akhbar antarabangsa: Juara ‘double-talk’ kepada 'DEMOKRAT PALSU'

Posted: 29 Jul 2012 03:39 AM PDT

  Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle



Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat dia telah berjaya ,meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa pembaharuan yang telah didakwa para pengkritik sebagai "penipuan", "tidak ikhlas" dan "jahat", dia memang sudah tersilap.

Dan seperti dongeng Maharaja yang telanjang, pemimpin Malaysia yang berusia 58 tahun kini telah didedahkan tentang kepura-puraan yang didakwa melindungi maksud jahat untuk kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan seperti kebanyakkan pemerintah-pemerintah hina yang jahat di dunia ini.

Hanya beberapa bulan lalu, Najib telah dinobatkan sebagai juara "Double-talk" oleh Washington Post, akhbar berpengaruh yang dibaca oleh orang-orang seperti Presiden Obama dan pemimpin lain di AS.

Washington Post membidas dalam editorial berbisanya selepas Najib dihantar pulang wartawan kontroversi Saudi Hamza Kashgari untuk menghadapi hukuman dan mungkin juga kematian. Bahasa kasar yang digunakan oleh akhabr AS menjadikan ramai yang mengangkat kening dan menyebabkan perasaan cemas di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia.

Tetapi tidak, Najib dan penasihatnya tidak menghiraukan dan cuba sekalipun untuk membersihkan nama mereka. Dengan degilnya, mereka berpegang kepada kepercayaan bahawa mereka menguasai media arus perdana tempatan, mereka mempunyai kelebihan. Jika mereka berdusta dengan lebih kerap, rakyat Malaysia, malah di serata dunia akan percaya kepada mereka!

Walau bagaimanapun, ia tidak berkesan. Bukan sahaja Najib cuba menggunakan undang-undang zalim untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya bertopengkan 'transformasi' malah dia telah diselar rakyat tempatan dan akhbar bereputasi tinggi di Kanada kini mengkategorikannya sebagai " demokrat palsu".

"Demokrasi palsu memberi gambaran bahawa sesebuah negara itu bebas tetapi sebenarnya mereka jarang menghadapi tekanan antarabangsa seperti rejim jahat yang lain," kata artikel yang disiarkan dalam The Globe and Mail pada 8 Jun.

Seperti Mubarak & Co, Najib akan buat apa sahaja cara untuk berkuasa


Bertajuk 'Satu senarai semak abad ke-21 para autokrat baru', artikel itu juga meletakkan Najib setaraf dengan autokrat yang paling teruk di dunia. Pengarang Mark MacKinnon telah mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan - demokrat palsu, egotists gila, populis ganas dan kapitalis kapalan.

Najib telah dimasukkan ke dalam kategori yang pertama, bersama-sama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen 'bekas ahli' kelab adalah bekas Yugoslavia PresidenSlobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.

MacKinnon berkata pemimpin itu "mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk memberi kuasa" dan "pesaing kuat politik mereka dipenjarakan dan parti mereka diharamkan melalui undang-undang".

Menurut ikon pembangkang Lim Kit Siang, Najib jelas kecewa dengan artikel itu. Tetapi penafian tidak akan mengubahnya melainkan jika Najib berikrar di hadapan semua bahawa dia dan parti Umno akan melakukan peralihan kuasa secara aman jika mereka kalah pada pilihanraya, Lim berkata sebagai reaksi kepada berita bahawa Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia telah mencabar artikel Kanada itu.

"Seminggu yang lalu, saya telah meminta Najib untuk mengisytiharkan secara terbuka sama ada dia bersedia untuk menerima keputusan pengundi bagi memastikan peralihan kuasa yang aman untuk kerajaan persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum yang akan datang," kata Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen bagi Ipoh Timur.

"Ia adalah penting bahawa selepas persidangan media Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas, Najib dengan teliticuba mengelak utnuk menjawab soalan ini apabila telah dikemukakan oleh para wartawan.

Oleh itu, soalan yang mahu ditanya rakyat Malaysia dan dunia adalah sama ada Najib benar-benar merupakan seorang demokrat palsu yang mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat untuk menyerahkan kuasa. "

Najib dalam galeri penyangak antarabangsa: PRU ke-13 akan jadi "menarik"


Untuk MacKinnon, ada harapan bagi negara-negara yang ditadbir oleh pemimpin mengamalkan "demokrasi palsu" kerana ia boleh juga mewujudkan kemungkinan perubahan.

" Milosevic dan Mubarak telah digulingkan kerana rakyat menggunakan ruang politik yang dibenarkan dalam negara demokrasi palsu ... pilihan raya di Malaysia yang akan datang bakal menjadi menarik," kata MacKinnon.

Walau bagaimanapun, dalam bangkangan yang disiarkan pada hari ini, Kementerian Luar Malaysia telah memberi senarai terperinci tentang pembaharuan yang diadakan oleh Najib dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menggambarkan ini sebagai "rekod kerja yang hebat mengikut piawaian bagi sesiapa sahaja".

Pembaharuan termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berakhir setelah 60 tahun digunkan, langkah-langkah untuk meningkatkan kebebasan media, pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, enakmen Akta Perhimpunan Aman, pengumuman untuk mengkaji semula Akta Hasutan,pemansuhan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad, serta pelaksanaan reformasi pilihanraya.

"Pandangan ini tidak sama dengan hakikat bahawa pembangkang telah berjaya meraih jumlah kerusi yang banyak dalam pilihan raya yang lalu. Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan bebas untuk memilih siapa yang mereka mahu untuk memimpin negara dan apabila Perdana Menteri tidak bersikap leka, dia berharap akan diberi mandat untuk sekali lagi meneruskan agenda transformasi Malaysia, " selar Kementerian Luar di bawah setiausahanya Ahmad Rozian.Malaysia Chronicle

Ketua Kampung Nikmati Bonus RM200 Dari Kerajaan Negeri

Posted: 29 Jul 2012 03:32 AM PDT





SHAH ALAM: Selain kakitangan awam Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Kampung di Negeri Selangor turut menerima bonus sebanyak RM200 menjelang perayaan Hari Raya Puasa nanti.

Menurut Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Selangor, Dr Yaakob Sapari bonus tersebut akan dibayar dalam bentuk simpanan di Tabung Haji atau akaun Simpanan Premium di Bank Simpanan Nasional(BSN).

"Saya tanya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selain penjawat awam, Ketua-ketua kampung ada dapat tak Tan Sri?

"Tan Sri jawab, ada, Ketua Kampung juga akan dapat bonus RM200 itu," kata Dr Yaakob sambil disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 400 hadirin dalam Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Pemimpin Masyarakat Negeri Selangor malam tadi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata pemberian bonus diberikan dalam bentuk simpanan merupakan merupakan satu galakkan kepada masyarakat untuk menabung.

"Tetapi sekiranya nak keluarkan duit itu pun boleh dikeluarkan, tak jadi masalah," ujar Abdul Khalid ketika berucap di majlis tersebut.

Beberapa Ketua Kampung yang ditemui malam tadi selain menyambut baik pengumuman pemberian bonus itu, mereka turut berpendapat majlis yang diadakan itu merupakan suatu majlis yang mampu merapatkan hubungan antara pemimpin negeri dan akar umbi.

"Berita baik ini saya anggap sebagai satu penghargaan oleh Kerajaan Negeri kepada tugas-tugas yang dilaksanakan setiap Ketua Kampung.

"Begitu juga dengan majlis ini dan saya lihat ia suatu yang baik kerana ia memberi peluang kepada pemimpin akar umbi mengenali Menteri Besar kita dengan lebih dekat lagi.



"Saya rasa majlis seperti ini wajar diteruskan," kata Ketua Kampung Batu 37 Darat, Abd Malik Alang kepada TVS dalam majlis itu.

Ketua Kampung Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar berkata selain menyambut baik pemberian bonus oleh Kerajaan Negeri itu beliau menganggap majlis berbuka puasa yang diadakan malam tadi selaras dengan Sunah Nabi Muhammad S.A.W.

"Majlis berbuka puasa bersama ini baik kerana ia juga diamalkan oleh Rasulullah.

"Selain itu ia dapat mempertemukan pemimpin atasan dan pemimpin akar umbi, kita boleh berkenal-kenal.

"Harap program seperti ini dapat diadakan setiap tahun," kata Baharuddin.

Turut hadir Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong, Adun Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz dan Senator Syed Shahir Syed Mohamud.

Bob Lokman : Lirik ‘Janji Ditepati’ Penghinaan Kepada Kemerdekaan

Posted: 29 Jul 2012 03:29 AM PDT





SHAH ALAM  : Lirik lagu tema sambutan kemerdekaan 'Janji Ditepati' dilihat sebagai satu penghinaan kepada kemerdekaan negara dan hanya bertujuan untuk meraih kelangsungan hayat politik Umno-BN semata-mata.

Bekas penulis lirik terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman dalam reaksinya berkata, kemerdekaan negara sebenarnya membawa makna yang luas dan istimewa bagi rakyat Malaysia yang selama ini tidak melihat sambutan berkenaan sebagai satu medan politik kepartian mana-mana pihak.

"Pada saya ia satu penghinaan besar kerana lirik tersebut hanya menggambarkan kerja-kerja politik dan bukannya melambangkan besarnya erti kemerdekaan kepada kita semua rakyat Malaysia.

"Kalau Umno betul-betul ingin menghayati erti kemerdekaan, lirik tersebut tidak sepatutnya bias," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Menurutnya lagi, penulis lirik tersebut hanya ingin 'membodek' rakyat supaya terus menyokong BN dan bukannya menghayati erti kemerdekaan.

Lagu bertajuk 'Janji Ditepati', lirik ciptaan sepenuhnya oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Rais Yatim dipilih menjadi lagu tema sambutan kemerdekaan negara.

Minggu ini menyaksikan ruang laman sosial Facebook dan Twitter dihangatkan dengan isu video lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 yang dilihat sebagai modal politik Umno-BN untuk memancing undi dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Paling mencuri tumpuan, rangkap 'Janji Sudah Ditepati, Kini Masa Balas Budi' menyaksikan kritikan hebat pelayar internet yang menganggap rangkap berkenaan sebagai 'menuntut' rakyat mengenang kembali jasa pemerintahan Umno-BN.

Najib, Syed Mokhtar dicabar dedahkan dokumen penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang

Posted: 29 Jul 2012 03:22 AM PDT

 Roketkini.com
Gambar ehsan Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang




GEORGE TOWN: Hasrat kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang bagi kepentingan anak negeri tidak dipedulikan sama sekali oleh kerajaan perseketuan Barisan Nasional.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, bidaan kerajaan Pakatan masih tidak dilayan oleh Datuk Seri Najib Razak walaupun surat-surat telah dihantar kepada Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau berkata, sehingga sekarang tidak ada butiran mengenai penganugerahan Pelabuhan Pulau Pinang kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana terima penswastaan atau pengambilalihan itu masih lagi diselubungi rahsia dan misteri.

"Adakah Seaport akan berhenti berahsia dan sebaliknya membuat kenyataan umum tentang terma penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang untuk meyakinkan rakyat bahawa tindakan ini akan memanfaatkan masa depan Pulau Pinang?

"Adakah Seaport berani mendedahkan terma-terma untuk membuktikan kepada rakyat bahawa ia bukan satu "pelanunan" (piratisation) demi keuntungan kroni BN?

"Infrastruktur komunikasi seperti pelabuhan, lapangan terbang dan pengangkutan awam adalah milik awam yang sama seperti perkhidmatan air, pembekalan tenaga elektrik, kesihatan dan pendidikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, milik awam harus dipantau dengan tegas oleh kerajaan untuk memastikan kepentingan rakyat diberi keutamaan, dan bukannya menjamin keuntungan swasta dengan membiarkan rakyat menderita.

Katanya, kegagalan untuk berbuat demikian akan membenarkan syarikat-syarikat swasta mengaut keuntungan yang besar manakala kecekapan, kebolehpercayaan dan kemampumilikan perkhidmatan awam terjejas.

"Tanpa pemantauan kerajaan yang tegas ke atas milik awam, penswastaan akan membawa kepada amalan pelanunan di mana hanya keuntungan yang akan diswastakan manakala kerugian akan ditanggung oleh rakyat.

"Terdapat kebimbangan bahawa sekiranya penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang dijalankan tanpa rundingan dengan kerajaan negeri, pihak-pihak berkepentingan setempat serta rakyat Pulau Pinang, maka ia akan menjadi lagi satu program pelanunan.

"Lebih teruknya adalah keraguan sama ada tender ini terbuka dan berdaya saing kerana hanya mereka yang dijemput oleh Kerajaan Persekutuan telah diterima (sedangkan bidaan kerajaan Pakatan Pulau Pinang tidak dipedulikan)," ujarnya.

Guan Eng menjelaskan bahawa kenyataan Seaport baru-baru ini bahawa ia tidak bercadang untuk menjatuhkan taraf Pelabuhan Pulau Pinang kepada pelabuhan penghantar (feeder port) serta tidak akan memindahkan kren-kren Pelabuhan Pulau Pinang ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor, tidak akan memadamkan kebimbangan selagi Seaport tidak mendedahkan sepenuhnya fakta dan perangkaan rancangan mereka.

Tambahan pula, katanya, Syed Mokhtar selaku pemilik Seaport dan pengendali dua pelabuhan di Johor – PTP dan Pasir Gudang – belum lagi menjawab kritikan bahawa pengambilalihan Pelabuhan Pulau Pinang akan mewujudkan monopoli, yang bertentangan dengan Akta Persaingan 2010 dan ia merupakan pelanggaran undang-undang anti-trust (anti-monopoli).

Menurut beliau, jaminan Seaport juga bercanggah dengan kenyataan Pengerusi Penang Port Commission Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga Presiden MCA bahawa Pelabuhan Pulau Pinang akan menjadi pelabuhan penghantar sahaja untuk PTP di Johor.

Katanya, Dr Chua juga telah menegaskan bahawa Pelabuhan Pulau Pinang hanya mendapat keuntungan RM180,000 pada tahun lepas dengan hutang RM1.3 bilion berbanding Johor Port kepunyaan Seaport yang mengaut keuntungan RM185 juta.

"Apakah jaminan kepada rakyat bahawa Seaport tidak akan menjadikan Pelabuhan Pulau Pinang sebagai pelabuhan penghantar memandangkan PTP dan Pasir Gudang mencatat prestasi yang lebih baik?

"PTP yang mula beroperasi pada tahun 1999 mengendalikan lebih 6 juta TEU setahun, 5 kali ganda Pelabuhan Pulau Pinang! Pulau Pinang juga melihat pertumbuhan kargo 5.8% setahun antara 1995 hingga 2009 berbanding 14.2% untuk Pelabuhan Klang," tambah beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menjelaskan kegagalan untuk mendalamkan saluran navigasi hanya akan menggagalkan usaha untuk memulihkan Pelabuhan Pulau Pinang kepada status dahulu sebagai pelabuhan komersil serantau.

Katanya, keengganan kerajaan persekutuan BN dan Seaport untuk menyatakan sama ada projek RM353 juta untuk mengorek saluran navigasi di Pelabuhan Pulau Pinang akan dilaksanakan ataupun hanya jumlah yang kecil akan digunakan untuk tujuan tersebut, menyebabkan rakyat terus curiga dengan agenda BN dan kroni mereka. – Roketkini.com

PM Akan Bersama Rakyat Kelantan Pada Bulan Ramadan

Posted: 29 Jul 2012 03:15 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan lawatan sehari ke Kelantan untuk bersama rakyat negeri ini pada Ramadan ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata Perdana Menteri dijadual bertemu rakyat di Bachok dan Ketereh di sini.

Tarikh dan aturcara lawatan Najib bagaimanapun belum dimuktamadkan, katanya.

"Kita yakin lawatan ini dinanti-nantikan rakyat Kelantan, kita tahu Perdana Menteri banyak turun ke bawah pada bulan Ramadan ini dan Kelantan tidak dipinggirkan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota pemikir Umno Kelantan di sini, Ahad.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata lawatan Najib, yang juga Presiden Umno itu, juga akan memberi semangat dan motivasi kepada pemimpin dan anggota Umno Kelantan untuk bekerja lebih kuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Umno Kelantan sudah mengadakan program bagi mendekati pengundi negeri ini yang berada di luar termasuk Lembah Klang, memandangkan mereka mempunyai peranan besar dalam pilihan raya.

"Kita mengadakan pelbagai program dalam bulan Ramadan ini, antaranya majlis berbuka puasa dengan pengundi luar di Lembah Klang, kita menyakinkan kepada mereka bahawa Umno Kelantan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat Kelantan dan mengubah keadaan Kelantan," katanya.

Mustapa berkata perubahan tersebut termasuk kemudahan infrastruktur yang lebih baik, pendapatan rakyat semakin bertambah, masalah kemiskinan dapat dikurangkan dan pekerjaan untuk rakyat diperbanyakkan. - BERNAMA

Skuad Pengguna Akan Digerakkan Minggu Depan - Ismail Sabri

Posted: 29 Jul 2012 03:13 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menggerakkan 60,000 anggota Skuad Rakan Pengguna minggu hadapan bagi memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika pada musim perayaan ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata skuad berkenaan yang terdiri daripada orang awam termasuk pelajar, penghulu dan ketua kampung akan bertindak sebagai pemantau harga barangan dan perkhidmatan, penyelewengan urusniaga yang tidak beretika dan perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan.

Beliau berkata Skuad Rakan Pengguna dilantik oleh kementerian, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep membeli-belah sambil memantau dan melaporkan kepada kementerian.

"Mereka akan digerakkan sebaik sahaja Kabinet meluluskan cadangan 20 jenis barangan kawalan pada musim perayaan seperti ayam, daging, telur dan sebagainya pada Rabu ini," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bayaran durian runtuh peringkat kedua kepada peneroka Felda Mengkuang, di sini Ahad.

Mengenai cadangan 20 senarai barangan kawalan tersebut, Ismail Sabri berkata beliau sendiri akan membawanya ke mesyuarat Kabinet pada Rabu ini bagi mendapatkan kelulusan.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada masa kini terdapat seramai 2,000 penguat kuasa dan 1,400 pemantau harga termasuk penghulu yang mempunyai kad kuasa yang turut berperanan bagi memastikan harga barangan dijual mengikut harga yang ditetapkan kerajaan.

Anggota Parlimen Bera itu juga berkata penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berkaitan kepenggunaan mahu pun bukan juga akan memudahkan lagi penyaluran maklumat dan memperkasa suara pengguna yang dapat menstabilkan harga barangan keperluan.

"Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang melanggar arahan dan peraturan dengan mengenakan tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada," katanya. - BERNAMA

MP Tuaran Keluar BN Sokong PR

Posted: 29 Jul 2012 02:52 AM PDT

JASIN DAILY

MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

 Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.  
"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.

Ubah Tapi Masih Lawak

Posted: 29 Jul 2012 02:48 AM PDT

JASIN DAILY

Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

 "Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter.

Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan.

 Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".

Kedudukan Lajim Isnin Ini - Najib

Posted: 29 Jul 2012 02:45 AM PDT

alt
 

PEKAN- Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.Lajim hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Hasan Ali Kembali Kendali Forum Islam di TV1.

Posted: 29 Jul 2012 02:43 AM PDT

 
alt
 
KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kembali berkhidmat sebagai Pengacara sebuah Forum berkaitan Islam menerusi Forum Khas : Ehya' Ramadhan yang telah disiarkan di TV1.
 
Forum yang dipaparkan pada setiap hari Khamis jam 10 malam itu bakal berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Ramadhan dengan tajuk perbincangan berkaitan Islam khususnya mengupas aspek kerohanian ibadah dalam mengimarahkan bulan tersebut.
 
alt
 
Rancangan ini telah membuka tirai pada malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah menjemput 2 panel khas iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi & Prof. Dr. Muhaya Hj Mohammed membincangkan tajuk 'Ramadhan Pembinaan Sahsiah'.
 
Sementara itu, rata-rata penonton yang hadir menyambut baik program tersebut yang diacarakan oleh Dr. Hasan Ali malah didakwa mengembalikan semula aura rancangan Forum Perdana Ehwal Islam satu ketika dahulu.
 
Presiden Jalur Tiga (JATI) itu pernah mengendalikan program Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan di TV1 sekitar pertengahan era 1990an. Hasan Ali diperakui pada ketika itu berjaya mempengaruhi malah telah menaikkan jumlah penonton menerusi rancangan tersebut.

Bantah kewujudan pusat judi

Posted: 28 Jul 2012 10:36 PM PDT

MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR

Mazlan (dua, kanan) menyerahkan memorandum kepada Jamaludin (kiri).
Mazlan (dua, kanan) menyerahkan memorandum kepada Jamaludin (kiri).
 
 
MUADZAM SHAH - Kira-kira 200 penduduk di sini termasuk dari Rompin dan Keratong mengadakan perhimpunan aman selepas solat Jumaat, kelmarin, untuk mendesak pihak berkuasa menutup empat premis judi siber di Bandar Industri Muadzam Shah.

Perhimpunan dianjurkan Pas, PKR, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Al-Fateh dan Jiran Muda Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teratai itu diadakan di pekarangan Masjid Muadzam Shah.

Laungan takbir 'Allahuakbar', 'hidup-hidup Islam, hapus-hapus judi' serta ucapan pemimpin politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) terbabit bergema lebih kurang 40 minit.

Penduduk yang turut kesal dengan kewujudan pusat judi haram di sini bukan saja melaungkan takbir beramai-ramai, malah turut menzahirkan kemarahan dengan menurunkan tandatangan pada kain rentang sebagai tanda bantahan.

Meskipun cuaca panas terik di samping bantahan diadakan pada bulan Ramadan, namun ia tidak menghalang semangat umat Islam untuk berarak sejauh kira-kira dua kilometer (km) menuju ke Pejabat Cawangan Majlis Daerah Rompin (MDR) Muadzam Shah bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Memorandum itu diserahkan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin, Mazlan Mohd Yasin kepada Pengurus Cawangan MDR Muadzam Shah Jamaluddin Wahid di pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada jam 3.30 petang.

Sebaik saja memorandum itu diserahkan, semua pengikut perhimpunan tersebut didapati menaiki kenderaan masing-masing menuju Balai Polis Muadzam Shah untuk menyerahkan memorandum sama.

Mereka tiba pada jam 4 petang di mana memorandum setebal tiga muka surat itu diserahkan Penasihat Undang-Undang Pas Negeri Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly kepada Ketua Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Inspektor Ab Rahman Abdul Jalil.

Kira-kira jam 4.30 petang, mereka menuju pula ke Pejabat Agama Islam Muadzam Shah untuk menghantar memorandum supaya penguat kuasa agama terbabit dapat bersama-sama pihak berkuasa mencegah aktiviti judi membabitkan umat Islam.

Memorandum itu diserahkan sendiri Mohd Fadzli kepada Pegawai Agama Islam Muadzam Shah, Mohd Rizal Mohd Ali Napiah.

Perhimpunan dan penyerahan memorandum itu hanya berakhir kira-kira jam 5 petang dan mereka mula beransur pulang selepas melaungkan takbir sebanyak tiga kali di pekarangan Pejabat Agama Islam Muadzam Shah.

Pandang serius lima tuntutan

Mohd Fadzli berkata, pihaknya difahamkan, premis judi siber di kawasan terbabit beroperasi sejak awal tahun ini, namun kesal kerana kegiatan itu masih berterusan walaupun tindakan dibuat.

Menurutnya, perhimpunan itu juga bertujuan menzahirkan kebimbangan penduduk berikutan difahamkan sebanyak 98 peratus pengunjung pusat judi tersebut terdiri daripada masyarakat Islam.

Katanya, terdapat lima tuntutan terkandung dalam memorandum itu yang perlu dipandang serius pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan tersebut habis-habisan.

"Kita minta premis itu ditutup serta-merta, tidak meluluskan sebarang permohonan baru lesen perniagaan berunsur perjudian, menjalankan pemantauan lebih tegas serta tidak memilih bulu dalam mencegah jenayah judi.

"Selain itu, kita juga meminta pihak berkuasa turut melibatkan semua pihak termasuk parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana pertubuhan untuk memerangi kegiatan tersebut sekali gus membersihkan Rompin daripada sebarang kegiatan perjudian serta maksiat," katanya.

Punca institusi keluarga runtuh

Mazlan berkata, isu terbabit seharusnya dipandang serius semua pihak tanpa mengira fahaman politik kerana ia ditegah dalam Islam.

"Jika kami tidak mengambil sebarang tindakan hari ini (kelmarin), percambahan pusat judi haram dikhuatiri berterusan sekali gus boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan," katanya.

Menurutnya, bantahan dan penyerahan memorandum itu dibuat dengan harapan pihak berkuasa serta kerajaan Negeri dapat menyelesaikan masalah itu demi kesejahteraan rakyat.

"Masyarakat kita akan berpecah-belah kerana judi. Kegiatan rompakan, perceraian dan penipuan akan berleluasa. Justeru pihak berkuasa serta kerajaan tidak harus memandang remeh mengenai perkara ini," katanya.

Hanya tiga masih aktif

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, sebuah premis perjudian di kawasan terbabit sudah ditutup sejak lebih dua atau tiga minggu lalu dan kini hanya tiga pusat judi masih aktif.

Menurut sumber dalaman MDR, PBT itu sudah beberapa kali menjalankan tindakan penguatkuasaan dan memberi amaran kepada pusat judi terbabit supaya tidak meneruskan kegiatan tersebut.

Bagaimanapun, pemilik pusat judi terbabit masih ingkar dan tetap menjalankan perniagaan mereka dengan berselindung di bangunan baru di kawasan itu.

"Kami tidak pernah meluluskan lesen judi kepada mana-mana pemilik premis di Muadzam Shah termasuk Rompin. Mereka (pemilik premis perjudian) dipercayai menyewa bangunan untuk menjalankan kegiatan haram tersebut," katanya.

Wanita Umno Pahang sedia hadapi PRU

Posted: 28 Jul 2012 10:34 PM PDT

SINAR HARIAN

Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
 
BERA - Pergerakan Wanita Umno Pahang di peringkat bahagian dan cawangan kini sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum yang disifatkan lebih mencabar kali ini.
  
Setiausaha Kerja Pergerakan Wanita Umno Datuk Rosni Sohar berkata pergerakan itu juga yakin dapat menawan seramai 489,230 pengundi wanita Melayu pada pilihan raya akan datang, berdasarkan kajian yang mendapati undi daripada kalangan orang Melayu sudah meningkat.
  
"Pengundi di negeri-negeri berkenaan sudah mula jelak dengan sandiwara yang dimainkan pembangkang di samping banyak masalah yang dihadapi belum dapat diselesaikan terutamanya membabitkan tanah, bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal dan sebagainya," katanya ketika berucap pada program lawatan kerja serta taklimat sistem jalinan rakyat dengan Wanita Umno Pahang di sini, malam tadi.
  
Menurut beliau Wanita Umno telah menjalankan pelbagai program termasuk memberi penerangan serta kesedaran bahawa pentingnya memberikan sokongan kepada kerajaan ketika sesi mendekati pengundi.
  
Katanya, beberapa negeri di bawah kuasa parti pembangkang seperti Selangor dan Kedah juga dijangka akan dapat ditawan kembali berikutan banyak masalah penduduk di negeri terbabit sudah diselesaikan pemimpin Barisan Nasional (BN).
  
Sehubungan itu, katanya pergerakan itu sedang merancang mengadakan program Salam Sayang sebagai usaha mendekati pengundi bagi memastikan sokongan terhadap kerajaan terus bertambah. - Bernama

Tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' kekal, logo rasmi guna 1Malaysia

Posted: 28 Jul 2012 10:29 PM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.
  
Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".
  
"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
  
Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari  Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - Bernama

PR yakin karisma Anwar mampu pikat undi

Posted: 28 Jul 2012 10:24 PM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
 
 
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karisma tersendiri serta gabungan gandingan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi kekuatan utama meraih kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Faktor ini menjadi salah satu faktor penguat Anwar menjadi pilihan, tidak mengira kaum. "Tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum kerana karisma yang tersendiri boleh mempengaruhi  undi," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Beliau mengulas laporan media baru-baru ini bahawa faktor Anwar, selaku Ketua Umum PR dan Ketua Pembangkang, mungkin akan mempengaruhi PRU13 nanti.

Prof Dr Teo Kok Seong, yang menyertai forum meja bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) minggu lalu antara lain berkata, ia adalah kerana undi orang Cina terhadap Ketua Umum PKR itu merupakan 'undi harapan' yang kononnya boleh membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

Dua hari lalu, Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, PRU13 merupakan penentu pertembungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar.

Sambil menekankan bahawa Anwar sentiasa bergerak bersama-sama PR, Rafizi berkata, "jadi bukan saja kaum Cina mula meletak harapan, tetapi semua lapisan masyarakat akan mula menaruh harapan tinggi kepada Anwar sekali gus mampu memperkuatkan sokongan rakyat terhadap PR."

Sehubungan itu katanya, undi semua kaum di Malaysia amat penting, malah perjuangan PR sendiri bukan berpaksikan kepentingan satu-satu kaum.

"Tidak kira apa saja yang cubaan musuh(Barisan Nasional) lemparkan, hakikatnya Anwar pernah satu ketika dahulu menerajui kepimpinan tertinggi negara iaitu pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan (dan Timbalan Presiden Umno).

"Pengalaman beliau mentadbir negara ini mampu mempengaruhi corak pemikiran pengundi atas pagar," ulas beliau.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, faktor Anwar mampu mempengaruhi undi dalam PRU yang akan datang tidak dapat dinafikan.

"Rakyat kini mahukan perubahan. Saya yakin rakyat kini mudah mendapatkan maklumat dan semakin terbuka pemikiran mereka untuk menerima Anwar sebagai calon pemimpin," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Salahuddin juga berkata, selain faktor Anwar, prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR juga mampu meyakinkan para pengundi bagi memilih Anwar sebagai pemimpin.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tidak menolak kemungkinan undi kaum Cina merupakan undi harapan dalam PRU13.

"Kaum Cina mula rasa kecewa dengan kepimpinan BN yang gagal membanteras rasuah dan meningkatkan ekonomi negara tetapi saya yakin PR mampu memberi perubahan dari segi sosial dan ekonomi," katanya.

Beliau menambah, DAP yakin dan menyokong Anwar kerana beliau mampu mendukung harapan rakyat dan mampu melakukan perubahan dalam negara ini.

Lagu Mana Tengku Razaleigh Hamzah?

Posted: 28 Jul 2012 10:15 PM PDT

MSO


Orang-orang ini yang melakukan pengkhinatan kepada parti dan pecah amanat terhadap rakyat dan pengundinya apabila mereka meninggalkan parti dan mengoyakkan lambang yang membawa kemenangan mereka dalam pilihan raya umum ke-12 lalu mungkin tidak perlu ditanya lagi mengenai nasib mereka pada pilihan raya akan datang.

Hujung jatuh mereka sudah dapat diramalkan awal-awal lagi, selepas ini mereka akan jadi seperti kerangka layang-layang atau wau yang putus tali dan tersangkut didahan tinggi. Mereka tidak akan dipeduli sesiapa lagi.

Tengku Razaleigh meletakkan dirinya dalam berteka-teki.

Mereka akan kering begitu saja dan tinggallah kerangka di atas dahan kering itu yang tidak sudi pun disentuh dan disapa sesiapa, hatta burung hantu. Ada sekurang-kurang tujuh atau lapan orang yang kini hayat politiknya macam wau terdangkut di dahan tinggi.

Antara mereka ialah Inchek Ibrahim Ali, (Pasir Mas) yang bertanding atas lambang Pas. Sebelum ini beliau berjanji akan bersetia dan menyokong Mursyidul Am Pas, kemudian berpaling tadah sambil memancar kencing kepada tokoh spritual Pas itu. Setiap hari dan masa beliau disumpah dan dihina oleh penyokong dan ahli Pas.

Yang lainnya ialah wakil rakyat 9/10 yang bertanding atas tikit PKR di Kulim - Bandar Baru. Hanya semata-mata kerana untuk menjaga elaun dan mendapat sedikit upah wakil rakyat 9/10 ini sanggup mengkhinati dan pecah amanat kepada partinya. Untuk menunjukkan dia benar hampir setiap kali bercakap dalam dewan bergubal dan bersalut pembohongan demi pembohongan.

Yang lain lagi, Abu Zaharin, Cina bernama Teng Beng, Wee Chee Keong dan lain-lain. Sudah pasti selepas ini mereka tidak akan bertanding lagi dan kalau pun bertanding peluang untuk menang setipis kulit bawang merah. Kalau bawang besar kulitnya tebal sikit.

Atas perbuatan mereka itu bukan saja rakyat dan pengundi yang memberi undi kepada mereka, membenci dan 'murih merana' tetapi saya rasa kerusi di parlimen yang mereka duduki juga ikut sama menyampah dan menyumpah mereka. Bangunan parlimen juga benci meluat melihat muka mereka dan mendengar suara mereka melakukan pembohongan dan fitnah di dewan yang mulia.

Kalaulah pintu pagar parlimen dapat bercakap dan bergerak pasti, mereka ini akan dikejar hingga ke Chow Kit Road oleh pintu pagar parlimen. Usahkan ahli parlimen lain, cicak dan lalat yang tersesat masuk dalam bangunan parlimen juga melarikan diri apabila ternampak wajah mereka bimbang takut berjangkit penyakit munafik mereka. Buruk...sekali.

Biarlah mereka dalam bungkusan sejarah buruk dan busuk. Dunia politik selamanya akan menyebut dan mengenang mereka sebagai seorang politician munafik dan oportunis. Kalau mereka mati perbuatan mereka itu tetap akan disebut dan dijadikan sepadanan hidup manusia politik. Demikianlah mereka akan dikeji bagaimana orang mengeji para diktator dan penjenayah agama dan makhluk lainnya.

Usah sebut dan kenang mereka lagi. Tetapi bagaimana dengan seorang lagi ahli Parlimen yang kedudukan dan pendiriannya kini tidak menentu. Hitam pun tidak putih pun bukan. Dia dimaksudkan itu Tengku Razaleigh Hamzah ahli Parlimen Gua Musang. Kedudukan Razaleigh menjadi tanda tanya, apakah dia akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang ataupun bagaimana?

Kalau bertanding apakah dia akan terus menggunakan lambang dacing atau pun lambang lain? Umno seakan memberi laluan kepada Razaleigh. Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed ketika ditanya mengenai hal Razaleigh mengatakan tidak ada masalah kalau Razaleigh berhasrat terus bertanding atas tikit Umno. Umno sendiri mahukan kepada Razaleigh kerana dia mampu mengekalkan kerusi Gua Musang dan memberi mata kepada Umno Kelantan.

Itu perkiraan Umno terhadap Razaleigh. Umno membuat perhitungan begitu kerana parti itu merasa takut dan terus mengenang zaman kehebatan Razaleigh sebelum ini. Walhal kalau pun Umno mempertaruhkan Razaleigh belum tentu lagi anak raja itu dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi sebanyak tujuh atau lapan kali itu. Perlu diingati dalam pilih raya 1999 Razaleigh menang dengan majoriti jauh lebih rendah dengan dicapai sebelum ini.

Kenapa Umno begitu takut dan bimbang dengan Razaleigh? Di Gua Musang Umno ada banyak tokoh yang boleh diletak untuk menggantikan Razaleigh. Keadaan Razaleigh di Gua Musang kini tidak ubah seperti Quran buruk di mana masih ada pengaruh dan keramat tersendiri. Sampai bila Umno mahu menjaga Quran buruk berkenaan?

Itu dipihak Umno dalam melihat Razaleigh. Tetapi bagaimana dengan pendirian dan prinsip ahli parlimen itu sendiri. Satu masa beliau dilihat tidak sejalan dengan Umno, tetapi di dalam masa lain masih mengharap kepada Umno. Pada ketika lain beliau mengeluarkan kenyataan negatif mengenai Umno Kelantan dan keupayaan Mustapa Mohamed sebagai ketua.

Sebaliknya dimasa lain dia tetap mahukan Umno menang di Kelantan. Semasa merasmikan mesyuarat PIBG di Paloh beliau dilapor berkata menyeru orang ramai supaya memberi kemenangan kepada Umno. Sikap dan pendirian Razaleigh ini membingunkan sesetengah orang.

Bagaimana pun yang pastinya beliau ada agenda dan 'buah kilas' tersendiri. Beliau tentu sudah ada perhitungan untuk diri dan politiknya. Cuma bagi saya, saya nampak bekas menteri kewangan itu begitu sayang dengan Umno walaupun dia mengetahui Umno tidak sayang kepadanya. Apa yang dinanti oleh Razaleigh ialah keputusan pilihan raya umum nanti. Ada sesuatu yang beliau berharap kepada keputusan pilihan raya itu. Keputusan pilihan raya akan menjawab segala teka teki mengenainya.

Pada hemat saya Razaleigh menanti Umno tidak mendapat keputusan dua pertiga. Keputusan itu nanti akan ditafsirkan sebagai kelemahan Najib Razak sebagai pemimpin. Waktu inilah nanti Razaleigh akan muncul bagaikan dewa dari langit akan menawarkan diri untuk menyelamatkan Umno. Jadi boleh disimpulkan Razaleigh kini sedang menahan luka di pergentingan. Dan beliau layak untuk berbuat demikian memandangkan ketulusan dan keikhlasan perjuangan dalam Umno. Jika ahli dan penyokong Umno sayang dan cintakan Umno, Razaleighlah yang perlu memimpin parti itu.

Masalahnya apakah telahan dan ramalan beliau itu akan menjadi kenyataan. Bagaimana pula kalau selepas ini Umno menang cemerlang atau pun hilang kerajaan sama sekali. Dia garis mana ketika itu untuk Razaleigh berdiri? Kita tunggu sajalah kerana detik penentu itu bakal muncul juga?

Kerajaan PR Selesaikan Masalah Banjir 10 Tahun Kg Melayu Sg Buloh

Posted: 28 Jul 2012 10:11 PM PDT





SUNGAI BULOH : 10 tahun hidup tertekan, akhirnya penghuni kira-kira 150 kediaman sepanjang jalan utama Kampung Melayu Sungai Buloh mampu menarik nafas lega apabila projek infrastruktur bagi mencegah kejadian banjir kilat di kawasan kediaman mereka itu siap sepenuhnya.

Projek mengatasi masalah banjir kilat itu melibatkan pembesaran Sungai Buloh dan juga pembinaan sebuah longkang besar selebar dua meter yang menjangkau sejauh 400 meter.

Menurut Penolong Pegawai Penyelaras (Pendidikan dan Infra) Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras, Harri Mohd Hassan projek yang menelan belanja hampir RM400 ribu itu disiapkan sepenuhnya pada November lalu.

"Sebelum ini, lebih kurang 10 tahun masyarakat di sini terpaksa menanggung kerugian yang teruk setiap kali hujan lebat dan banjir kilat berlaku.

"Air banjir kilat memang naik dengan cepat dan kadang-kadang menyebabkan penduduk tak sempat selamatkan perabut, barangan elektrik dan sebagainya.

"Tetapi sekarang Alhamdullilah, semenjak longkang besar ini siap dibina dan kerja melebarkan Sungai Buloh dibuat, belum ada berlaku banjir kilat lagi, walaupun hujan turun dengan lebat.

"Maknanya pelan perancangan yang dibuat ini memang berjaya mencegah kejadian banjir kilat," katanya ketika ditemui Selangor Kini baru-baru ini.

Menurut Harri, pemimpin Kerajaan Negeri BN terdahulu mengambil sikap sambil lewa terhadap masalah infrastruktur sehinggakan masalah banjir kilat di kawasan terbabit berlarutan dalam jangka masa yang panjang.

"Dahulu, masa bawah BN, bukan tak ada kerja menaiktaraf longkang dilakukan, tetapi kerja dibuat seperti melepas batuk di tangga.

"Buat kerja tak sempurna, kerja tak siap, buat sini sikit, sana sikit dan akhirnya duit kerajaan keluar, tetapi masalah tak juga selesai.

"Kalau dahulu mereka buat perancangan dan kerja atasi banjir ini dengan serius dan sempurna, ia tak akan berlarutan, patut dah lama selesai," kata Harri.

Menurut Ketua Kampung terbabit, Zulkikli Abu Hassan kepada Selangor Kini, projek infrastruktur Kerajaan Negeri itu membuatkan kehidupan penduduk di kawasan itu lebih selesa berbanding sebelumnya.

"Sebelum ini memang teruk, sampaikan kalau kita berada di tempat lain atau sedang berkerja, bila hujan sahaja hati mula tak tenang sebab hujan kejap pun dah menyebabkan rumah dimasuki air banjir.

"Sekarang dah okey, memang lega banyak sebab bila hujan air mengalir terus ke dalam longkang besar yang baru, hati tak susah macam dahulu.

"Bukan sahaja menyelamatkan harta benda penduduk kampung sahaja, dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dan Sekolah Agama Zahidiah yang sebelum ini kerap dinaiki air juga terselamat,"kata Zulkikli.


Beroperasi di bawah keupayaan, Syabas gagal urus air

Posted: 28 Jul 2012 10:07 PM PDT

KEADILAN DAILY

Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk  Khusrin Munawi dan dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.

Jawatankuasa ini telah menghantar laporan pertama kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini.

Hasil laporan pertama jawatankuasa ini, terdapat tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian agar rakyat tahu kedudukan sebenar.

Penemuan ini ialah:


- Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.

- Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5,139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.

- Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 % yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan. Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11%  dan akan meningkat kepada 18 % selepas Mac 2013  apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.



Penemuan ini membuktikan, SYABAS gagal memenuhi tanggungjawab untuk membekalkan air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Penjanjian Penswastaan Air 2004.

Kegagalan ini menguatkan lagi rancangan Kerajaan Negeri untuk 'step in' dalam pengurusan SYABAS yang bertujuan membaiki semua kelemahan termasuk syor supaya Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS dipecat.

Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah selesai menyediakan dokumen-dokumen untuk 'step in' dalam pengurusan SYABAS dan pasukan yang mewakili Kerajaan Negeri bagi tujuan ini juga sudah bersiap sedia untuk menyertai pengurusan SYABAS bila-bila sahaja bagi membaiki kelemahan.

Kerajaan Selangor memutuskan supaya kuasa meluluskan sebarang permohonan berkaitan pelaksanaan Projek Langat 2 hendaklah dibawa terus kepada Pihak Berkuasa Negeri.
 
Semua agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Hutan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi yang berkaitan untuk merujuk terus sebarang permohonan berkenaan Projek Langat 2 kepada Dato' Menteri Besar.

Fakta sebenar yang tidak boleh dinafikan semua pihak dalam isu air ini ialah kegagalan SYABAS merancang dan mengurus sistem agihan untuk menyalurkan air terawat kepada pengguna.

Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama beberapa EXCO untuk bertemu rakyat bagi mencari penyelesaian masalah air termasuk membawa tangki air ke kawasan yang bertahun-tahun berdepan kekurangan bekalan air.

Kerajaan Negeri juga menyediakan talian 1-8000-88-2824  untuk orang ramai mengadu masalah air. Pusat panggilan ini juga mengendalikan masalah sampah.

Kerajaan Selangor konsisten dengan pendirian bahawa isu air ini boleh diselesaikan secara holistik sekiranya kerajaan negeri mengambilalih industri air daripada syarikat konsesi yang akan menawarkan pembekalan air yang lebih cekap pada harga munasabah seperti yang dihasratkan WSIA 2006.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Bantah slogan politik jadi tema kemerdekaan, SAMM gesa boikot sambutan

Posted: 28 Jul 2012 10:04 PM PDT

KEADILAN DAILY

 Buat kali pertama dalam sejarah, sambutan Hari Kemerdekaan telah dicemari oleh kepentingan politik kepartian yang melampau. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo yang mengarut ini diboikot serta merta.

Tema hari kebangsaan 'Janji Ditepati' yang diambil daripada tema jelajah Bn dilihat SAMM sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya regim terus menggunakan tema 'Undilan Bn' sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihanraya dijalankan.

Hari kebangsaan atau Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut oleh semua rakyat dalam negara ini merentasi batasan agama dan bangsa, apatahlagi warna kepartian.

Namun sambutan tahun ini begitu memualkan apabila regim BN yang telah benar-benar terdesak melacuri Hari Kebangsaan dengan menjadikan sambutan sebagai pentas kempen dan dengan tema jelas kepartian. Bagi SAMM, ini semakin melengkapkan syarat kejatuhan sesebuah regim.



SAMM juga menyeru kepada semua negeri Pakatan Rakyat agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo mengarut ini tidak dibenarkan berlaku dalam negeri masing-masing.

Sambutan di peringkat negeri PR seharusnya diwarnakan semula dengan lebih murni dan patriotik. SAMM menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim BN.

Hari Kebangsaan mahupun Hari Merdeka disambut setiap tahun untuk semua, bukan untuk disambut oleh segelintir penyokong sesebuah parti. Maka kerajaan negeri bukan dibawah regim Bn harus menerajui rakyat bertindak keras di atas kecelaruan yang ditimbulkan regim BN.

Sudahlah selama hari ini sambutan merdeka disadur dengan sejarah kemerdekaan separuh masak yang hanya menampilkan tokoh-tokoh Umno sahaja, sedangkan sejarah menuntut kemerdekaan itu berlaku jauh lebih awal sebelum wujudnya Umno.

Malangnya hanya Umno wujud dalam sejarah jasa negara sedangkan banyak bukti persekongkolan Umno dengan penjajah British dan pihak yang jelas melawan dengan garis keras dilihat penjenayah dalam sejarah. Kini pula keadaan menjadi lebih parah apabila sambutan kemerdekaan itu dihiasi dengan tema syok sendiri dan logo sampah.

Jika kecelaruan dan pencabulan hari kebangsaan dibenarkan berlalu tahun ini sebegitu saja, yakinlah ia akan menjadi tradisi dan amat tidak baik bagi semangat pembinaan negara ini.

che'GuBard
Pengasas SAMM

Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol

Posted: 28 Jul 2012 10:01 PM PDT

KEADILAN DAILY

KOTA KINABALU.: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.

Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.

Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.

Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.

"Kerajaan yang dipimpin Parti Berjaya itu juga tidak kekal apabila Datuk Seri Pairin Kitingan dan Mark Kodding keluar parti dan menubuhkan PBS pada 1985.

"Namun kerajaan PBS itu pula tumbang walaupun menang pilihan raya negeri dengan kehilangan banyak kerusi, apabila BN melakukan rampasan kuasa seumpama di Perak," katanya kepada Keadilan Daily.

Kalakau adalah Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun sejak 1985 sebelum meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat pada 16 Februari 2010.

Beliau juga adalah presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (Usda) dan pernah berkhidmat sebagai Senator sehingga tamat penggalnya pada Disember 2005.

Kalakau percaya, kerajaan BN Sabah bakal tumbang berikutan gerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah yang diterajui pemimpin berpengaruh.

APS yang didominasi suku etnik Kadazan-Dusun-Murut, diketuai Ahli Parlimen Tuaran dari BN, manakala PPS yang dominasinya Melayu-Islam diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.

"Apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan Melayu-Islam bersatu, perubahan politik di peringkat negeri pasti terjadi.

"Ia tentunya melakar kemenangan dan meroboh kerajaan BN Sabah, sekali gus melengkapkan lanskap perubahan politik di Malaysia," katanya.

[PENTING] Berwaspada Dengan Aktiviti Di Facebook, Anda Mungkin Sedang Diekori...

Posted: 28 Jul 2012 09:53 PM PDT


KELAB GREENBOC


Khusus untuk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online

** PENTING...!!!!

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tengok video-video kekejaman di Palestin dan Syria, jangan ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO.

Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara.

Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriman. Tentukan hanya orang-orang tertentu saja yang boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag.


Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samada ianya akan mengancam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah. Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target.

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukkan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut tu delete sahaja !


* Nampak paranoid, tapi kalau korang tengok sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yang expose maklumat peribadi. -Pak Arab/Khairul Amree/suntingan -GB

Pakatan sedia PRU-13 September, Najib mungkin tarik diri di saat akhir!

Posted: 28 Jul 2012 04:43 PM PDT

Maria Begum, Malaysia Chronicle



Pakatan Rakyat sudah pun bersedia untuk menghadapi pilihanraya sekiranya Najib membuat keputusan untuk mengadakannya pada saat-saat akhir pada bulan September kelak walaupun hanya tinggal kurang 2 bulan sahaja lagi untuknya.

"PKR memang OK dengan September kerana kita sudah menjangka ia pada Julai lalu. Tetapi kita lihat sahajalah jika ini hanya satu permainan Najib dan UMNO atau suatu fakta kukuh," ujar naib presiden PKR, Ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Menurut undang-undang, 5 hari berkempun juga sudah cukup sekiranya perlu. Jadi sekiranya Najib benar-benar mahu mengadakan pilihanraya sebelum 16 September, beliau masih boleh menyembunyikan hasratnya sehingga awal September sebelum mengejutkan pihak pembangkang dan orang awam. Kebetulan pula 16 September adalah Hari Malaysia.

Pilihanraya ke 13 secara mengejut tidak beretika?


Tian menegaskan ini adalah perbuatan "tidak beretika kerana biasanya diberi tempoh minima 2 minggu antara tarikh pembubaran parlimen dengan piliharaya dan ia tidak memberi masa yang cukup walaupun sekarang".

Tetapi bersandarkan kepada tindak-tanduk Najib yang seringkali sukar untuk membuat keputusan, kelihatan seperti pembangkang, rakyat Malaysia dan pelabur akan terus berada dalam keadaan berteka-teki sama ada PM akan membubarkan parlimen dalam masa beberapa minggu lagi.

"Dengan melewat-lewatkan pilihanraya, ia akan menjejaskan Najib sendiri. Ia menunjukkan beliau tidak boleh membuat keputusan dan seorang pengecut. Ia merengsakan rakyat yang jelas mahu ia tidak ditangguhkan lagi. Jika pada bulan September kelak pun Najib tetap menarik diri saat akhir, ia akan menjadikan rakyat Malaysia lebih marah terhadapnya," ujar Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad kepada Malaysia Chronicle.

Beliau mahu menghabiskan mandat 5 tahun tetapi orang kuat UMNO mahukan ia SEKARANG!


Baru-baru ini, Najib telah memberi petunjuk bahawa beliau mahu terus berkuasa sehinggalah tamat mandat 5 tahun BN yang mereka menangi pada 2008 dan dijangka tamat pada 28 April 2013.

Menteri beliau, Nazri Aziz memberitahu media bahawa arahan diberi kepada Peguam Negara untuk menyemak sekiranya ada isu perundangan yang timbul sekiranya pelan itu dilaksanakan kerana ia akan menjadi yang pertama kali dilakukan dalam sejarah negara.

"Saya mahu dapatkan nasihat daripada Peguam negara tentang bagaimana ia dapat dilaksanakan dan sama ada adakah perlu Perlembagaan dipinda atau cukup dibawah peruntukan Suruhanjaya Pilihanraya," beritahu Nazri dua minggu lepas.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad pula menjangkakan bahawa pilihanraya ke 13 negara bakal diadakan selepas musim haji iaitu dalam bulan Oktober atau November tahun ini.

Mengikuti jejak Dr M pula, timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lepas juga menyeru agar PRU 13 diadakan pada tahun ini – justeru memberi tekanan kepada Najib.

Tiada wang lagi- itukah sebab Najib mahu PRU 13 diadakan sebelum Bujet 2013?


Perdana Menteri Malaysia itu dikatakan berkira-kira untuk melaksanakan pilihanraya semasa musim haji tetapi selepas mendapat tentangan daripada orang Islam, beliau menarik balik cadangan itu.

Yang terbaru, Najib dikatan bersetuju untuk mengadakannya pada bulan September supaya beliau dapat merangka Bujet 2013 yang sudah dijadualkan pada 28 haribulan itu.

Walaubagaimanapun, ini mungkin sesuatu yang tidak begitu baik kerana rakyat boleh menjangka Bujet 2013 yang tidak begitu memberangsangkan disebabkan banyak telah dihabiskan untuk pilihanraya 2012. Ia juga mengukuhkan pendapat bahawa pengurusan kewangan Najib yang lemah itu telah memberi kesan mendalam terhadap perbendaharaan negara.

Hampir 13 juta pengundi layak mengundi. Terdapat 222 kerusi diperingkat persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri (Sarawak sudah pun mengadakan pilihanraya negeri ke 10 pada April 2011).

Perebutan kuasa dalaman masih belum berakhir


Perbalahan dalaman dalam Umno mengenai bila untuk mengadakan PRU 13 belum berakhir. Ini kerana media arus perdana memberi fokus kepada komen yang diberi oleh Abdul Aziz Tapa, veteran Umno yang berusia 89 tahun yang tiada pengaruh dan kedudukan.

"Pilihanraya tidak wajar dilaksanakan pada masa terdekat dan lebih baik diadakan tahun hadapan," Aziz dilaporkan media arus perdana yang dikawal Umno sebagai berkata pada hari Ahad lepas.

Antara sebabnya adalah Najib yang tidak boleh buat keputusan dan kurang keyakinan untuk menang mengatasi kemenangan yang pernah dialami oleh Abdullah Badawi. Abdullah telah buat pertama kalinya dalam sejarah Umno-BN yang telah memerintah selama 55 tahun, hilang majoriti dua per tiga dan juga 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan yang diterajui Anwar Ibrahim pada pilihanraya 2008.

Walaubagaimanapun, ia juga membuatkan orang-orang besar dalam Umno hilang sabar. Seperti juga pemerhati politik mereka merasakan bahawa dengan menangguhkan pilihanraya, ia akan memberi kelebihan kepada pihak pembangkang. Kerajaan Umno-BN juga terpaksa berhadapan dengan ketidakpuasan-hati pelabur yang tidak suka keadaan yang tidak pasti dan juga rakyat yang sudah semakin bosan.

Suruhanjaya pilihanraya yang pencong adalah harapan Najib?


Kelihatan seperti ramai dikalangan rakyat yang sudah membuat pendirian dan mahu mengundi. Ramai yang melihat Najib sebagai pemimpin lemah yang harus diganti dan mereka juga mahu memberi peluang kepada Pakatan untuk memimpin kerajaan setelah sekian lama bergelumang rasuah dan skandal menteri BN.

Tidak hairanlah Pakatan dibawah Anwar telah menjadi semakin kuat walaupun permulaannya tidak begitu meyakinkan. Pakatan sekarang mempunyai peluang yang cerah untuk menguasai kerajaan persekutuan.

Tetapi ia masih perlu berhadapan dengan Suruhanjaya pilihanraya yang tidak bersih; di mana pengerusi dan timbalannya adalah ahli Umno. Najib juga enggan membuat perubahan yang dituntut untuk membersihkan pilihanraya walaupun sudah dua kali perhimpunan besar-besaran dianjurkan Bersih untuk tujuan itu.

Kita sudah bersedia dan telah pun bersedia sejak akhir tahun lepas lagi. Halangan utama adalah Suruhanjaya pilihanraya. Mereka seakan-akan perisai BN dan boleh sahaja membuat penipuan yang boleh mencemar keputusan undi," ujar Khalid.

Najib masih boleh tarik diri lagi


Berdasarkan bebapa tarikh jangkaan PRU yang telah dibuat dan tidak jadi selepas Najib menarik diri di saat-saat akhir, Pakatan pasti Najib akan melakukannya lagi. Sekarang semua sedang menunggu samada ada beliau boleh meyakinkan orang-orang kuat UMNO yang sudah tidak sabar untuk PRU13 diadakan tahun hadapan.

Pemilihan Umno juga ditunda kepada Oktober 2013 dan ini bermakna kedudukan dalam parti juga adalah 'status-quo' untuk tempoh 5 tahun sehinggalah mandat berakhir pada April.

Walaubagaimanapun, perbalahan dalaman yang sudah berlaku dalam Umno sudah pun memasuki fasa dimana ia sudah sukar dibendung- ini terbukti daripada seruan secara terbuka Mahathir dan Muhyiddin supaya Najib tidak menangguh pilihanraya.

Durian runtuh dan perbicaraan Scorpene


Kepala-kepala besar dalam UMNO mahu PRU 13 dilaksanakan awal dan bukan lambat kerana Najib akan memberi mereka banyak wang untuk kempen dan melancarkan jentera pilihanraya mereka.

Adalah lumrah bahawa dana itu nanti bukan sahaja akan digunakan untuk pilihanraya tetapi untuk tujuan peribadi, kedudukan mereka dan mengkayakan ketua bahagian UMNO.

"Pecakaran dikalangan orang UMNO sekarang adalah secara terbuka dan kemungkinan Najib tidak akan dapat bertahan dengan tekanan daripada partinya sendiri. Bagi Pakatan pula, PRU 13 yang lambat boleh juga memberi kelebihan kepada kita kerana ia membenarkan kita memberi kesedaran yang lebih kepada rakyat tentang banyak lagi isu. Najib juga mungkin sedang mengelak kes Altantuya –Scorpenes yang akan terus galak selepas tamat musim panas nanti.

Pemimpin PKR sedang merujuk kepada pembicaraan kes Scorpenes di Paris di mana vendor senjata, DCNS sedang disiasat kerana memberi rasuah kepada pegawai tinggi Malaysia termasuk Najib untuk membeli dua kapal selam Peranchis pada 2002 yang bernilai RM7.3 billion untuk kerajaan Malaysia.
Malaysia Chronicle

MIC Akan Pastikan Sokongan Lebih Kuat Kaum India Kepada BN Pada PRU-13 - Palanivel

Posted: 28 Jul 2012 04:37 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


CYBERJAYA, -- MIC akan memastikan sokongan lebih kuat kaum India kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang berbanding 2008.

Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata sokongan kaum India terhadap parti komponen itu bertambah kuat kali ini memandangkan komuniti tersebut mendapat manfaat yang besar daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak mengambil alih jawatan pada 2009, Najib sentiasa bersedia untuk terlibat dalam isu penting dan menawar untuk melebarkan peluang kepada kaum India dalam bidang pendidikan, program pembangunan serta perkhidmatan awam.

"Semua inisiatif ini kini membuahkan hasil. Kita boleh nampak lebih ramai orang India yang menyokong Barisan Nasional dan MIC sekarang berbanding pada Pilihan Raya Umum 2008. Sememangnya sokongan masyarakat secara keseluruhan meningkat dan senario pada 2008 tidak akan berulang.

"Kami sedang berusaha menjadi sebuah parti yang lebih baik untuk masyarakat," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama 600 mahasiswa do Sidang Kemuncak Pelajar India 1Malaysia di Universiti Limkokwing Sabtu.-- BERNAMA

RISDA umum dividen RM314.6j untuk peserta TSK, RTBB

Posted: 28 Jul 2012 04:32 PM PDT

Bernama


 
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) bagi tahun 2011.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembayaran dividen itu membuktikan usaha transformasi yang dilaksanakan kerajaan sejak tiga tahun lepas telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam pelbagai sektor.

"Apa yang dijanjikan bukan slogan tapi kalau kita lihat selepas satu kelompok, satu kelompok lagi mendapat imbuhan dari agenda transformasi negara.

"Begitu banyak kita (kerajaan) lakukan, baru tiga tahun, cuba bayangkan kita dapat lima tahun lagi," katanya ketika merasmikan Program Kasihi Pekebun Peringkat Nasional dan penyampaian dividen berkenaan di Pekan hari ini.
  
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek dan Pengerusi RISDA Tan Sri Rahim Tamby Chik.
  
Perdana menteri berkata kerajaan akan terus tekad, menerusi pelbagai program transformasi, untuk memakmurkan semua golongan di negara ini.
  
"Bagi pekebun kecil, mereka merupakan nadi pembangunan ekonomi negara manakala tanaman getah dan sawit merupakan tanaman strategik negara.
  
"Oleh itu kerajaan memandang serius isu-isu pembangunan masyarakat pekebun kecil seperti isu harga getah dan sawit serta pendapatan pekebun kecil," katanya.
  
Beliau berkata industri getah negara meliputi kawasan seluas 1.6 juta hektar melibatkan 279,127 pekebun kecil manakala sawit seluas 429,709 hektar melibatkan 147,254 pekebun kecil.
  
Perdana menteri berkata janji-janji yang dibuat kerajaan untuk masyarakat pekebun kecil juga telah ditepati.
  
Antaranya menaikkan kadar bantuan untuk tanaman semula daripada RM7,000 sehektar kepada RM9,300 sehektar di Semenanjung, RM13,500 sehektar di Sarawak dan RM14,000 sehektar di Sabah.

"Saya juga telah meminta RISDA melancarkan Gerakan Membaja di seluruh negara supaya setiap pekebun kecil akan membaja dan setiap pokok getah dan sawit dibaja mengikut jadual .
  
"Saya gembira hasil daripada gerakan itu, pengeluaran getah dan sawit telah meningkat," katanya.
  
Di majlis itu, Najib turut mengumumkan kenaikan elaun kepada 513 pemaju masyarakat Risda yang merangsang perubahan di kalangan pekebun kecil.
  
"Saya umumkan mereka mendapatkan kenaikan elaun dari RM300 kepada RM500 sebulan, berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya. Bernama

Khalid sedia jumpa TPM bincang isu air S'gor

Posted: 28 Jul 2012 04:30 PM PDT

Abdul Rahim Sabri Nigel Aw


 
Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan kebuntuan mengenai isu air di negeri ini.

Ini, beliau berkata, termasuklah menerima cadangan loji rawatan air Langat 2 air bernilai RM8.65 bilion, dengan syarat kerajaan persekutuan menerima cadangan kerajaan negeri untuk menstrukturkan semula air di Selangor.

"Jika anda bersetuju untuk penstrukturan semula, kita menggabungkan Langat 2 ke dalam penstrukturan semula itu," katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara hari ini.

Selepas itu, katanya, satu pasukan akan ditugaskan ke arah mengurangkan kehilangan air dan mencari sumber air yang lain.

Khalid menjelaskan bahawa penyusunan semula itu adalah penting untuk menghindari kenaikan 75 peratus dalam tarif air yang wajib di bawah perjanjian yang sedia ada dengan SYABAS tetapi kini dihalang oleh kerajaan negeri.

SYABAS telah membawa kes itu ke mahkamah, untuk menuntut pampasan daripada kerajaan negeri yang jumlah mencecah RM1.2 bilion sehingga tahun 2010.

Menteri besar berkata, beliau akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan isu air di negeri itu.

Surat itu, katanya, merupakan susulan daripada pertemuan mereka dalam satu majlis yang berlangsung semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Khalid berkata Muhyiddin ada menyatakan cadangan mahu berbincang dengan beliau bagi menyelesaikan masalah itu "demi kepentingan rakyat Selangor".

"Saya kata, okay, teruskan. Saya menunggu tentang (perkara) itu... Sekiranya hasrat kamu adalah untuk rakyat Selangor dan kami (juga) punya hasrat adalah (untuk) memberi keutamaan kepada  untuk rakyat, saya bersedia untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ADUN Ijok berkata beliau akan menghantar surat tersebut Isnin atau Selasa ini.

Khalid berkata demikian bagi menjawab soalan Malaysiakini berhubung kesediaan kerajaan negeri untuk mengheret isu ini ke mahkamah bagi membuat semakan kehakiman bagi menyelesaikan isu air yang dilihat berlarutan ini.

Bercakap dalam temubual dengan portal berita itu, Khalid berkata langkah itu merupakan pilihan terakhir jika usaha kerajaan negeri melalui pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah itu  menemui jalan buntu.

"Sekiranya semua langkah yang dibuat tidak berhasil, maka (bawa ke mahkamah) kami akan teruskan," kata Khalid.

Menurut Khalid, langkah 'campurtangan' dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai langkah pertama untuk membuat "penilaian" berhubung isu air di negeri itu.

Isu air di Selangor dilihat berlarutan sehingga kerajaan negeri membuat beberapa tindakan antaranya menubuhkan jawatankuasa pemantau terhadap operasi Syabas serta mencadangkan supaya lembaga pengarahnya untuk memcecat pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui juga dilapor berkata Muhyiddin akan mengeluarkan kenyataan penting dan muktamad kerajaan persekutuan berhubung isu air Selangor yang menurutnya semakin meruncing ketika ini, dalam masa terdekat.

Imej polis tercemar kerana dakwaan ektremis

Posted: 28 Jul 2012 04:27 PM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man,

PAS memandang berat kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan awam.

Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

Sebagai Pegawai Risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.

Pendedahan beliau dilihat untuk menakutkan rakyat ysng kini mulai muak dengan gaya hidup melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.

Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan.

Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tandatanya kepada orang  awam.

PAS juga mendesak Ketua Polis Negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.

Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau Kemas.

PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihanraya dan menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus.

Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS samada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.

PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, samada secara rasmi atau tidak.

Namun, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan Bersih dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man. Ketua Penerangan PAS Pusat

Tiada ulasan: