DIALOG RAKYAT |
- Parti politik baharu di Sabah
- Sabah Sarawak bukan 'fix deposit' BN
- Jangan 'nafi' hak rakyat balik mengundi
- Ramadan: Kelantan sumbang RM640,000
- PM: Bonus raya setengah bulan
- Calon MB: Mukhriz pilihan jika BN rampas Kedah
- Ummi Hafilda & Umno Online akan disaman
- Tiada penipuan KGT: Polis tutup kes
- Tiada Jaminan Harga Barang Naik
- ADUN SARAWAK KELUAR PARTI
- BN Mulakan 'Kempen Misteri' Di Media.
- Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab
- Sempatkah UMNO tubuhkan sayap ulamak?
- 'Sila tegur MCA!'
- Abby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’
- Siapa 'in control' Malaysia - Mahfuz
- Ulamak Muda UMNO Memfitnah Ketua Pemuda PAS
- Munajat perdana bantah kekejaman atas umat Islam Rohingya
- Skandal KGT:Polis tutup kes
- Arsenal menang tipis, atasi Harimau Malaya 2-1
- Bersih 2.0: AMK mahu PM, Hishammuddin minta maaf
- Semak laporan polis secara online
- 58 pelajar Malaysia di Syria dipindah ke Beirut
- SPRM nafi siasat Setpol MB
- SPR terbit buku penjelasan isu daftar pemilih
Posted: 25 Jul 2012 04:30 AM PDT SINAR HARIAN Dikenali sebagai Barisan Pembaharuan Sabah (SRF-Sabah Reform Front) , penubuhannya dijangka diumumkan secara rasmi di Dalit, Tuaran, Ahad ini. Sumber itu juga berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu perhimpunan khas di Tuaran pada tengah hari Ahad. Anwar juga dijangka menghadiri satu lagi majlis di Beaufort. Orang dalaman parti pembangkang menyebut Tuaran dan Beaufort merupakan kawasan di mana mereka mungkin mendapat sokongan. - Bernama | |||
Sabah Sarawak bukan 'fix deposit' BN Posted: 25 Jul 2012 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR - Peranan Negeri Sabah dan Sarawak penting untuk memberikan imbangan dalam senario politik di negara ini sejak 50 tahun lalu. Ahli Panel, Prof Dr Jayum anak Jawan berkata, ia sudah menjadi tugas kepada kedua-dua negeri tersebut bertindak sebagai penyelamat kepada parti pemerintah dan tugas ini digalas buat pertama kali pada tahun 1948. Menurutnya, perkara yang sama berlaku sekali lagi pada 1963, seterusnya pada 1969 sebelum Barisan Nasional (BN) menghadapi masalah majoriti pada pilihan raya umum 2008. "Tugas kami menyelamatkan Melayu, Umno dan BN setiap kali mereka mengalami masalah. Bagaimanapun apa yang menyedihkan kami sering dijadikan anak tiri dalam apa jua bidang di negara ini. "Kami juga tidak pernah merasa jawatan penting dalam semua pentadbiran negara, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelbagai jawatan yang lain," katanya dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk 'PRU13: Malaysia Pilih Siapa?' di sini, hari ini. Perbincangan pusingan kedua ini membawa tajuk 'Sabah dan Sarawak: Simpanan Tetap atau...?' Jayum berkata, di Negeri Sabah kini hanya mempunyai lapan peratus masyarakat Melayu berbanding dengan Sarawak yang hanya dua peratus. Katanya, masyarakat di kedua-dua negeri ini bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bakal menerajui negara ini asalkan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak dijaga. "Kesetiaan kami bukan kepada individu tetapi kepentingan kepada semua pihak, bukan tertumpu kepada satu aspek. Malah Melayu yang ada di kedua-dua negeri itu boleh berpihak kepada Umno, Pas atau PKR," katanya. Pandangan itu juga disokong oleh Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir bahawa Sabah dan Sarawak perlu seimbangkan pembangunannya dengan negeri-negeri di semenanjung. Katanya, untuk mengekalkan Sabah dan Sarawak menjadi pelampung kepada BN, segala janji perlu ditunaikan dan kerajaan pusat perlu menitikberatkan 6 perkara yang menjadi penentu kemenangan dalam tempoh 10 ke 15 tahun lagi. Jelasnya, faktor penentu terbabit adalah golongan tua yang buta huruf dan rendah politiknya semakin ramai yang meninggal dunia, peningkatan golongan cerdik pandai, transformasi sosial berlaku, kebangkitan media baru, migrasi yang semakin meningkat dan kematangan dan celik politik semakin bertambah. "Lanskap politik sudah berubah dengan pelbagai kemungkinan berlaku, dengan jangkaan sengit akan berlaku," katanya yang meramalkan BN akan kehilangan 7 kerusi Parlimen di Sarawak. Beliau juga menambah, pengundi muda di Sarawak, 56 peratus menyokong BN khususnya Melayu dan Melanau, manakala pengundi muda Cina pula tidak menyokong BN. Dalam pada itu katanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak akan berundur daripada jawatannya sehingga 2013. " Banyak pihak berkata, beliau akan berundur, namun sejak 1992 lagi katanya akan berundur. Saya rasakan Taib tidak akan berundur sehingga 2013, kerana beliau mahu menjadi Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 50 tahun," katanya. | |||
Jangan 'nafi' hak rakyat balik mengundi Posted: 25 Jul 2012 04:28 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan peratusan undi akan rendah jika pilihanraya umum (PRU) ke -13 diadakan selepas cuti umum Hari Raya Aidilfitri akan datang. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana pengundi tentunya sukar dan berfikir panjang untuk pulang kali kedua selepas pulang bercuti Aidilfitri. "Jika benar ia diadakan pada bulan September maka peratusan mengundi akan merosot kerana majoriti pengundi baru sahaja balik dari bercuti selain faktor utama adalah dari segi kewangan mereka," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya lagi, jika perkara itu benar-benar berlaku, ianya juga seolah-olah cuba untuk menafikan hak rakyat khususnya pengundi luar untuk pulang mengundi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus banyak pihak bahawa kemungkinan PRU-13 akan diadakan selepas cuti Aidilfitri atau lebih spesifik pada September ini. "Kita dapat lihat pihak yang menyokong Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin)mendesak agar pilihanraya diadakan pada tahun ini, namun bagi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pengikutnya berpendapat agar ia diadakah pada tahun hadapan. "Tetapi melihat kepada senario yang berlaku sekarang yang mana bajet tambahan sudah diluluskan maka saya pasti ia akan diadakan pada tahun ini," sambungnya lagi. Gerakkan kempen balik mengundi Sementara itu beliau memberitahu, PAS akan melancarkan kempen besar-besaran menyeru rakyat keluar mengundi pada pilihan raya itu nanti. Pihaknya juga jelas Tuan Ibrahim, akan mengerakkan seluruh jentera agar menemui serta memberi penerangan kepada ahli dan juga pengundi-pengundi yang berada diluar agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka. "Jadi atas sebab itulah kita akan melancarkan kempen balik kampung agar setiap ahli PAS dan pengundi dapat menggunakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi menentukan siapa pemerintah pada masa yang akan datang," jelasnya. Katanya lagi, isu yang paling besar jika pilihanraya diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri adalah bebanan kepada rakyat yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih sedangkan mereka terpaksa menanggung bebanan yang lain lagi. "Kalau fenomena ini berlaku maka Umno-Barisan Nasional akan menggunakan wang sebagai umpan mereka agar pengundi dapat balik mengundi," katanya. | |||
Ramadan: Kelantan sumbang RM640,000 Posted: 25 Jul 2012 04:26 AM PDT
(Husam menyampaikan cek kepada Farah isteri kepada arwah Kamarulzaman) KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melalui agensi serta anak syarikatnya menyalurkan sumbangan kepada enam penerima serentak sempena bulan Ramadhan ini yang membabitkan peruntukan keseluruhan lebih RM640,000. Sumbangan diberikan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (Sawit), Kelantan Golden Trade (KGT) termasuk melalui program kebajikan kerajaan negeri sendiri. Antara penerima isteri allahyarham Kamaruzzaman Abdullah (Pegawai Khas Datuk Husam Musa), Farah Mat Wi, isteri bekas Adun Chetok, (Ustaz Hussin Ibrahim), Siti Marjan Salleh. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, di pejabatnya semalam. Turut menerima sumbangan sembilan mangsa kebakaran di Wakaf Che Yeh pada 1 Mac lalu yang melibatkan sumbangan sebanyak RM30,000. Husam berkata, turut menerima sumbangan hari ini Tabung Amanah Tok Kenali sebanyak RM200,000 yang disumbangkan KGT. "Selain itu Baldah Toyyibah turut menerima sumbangan sebanyak RM4,720, lebihan wang bidaan KGT sempena ekspo baru-baru ini,"ujarnya. Katanya, moga sumbangan ini dapat membantu mereka khususnya bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang. Farah ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas keperihatian terhadap keluarganya selepas arwah suaminya meninggal. Bagaimanapun, bagi Farah wang tersebut bukan untuk dirinya, sebaliknya beliau hanya pemegang amanah ke atas yang lebih berhak. "Terima kasih banyak pada semua,"ujarnya. Kamaruzzaman meninggal dunia sewaktu pulang dari program menuntut royalty dari kerajaan Pusat pada 11.11.11 lalu. | |||
Posted: 25 Jul 2012 04:16 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan. "Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya. Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama | |||
Calon MB: Mukhriz pilihan jika BN rampas Kedah Posted: 25 Jul 2012 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR - Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula. Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara. Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. "Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu. "Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, " katanya. Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk 'PRU13: Malaysia Pilih Siapa?'. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk 'Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?'. Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka. Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar. "Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya. "Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung," katanya. Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus. | |||
Ummi Hafilda & Umno Online akan disaman Posted: 25 Jul 2012 02:28 AM PDT Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Raja Komando akan meneruskan saman beliau terhadap Ummi Hafilda dan Umno Online.Raja Komando ketika dihubungi berkata, laporan polis telah dibuat pada Jumaat di balai polis Kelang. Walaubagaimanapun, kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berikutan balai polis Kelang tidak mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk menyiasat kes yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber. Laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan Ummi Hafilda yang disiarkan di dalam laman web Umno Online yang mendakwa jawatan Raja Komando sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah ganjaran selepas menjadi saksi palsu kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ummi Hafilda turut mempersoalkan bagaimana Raja Komando boleh menjadi pengerusi syarikat terbabit yang menguruskan semua projek pasir di Selangor jika tidak dengan mengamalkan rasuah. "Daripada siapa dia (Ummi Hafilda) dapat cerita mengarut ini? Saya bukan pengerusi KSSB. Saya mendapat tender dengan mengikuti segala prosedur yang sah". "Saya adalah kontraktor bebas yang membida projek KSSB seperti orang lain juga," katanya. "Dakwaan Ummi Hafilda langsung tidak berasas. Bagaimana saya boleh dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah jika saya adalah saksi palsu dan tidak boleh dipercayai". Terdahulu, Ummi telah menjelaskan bahawa dia akan membuat laporan finah jenayah terhadap Raja Komando menyebarkan fitnah kononya Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin (pada tahun 1998) mengatakan dia seorang pelacur. | |||
Tiada penipuan KGT: Polis tutup kes Posted: 25 Jul 2012 02:26 AM PDT Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini. "Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini.Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT. Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. "Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam. Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT. Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya. Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini. Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu. Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT. Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain. Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir. "Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni. Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud. Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul. | |||
Tiada Jaminan Harga Barang Naik Posted: 25 Jul 2012 02:13 AM PDT JASIN DAILYKementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak boleh dipersalahkan dalam masalah kenaikan harga barangan makanan yang dimasak, kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ini kerana kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan makanan dengan harga yang tinggi. "Kementeriannya hanya sekadar boleh memberikan nasihat kepada peniaga. Terpulang kepada kebijaksanaan pengguna untuk membuat pilihan bijak," katanya kepada pemberita selepas melawat bazar Ramadan di Presint 2 di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini, mengenai terdapat hotel yang mengenakan harga yang mahal dalam buffet Ramadan mereka. Bagaimanapun katanya, kementerian sentiasa memantau bagi memastikan semua peniaga di bazar Ramadan meletakkan tanda harga. "Jadi dengan ada tanda harga pengguna boleh membuat pilihan sama ada untuk membeli makanan yang harga murah atau sebaliknya," katanya. Ismail Sabri berkata, tetapi setakat pemantauan yang dibuat di bazar Ramadan tersebut harga adalah memuaskan dan masih sama dengan tahun lepas. - Bernama | |||
Posted: 25 Jul 2012 02:11 AM PDT JASIN DAILY Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti. Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. "Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka. "Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post. Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan. Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: "Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi. "Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali," kenyataan beliau dipetik. Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003. DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.~Idaman | |||
BN Mulakan 'Kempen Misteri' Di Media. Posted: 25 Jul 2012 01:54 AM PDT TUKANGLAWAN BLOG.SPOT Nampaknya kalau rakyat sedar, BN dah mula cucuk jarum dengan mengadakan satu kempen misteri dalam akhbar dan media arus perdana milik BN. Kempen yang dinamakan 'saya pilih Malaysia' ini muncul minggu lepas dan dikatakan menelan berjuta-juta ringgit untuk disiarkan di media. Justeru, tika heboh spekulasi pilihan raya akan diadakan awal september. BN sudah memulakan gerakan bagi 'menumbangkan' pengaruh Anwar Ibrahim dan sekutu. Kalau belum tengok, sila tengok nanti di media ketika waktu perdana di semua media perdana. Lihatlah bagaiaman Madey Son of Kutty melabon. HAHAHAHAHA. Apabila saya melihat iklan tersebut, nampak seolah tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Namun begitu, apabila diteliti jelas iklan tersebut menggunakan warna biru putih dengan kata - kata seperti keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan. Nahhh! Itu nampaknya dah serentak dengan Barisan Nasional jang oi! Media UMNO juga ada kempen laman facebook 'saya pilih malaysia'. Jadi, takkan rakyat bebal macam mongolia kot tak dapat nak fikir ini jarum daripada siapa ? Mana mungkin puak papagomo dan kempen untuk satu pihak kalau tak kenyangkan tengkuk dan perut mereka. Masalah sekarang, benda ni telah berjuta. Siapa nak bayar ? Hisham Keris dah tanggung banyak hutang. Rakyat jangan lupa..... | |||
Tamrin mahu MT Umno tunjuk sebab Posted: 25 Jul 2012 01:50 AM PDT Oleh Subky Latif Semua yang disebutnya adalah bertentngan dengan undang-undang dan politik demokrasi UMNO. Dia memberi tempoh dua minggu kepada Najib, jika tiada respons dia akan mengedarkan surat itu kepada umum. Kerana tidak menerima maklum balas, dia naik pentas pembangkang dan kelihatan dalam tunjuk perasaan rakyat yang tujuannya untuk menyampaikan sikap dan salah laku pimpinan UMNO yang diketuai Najib kepada orang ramai. Awal Julai ini dia menerima surat tunjuk sebab dari Setiausaha Agung UMNO, mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan disiplin parti. Seperti Najib tidak menjawab suratnya, Tamrin juga tidak menjawab surat tunjuk sebab itu. Tetapi saya dapati Tamrin muncul dalam TV secara on-line menyebut bukan dia mesti diberi surat tunjuk sebab, sebaliknya Najib dan sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO yang mesti menunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar perlembagaan UMNO. Dia mnunjukkan antara petikan perlembagaan UMNO tentang tujuan dan tanggungjawab sekalian ahli UMNO dari setinggi hingga serendahnya di peringkat akar umbi mestilah peduli dan prihatin terhadap masalah rakyat. Tetapi UMNO sekarang sudah tidak peduli lagi dengan masalah rakyat. Dia juga menyebut tentang semangat perlembagaan UMNO yang mahu parti itu dan kerajaan yang dipimpinnya menjaga kedaulatan dan keselamatan negara. Dia membangkitkan tentang apa yang dikiranya keselamatan negara sudah digadaikan apabila berpuluh ribu orang asing telah diberi kerakyatan segara dan didaftarkan menjadi pengundi untuk PRU 13 ini. UMNO telah membenarkan pegawai dan jabatan kerajaan membawa orang luar bagi dijadikan pengundi. Tidakkah ia satu kerja pengkhianatan kepada keselamatan negara? Hingga katanya, dalam kawasan pilihan raya Parlimen Pekan yang diwakili Najib terdapat satu kawasan pengundi yang dinamakana Kampung Kampuchea. Pengundinya terdiri dari pelarian dari Kampuchea. Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan orang-orang UMNO sekarang bukan lagi apa yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpiin UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dulu seperti bapanya Tun Ghafar Baba dan bapa Najib, Tun Razak. Tamrin ditanya mengapa semua salah laku UMNO dan pemimpinnya itu tidak disampaikan kepada parti melalui saluran yang sewajarnya tetapi sebaliknya dia membuat teguran terbuka dan menggunakan pentas pembangkang? Jawab Tamrin, UMNO tidak mahu dengar teguran kita dan tidak akan layan bantahan rakyat. Dia sudah menghantar surat kepada Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia tidak jawab. Tiada jawapan sejak hujung April hingga Julai sekarang. Jika babanya Tun Ghafar Baba tidak dilayan oleh UMNO sedang dia adalah bekas Timbalan Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka siapa dalam UMNO hendak layan ahlinya yang tidak ada kedudukan dalam parti. Katanya, bapanya minta berjumpa dengan seorang Menteri Besar, Menteri itu kerana terlalu sibuk memberinya enam bulan untuk menemuinya. Sehari sebelum temu janji itu pegawai Menteri Besar itu memaklumkan pertemuan itu dibatalkan. Inilah layanan Menteri Besar terhadap orang disebutkan sebagai negarawan. Tetapi kata Tamrin bapanya minta bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru itu juga seorang yang sibuk, banyak memberi kuliah agama, dia pun bukanlah sihat sangat, tetapi dalam masa tiga hari saja bapanya dapat bertemu dengan Menteri Besar Kelantan. Tok Guru terima bapanya sebagai tetamu negeri, sediakan motokar untuk ke mana saja. Apa yang mengharukannya Tok Guru katakan kepada Tun Ghafar bahawa Tun Ghafar boleh berapa hari dia suka, kalau mahu tinggal di Kelantan, kerajaan akan sediakan rumah untuknya. Mengapa Tamrin naik pentas pembangkang dan tidak mengadakan pentas partinya? Jawabnya, UMNO akan adakan ceramah untuknya dan kalau pun UMNO adalah majlis ceramah, tiada siapa dalam UMNO itu hendak mendengarnya. Maka pilihannya ialah menyertai ceramah pembangkang supaya pendedahannya tentang kepalsuan UMNO sekarang dapat disampaikan kepada orang ramai termasuk ahli-ahli UMNO. Katanya, dia sayangkan UMNO dan masih ahli UMNO. Teguran yang dibuatnya di merata-rata itu ialah kerana sayangkan UMNO dan mahu pemimpin-pemimpin UMNO membetulkan semula perjuangannya. | |||
Sempatkah UMNO tubuhkan sayap ulamak? Posted: 25 Jul 2012 01:46 AM PDT "Ekoran daripada cadangan hukum hudud, Umno disarankan membentuk sayap ulamaknya. Inilah topik dibincangkan oleh khalayak, satu dua hari ini. Seiring dengan itu, orang menyemak kembali sejarah awal penubuhan UMNO. Sebahagian ulamak telah menarik diri daripada UMNO dan akhirnya membentuk parti baru yang kini menjadi seteru UMNO nombor satu iaitu PAS. Di bawah pimpinan Tengku , Tun Razak dan kini Najib, UMNO lebih menyerlah sebagai parti sekular. Oleh yang demikian, tidak hairan jika UMNO menentang hudud dan teori Negara Islam yang dimajukan oleh PAS. Kelantan yang telah menyiapkan draf hukum hudud untuk dilaksanakan di Kelantan menerima ancaman dan kritikan Tun Mahathir. Begitu juga Terengganu semasa diperintah PAS juga menerima kecaman. Hatta Ketua Polis Negeri juga enggan memberi kerjasama. Lalu, apabila Kedah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, isu hudud ini disenyapkan oleh Kerajaan Negeri. Sebenarnya PAS masih konsisten dan terus mencari jalan untuk melaksanakannya. Malah, meskipun kini bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat, cita-cita tersebut masih kekal. Hanya istilah yang digunakan lebih lunak. Misalnya Negara Islam diganti dengan Negara Berkebajikan. UMNO kini berasa, ia perlu jadi pemain utama dalam pelaksanaan syariah untuk menambat hati orang Melayu yang semakin ramai menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. UMNO mahu membuktikan bahawa ia parti yang membela Melayu dan Islam. Hari ini, 24 Julai 2012, bertempat di Markaz Darul Taqwa, Kg Air Merah, Ustaz Nasarudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS telah ditanya berkenaan penubuhan sayap ulamak di dalam UMNO. Beliau menyokong usaha tersebut tetapi dengan bersyarat. UMNO mesti menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya. UMNO bertunjangkan sekular. Islam bukan dasar UMNO. Ini bermakna Alquran dan Sunnah bukan rujukan utama. Selama ini para ulamak hanya dicari untuk mengesahkan tindakan pemimpin. Rakyat Johor tentu masih ingat, ketika Muhyiddin (MB Johor ketika itu) ingin menjadikan Ahad sebagai hari minggu, beliau menggunakan ulamak. Mantan guru agama yang menjadi ADUN Tambatan memetik Firman Allah yang menyuruh orang bertebaran bekerja selepas solat Jumaat. Maknanya, hari Jumaat boleh bekerja! UMNO juga lazimnya mencalonkan tokoh-tokoh agama sebagai usaha untuk mengimbangi calon PAS. Apabila menang, mereka sekadar menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jika kalah, mungkin dilantik pula menjadi Penasihat Perdana Menteri. Sejauh mana nasihat mereka digunapakai, tidak dapat dipastikan. Oleh yang demikian, ura-ura menubuhkan sayap ulamak boleh dilihat sebagai bahan perbahasan semata-mata. Sebabnya, UMNO kini sudah ada Biro Agama. Adakah biro ini tidak berfungsi? Ulamak muda, melalui Sekretariat Ulamak muda, melalui Sekretarit Ulama Muda UMNO (ILMU) mungkin mendapati Biro ini tidak kuat justeru perlu dinaiktaraf menjadi semacam sayap yang setanding dengan Pemuda, Wanita dan Putri. Barangkali, ulamak muda UMNO berkeyakinan bahawa jika golongan ulamak diberi kedudukan tinggi, usaha menarik lebih ramai golongan agama dan profesional Melayu hari ini akan menjadi lebih mudah. Setakat hari ini, belum ada kepastian tentang sayap tersebut. Bagaimanakah kedudukan dan apakah peranannya? Apa yang sudah jelas ialah, Pengerusi Ilmu, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Ilmu tidak menolak kemungkinan bertanding dalam PRU 13 jika mendapat lampu hijau. Sempatkah Sayap ulamak UMNO ini menjadi kenyataan? Takdir Allah akan menentukannya. | |||
Posted: 25 Jul 2012 01:37 AM PDT Oleh SELENA TAY Sehingga kini, pemimpin Umno masih belum lagi cukup berani mengambil tindakan untuk menegur rakan karib mereka, iaitu MCA terutama Presidennya, Chua Soi Lek yang sering memperlekehkan ugama Islam. Pemimpin Umno hanya sibuk menguar-uarkan jika Pakatan Rakyat menang Pilihanraya Umum Yang Ke-13 (PRU13), kedudukan orang Melayu akan tergugat. Manakala pemimpin MCA pula sentiasa memberi amaran kepada masyarakat Cina bahawa jika Pakatan Rakyat menang PRU13, orang PAS akan menjadi Perdana Menteri. Apakah yang sudah terjadi kepada kedua-dua parti ini sehingga mereka sanggup mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Ini bererti mereka pikir bahawa rakyat Malaysia adalah cukup bodoh dan tidak membuat perbandingan diantara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka. Agak malang untuk rakyat Malaysia kerana masih terdapat pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat. Selain dari itu, ada pemimpin yang juga kurang faham ilmu matematik mengenai kerusi-kerusi PAS dan DAP. Andaikan jika: PAS menang semua 80 buah kerusi campur DAP menang semua 50 buah kerusi Jumlah 130 buah kerusi Ini bererti jika semua orang Melayu mengundi PAS, situasi yang digambarkan diatas akan menjadi kenyataan dan PAS sudah pun boleh membentuk Kerajaan Pusat. Itupun belum mengambil kira kerusi yang bakal dimenangi oleh KeADILan lagi. Tetapi ingat, andaian diatas hanya akan menjadi kenyataan jika semua orang Melayu mengundi PAS. Sementara itu, penulis sedang menunggu untuk tengok samada pemimpin Umno berani menegur atau memarahi pemimpin MCA ataupun tidak. Jangan sampai seperti menunggu kucing bertanduk pula. Aduh! | |||
Abby jawab Zunar, ‘Kami akan mula berkarya selepas BN tumbang’ Posted: 25 Jul 2012 01:34 AM PDT KUALA LUMPUR, — Pelakon yang baru-baru ini menyertai PAS, Arbaiyah Abdul Manan (gambar), yang popular dengan panggilan Abby Abadi menjawab kenyataan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) mengenai "artis sertai Pakatan Rakyat (PR) hanya berceramah tetapi tidak berkarya" dengan mengatakan beliau hanya akan kembali berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Abby Abadi juga berkata, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara. "Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita. "Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik. "Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan 'padang' yang bersesuaian dengan Syariah Islam. "Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah," kata Abby Abadi kepada The Malaysian Insider dalam temuramah melalui kiriman pesanan ringkas WhatsApp sebentar tadi. Sebelum ini Zunar dalam temuramah bersama The Malaysian Insider membidas golongan artis arus perdana yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya berceramah dan tidak terus berkarya sebagai seniman dan budayawan. Menurut Zunar, PR juga perlu menyokong golongan artis yang menyertai mereka dengan memberi sokongan dana dan ruang untuk berkarya. Menurut Abby Abadi lagi, hiburan bercorak Islamik sahaja tidak mencukupi tetapi perlulah mendorong ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. "Bukan sekadar Islamik tetapi menuntut kepatuhan 'Amal Maaruf Nahi Mungkar," kata bekas pelakon drama "Gerak Khas" terbitan Skop Production yang popular di RTM. Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri PR tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya. Katanya lagi, perubahan dalam industri seni dan hiburan tidak dapat dilakukan oleh kerana PR masih belum memerintah Malaysia. "Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia. "Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa 'kerajaan pusat' untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat. "Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah. "Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni. "Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia," katanya lagi. Abby Abadi juga tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis kerana baginya, BN lebih banyak memperalatkan golongan tersebut. "Terdesak gunakan artis? "Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (BN) sebab mereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada," kata Abby Abadi. Pelakon drama gerak khas itu membuat 'penjenamaan semula' terhadap dirinya dengan menampilkan ciri-ciri yang lebih Islamik selepas isu penceraiannya bersama pelakon Norman Hakim menjadi sensasi dalam media arus perdana. Baru-baru ini, Abby Abadi menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian ahli seumur hidup PAS kepada Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan menteri besar Kelantan. | |||
Siapa 'in control' Malaysia - Mahfuz Posted: 24 Jul 2012 06:36 PM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Kelantangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantah begitu banyak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuntut diadakan pilihan raya tahun ini memberi tanggapan bahawa beliau semakin berkuasa. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu ketika mempersoalkan siapakah sebenarnya Perdana Menteri negara ini. "Siapa Perdana Menteri sekarang? Siapa 'in charge'? Siapa 'in control'? (Datin Seri) Rosmah (Mansor)? (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Muhyiddin? Najib?" beliau mempersoalkan. Mahfuz menyifatkan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara ini sebagai sesuatu yang sangat serius. "Bukan sahaja rakyat yang jadi bingung, malah ia menakutkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia," kata Mahfuz. Mengulas lanjut tentang kacau-bilau yang semakin dirasai rakyat itu, Mahfuz berkata, kekerapan Rosmah mengadakan lawatan yang digambarkan rasmi ke luar negara serta liputan yang begitu luar biasa kepadanya, terutama di dalam TV, menjadikan Najib seolah-olah kelihatan seperti suami Perdana Menteri. "Di sisi yang lain pula, kekerapan Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan Umno dan kerajaan serta kekerapan kroni-kroninya mendapat projek-projek besar memperlihatkan seolah-olah Dr Mahathir masih Perdana Menteri. "Malah, walaupun cuba disembunyikan, orang-orang Umno sendiri yang mendedahkan bahawa Najib kelihatan begitu takut kepada pengaruh Dr Mahathir dan Muhyiddin pula dikatakan semakin mendapat manfaat dari pengaruh besar bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebab itulah, kata Mahfuz lagi, sumber-sumber Umno tersebut tidak hairan apabila Muhyiddin membuat kenyataan mahu pilihan raya diadakan tahun ini juga sedangkan Najib lebih cenderung mengadakannya apabila tamat penggal tahun depan. Mahfuz berkata, sumber-sumber Umno memberitahunya bahawa Najib kini semakin ditinggalkan oleh tokoh-tokoh lain dan semakin keseorangan malah dilihat sebagai liabiliti parti itu. "Apa yang Najib tahu dan suka buat hanyalah membuat pengumuman dan pelancaran sana-sini. "Dengan hanya dukungan yang hanya lakonan dan tanpa dukungan yang sebenarnya dari tokoh-tokoh yang benar-benar berkuasa dan makin berkuasa seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin, sumber-sumber Umno itu berkata Najib hanyalah Perdana Menteri syok sendiri," kata beliau. Di peringkat bahagian-bahagian pula, kata Mahfuz, Umno berpecah kepada empat kem iaitu kem Dr Mahathir, kem Muhyiddin, kem Najib dan kem ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin parti itu. Beliau percaya, ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin mereka itu mungkin akan memberi satu lagi kejutan dalam pilihan raya akan datang.harakahdaily | |||
Ulamak Muda UMNO Memfitnah Ketua Pemuda PAS Posted: 24 Jul 2012 06:19 PM PDT KELAB GREENBOC Inilah fitnah dan pendustaan melampau dari dia yang bergelar Ulamak Muda UMNO di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Menuduh Ketua Pemuda PAS kononnya "rela" disolekkan oleh jurusolek ASTRO Awani dan memuji Ulamak Muda UMNO Fathul Bari kononnya memilih untuk menyolek diri sendiri kerana khuatir dan bimbang tersetuh dengan wanita. Kemudian ditambahkan pula dengan rumusan yang meluatkan berbentuk pertanyaan: apa guna perjuangkan Islam anda! hal semudah itu tidak dapat dijaga.renung2kan. Sedangkan hakikat (kebenaran)nya ialah seperti gambar di bawah ini: Siapakah di dalam foto di atas yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek itu? Ketua Pemuda PASkah atau Ulamak Muda UMNO, iaitu Fathul Bari namanya? Firmanullah s.w.t: Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 FITNAH seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya. Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sednag nazak itu. Dan GB tertanya-tanya: layakkah dia bergelar "ulamak" atau "ustaz" seandainya FITNAHnya begitu jelas dan ketara? | |||
Munajat perdana bantah kekejaman atas umat Islam Rohingya Posted: 24 Jul 2012 06:11 PM PDT MALAYSIA KINI Sempena bulan Ramadan, Dewan Pemuda PAS dengan kerjasama NGO Islam, akan mengadakan munajat perdana dan bantahan kekejaman ke atas umat Islam Rohinya, selepas solat Jumaat depan di masjid-masjid negeri. "Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh umat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan umat Islam Rohingya," kata ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan semalam. Katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut menggesa agar kerajaan Malaysia supaya mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam. "Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia, memorundum rasmi akan dihantar ke Wisma Persekutuan dan juga kepada pihak bertanggungjawab antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut," katanya. | |||
Posted: 24 Jul 2012 06:03 PM PDT KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT). Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan. "Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial. Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Sebelum ini, akhbar tempatan mendedahkan skandal KGT yang dikatakan membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai kanan syarikat berkenaan. Pada 6 Julai lalu, gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan dan seorang penulis blog membuat empat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung dakwaan wujudnya skandal dalam KGT. Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai kanan KGT dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. Tindakan tersebut dibuat setelah pihak polis mengkaji ke semua fakta dalam ketiga-tiga laporan berkenaan. | |||
Arsenal menang tipis, atasi Harimau Malaya 2-1 Posted: 24 Jul 2012 06:00 PM PDT ARSENAL menewaskan pasukan Harimau Malaya 2-1 dengan kedua-dua golnya dijaringkan pada minit-minit terakhir perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang berakhir sebentar tadi. Skuad negara yang menjaringkan gol tunggal pada minit ke-45 mengekalkan kedudukan 1-0 sehingga minit ke-87. Arsenal menjaringkan dua golnya minit-minit terakhir perlawanan, sekali gus mengekalkan kemenangan tahun lalu.Tahun lalu, The Gunners menjaringkan empat gol tanpa dibalas. Bernama melaporkan, Arsenal FC bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Malaysia 2-1 pada perlawanan persahabatan sengit. Pasukan negara yang diberi jolokan 'Harimau Malaya' terlebih dahulu mencemaskan The Gunners menerusi tendangan voli Mohd Safee Sali seawal minit kelima, namun percubaannya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Arsenal, Vitor Mannone. Marouane Chamakh hampir membuka jaringan buat kelab Inggeris itu pada minit kelapan tetapi percubaannya berjaya ditolak keluar penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias. Anak buah Datuk K. Rajagobal berjaya memecah kebuntuan pada masa kecederaan di separuh masa pertama apabila pemain pertahanan Mohd Azmi Muslim merembat kencang dari jarak 25 meter untuk menewaskan Mannone. Buntu untuk mencari gol penyamaan, jurulatih Arsenal, Arsene Wenger membuat rombakan kepada pasukannya pada separuh masa kedua namun benteng pertahanan negara yang diketuai Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan S. Subramaniam berjaya mengekang asakan pasukan lawan. Pemain yang baharu menandatangani kontrak dengan The Gunners dari Jerman, Thomas Eisfeld berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 akibat kelalaian benteng pertahanan negara. Pemain muda, Chuks Aneke muncul wira dengan gol kemenangan Arsenal selepas rembatannya terkena pemain pertahanan Malaysia untuk Farizal tewas buat kali kedua pada minit-minit terakhir permainan. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah menyampaikan piala dan pingat kepada kedua-dua pasukan berkenaan. Arsenal akan mengakhiri Jelajah Asia mereka menentang pasukan Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Hong Kong pada Ahad ini. Penjaring: Mohamad Azmi Muslim (min-45), Thomas Eisfeld (min-87), Chuks Aneke (min-90) MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, S.Subramaniam (Mohamad Muslim Ahmad), Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak (Amiridzwan Taj Tajudin), Mohamad Azmi Muslim (Md Rozaimi Abd Rahman), Mohd Bunyamin Umar (Mahalii Jasuli), Safiq Rahim (Amar Rohidan), S.Kunalan (Mohamad Ashaari Samsudin), Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat), Azamuddin Mohd Akil (Shahurain Abu Samah)(Baddrol Bakhtiar), Mohd Safee Mohd Sali (Ahmad Shakir Shaari Mohd Ali), Norsharul Idlan Talaha (Mohd Khyril Muhymeen Zambri) (Mohamad Fadhli Mohd Shas). ARSENAL FC: Separuh masa pertama: Vito Mannone, Thomas Vermaelen, Johan Djourou, Carl Jenkinson, Kieran Gibbs, Andre Santos, Abou Diaby, Mikel Arteta, Francis Coquelin, Gervinho, Maraoune Chamakh. Separuh masa kedua: Vito Mannone, Theo Walcott, Alex Oxlade Chamberlain, Alex Song, Ryo Miyachi, Nico Yennaris, Graig Eastmond, Ignasi Miquel, Kyle Bartley, Chuks Aneke, Benik Afobe. Pengadil: Suhaizi Shukri | |||
Bersih 2.0: AMK mahu PM, Hishammuddin minta maaf Posted: 24 Jul 2012 05:50 PM PDT Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Rohana Yusof menyatakan bahawa Bersih telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Pada 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan telah mengisytiharkan Bersih sebagai gerakan haram. Susulan dari itu, pihak berkuasa telah menjalankan pelbagai operasi dengan menahan individu yang dipercayai penggerak/penyokong Bersih dan merampas objek berkaitan Bersih seperti baju-T. Tindakan ini dipercayai bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada terlibat menyokong Bersih. Maka berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, AMK menuntut Perdana Menteri Najib Razak serta Menteri Dalam Negeri supaya tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penggerak serta ratusan ribu penyokong Bersih yang telah dianiaya dan dilayan secara tidak adil oleh pihak berkuasa susulan pengumuman pengharaman oleh pihak Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lalu. Sekiranya kedua-dua mereka menghormati undang-undang serta Perlembagaan negara, maka tindakan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat adalah sesuatu yang wajar dan sangat dialu-alukan. Jika di negara-negara maju dan bertamadun, pemimpin yang melakukan kesilapan terhadap rakyat akan tampil memohon maaf secara terbuka bahkan ada yang meletakkan jawatan demi menjaga integriti serta reputasi kerajaan dan imej negara. Justeru, selaras dengan retorik Najib yang mahu menjadikan Malaysia sebagai contoh 'demokrasi terbaik dunia', maka adalah wajar untuk beliau dan Hishammuddin menunjukkan sikap mulia dengan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak mengambil tindakan mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ini. Jika kedua-duanya demokrat sejati, maka tunjukkanlah contoh dan sikap sebagai seorang demokrat - hormatilah undang-undang dan hak rakyat. Najwan Halimi, Timbalan Ketua Penerangan AMK | |||
Semak laporan polis secara online Posted: 24 Jul 2012 05:49 PM PDT KUALA LUMPUR - Pengguna akan berpeluang menyemak status laporan polis yang dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) bagi memudahkan mereka berurusan dengan pegawai penyiasat. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata, inisiatif itu dilakukan menerusi penyelidikan makmal jenayah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 yang dijalankan selama enam minggu bermula April hingga Mei lalu. Menurutnya, SSO termasuk di dalam inisiatif MyDistress yang mana ia memberi peluang kepada orang awam menyemak status laporan polis secara telus, melakukan pembersihan terhadap kawasan dikenal pasti sering berlaku jenayah, meluaskan Program Omnipresence (kehadiran polis) dan meletakkan kumpulan sukarelawan di seluruh negara bagi membendung jenayah pecah rumah. "Kami telah mengkaji pendekatan secara holistik, misalnya dalam mengurangkan kadar jenayah dan meyakinkan golongan tegar bahawa usaha transformasi hakikatnya telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang utuh menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). "Ini termasuk menambah keyakinan orang awam, mengurangkan peluang berlakunya jenayah, serta ia sebagai langkah untuk pengesanan, penahanan dan pendakwaan terhadap jenayah dan penjenayah," katanya pada pembukaan program GTP Roadmap 2.0 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), semalam. Sementara itu, Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Awam), Asisten Komisioner Fatimah Abd Hamid berkata, SSO itu ditubuhkan berdasarkan maklum balas awam yang sering berhadapan kesulitan berhubung dengan pegawai penyiasat, sistem manual yang memakan masa dan kemusykilan berhubung prosedur untuk mendapatkan maklum balas berhubung laporan polis. "Kesemua elemen itu menghilangkan keyakinan mereka terhadap polis untuk menyelesaikan kes yang mereka hadapi, meningkatkan rasa tekanan terhadap sistem komunikasi dan menimbulkan persepsi negatif terhadap operasi yang dijalankan oleh agensi penguatkuasa. "Menerusi SSO yang terdapat di laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang awam boleh mendapatkan maklumat termasuk nombor telefon pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk kes mereka, status siasatan dan maklum balas pengguna," katanya pada sesi penerangan makmal jenayah GTP 2.0 yang dijalankan pada 23 April hingga 31 Mei lalu. Program GTP Roadmap 2.0 dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang semalam bagi mendapat maklum balas daripada rakyat negara ini berhubung inisiatif terhadap pelbagai program transformasi yang dijalankan Pemandu yang mana memperoleh pencapaian begitu memberangsangkan pada 2010 dan 2011. Tahun ini menandakan berakhirnya fasa pertama GTP dan akan melangkah ke fasa kedua iaitu bermula pada 2013 hingga 2015 dengan membawa perubahan yang lebih meluas. | |||
58 pelajar Malaysia di Syria dipindah ke Beirut Posted: 24 Jul 2012 05:48 PM PDT SINAR HARIAN Kementerian Luar berkata, ini kerana Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik tidak dapat memperoleh tiket penerbangan dari Damsyik ke Dubai untuk kumpulan pelajar itu. "Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik dan Beirut sedang menguruskan urusan penerbangan pelajar-pelajar itu," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan membuat keputusan membawa pulang pelajar dan ekspatriat warga Malaysia di Syria dengan serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu. Selain itu, kerajaan mengambil keputusan menutup kedutaan Malaysia di Syria atas sebab keselamatan. Kumpulan pertama pelajar Malaysia seramai tujuh orang akan tiba di tanah air seperti dijadualkan esok. Kumpulan kedua seramai 43 pelajar pula akan dipindahkan dari Damsyik pada 5.45 petang waktu tempatan esok dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2.55 petang Khamis melalui penerbangan Emirates EK346. "Terdapat tambahan 10 pelajar berbanding jumlah terdahulu seramai 33 orang dalam kumpulan ini," menurut kenyataan itu. - Bernama | |||
Posted: 24 Jul 2012 05:44 PM PDT Pengarahnya, Mohamad Yusoff Akobe berkata, SPRM tidak memanggilnya untuk siasatan kes rasuah malah tidak menerima sebarang laporan mengenai kes rasuah yang mencecah RM1.3 juta. "Setakat ini, SPRM tidak menyiasat kes rasuah seumpama itu," katanya ketika dihubungi semalam. Sinar Harian semalam melaporkan, blog pro-Umno mendakwa Muhammad Sanusi ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM1.3 juta. Namun Muhammad Sanusi yang juga Ketua Penerangan Pas Kedah menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ia sebagai propaganda murahan dan perangkap politik musuh, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13. Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Pas Kedah. "Saya didakwa berada dalam lokap SPRM sedangkan ketika itu saya menghadiri program bersama Menteri Besar, yang menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar," katanya. Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM. Sinar Harian bagaimanapun tidak dapat menghubungi Mohd Puat untuk mendapatkan penjelasannya mengenai perkara itu kerana difahamkan beliau kini berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenainya. | |||
SPR terbit buku penjelasan isu daftar pemilih Posted: 24 Jul 2012 05:39 PM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengedarkan buku bertajuk 'Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan' bagi menjawab 10 isu yang sering dibangkit beberapa pihak mengenai Daftar Pemilih. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sebanyak 10,000 salinan buku dwibahasa itu diedar kepada beberapa pihak termasuk jabatan kerajaan, parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan media di seluruh negara. "Melalui buku yang kita terbitkan sebelum ini, kita mendapat pujian kerana setidak-tidaknya orang ramai dapat memahami isu ini. "Tidak ramai yang faham mengenai isu-isu ini kerana ia diputar belit oleh beberapa pihak," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Berbuka Puasa SPR, di Putrajaya hari ini. SPR sebelum ini menerbitkan buku bertajuk 'Fakta Sebenar Di Sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR' pada April lalu, dengan cetakan sebanyak 5,000 salinan. Abdul Aziz berkata antara isu yang diberi penerangan kali ini ialah kewujudan lebih tiga juta pemilih bukan pemastautin, 42,000 pemilih awam yang tidak memperbaharui MyKad masih berada dalam Daftar Pemilih serta maklumat yang tidak konsisten antara pemilih dan kad pengenalan. Selain itu, buku tersebut menjelaskan mengenai alamat pemilih yang tidak lengkap, pemilih mempunyai nama serupa dan kadangkala tarikh lahir yang sama, ramai pemilih yang memegang kad pengenalan angka '71', ramai pemilih berusia 85 tahun ke atas dan terlalu ramai pengundi pos. Abdul Aziz berkata SPR sentiasa berusaha bagi memberi penerangan mengenai isu-isu berkaitan agensi itu serta menasihati semua pihak agar merujuk kepada SPR terlebih dahulu jika ada isu yang meragukan. Pada majlis itu Abdul Aziz turut menyerahkan sumbangan kepada 45 anak yatim dari Rumah Penyayang Bistari, Sungai Buaya, Banting dan Rumah Anak Yatim Taman Baiduri, Dengkil.- Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan