DIALOG RAKYAT |
- Felda bazir RM2 juta anjur kursus
- Nik Nazmi wakili KEADILAN jumpa SPR
- K’jaan Selangor disaran campur tangan projek LRT Kelana Jaya
- Polis kecewa elaun uniform, kenderaan tak dibayar
- Menteri Pelancongan diberi bajet RM1.7 juta tapi belanja RM3.4 juta
- Jika Najib jujur dan berani, sudah lama hidup kita aman makmur
- Isu Perlaksanaan Hudud Johor; Umno Memang DiTunggang MCA!
- Pusat kini masuk campur isu Syabas
- PRU kini terbaik semasa Oktober
- Isu Syabas: Selangor serah Pusat surat rasmi
- Anwar nafi halalkan homoseksual semasa ditemu bual BBC
- Anggota Polis Hanya Layak Undi Pos Di Alamat Pusat Mengundi Didaftarkan - SPR
- Nik Aziz syukur pihak pernah tentang sudah mula terima hudud
- Rundingan kerusi PR masih berjalan
- Sorok barang dalam kain
- MB : Isu Pemberian Kontrak Karnival Terima Kasih Rakyat Selesai
- 15 Keluarga Terima Sumbangan MBSA Sempena Ramadan
- MB : Air Di Selangor Sebenarnya Cukup
- Rugi Bawah BN, PNSB Jana Untung Bawah PR
- RM300,000 Bantu Nelayan Kuala Selangor
- Setelah 48 Tahun, Penduduk Kampung Berembang Akhirnya Dapat Rumah Baru
- PKR akan minta Latheefa Koya tarik semula surat perletakan jawatan, kata Xavier
- Ops Sikap: PDRM sekali lagi akan guna pendekatan penguatkuasaan tegas
- BERSIH 1.0: Mahkamah tolak rayuan 16 perayu
- Tak perlu baharui permit penerbitan, lesen cetak selepas 15 Julai
Felda bazir RM2 juta anjur kursus Posted: 19 Jul 2012 04:06 AM PDT Timbul tanda tanya bagaimana Felda boleh memberi kontrak menguruskan seminar kepada syarikat JP International yang diisytiharkan tutup. KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mendakwa Felda melakukan pembaziran apabila memberikan tender projek sebanyak RM2 juta kepada syarikat hanya untuk menguruskan satu seminar. Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata syarikat terbabit, JP International Sdn Bhd diberikan tanggungjawab menguruskan Seminar Transformasi Kepimpinan Felda pada 8 hingga 10 Julai lalu di Hotel Sunway Putra di sini. Katanya, walaupun seminar itu dihadiri 400 peserta yang terdiri daripada pegawai tertinggi Felda dan anak syarikat Felda, JP International telah mengemukakan tuntutan (claim) RM2 juta sebagai jumlah kos sepanjang tiga hari seminar itu berlangsung. Namun menurut Mazlan apa yang lebih memeranjatkan JP International diisytiharkan 'tutup' (dissolved) selepas pihaknya menyemak status syarikat tersebut dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Melalui semakan data SSM itu juga, JP International yang ditubuhkan pada tahun 2002 pada awalnya didaftarkan atas nama Bayam Corporation Sdn Bhd dan menjalankan jenis perniagaan am. "Menjadi tanda tanya bagaimana Felda boleh memberi kontrak menguruskan seminar kepada syarikat yang diisytiharkan tutup," soalnya dalam sidang media di sini hari ini. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti apabila Felda akan menjelaskan jumlah bayaran terbabit kepada JP International dalam masa terdekat. "Kita minta pengurusan tertinggi Felda jawab dan apa kaitannya syarikat ini dengan pemimpin tertentu dalam FGVH," katanya. |
Nik Nazmi wakili KEADILAN jumpa SPR Posted: 19 Jul 2012 04:04 AM PDT KEADILAN DAILYPUTRAJAYA : Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia mewakili pimpinan KEADILAN bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini.Pimpinan PAS juga hadir pada pertemuan yang diramalkan terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13). Turut serta pemimpin Barisan Nasional (BN). Setiap parti disediakan 10 kerusi, namun tidak semua menghantar wakil penuh. Sesi taklimat ini, pertama kali diadakan dengan menggabungkan semua parti politik di Semenanjung. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menyampaikan ucaputama manakala Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberikan taklimat kepada semua wakil parti politik yang hadir. Dalam pertemuan ini, SPR menunjukkan cara-cara bagaimana dakwat kekal digunakan semasa PRU nanti. Penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mengadakan tiga demonstrasi di ibukota untuk menuntut reformasi pilihan raya. Mereka juga menuntut daftar pemilih dibersihkan, namun sehingga kini ia terus menjadi isu besar khasnya di Selangor. Peningkatan mendadak berlaku dalam senarai pemilih di Selangor. Angka terkini jumlah pengundi berdaftar berjumlah 12,912,045 juta di seluruh negara. Spekulasi tarikh pilihan raya yang terdekat adalah September ini iaitu sebaik sahaja selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sebelum musim Haji bermula. Sebelum ini, banyak pihak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tarikh lebih awal seperti yang diamalkan kebanyakan negara demokrasi lain. Di negara-negara serantau seperti Myanmar, Filipina dan Indonesia, mereka menetapkan tarikh lebih awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum pilihan raya berlangsung. Berbeza di Malaysia, setelah Umno BN selesai mengatur penipuan, menaburkan rasuah kepada pengundi, isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan dan fitnah disebarkan, barulah tarikh pilihan raya diumumkan. |
K’jaan Selangor disaran campur tangan projek LRT Kelana Jaya Posted: 19 Jul 2012 04:03 AM PDT Oleh Sidiqin Omar PETALING JAYA : Kerajaan Selangor disaran campur tangan dan menggunakan kuasanya untuk menghentikan projek tambahan sistem LRT Kelana Jaya bagi laluan Taman Alam Megah dan Putra Height sehingga syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) menitikberatkan aspek keselamatan. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Selangor perlu menubuhkan panel bagi meneliti semua keputusan penilaian bidaan teknikal projek dan membenarkan pandangan alternatif berdasarkan laporan kajian pakar dan bantahan penduduk. "Kerajaan Selangor perlu mengenakan syarat ketat agar satu panel ditubuhkan untuk meneliti keputusan penilaian bidaan teknikal untuk memastikan keselamatan rakyat Selangor terjamin. "Sekiranya Prasarana gagal mengambil kira tuntutan Selangor untuk bersama dalam panel penilai bebas, saya menyeru kerajaan negeri menggunakan sepenuh kuasanya untuk memastikan Prasarana tidak boleh meneruskan projek ini," kata nya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, dekat sini, hari ini. Rafizi berkata, kontraktor yang dilantik Prasarana juga wajib mempunyai kepakaran dan isu keselamatan yang ditimbulkan penduduk tidak wajar ditolak mentah-mentah. "Kita didatangi kumpulan dan laporan pakar lain yang turut persoalkan aspek laluan dan jajaran lain, yang sebelum ini tak diberi perhatian," jelas beliau. Berdasarkan penilaian Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang dibuat Profesor Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati, jajaran tersebut terlalu hampir dengan rumah penduduk, kolam air dan bekas kuari, iaitu kurang 20 meter. Terdapat dua lokasi hentian terlibat sepanjang laluan dinamakan sebagai Stesen 11 dan 12 yang dibina pada struktur tanah yang berbahaya dan melalui cerun-cerun curam berkelas III dan IV. Berdasarkan laporan pakar, Rafizi tidak menolak kemungkinan berlakunya tanah runtuh, sedangkan wakil jawatankuasa bertindak penduduk telah membangkitkan perkara sama sejak dua tahun lalu. Semetara itu tambah Rafizi, terdapat laluan cadangan yang dikemukakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang masih melalui Taman Megah-Putra Height, namun sehingga kini, tiada sebarang reaksi dari Prasarana. "Kita tak menolak pembangunan atau sabotaj projek ini. Ini peranan kita untuk periksa dan imbang. "Memandangkan pengalaman saya sendiri memantau Prasarana, setakat ini tidak meyakinkan bahawa isu keselamatan diberi perhatian," kata Rafizi. |
Polis kecewa elaun uniform, kenderaan tak dibayar Posted: 19 Jul 2012 03:59 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Ketika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai insentif kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun masih ada anggota terbabit tidak dibayar elaun yang sepatutnya diterima. Adu seorang anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan kepada Keadilan Daily, beberapa elaun termasuk kedatangan, uniform serta kenderaan tidak dibayar sejak beberapa tahun lalu dan ia melibatkan seluruh kontinjen di negeri itu. "Elaun kedatangan yang sepatutnya kami terima adalah RM4.00 setiap jam. Tapi ia tidak dibayar sejak April tahun lepas. Kami juga diperuntukkan RM200 untuk elaun uniform setiap tahun tetapi kami tidak dibayar sejak dua tahun lalu. "Bagi elaun kenderaan, jika kami membuat rondaan, sepatutnya dibayar RM0.20 setiap kilometer. Tetapi elaun berkenaan dihentikan sejak 10 tahun lalu," katanya yang enggan dikenali. Menurut beliau, tahun lalu ramai anggota terpaksa membeli kain dan perkakasan uniform lain menggunakan duit sendiri disebabkan peruntukan tidak mencukupi. "Butang baju pun kena beli sendiri. Itu mungkin tak jadi masalah sebab harganya murah. Kasut kawad yang berharga RM280 sepasang kena beli sendiri. Semua kena beli sendiri, cuma 'kad kuasa' saja yang disediakan," katanya. Beliau yang kini sudah berkhidmat lebih 15 tahun juga mendakwa, PDRM Johor tidak membayar bonus kepada anggota yang cukup tempoh perkhidmatan setahun. Katanya, perkara itu telah dipanjangkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun alasan yang diberikan, peruntukan untuk 2011 dan 2012 sudah habis. Bagaimanapun, maklumat dalaman yang diperolehinya mengatakan, sebahagian peruntukan kepada PDRM Johor diagihkan untuk majlis-majlis keraian. Beliau turut menyatakan kekecewaan kerana tertipu dengan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang dicanang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk penambahbaikan PDRM, sedangkan tiada perubahan terhadap pasukan itu. Akui indeks jenayah makin tinggi Ditanya mengenai indeks jenayah, beliau mengakui, indeks sebenar jenayah di negara ini masih pada peringkat membimbangkan tidak seperti dilapor media arus perdana. Katanya, perkara itu disebabkan PDRM tidak telus dalam menangani jenayah yang berlaku. "Di Johor misalnya, banyak pusat-pusat judi dan pelacuran. Jika ada aduan terhadap 10 pusat pelacuran, polis hanya membuat dua serbuan saja. Itupun mereka datang untuk kutip duit daripada pusat-pusat ini. "Saya bukan nak memburuk-burukkan polis, tapi inilah realitinya. Sebab itu, saya betul-betul kecewa dengan NKRA Hishammuddin," katanya. |
Menteri Pelancongan diberi bajet RM1.7 juta tapi belanja RM3.4 juta Posted: 19 Jul 2012 03:47 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Dr Ng Yen Yen perlu menjelaskan kepada rakyat tentang bagaimana peruntukan kerajaan sebanyak RM1.7 juta untuk Persidangan Pacific Asia Travel Assosiation (PATA) pada April boleh menjadi RM34 juta. Ketua Pemuda DAP Anthony Loke berkata, dokumen rasmi menunjukkan wang yang diluluskan oleh Jemaah Menteri (Kabinet) cuma berjumlah RM1,738,300 pada 20 Februari lalu tetapi lebih RM3.4 juta telah dibelanjakan. Katanya, Ng juga perlu menjelaskan mengapa begitu besar belanja untuk persidangan selama 3 hari. Tambah beliau, minit mesyuarat yang diterimanya menunjukkan PATA telah menggunakan lebihan peruntukan pada 2010 untuk Tourism Malaysia. "Ini telah melanggar peraturan kewangan," kata Loke. Ahli Parlimen Rasah itu juga berkata PATA menunjukkan corak perbelanjaan yang berbeza termasuk beberapa perbelanjaan yang agak melampau. "Sebanyak RM15,600 digunakan untuk kos logistik manakala RM14,580 peruntukan kepada kad pra-bayar, makanan para petugas dan pembelian cenderamata. "Apa yang mengejutkan, sebanyak RM20,000 diperuntukkan untuk mencetak sepanduk," jelas beliau dalam sidang akhbar di sini semalam. Selain itu, katanya, sebanyak RM447,000 dibelanjakan untuk makan malam bagi mengalu-alukan tetamu manakala sebanyak RM20,000 pula dibelanjakan untuk Ng dan kakitangan beliau bagi kos penginapan di Royal Hotel Chulan yang bertaraf lima bintang. "Saya tidak menafikan kepentingan pelancongan terhadap pendapatan negara tetapi seharusnya Ng perlu mengurangkan kos perbelanjaan dalam keadaan ekonomi semasa yang semakin susut ini. "Ini cuma satu persidangan. Bayangkan bagaimana pula perbelanjaan kerajaan apabila kita mempunyai persidangan antarabangsa hampir setiap tahun," ujarnya lagi. – Roketkini.com |
Jika Najib jujur dan berani, sudah lama hidup kita aman makmur Posted: 19 Jul 2012 03:40 AM PDT Oleh Adil Mat Selamat Kekecewaan rakyat kepada Barisan Nasional ditunjukkan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu. Namun adakah kekecewaan rakyat ini sudah terubat apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri manakala Datuk Seri Najib Razak pula mengambil alih dengan memukul canang transformasi? Jawapannya mungkin perlu ditunggu pada keputusan PRU ke-13 kelak. Tetapi, dalam tempoh 3 tahun Najib mengambil alih pemerintahan di Putrajaya, kita boleh melihat dan menilai sejauh mana iltizam politik beliau telah dterjemahkan dengan jujur. Politik populis Najib Najib kini menjemput rakyat memberi pandangan dan saranan dalam merangka belanjawan negara tahun 2013 yang akan dibentangkan kelak. Kerja menjemput rakyat agar memberi saranan tersebut pastilah dengan niat mahu menonjolkan imej BN dan Najib yang kononnya prihatin dan mengutamakan rakyat, ini jelas dapat dilihat. Jika BN mengatakan bahawa dasar dan rancangan di dalam Buku Jingga – tawaran Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia – adalah mengarut dan hanya bersifat populis, sekarang bagaimana pula dengan tindakan Najib ini? Bukankah ini juga ingin meraih populariti semata-mata? Hakikatnya, kaedah ini dilaksanakan dalam suasana menjelang pilihan raya. Soalnya, mengapa tahun-tahun sebelum ini, tidak dilaksanakan kaedah ini? Nampak sangat nak populariti. Dan sebagai perbandingan, Buku Jingga dilancarkan selepas PRU 2008. Dari aspek ini sahaja sudah jelas menunjukkan keikhlasan PR dalam membentuk dasar yang baik buat rakyat Malaysia. PR tidak menunggu waktu pilihan raya untuk menawarkan dasar yang lebih baik kepada rakyat Malaysia. Sebaik saja Pakatan Rakyat Berjaya dibentuk, terus sahaja Buku Jingga dilancarkan, tanpa rasa takut dan bimbang ia akan dikritik, dikeji dan difitnah oleh BN. Kalau Najib jujur, tunaikan saja tuntutan rakyat Jika benarlah Najib mahu mendengar saranan rakyat, laksanakanlah 8 tuntutan Bersih, laksanakanlah reformasi perkhidmatan polis, tutuplah kem tahanan tanpa bicara ISA di Kamunting serta bebaskan tahanan atau bicarakan mereka di mahkamah terbuka, hapuskan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk bebaskan media, tutup loji Lynas di Pahang dan mansuhkan tol yang membebankan rakyat. Jika janji-janji ini pun tidak mampu dilaksanakan, adakah rakyat masih ingin menaruh harapan bahawa segala saranan mereka dalam belanjawan 2013 ini nanti sanggup dilaksanakan oleh Najib dan BN? Jangan sekadar jual tiket perlawanan bolasepak dengan harga RM10 atau buka kedai kain 1Malaysia atau bagi baucar tayar teksi. Itu semua bunyinya seperti rasuah atau gula-gula politik, menghina akal rakyat Malaysia. Ahli-ahli UMNO pun jadi mangsa pemimpin sendiri Pemimpin BN, khususnya UMNO mungkin memang mudah lupa atau buat-buat lupa, tetapi ahli-ahli UMNO yang lain tidaklah seperti pemimpin elit mereka. Ramai ahli UMNO yang ikhlas dalam perjuangan pasti dapat menilai kejujuran BN dan Najib dalam mengotakan janji-janji mereka. Mereka juga sedar bahawa salah guna kuasa dan rasuah pemimpin atasan turut memberi kesan kepada ekonomi keluarga. Mangsa kerakusan para pemimpin UMNO dan BN bukan hanya di kalangan penyokong Pakatan tetapi juga semua rakyat Malaysia termasuk ahli UMNO. Penuhi saja tuntutan rakyat, barulah boleh kata "janji ditepati" Berbalik kepada tuntutan rakyat, belanjawan 2013 perlu: * Menghapuskan sama sekali amalan pemberian permit teksi kepada syarikat kroni, sebaliknya diberi terus kepada setiap pemandu teksi yang layak; * Menurunkan harga minyak RON 95 (yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia) kepada RM1, yang akan membolehkan Najib melancarkan kempen minyak petrol RM1 Malaysia (atau lebih baik lagi, tambah subsidi yang lebih adil kerana minyak adalah keperluan semua rakyat); * Menutup kem Kamunting dan menghentikan dana operasi kem tersebut yang menjadi peringatan kepada kita semua tentang salah guna kuasa kerajaan BN dan Perikatan sebelumnya; dan * Menghapuskan Akta Hasutan tanpa perlu apa-apa undang-undang menggantikannya. Jika Akta Keharmonian Nasional mahu menggantikannya, konon untuk membenarkan rakyat mengkritik kerajaan, perlukah ada undang-undang Akta Berjalan Kaki untuk rakyat berjalan kaki ke mana sahaja atau Akta Duduk di Rumah bagi rakyat mendiami rumah sendiri? Tetapi kita tahu, Najib tidak akan mampu menunaikan semua permintaan tersebut kerana jika dia tunaikan, pastilah UMNO dan dirinya akan tersungkur dalam pilihan raya yang akan datang kerana sumber kewangan kroninya akan hilang. Tapi jika berlaku sesuatu yang ajaib, yakni Najib berani memenuhi semua tuntutan rakyat, maka walau pun UMNO bakal jatuh tergolek, Najib akan dikenang buat selama-lamanya sebagai pemimpin yang berani menegakkan kebenaran walau pun terpaksa berkorban. Namun semua itu hanyalah mimpi ngeri di siang hari. – Roketkini.com |
Isu Perlaksanaan Hudud Johor; Umno Memang DiTunggang MCA! Posted: 19 Jul 2012 03:35 AM PDT Wartawan Buletin MARANG – Tidak seorang pun pemimpin Umno termasuk Presiden Umno Dato' Seri Najib Razak yang tampil membela ADUN Kemelah, Johor, Datuk Ayub Rahmat apabila beliau di hina oleh pemimpin MCA. Menurut ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah, Datuk Ayub telah mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Beliau telah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Malangnya, cadangan mahu melaksanakan undang-undang Islam itu telah dihina oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang menggelar Ayub sebagai sudah hilang akal. "dia (datuk Ayub) dituduh....dihia oleh pemimpin MCA sebagai hilang akal atau pun gilalah maknanya (tetapi) tidak ada seorang pun pemimpin umno yang (bela) wakil rakyat Umno termasuk Perdana Menteri mempertahankan wakil rakyat Umno, "biarlah orang hina pun.....maknanya MCA memang sedang menunggang kuda........ Umno memang memang ditunggangi oleh MCA,"tegasnya. Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu berkata demikian dalam Majlis Ceramah Sempena Kemenangan Mesir di perkarangan masjid Rusila pada Selasa 17 Julai. Beliau menyelar, dalam isu perlaksanaan Hudud yang dibangkitkan oleh wakil rakyat itu membuktikan sebenarnya pemimpin Umno takut kepada MCA. Menurutnya, ia juga menunjukkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP tidak benar sama sekali. Turut menyampaikan ceramah pada malam itu adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali dan tetamu khas yang mewakili Ikhwanul Muslimin, Sheikh Ismail Hamed Ismail Naseer. LIHAT VIDEO DI SINI |
Pusat kini masuk campur isu Syabas Posted: 19 Jul 2012 03:20 AM PDT Kerajaan Pusat telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Kabinet bagi membincangkan krisis air, yang dilihat membawa kepada konflik serius membabitkan Putrajaya-Syabas-Kerajaan Negeri Selangor. Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, jawatankuasa itu akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain beliau, jawatankuasa itu akan dianggotai oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik. Pembentukan jawatankuasa itu telah dipersetujui pada mesyuarat Kabinet semalam dan akan mengadakan mesyuarat pertama Isnin ini. Chin berkata, jawatankuasa itu tidak akan dianggotai wakil Kerajaan Negeri Selangor. Sebaliknya, kata beliau, pihaknya akan memanggil Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi pandangan jika diperlukan. "Kami akan mengkaji isu-isu berkenaan dengan dua perkara ini, kesemua isu berkenaan dengan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Selangor," kata beliau merujuk kepada langkah Syabas mahu melaksanakan catuan air di tiga kawasan utama dan tindakan Kerajaan Negeri Selangor mahu mengambil alih syarikat bekalan air itu. |
PRU kini terbaik semasa Oktober Posted: 19 Jul 2012 03:16 AM PDT Tempoh selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Oktober adalah masa terbaik mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata seorang pengamat politik. Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata walaupun dalam November banyak cuti sekolah, ketika itu sudah mula musim tengkujuh terutamanya di kawasan Pantai Timur."Saya anggap Oktober antara masa yang sesuai, selepas Hari Raya. "Bagaimanapun, tidak mustahil kerana pada 1999 pilihan raya umum diadakan pada November," katanya yang ditukil Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas harapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, agar PRU-13 tidak diadakan pada tahun depan memandangkan tahun ini merupakan tahun paling sesuai mengadakannya. Dr Sivamurugan berkata tidak salah sekiranya Tan Sri Muhyiddin memberikan pendapat kerana bersesuaian dengan kapasiti beliau sebagai orang kedua terpenting dalam pentadbiran negara. Katanya, Tan Sri Muhyiddin memberi gambaran itu berdasarkan faktor dalaman dan luaran. "Tafsiran itu dibuat berdasarkan penelitian beliau selepas bertemu pemimpin Barisan Nasional (BN) dan rakyat. Keadaan itu mempengaruhi kenyataan beliau (Ahad lalu). "Saya percaya beliau ada sebab berkata demikian. Lebih daripada itu, beliau mahu jentera BN sentiasa berada dalam keadaan bersedia," tambahnya. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Encik Ibrahim Suffian, berkata beliau tidak melihat pandangan Tan Sri Muhyiddin itu menggambarkan wujudnya masalah besar antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya melihat apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin sebagai satu mesej tersirat kepada ahli-ahli Umno bahawa mereka perlu terus membuat persiapan bagi menghadapi PRU-13," katanya. Menurutnya, Tan Sri Muhyiddin mahu mengajak ahli Umno yang kelihatan sudah 'lemah semangat' supaya terus mengekalkan momentum dengan mengambil kira PRU-13 boleh diadakan bila-bila masa. "Mesej Muhyiddin mudah dan terus terang kepada ahli parti," jelasnya. Sehubungan dengan itu, Tan Sri Muhyiddin, dalam mesyuarat agung Umno bahagian Batu pada Ahad lalu, didakwa menuduh parti komponen BN – khususnya Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) – gagal memahami sentimen golongan Cina dan India. Dalam satu kenyataan balas, timbalan presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mendakwa Timbalan Perdana Menteri itu gagal memahami rakyat Malaysia secara keseluruhan. "Beliau kata MIC dan MCA tidak memahami suara rakyat. Pada pendapat saya, Timbalan Perdana Menteri mesti memahami suara semua rakyat, bukan mendengar daripada orang Melayu," katanya yang dipetik Oriental Daily. |
Isu Syabas: Selangor serah Pusat surat rasmi Posted: 18 Jul 2012 11:30 PM PDT PUTRAJAYA - Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan surat rasmi berkenaan hasrat untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menggunakan peruntukan Klausa 32 Perjanjian Konsesi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin di sini, hari ini. Surat rasmi yang ditandatangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu diserahkan oleh empat Exco Kerajaan Negeri kepada wakil kementerian iaitu Setiausaha Sulit Kanan kepada Chin, Nicholas Yii. Exco-exco yang hadir menyerahkan surat rasmi tersebut ialah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar; Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Halimah Ali; Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad. Xavier berkata, Kerajaan Negeri berharap agar Kerajaan Persekutuan akan memberi kuasa penuh kepada pihaknya untuk mengambil alih Syabas. "Kerajaan Persekutuan sepatutnya beri kerjasama kepada Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri inilah yang dipilih oleh rakyat, bukannya Syabas. Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan untuk selamat isu air dari kepentingan pihak tertentu demi rakyat," katanya selepas penyerahan surat. |
Anwar nafi halalkan homoseksual semasa ditemu bual BBC Posted: 18 Jul 2012 11:29 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernyataan saksinya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menafikan kenyataan beliau dalam temu bual dengan BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual yang disiarkan pada 12 Jan lepas, membawa maksud beliau akan menghalalkan kegiatan homoseksual. Ketua Pembangkang itu berkata beliau tidak sama sekali ada menyatakan mengenai perkara itu kepada BBC. Mengenai maksud kenyataannya"....we should not be seen as punitive and consider the archaic laws a relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain', Anwar berkata: "Itu bermaksud bahawa daripada perspektif Islam, kegiatan maksiat seperti homoseksual, seks bebas, minum arak, berjudi, dan lain-lain lagi adalah sesuatu yang dilarang secara jelas di dalam Al-Quran dan Hadith". Anwar mengemukakan dan membacakan pernyataannya itu pada perbicaraan kes samannya terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak berhubung artikel mengenai komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual. Anwar yang merupakan plaintif dalam kes saman itu berkata sama ada ia dilakukan di khalayak awam atau di tempat tertutup, hukumnya tidak berubah. "Apa yang saya sentuh di dalam temu bual saya bersama BBC adalah ruang lingkup tanggungjawab kerajaan selaku penguatkuasa undang-undang menurut perspektif Islam dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap kesalahan atau maksiat peribadi yang dilakukan individu di tempat awam," katanya. Pada 20 Januari lepas Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah. Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa defendan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari tahun ini berhubung temubualnya bersama BBC. Beliau mendakwa pernyataan fitnah itu seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam. Semasa diperiksa balas oleh peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili defendan, Anwar tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa kenyataannya dengan BBC bermaksud undang-undang berkaitan homoseksual patut disemak semula, supaya ia tidak lagi bersifat punitif. Kepada soalan lain peguam itu, bahawa berdasarkan kenyataannya itu ia membawa maksud negara tidak sepatutnya mendakwa mereka yang melakukan aktiviti homoseksual secara tertutup, Anwar menjawab:"Tidak, itu tidak benar". Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk V.T.Singham bersambung 13 Ogos. - Bernama |
Anggota Polis Hanya Layak Undi Pos Di Alamat Pusat Mengundi Didaftarkan - SPR Posted: 18 Jul 2012 11:25 PM PDT MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan bahawa anggota polis dibenarkan mengundi pos di mana sahaja, sebaliknya mereka hanya layak berbuat demikian di alamat pusat mengundi yang telah didaftarkan. SPR dalam kenyataan pada Rabu memperjelaskan bahawa menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, pendaftaran bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat berdasarkan kepada alamat anggota itu bertugas dan bukan alamat anggota itu bermastautin. SPR mengeluarkan kenyataan itu bagi merujuk kepada laporan lidah rasmi PAS, 'Harakah' bertajuk 'SPR Laksana Peraturan Pelik Polis Dibenar Mengundi Pos Di Mana Sahaja' dalam edisi keluaran 13-15 Julai lalu. Berhubung kes siasatan awam ke atas bantahan 37 pemilih pos dari kalangan anggota PDRM di Parlimen P.019 Tumpat, SPR berkata Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan) telah membuat keputusan bahawa 35 bantahan ditolak dan dua bantahan diterima. "Tiga puluh lima bantahan ditolak bermakna permohonan 35 anggota PDRM untuk didaftarkan sebagai pemilih di lokaliti Balai Polis Wakaf Bharu diterima olehSPR," kata SPR. Alasannya adalah kerana permohonan mereka dibuat menggunakan alamat tempat bertugas, iaitu Balai Polis Wakaf Bharu, menurut kenyataan itu. - BERNAMA |
Nik Aziz syukur pihak pernah tentang sudah mula terima hudud Posted: 18 Jul 2012 10:58 PM PDT SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana pihak yang pernah menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima pelaksanaan hukum hudud. Malah kata beliau, ia dicadangkan diadakan di sebuah negeri yang diperintah penentang hukum itu selama ini. "Cuma bezanya, hukuman itu juga dicadangkan agar dikenakan juga ke atas orang bukan Islam yang menyebabkan mereka kata 'sudah hilang akal' "Tak apalah kaedah manapun, tapi yang penting mereka sedar hanya hukuman Islam dapat selamat manusia," kata beliau Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu. Dipetik Harakah Daily, johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, Muhammad Anuar Ghazali dari Kelantan menerima ganjaran sebuah banglo daripada kerajaan negeri. Replika hadiah rumah itu disampaikan oleh Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas. Anuar johan tilawah quran tahun ini merupakan anak jati negeri ketiga menerima sumbangan hadiah rumah dari kerajaan negeri. Sebelum ini pelajar cemerlng Nik Nur Madihah dan pemain bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat menerima sumbangan yang sama daripada kerajaan negeri. |
Rundingan kerusi PR masih berjalan Posted: 18 Jul 2012 10:52 PM PDT SHAH ALAM - Mesyuarat pembahagian kuota kerusi Parlimen Pakatan Rakyat (PR) masih berjalan dan di peringkat akhir rundingan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, keputusan rundingan berkemungkinan besar tidak jauh bezanya dengan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. "Pada 2008, PKR bertanding 97 kerusi, Pas (66 kerusi) dan DAP (47 kerusi). Besar kemungkinan ia tidak banyak beza dengan PRU 2008. "Saya dimaklumkan, rundingan (pembahagian kerusi) telah 90 peratus siap," katanya kepada Sinar Harian. Kenyataan itu menyangkal dakwaan DAP akan bertanding 90 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menjadi parti dominan dalam PR, seperti dilaporkan dalam media sebelum ini. Rafizi mendakwa, tuduhan itu merupakan 'penipuan hidup-hidup' kerana tidak mempunyai asas dan hanya bertujuan untuk meninggikan kecurigaan orang ramai terhadap PR. "DAP dominan dalam PR itu tidak betul. Konsep yang kita mulakan sebelum ini, akan kekal di situ," katanya |
Posted: 18 Jul 2012 10:51 PM PDT PARIT BUNTAR, Buntar - Sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM2,000 setelah sebahagian barang runcit premis itu dicuri sekumpulan individu disyaki warga asing secara terancang, minggu lalu. Penyelia pasar raya yang hanya ingin dikenali sebagai Eau berkata, kejadian berlaku pada 13 Julai lalu sekitar jam 7.30 malam apabila empat lelaki dan tiga wanita melarikan tiga beg berisi pewangi kenderaan, barangan makanan dan lampin pakai buang setelah berlagak seperti pelanggan kedai. Menurutnya, kesemua suspek didapati memasuki premis pasar raya itu secara serentak setelah dihantar seorang individu lain dengan menggunakan sebuah kereta. "Kesemua suspek masuk ke dalam kedai secara berpisah dan memenuhkan raga dengan barangan runcit sebelum berkumpul di suatu penjuru kedai yang terlindung daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memasukkan barang ke dalam beg. "Berdasarkan siasatan kamera CCTV, kami mendapati terdapat seorang wanita yang bertindak memantau pergerakan pekerja kedai dan jika ada kakitangan kami meluru ke arah mereka, wanita terbabit terus berpura-pura bertanyakan barang untuk mengalih perhatian," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam. Kata Eau, keadaan kedai yang dipenuhi pelanggan menyebabkan pihaknya tidak menyedari perbuatan licik kumpulan itu dan lebih mengejutkan, rakaman CCTV mendapati mereka menyembunyikan satu beg barangan yang dicuri di dalam kain salah seorang suspek wanita. Jelasnya, ketika kejadian, dia sedang dalam waktu rehat dan percaya perbuatan itu dilakukan setelah ketiadaannya. "Rakaman CCTV jelas menunjukkan mereka memasukkan beg berisi barang dicuri ke dalam kain salah seorang suspek. "Dua lagi beg dilarikan seorang suspek wanita tidak bertudung manakala suspek lain beredar dari kedai sebaik sahaja menerima panggilan telefon kira-kira 15 minit kemudian," katanya. Eau berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Parit Buntar pada malam kejadian dan pihak mengesyaki kes kecurian itu dilakukan oleh satu sindiket curi barang runcit. "Saya turut mendapat maklumat kejadian sama berlaku di sebuah pasar raya berdekatan sehari selepas itu dan percaya sindiket ini terdiri daripada penjenayah profesional," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan laporan kes kecurian itu dan menegaskan perkara itu masih dalam siasatan. |
MB : Isu Pemberian Kontrak Karnival Terima Kasih Rakyat Selesai Posted: 18 Jul 2012 10:45 PM PDT SHAH ALAM : Isu pemberian kontrak 'Karnival Terima Kasih Rakyat' selesai apabila Kerajaan Negeri sudah menyelaraskan prosedurnya mengikut tatacara perbendaharaan negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebelum ini, media melaporkan terdapat dakwaan penyelewengan dalam perolehan perkhidmatan dan produk untuk karnival terbabit yang melibatkan kos lebih RM1 juta dari 15 pembekal. Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sudah melihat dari semua keseluruhan aspek untuk diselaraskan dan diperbetulkan. "Ini pengetahuan kita, apabila kita tahu sesuatu keadaan itu tidak betul, kita terus panggil audit dan bendahari negeri untuk mengaudit. Seterusnya apabila sudah diaudit, kita tengok ada atau tidak yang selaras dengan kehendak tatacara perbendaharaan. "Dalam usaha ini sekiranya tidak selaras kita selaraskan dan perbetulkan. Bagaimanapun perkara ini sudah diperbetulkan dan selepas ini semua berjalan dengan baik," katanya. Jelasnya, Kerajaan Negeri akan memastikan kontrak itu tidak akan dijalankan seperti sebelum ini. "Kita mengambil keputusan supaya ia tidak lagi dibuat secara begini. Tetapi tujuan karnival itu betul iaitu untuk mengadakannya sebagai penghargaan kepada rakyat dan itu sudah dipersetujui oleh semua Exco dan Kerajaan Negeri," katanya. Ketika ditanya apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri berhubung kontrak RM360,000 yang diambil oleh salah seorang kakitangan Adun, Abdul Khalid berkata pihaknya sudah meneliti perkara itu. "Kita tengok sama ada adakah yang dibuat itu secara 'Value For Money' atau tidak dan kita tengok adakah ia berasaskan tatacara yang betul. Kita sudah pun tengok dan kita sudah perbetulkannya," jelasnya. |
15 Keluarga Terima Sumbangan MBSA Sempena Ramadan Posted: 18 Jul 2012 10:42 PM PDT SHAH ALAM : Seramai 15 keluarga kurang bernasib baik jelas kelihatan gembira apabila menerima sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai sempena bulan Ramadan akan datang daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Penyampaian sumbangan itu disampaikan oleh Datuk Bandar MBSA, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani dan Timbalan Setiausaha, Roslan Darus. Mereka yang menerima sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai sebanyak RM100 itu membabitkan ibu tunggal, golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) di Padang Jawa, Kampung Sungai Kandis dan Kampung Jalan Kebun. Penerima, Azizah Shaari, 48, berkata dia bersyukur kerana ada pihak sudi membantu terutamanya dalam membuat persiapan untuk Ramadan yang akan datang tidak lama lagi. "Saya bersyukur kepada semua pihak kerana memberi sumbangan ini, sekurang-kurangnya ianya dapat membantu golongan seperti saya," katanya yang mempunyai 14 orang anak. Penerima lain, Ismawati Che Wail,44, berkata sumbangan itu dapat membantu sedikit sebanyak dalam penyediaan keperluan harian bulan Ramadan ini. "Ia dapat membantu golongan ibu tunggal seperti saya dan empat orang anak saya," katanya. Sementara itu, Mohd Jaafar berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban golongan kurang bernasib baik di sekitar Shah Alam untuk mengerjakan ibadah puasa dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Katanya, sepanjang bulan Ramadan ini, pihaknya akan memberi sumbangan kepada 107 orang daripada golongan warga emas, OKU, ibu tunggal dan keluarga yang berpendapatan rendah serta tanggungan ramai. Beliau berkata dengan sumbangan itu diharap golongan berkenaan tidak rasa disisihkan daripada golongan lain. Selain itu, MBSA turut akan menghulurkan sumbangan kepada 80 kakitangan MBSA yang kurang berkemampuan. |
MB : Air Di Selangor Sebenarnya Cukup Posted: 18 Jul 2012 10:40 PM PDT PETALING JAYA : Dakwaan kononnya penduduk Selangor bakal menghadapi krisis dan catuan air merupakan satu helah bagi memaksa Kerajaan Selangor bersetuju melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Kerajaan Negeri tetap mahu mengambil alih operasi syarikat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya rakyat Selangor terus mendapat air percuma. Apa yang penting katanya, sistem pengurusan sumber dan bekalan air perlu dipertingkatkan agar ia berjalan lancar memandangkan Malaysia mempunyai taburan hujan yang padat setiap tahun. "Isu air bukan krisis. Mereka hanya ingin memenangi hati masyarakat dimana ketiadaan air maka kita mesti bersetuju untuk menggunakan air Pahang dan melaksanakan pelan rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Langat 2," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam 'Solidariti dan Sokongan Tony Pua lawan Syabas' di Dewan Sivik MBPJ di sini semalam. Minggu lalu, Syabas bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang kerana mendakwa kapasiti pengeluaran air terawat daripada Loji Rawatan Air tidak mampu menampung permintaan di Lembah Klang. Namun, permintaan Syabas ditentang oleh Kerajaan Selangor yang mendakwa kekurangan bekalan air berpunca daripada kelemahan Syabas mengurus operasi rawatan dan pengedaran air. Malah Exco Selangor, Ronnie Liu dan Dr Xavier Jayakumar mengeluarkan bukti yang bekalan air mentah di tujuh-tujuh empangan Selangor berada pada paras yang tinggi sekaligus menyangkal persepsi tidak cukup air. Abdul Khalid juga mengkritik tindakan dolak dalik Umno-BN Selangor berkenaan pemberian 20 metre padu air percuma kepada pengguna. Beliau berkata dahulunya, Umno-BN mendakwa inisiatif ini akan memufliskan negeri. "Namun Pakatan Rakyat berjaya menangkis tomahan berkenaan, malah meningkatkan rizab simpanan kewangan negeri kepada RM2 billion." Di dalam satu kenyataan baru baru ini, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Sri Noh Omar berkata Umno-BN tidak mempunyai masalah untuk meneruskan pemberian air percuma di Selangor jika berjaya merampas semula Selangor. Sehingga April 2012, Kerajaan Selangor telah membelanjakan lebih RM 525 Juta untuk pemberian air percuma yang mula dilancarkan pada Ogos 2008 dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Mengenai usaha mengambil alih pengurusan air pula, Abdul Khalid berkata Selangor pernah menawarkan RM 9.3 billion kepada syarikat konsensi seperti Syabas, Puncak Niaga dan Abbas tetapi tawaran itu ditolak oleh mereka. Mereka tolak tawaran tersebut dan mahukan lagi RM 2 billion. Kalau saya bayar, anda semua (rakyat) turut kena bayar jumlah berkenaan. "Saya beritahu mereka, kalau anda (pihak konesesi) rasakan harga berkenaan tidak adil kepada ahli perniagaan tidak mengapa. Dasar penswastaan air ini perlu dibatalkan dan semua orang akan memperoleh manfaat daripadanya," katanya. Sementara itu, Majlis Makan Malam "Solidariti dan Sokongan Tony Pua lwn Syabas" berjaya mengumpul RM 310,000 bagi membantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu membayar saman fitnah terhadap Syabas. Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, Tony bersalah dan perlu membayar saman sebanyak RM 200,000 kepada Syabas berhubung artikel bertajuk "Tony Pua: Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan." Sejumlah RM150,000 berjaya dikutip hasil sumbangan orang ramai melalui kempen internet di Facebook dan Twitter bertajuk 'RM1 untuk hak air' dalam masa seminggu. Menurut Tony, RM 200,000 akan digunakan untuk membayar saman kes berkenaan manakala bakinya akan digunakan DAP bagi menghadapi PRU-13. Turut hadir sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Parlimen Pucong, Gobind Singh. |
Rugi Bawah BN, PNSB Jana Untung Bawah PR Posted: 18 Jul 2012 10:36 PM PDT SHAH ALAM: Rugi untuk empat tahun berturut-turut di bawah pentadbiran Umno-BN Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mula mencatat keuntungan di bawah Pakatan Rakyat. Menurut Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, PNSB mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM 0.9 juta pada tahun 2005, RM7.5 juta (2006), RM1 juta (2007) dan RM15.6 juta pada 2008. "Selepas beralih kepada Pakatan, PNSB merekodkan keuntungan RM8 juta pada 2009, RM23.4 juta pada 2010 dan RM 28.4 juta pada 2011," kata Pua semalam di petik daripada portal web Free Malaysia Today. Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),menunjukkan PNSB mempunyai jumlah aset berjumlah RM761 juta bagi tahun 2010 dan RM823 juta bagi tahun 2011. Pada tahun 2008 dan 2009 PNSB masing-masing memiliki aset bernilai RM111 juta dan RM115 juta. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Chua Tee Yong mengenai beban hutang yang terpaksa ditanggung PNSB ekoran pembelian tanah di Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya dari Kerajaan Negeri. Beritahunya lagi, berdasarkan laporan akaun PNSB tahun 2009, perbadanan itu dalam keadaan kewangan yang sihat, bebas hutang serta memiliki wang tunai dan simpanan tetap sebanyak RM76 juta. Tony turut mengulangi cabaran kepada Chua untuk berdebat bagi membuktikan kebenaran tentang isu ini. "Walaupun Chua menolak tawaran debat saya, saya berharap bahawa dia akan menimbang semula tawaran itu untuk membahaskan hutang Talam yang dia bangkitkan atau mungkin sekurang-kurang boleh mengajar saya tentang perakaunan yang sepatutnya," ujarnya lagi. |
RM300,000 Bantu Nelayan Kuala Selangor Posted: 18 Jul 2012 10:30 PM PDT KUALA SELANGOR : Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kewangan dan pelbagai peralatan bernilai kira-kira RM300,000 kepada nelayan di Kuala Selangor Ahad lalu demi menjaga kebajikan golongan tersebut. Penyerahan bantuan kepada nelayan ini disampaikan oleh Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari kepada 40 nelayan dalam bentuk kewangan serta peralatan antaranya enjin bot berkuasa kuda, pukat dan jaring bernilai RM300,000 bagi meringankan bebanan mereka. Menurutnya, bantuan ini menunjukkan Kerajaan Negeri memandang berat akan masalah dihadapi golongan nelayan yang memerlukan sokongan dan bantuan. "Kerajaan Negeri prihatin tentang masalah rakyat. Kerana itu hasil bumi kita pulangkan semula kepada rakyat. Kerajaan Negeri hanya membuka pintu kepada anda semua, hasilnya dari Allah Taala yang memberi anugerah kepada kita," katanya dalam Program Penyerahan Peralatan Nelayan Daerah Kuala Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor di sini. Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. Dr Yaakob juga menggesa semua pihak agak mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah. "Di lautan, siapa ternak ikan? Siapa beri ikan makan? Ini semua urusan Allah Taala. Sebab itu, nelayan yang mendapat tangkapan ikan yang banyak, harus juga mengeluarkan zakat yang banyak sebagai tanda bersyukur," ujarnya. |
Setelah 48 Tahun, Penduduk Kampung Berembang Akhirnya Dapat Rumah Baru Posted: 18 Jul 2012 10:27 PM PDT AMPANG: Perasaan gembira dan sebak terpapar di wajah lebih 640 penduduk kampung apabila mereka menerima kunci kediaman pangsapuri baru mereka hari ini daripada Kerajaan Selangor. Mereka seperti Wan Kamariah Che Man, 80, seorang peneroka asal Kampung Berembang yang duduk di kampung itu sejak 1964. Beliau berasa syukur dan memuji tindakan prihatin kerajaan negeri dalam memastikan hak mereka untuk memilik kediaman akhirnya ditunaikan. Beliau mengakui, perubahan pemerintahan kerajaan daripada Umno-BN ke Pakatan Rakyat mampu membantu golongan yang berpendapatan rendah. "Ini yang kami perjuangkan selama ini. Alhamdulillah akhirnya terlaksana. Selama ini kami minta bantuan kepada Umno, tetapi tidak ada apa yang kami dapat. Terima kasih kepada Yb Iskandar dan Azmin Ali kerana bersusah payah mendapatkan hak kami untuk mendiami rumah tetap," katanya apabila menerima kuncinya untuk unit pangsapuri Berembang Indah. Majlis penyerahan kunci dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datuk Ahmad Omar, Ketua Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Datin Paduka Alinah Ahmad dan Pegawai Daerah Gombak, Zaharin Mohd Saad. Perasaan gembira ini turut dikongsi Emi Daud, 80 yang lega penantiannya untuk mendapat rumah sendiri berakhir. Beliau yang telah menetap di rumah setinggan hampir 30 tahun lalu tidak sabar untuk mendiami rumah baru menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri. Chua Chin Chai, 56 yang telah menetap di Kampung Berembang selama lebih 20 tahun turut berkongsi kegembiraan bersama keluarga apabila mereka bakal menduduki rumah baru dalam masa terdekat ini. "Saya banyak gembira. Sudah dekat 9 tahun lebih tunggu rumah ini, akhirnya dapat. Rasa senang hati," luah beliau dengan nada gembira. Projek Pangsapuri Berembang Indah dimulakan pada 2005 namun gagal disiapkan ekoran beberapa masalah teknikal. Pada tahun 2008, kerajaan negeri mengarahkan pemaju supaya menyiapkan projek ini dengan kemudahan tersusun dan terancang. Pangsapuri ini dilengkapi dengan 7 buah lif, 385 petak meletakkan kenderaan, surau, ruang kedai, tandas awam, dewan orang ramai dan gelanggang serbaguna. Ia dibangunkan oleh Syarikat Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB). Pangsapuri ini merupakan penempatan semula bagi 649 keluarga penduduk Kampung Berembang yang terjejeas dengan projek pembangunan di kawasan itu. Setiap keluarga mendapat pangsapuri tersebut pada harga RM 35,000. Dalam majlis sama, Abdul Khalid meminta penjelasan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju ekoran kelewatan pemberian sijil layak menduduki bangunan (CF) kepada penduduk. Menurut Timbalan Yang diPertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain, kelewatan ini disebabkan pembinaan pam pembentungan oleh pihak pemaju yang tidak mengikut pelan asal seperti yang dipersetujui oleh Indah Water konsortium (IWK). Namun, perkara ini berjaya diselesaikan apabila pemaju memberikan jaminan kepada Abdul Khalid dan penduduk akan menyelenggara pam tersebut selama 5 tahun. Saya minta penduduk rumah pangsa ini tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan untuk menguruskan pam ini selama 5 tahun. Kalau (pam) tidak boleh guna, kita boleh minta mereka (pemaju) tukar," kata Abdul Khalid. Tegas Abdul Khalid, beliau berharap masalah CF ini akan diselesaikan dalam tempoh seminggu selain meminta PNSB memantau perkembangan pangsapuri dalam tempoh enam bulan. Beliau turut meminta penduduk menubuhkan jawatankuasa pengurusan bertindak bagi memastikan kemudahan pangsapuri dapat dijaga sebaiknya. |
PKR akan minta Latheefa Koya tarik semula surat perletakan jawatan, kata Xavier Posted: 18 Jul 2012 04:59 PM PDT TERKINI Dr Xavier, yang juga merupakan pimpinan MPN, berkata, surat akan dihantar kepada Latheefa untuk meminta peguam itu menarik semula surat perletakan jawatannya. "Kes Latheefa Koya kita akan refer (rujuk) kepada MPN," kata Xavier kepada The Malaysian Insider sebentar tadi. "MPN akan menghubungi Latheefa untuk minta beliau tarik balik surat perletakan jawatan dialah." Latheefa, yang dihubungi sebentar tadi, enggan mengulas kenyataan ahli Exco kerajaan negeri Selangor itu. "Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen lagi mengenai isu ini, terima kasih kerana menghubungi," kata beliau dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider. Peguam lantang PKR itu Isnin lalu meletakkan jawatan sebagai ahli majlis dan Ketua Whip bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Latheefa sebelum ini adalah anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM) dibawah pimpinan Dr Syed Husin Ali. Beliau bersama PKR selepas penggabungan kedua-dua parti Parti Keadilan Nasional (PKN) dan PRM pada awal tahun 2000. |
Ops Sikap: PDRM sekali lagi akan guna pendekatan penguatkuasaan tegas Posted: 18 Jul 2012 04:56 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PULAU AMAN, Pulau Pinang— Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi akan menggunakan pendekatan penguatkuasaan yang lebih tegas dalam Ops Sikap ke-26 sempena Aidilfitri bermula 10 Ogos ini. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid, berkata berdasarkan kajian selepas Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina, Februari lepas, pendekatan itu telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan maut. "Ops Sikap ke-25 merupakan kali pertama kita dapat menurunkan kadar kematian dan untuk Ops Sikap akan datang kita guna pendekatan sama dengan mengeluarkan saman dan kadar kompaun trafik yang tinggi," katanya. Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'Kepolisian Berprofil Tinggi' dengan penduduk Pulau Aman, di sini, hari ini. Beliau berkata Ops Sikap ke-26 selama 26 hari bermula 10 hingga 26 Ogos ini akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Salleh berkata PDRM sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut bagi matlamat memastikan perjalanan selesa dan selamat buat pengguna jalan raya semasa musim perayaan. Dalam Ops Sikap ke-25, Februari lalu, penurunan sebanyak 155 kes kemalangan maut melibatkan 168 kematian dicatatkan berbanding Ops Sikap ke-24 iaitu 183 kes kemalangan maut membabitkan 199 kematian. — Bernama |
BERSIH 1.0: Mahkamah tolak rayuan 16 perayu Posted: 18 Jul 2012 04:48 PM PDT MALAYSIA KINI Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan enam orang, termasuk timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Anggota Parlimen Batu Chua Tian Chang dan Anggota Parlimen Padang Serai N.Gopalakrishnan, untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah mereka membela diri terhadap tuduhan menyertai perhimpunan BERSIH pada 2007.Hakim Datuk K.N.Segara, yang mempengerusikan panel tiga hakim, menolak rayuan mereka setelah membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kerana perkara itu bersifat interlokutori dan oleh itu tidak boleh dirayu. Berikutan keputusan itu, Mohamad Sabu, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Chua, yang dikenali ramai sebagai Tian Chua, Gobalakrishnan, Mohd Salim Yeslam, Ahmad Razali Abd Rahman, Razali Abdul, Muhd Harith Fatillah Shahabudin, Saleh Mohamad Tahir, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd Abi Salam Ariffin, Ishak Othman dan Mohd Zad Abdullah serta dua juvana, perlu membela diri di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Sebutan kes mereka dijadual diadakan di Mahkamah Sesyen pada 29 Ogos. Hakim Segara, yang menduduki panel itu bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Lim Yee Lan, memutuskan bahawa mereka terikat oleh keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendakwa Raya lwn Letchumanan Suppiah bahawa sesuatu keputusan yang dibuat dalam sesuatu perbicaran di mana hak seseorang tidak ditolak sepenuhnya, tidak boleh dibuat rayuan mengikut Seksyen 3 Akta Mahkamah Keadilan (CJA) 1964. Panel itu juga mengambil kira hujah peguam Nasar Khan Mirbas Khan, yang mewakili 14 perayu bahawa Seksyen 3 CJA bukan undang-undang yang baik kerana kesan daripada seksyen itu memberi erti bahawa pihak pendakwaan boleh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan mengenai keputusan sesuatu mahkamah membebaskan perayu pada akhir kes pihak pendakwaan, tetapi perayu tidak boleh berbuat demikian sekiranya keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka. Hakim Segara berkata satu-satunya pilihan yang ada ialah membawa perkara itu ke Parlimen. Peguam Jason Tay mewakili Tian Chua dan Gobalakrishnan. Mereka dituduh menyertai perhimpunan haram berkenaan yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di beberapa tempat, termasuk di perkarangan Masjid Negara, Jalan Istana Baru, Jalan Raja Laut dan berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman antara 1 tengah hari dan 4 petang pada 10 November 2007. Mereka dituduh mengikut Seksyen 143 dan 145 Kanun Keseksaan, dengan tuduhan pilihan mengikut Seksyen 27(4) (a) Akta Polis 1967. Mengikut Seksyen 143, jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. Mengikut Seksyen 145, hukuman yang boleh dikenakan ialah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali. Seksyen 27(5)(a) pula memperuntuk hukuman denda RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun jika sabit kesalahan. Pada 19 November 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskan 16 perayu pada akhir kes pendakwaaan, tanpa memerintah mereka membela diri, tetapi berikutan rayuan yang dikemukakan pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan itu dan memerintah mereka membela diri. - Bernama |
Tak perlu baharui permit penerbitan, lesen cetak selepas 15 Julai Posted: 18 Jul 2012 04:46 PM PDT MALAYSIA KINI Berkuatkuasa 15 Julai lalu, semua pemegang Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan sedia ada tidak perlu memperbaharuinya secara tahunan. Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata lesen dan permit sedia ada yang tamat tempoh selepas tarikh itu akan kekal sah sehingga dibatalkan oleh kerajaan. Bagaimanapun bagi lesen dan permit yang tamat tempoh sebelum 15 Julai, ia perlu diperbaharui, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Permohonan baru bagi kedua-dua kategori pula adalah kekal. Beliau berkata pemegang Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan hendaklah memaklumkan kepada kementerian itu jika mereka berhasrat melakukan pertukaran maklumat dalam Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan masing-masing. Langkah pemansuhan pembaharuan tahunan Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan adalah selaras dengan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012, katanya.- Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan