DIALOG RAKYAT |
- Umno-BN Tipu Rakyat Seperti Tipu Budak Darjah Tiga, Kata Cikgu Lau
- Papagomo Semakin Kecut, Melalut & Mengugut Bila Nurul Izzah Minta Polis Bertindak
- Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya
- Debat esok ruang bagi cari kebenaran, kata Fathul Bari
- Husam bawa kes saman blogger ke Mahkamah Rayuan
- Bersih 3.0: Kes MBMB saman Ketua Wanita MCA Melaka 15 Ogos
- Anggota polis maut terjatuh dari IPD Sepang
- Selangor hantar kumpulan profesional awasi Syabas
- Mas Azzam kunjungi Tuan Guru Nik Aziz
- PAS ragu wartawan jadi pengundi pos
- Nik Aziz: Jika kibar Jalur Gemilang, bendera Pas juga perlu
- Banglo Allahyarham Megat Junid disamun
- Panel Penasihat Bersih diberitahu polis tindak kasar
- Konflik runcing, Selangor mahu rombak Syabas
- Mampukah S’gor atasi krisis air?
- Mayat Gaddafi dipersenda
- Transformasi Najib hanya tukar jenama saja
- TV Hijrah semai perpecahan umat Islam
- 'Kalau bagus sangat, tolong S'gor sedia Kertas Putih'
- Juvana Kelantan: PAS bidas polis
- DAP: BN 'beban' sebenar PNSB
- Muhyiddin dakwa MCA 'tak faham' sentimen akar umbi
- Saman Syabas: RM150,000 derma online berjaya dikumpulkan, kata Tony Pua
- Jakarta masih mesra dengan Anwar walaupun Umno cuba sekat
- Hindraf tuntut Pendidikan Moral tak wajib lulus
Umno-BN Tipu Rakyat Seperti Tipu Budak Darjah Tiga, Kata Cikgu Lau Posted: 18 Jul 2012 04:31 AM PDT KELAB GREENBOC Setiu – Bekas Setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan, Cikgu Lau Chin Chua dukacita apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) kini, menggunakan fitnah, tipu muslihat dan memperbodoh kan rakyat demi mahu mengekalkan kuasa. Katanya, kerana takut kalah dalam pilihanraya umum akan datang Umno-BN telah menipu rakyat dengan mengatakan DAP akan menguasai negara sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. "dia (Umno-BN) guna tipu muslihat dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia, dia kata orang Melayu akan teraniya dengan pemerintahan Pakatan Rakyat, "dia kata apabila Pakatan rakyat menang, Perdana Menterinya (orang) Cina daripada DAP, (Umno-BN) tipu kita (rakyat) serupa tipu budak darjah tiga,"katanya. Namun sebaliknya, rakyat sudah cerdik dan tidak mudah ditipu oleh Umno-BN kerana katanya, rakyat sudah ada banyak sumber berita media baru yang tidak terikat dengan media arus perdana. Bekas guru besar yang juga bekas Pengerusi BN Bahagian Bachok itu berkata demikian ketka beliau berucap dalam majlis Ceramah Menuju Ke Putrajaya yang diadakan di Kampung Renek, Jabi dekat sini, pada Isnin 16 Julai. Sebelum itu, beliau yang mengisytiharkan dirinya keluar dari parti Gerakan pada 3 Januari lalu mendakwa Umno-BN sudah terpesong dari landasan perjuangan apabila pemimpinnya hanya mementingkan projek apabila memegang jawatan. Katanya, jawatan menjadi 'passport' kepada pemimpin Umno-BN untuk menjadi jutawan segera dan hidup dengan kaya raya. "Puak-puak ni sudah 'gelecoh rel' (keluar dari landasan) kerana orang Umno (BN) terlalu mementingkan projek, dia pegang jawatan dia nak projek, jawatan adalah sebagai 'passport' untuk menjadikan orag yang kaya raya, "menyebabkan ambo (saya) tak boleh terima perjuangan puak-puak ni (Umno-BN) jadi ambo mari duduk dengan parti yang masih betul, sebab itu ambo mari tolong parti PAS,"jelasnya. Beliau berkata, mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Umno-BN untuk memerintah negara selama 55 tahun, sudah tidak dianggap satu amanah dan tanggungjawab. Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Exco kerajaan negeri Kelanta Dato' Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim -BO LIHAT VIDEO DI SINI | ||
Papagomo Semakin Kecut, Melalut & Mengugut Bila Nurul Izzah Minta Polis Bertindak Posted: 18 Jul 2012 04:24 AM PDT KELAB GREENBOC Peguam tak mahu layan, Papagomo beri Izzah amaran SHAH ALAM - Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya tidak mahu layan laporan terbaru blog Papagomo kelmarin sementara pemblog itu memberi amaran kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar agar menanti "tamparan maut" dalam waktu terdekat. Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online, Sankara Nair berkata, "kami tidak mahu mengulas laporan-laporan Papagomo yang tidak boleh dipercayai." "Kami tahu laporan itu tidak benar, ini yang boleh kami katakan buat masa sekarang," kata beliau yang bertindak sebagai salah seorang peguam utama Anwar sejak lebih sedekad lalu. Anwar dijangka mengeluarkan reaksi berkenaan laporan itu, hari ini. Beliau akan muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini sebagai saksi pertama dalam kes saman fitnah. "Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan Malaysia berkaitan isu memutar isi kenyataan beliau dalam wawancara BBC," kata kenyataan Biro Komunukasi PKR. Semalam, pihak polis memberitahu Sinar Harian bahawa pihaknya tidak menerima apa-apa aduan berkenaan dakwaan meliwat melibatkan Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat. Kenyataan itu diperoleh ekoran laporan blog itu bahawa seorang mahasiswa di utara Semenanjung membuat laporan polis terhadap Anwar kelmarin. Ekoran kenyataan polis itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui wartawan di Pulau Pinang berkata, beliau hairan mengapa pemblog-pemblog seperti Papagomo yang memfitnah pemimpin-pemimpin PR tidak dikenakan sebarang tindakan. Mengulas kenyataan itu, menerusi entri terbarunya, Papagomo berkata, "sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kebimbangan hati beliau tentang perangai bapanya Anwar Ibrahim." "Wahai Nurul Izzah janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia. "Jika anda menuntut tindakan diambil ke atas Papagomo mengapa anda tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman ke atas (ahli perniagaan yang bertindak sebagai Datuk K) Datuk Eskay, Papagomo dan rangkaian blogger yang lain?" katanya sambil menyoal mengapa hanya mendesak satu pihak dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutamanya Umno apabila sesuatu isu timbul berkaitan Anwar. "Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini, namun amaran buat Nurul Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu tampatan maut untuk Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawab sebagai seorang anak yang menasihati bapanya," katanya lagi. -SH Ulasan GB GB pernah ulas dahulu. Petikan: Fitnah, mereka-reka cerita yang tidak benar, bahasa lucah/mencarut dan gambar porno sudah merupakan perkara asasi dan darah daging blogger proUMNO. Pergi ke mana-mana satu blogger pro-UMNO, anda akan menemui salah-satu daripadanya. Terkutuklah blogger UMNO pemfitnah ini dari dunia sampai akhirat seperti firmanullah Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 Allah tetap benar dengan perkataanNya sekalipun pencacai UMNO tidak menyukainya. klik untuk baca | ||
Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya Posted: 18 Jul 2012 04:17 AM PDT
(Gambar atas: Presiden PAS bersama wakil pimpinan gerakan Islam lain menyertai muktamar ke 7 parti Keadilan Dan Pembangunan Maghribi.) RABAT: PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman. "Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini. "Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik. Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang". Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka. "Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya. Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan. Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi. Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini. Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan. (Gambar bawah: Presiden PAS bersalaman dengan Perdana Menteri Maghribi yang juga Ketua Parti Pembangunan dan Keadilan Islam (PJD), Abdelilah Benkirane.) | ||
Debat esok ruang bagi cari kebenaran, kata Fathul Bari Posted: 18 Jul 2012 04:10 AM PDT SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi esok adalah ruang bagi mencari kebenaran dan bukannya menentukan kemenangan. Debat Sinar Harian kali ketiga mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa. Menurutnya, orang muda pada masa kini lebih ingin mengetahui kebenaran apa yang berlaku, bukan untuk mencari perbalahan atau kemenangan dalam sesuatu isu. "Siapa juara dalam sesuatu isu bukan perkara utama, apa yang penting adalah penerangan agar semua pihak memahami perkara yang terjadi. "Umno tidak mahu menjadi seperti Pas yang sering mengaitkan sesuatu isu dengan politik," katanya ketika dihubungi semalam. Fathul Bari berkata, apa yang dilakukan oleh Umno adalah mengenal pasti sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaian, bukan hanya berdiam diri. Debat Sinar Harian kali ini akan berlangsung pada jam 5 petang di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini. Seperti dua debat sebelum ini, program kali ini juga atas jemputan, kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali. "Oleh itu, kami berharap mereka yang menerima jemputan akan berada awal pada hari debat akan dilangsungkan," katanya lagi. Namun katanya, mereka yang tidak berkesempatan mengikutinya secara langsung boleh menonton rakaman menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv mulai jam 9 malam pada hari debat. Debat berkenaan akan dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. Mereka yang ingin mengemukakan soalan kepada kedua-dua pendebat itu, boleh menyalurkannya ke akaun https://twitter.com/#!/sinaronline atau http://www.facebook.com/SinarHarian atau e-mel editor.online@sinarharian.com.my. | ||
Husam bawa kes saman blogger ke Mahkamah Rayuan Posted: 18 Jul 2012 04:08 AM PDT
KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) akan membawa kes samannya terhadap blogger Mohd Faisal Rohban Ahmad ke Mahkamah Rayuan. Peguamnya, Hisham Fauzi berkata, beliau sudah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan kes tersebut di Mahkamah Rayuan. "Datuk Husam sekarang berada di luar negara, pengurusan kes tersebut di mahkamah lebih tinggi akan dibuat sekembalinya dari luar negara nanti," katanya di sini. Semalam Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah difailkan Husam terhadap blogger terbabit yang dikaitkan dengan blog ruangbicarafaisal (rbf). Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak dengan kos kerana plaintif gagal membuktikan Mohd Faisal merupakan pemilik blog ruangbicarafaisal.blogspot.com. Peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal. Blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana yang didakwa berunsur fitnah terhadap Husam bertajuk, "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta." Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya. Ekoran itu plaintif mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi sebanyak RM500,000. | ||
Bersih 3.0: Kes MBMB saman Ketua Wanita MCA Melaka 15 Ogos Posted: 18 Jul 2012 04:07 AM PDT Kian didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Megamall di sini pada 28 April lepas sehingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan itu mengalami kerugian. Hakim Abu Bakar Katar menetapkan tarikh itu selepas Kian yang hadir di mahkamah memohon untuk melantik peguam dan mengemukakan pernyataan pembelaan. Mahkamah juga diberitahu oleh MBMB yang diwakili Tetuan Muhammad Jailani & Partners bahawa mereka masih gagal menyerahkan saman terhadap lima lagi individu iaitu Khoo Poay Tiong; Philip Chua; Yuhaizad Abdullah; Halim Bachik dan Abd Ghani Abd Rahman yang turut dinamakan sebagai defendan. Pada 4 Mei lepas, MBMB yang memfailkan saman dengan menamakan Kian sebagai defendan keenam mendakwa kesemua mereka adalah penganjur atau peserta atau penyokong atau pemberi arahan atau pencetus rasa marah serta orang yang bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan tidak sah itu sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian apabila harta benda awam dirosakkan. Dalam pernyataan tuntutan itu juga, MBMB mendakwa para peserta dan penyokong perhimpunan itu telah memasuki dan berkumpul di hadapan pintu masuk dataran berkenaan dengan niat mencetuskan kekacauan serta mengganggu ketenteraman awam. MBMB turut mendakwa larangan dan arahan yang dikeluarkan penguatkuasanya bagi menyuraikan para penyokong atau peserta perhimpunan di dalam kawalan defendan-defendan tidak diendah sehingga menyebabkan lapan anggota penguatkuasa cedera apabila besi penghadang yang disusun, diasak dan ditolak penyokong perhimpunan itu. Justeru, MBMB memohon ganti rugi teladan, am dan khas, kos dan lain-lain relif yang dianggap adil dan berpatutan oleh mahkamah. - Bernama | ||
Anggota polis maut terjatuh dari IPD Sepang Posted: 18 Jul 2012 04:05 AM PDT Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, anggota terbabit yang terjatuh pada ketinggian 120 kaki (40 meter) mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Difahamkan, sebelum kejadian berlaku, anggota berasal dari Sabah itu berada di IPD Sepang untuk menghadiri kursus. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi semasa Konstabel Mohd Urin Subaiton, 27, yang sedang mengikuti kursus motosikal B2 di IPD itu, meminta diri untuk keluar ke tandas. Beliau berkata, beberapa minit kemudian, beberapa pegawai dan anggota di IPD itu melihat Mohd Urin, yang bertugas di Balai Polis Sungai Buloh, memanjat tangga menara komunikasi setinggi kira-kira 80 meter itu, dan mereka cuba memujuknya supaya turun tetapi gagal. Zaldino berkata, siasatan awal menunjukkan Mohd Urin tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan disiplin atau masalah peribadi, namun dia dipercayai mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini. Beliau berkata, Allahyarham yang mengalami kecederaan di bahagian kepala serta kaki, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. | ||
Selangor hantar kumpulan profesional awasi Syabas Posted: 18 Jul 2012 04:03 AM PDT
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di Selangor. Kumpulan profesional ini dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pengawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut, (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor). Demikian umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini. Pengumuman ini berikutan kenyataan beliau semalam, kerajaan negeri akan 'step in' dalam pengurusan Syabas. Ia dibuat berikutan kenyataan Syabas akan membuat catuan air di Selangor. Bagi kerajaan negeri, kenyataan ini satu kenyataan politik yang mahu menyusahkan kerajaan dan rakyat negeri Selangor. Ini kerana, bagi mereka, catuan air tidak perlu kerana kesemua empangan air yang ada penuh dan tidak masalah. "Kumpulan profesional ini dihantar kerana Syabas gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi," kata Khalid dalam kenyataannya. Kerajaan Negeri Selangor, katanya, yakin kumpulan ini akan dapat bekerjasama dengan Syabas kerana semua anggotanya berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air. Sementara itu, Kerajaan Negeri juga sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasrat kerajaan Selangor untuk 'step in' dalam pengurusan Syabas kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Ahli EXCO Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya pada petang ini secara peribadi kepada KETTHA kerana Kerajaan Negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sedang hadapi puasa "Kita berharap Syabas dan Kerajaan Pusat tidak menyalahgunakan isu air untuk menyusahkan rakyat terutama kepada umat Islam yang akan mula berpuasa hujung minggu ini," kata Khalid. Kerajaan Selangor, tambah beliau, konsisten dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006. | ||
Mas Azzam kunjungi Tuan Guru Nik Aziz Posted: 18 Jul 2012 04:00 AM PDT
(Mas Azzam bersolat bersama Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10) KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan artis Indonesia 'Mas Azzam' pelakun filem 'Bila cinta bertasbih' dan Yatt Hamzah di JKR 10 sebentar tadi. Mereka hadir untuk memenuhi undangan kerajaan negeri Kelantan untuk program Bicara Selebriti pada malam ini di Balai Islam, Lundang. Di samping bertemu, mereka sempat solat Zohor dengan berimamkan Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10. Empat artis termasuk Mas Azam atau nama sebenarnya Khairul Azzam akan menyertai program Bicara Selebriti malam ini di Dewan Balai Islam, Lundang. Selain Mas Azzam dan Yatt, turut serta malam ini adalah Ana Rafalli dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Program ini akan dipengerusikan oleh Amin Idris, pengacara TV Al Hijrah. (Sidang media bersama antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Mas Azzam dan Yatt) | ||
PAS ragu wartawan jadi pengundi pos Posted: 18 Jul 2012 03:56 AM PDT
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, SPR perlu menjelaskan mekanisme berhubung perkara ini bagi mengelakkan undi pos dimanipulasi. "Bila sebut petugas media, daripada wartawan hinggalah jurukamera boleh memohon mengundi secara pos. "PAS khuatir undi pos di kalangan mereka ini akan disalahguna lebih-lebih lagi pengundi pos tak guna dakwat kekal," kata beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) selepas pertemuan dengan kakitangan pejabat PAS dan Harakah di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa ali dan AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar. SPR akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik di Semenanjung Malaysia di Hotel Marriott Putrajaya esok. SPR pada pertemuan yang akan bermula jam 8.30 pagi hingga dua petang itu akan menyampaikan taklimat berkenaan proses pilihan raya dan simulasi proses pengundian termasuk penggunaan dakwat kekal. Februari lalu, SPR bersetuju menimbang permohonan petugas media yang mahu mengundi secara pos. Ianya susulan cadangan yang dikemukakan PSC mengenai undi pos buat kumpulan wartawan. | ||
Nik Aziz: Jika kibar Jalur Gemilang, bendera Pas juga perlu Posted: 18 Jul 2012 03:49 AM PDT KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tidak akan mengendurkan semangat berpolitik walaupun negara akan menyambut Bulan Kemerdekaan bulan depan. Mengakui bahawa sambutan kemerdekaan penting, Nik Aziz berkata, politik tetap akan menentukan pemerintahan dan hala tuju sesebuah negara. "Kita tidak boleh melupakan 'bendera parti' walaupun Kempen Kibar Jalur Gemilang diadakan. Kalau tidak ada parti, maka negara atau negeri tidak dapat diperintah. "Zaman dahulu, zaman tidak ada parti politik. Justeru negara atau negeri pada masa itu diperintah oleh raja-raja. Tetapi sekarang ada parti politik, maka di samping Jalur Gemilang, bendera parti perlu ada," katanya. Beliau yang juga Mursyidul Am Pas bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-55 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini malam tadi. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang membaca perutusan kemerdekaan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. | ||
Banglo Allahyarham Megat Junid disamun Posted: 18 Jul 2012 03:47 AM PDT Seorang pengawal keselamatan turut diikat sebelum ketiga-tiga penjenayah itu menggeledah banglo berkenaan dan melarikan pelbagai barangan berharga dalam kejadian yang berllaku kira-kira jam 5.40 pagi tadi. | ||
Panel Penasihat Bersih diberitahu polis tindak kasar Posted: 18 Jul 2012 03:39 AM PDT KUALA LUMPUR - Panel Penasihat Bersih diberitahu bahawa terdapat beberapa anggota polis bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Pengerusinya, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, ini hasil keterangan yang diberikan beberapa saksi dalam siasatan yang dijalankan panel tersebut. Menurutnya, setakat ini hanya seramai lapan saksi tampil memberi keterangan berkaitan salah laku polis dan perjalanan perhimpunan itu. Bagaimanapun menurut beliau, jumlah saksi yang tampil setakat ini belum mencukupi. "Kami telah memanggil sebahagian anggota polis yang bertugas sepanjang perhimpunan. Walaupun terdapat dakwaan pelbagai pihak menyatakan berlaku kekasaran, tetapi mereka yang tampil untuk menjadi saksi amat mendukacitakan. "Sekiranya tiada saksi yang tampil, pihak polis (hanya boleh) mengambil tindakan tatatertib terhadap anggotanya yang bertindak kasar dalam perhimpunan itu," katanya selepas mendengar keterangan beberapa saksi di Kelab Diraja Selangor di sini. Sebelum ini, beliau pernah berkata bahawa sekiranya tiada mana-mana pihak tampil menjadi saksi terhadap dakwaan-dakwaan yang dikemukakan, bermakna polis hanya boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota yang bertindak kasar. Antara saksi yang hadir member keterangan hari ini ialah editor akhbar The Sun, R Nadeswaran yang berada di Rumah Kelab Diraja Selangor semasa perhimpunan itu. Beliau memberikan keterangan apa yang berlaku di kawasan sekitar rumah kelab pada hari berkenaan. Mohammed Haniff berkata, salah seorang saksi mendakwa beliau melihat beberapa anggota polis bertindak kasar terhadap peserta yang ditahan ketika lalu di hadapan rumah kelab bagi dikumpulkan di kawasan lapang sebelum dibawa ke pusat tahanan. Beliau berkata, saksi memberitahu ada melihat peserta yang berlumuran darah tetapi tidak mengetahui punca bagaimana ia berlaku, kebanyakan yang ditahan adalah peserta lelaki, mereka dipegang oleh anggota polis ketika dibawa ke tempat berkumpul. "Bagi peserta wanita pula, mereka hanya diiringi oleh anggota polis," katanya. Panel penasihat ini ditubuhkan bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April lalu. Selain itu panel penasihat ini boleh dijadikan saluran alternatif oleh mana-mana pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, bahan bukti dan sebagainya terutama yang berkaitan dengan perhimpunan itu. Panel penasihat ini dianggotai oleh Mohammed Haniff, selaku pengerusi manakala ahli panelnya terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip; Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail. Bagaimanapun dua ahli panel terbabit iaitu Shim Lip dan Mohammad Medan telah menarik diri kerana masalah kesihatan dan bebanan tugas. | ||
Konflik runcing, Selangor mahu rombak Syabas Posted: 18 Jul 2012 03:36 AM PDT SHAH ALAM - Konflik antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Negeri Selangor dilihat meruncing dengan perkembangan terbaru - pentadbiran kerajaan negeri memutuskan untuk merombak pengurusan syarikat pembekalan air itu. Langkah 'step-in' diumumkan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan, petang ini. Dua hari lalu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bahawa ia akan mengambil alih pengurusan Syabas dalam tempoh dua minggu ini ekoran cadangannya mahu mengadakan catuan air di kawasan utama di Lembah Klang. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor berkata pihaknya perlu mendapatkan persetujuan Kerajaan Pusat selari dengan perjanjian semasa, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Di bawah proses rombakan pengurusan ini, Xavier berkata, semua kakitangan Syabas dalam kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran pertengahan akan dikekalkan, sebaliknya hanya melibatkan peringkat pengurusan kanan. "Semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula. "Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi," kata beliau. BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA PENUH DIKELUARKAN PETANG INI: Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses 'Step-In' Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini. Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas, sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja. Dalam kata lain, Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka. Sepatutnya, Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata. Kita juga ingin menegaskan di sini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air kerana Syabas tidak diperuntukkan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moral kepada rakyat Selangor. Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran). Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik. Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 perjanjian konsesi air untuk 'step in' dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini. Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa: Semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula. Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses 'step-in' Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi. | ||
Mampukah S’gor atasi krisis air? Posted: 18 Jul 2012 01:02 AM PDT Menteri Besar terpaksa cepat bertindak kerana krisis air dipercayai benar-benar sedang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kerajaan negeri akhirnya menyatakan hasrat mahu mengambil alih pentadbiran syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi mengatasi masalah bekalan air atau disebut 'krisis air' yang melanda sekarang ini. Ini berikutan kegagalan Syabas menyediakan air yang dirawat yang mencukupi dan kegagalan mengurangkan jumlah air yang tidak membawa hasil (NRW – non revenue water), demikian menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, kerajaan negeri boleh bertindak untuk mengambil alih pentadbiran Syabas berdasarkan perjanjian konsesi dan kerajaan Selangor telah pun memaklumkan perkara ini kepada Syabas. Abdul Khalid terpaksa cepat bertindak kerana krisis air dipercayai benar-benar sedang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seperti yang didakwa Pegawai Operasi Syabas Datuk Lee Miang Koi. "Berdasarkan kepada keadaan terkini iaitu bagi tempoh Mei hingga awal bulan Julai ini, rezab bekalan air secara keseluruhan adalah antara 1.15 peratus hingga kira-kira 2.04 peratus," katanya ketika menyampaikan taklimat pada Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Shah Alam baru-baru ini. Semalam Syabas mendakwa berlaku krisis air di beberapa bahagian di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun penawaran air mentah, air yang belum dirawat, lebih dari mencukupi dan turunnya hujan dalam beberapa hari kebelakangan ini. Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, V Subramaniam berkata, krisis air tidak ada kena mengena dengan berapa banyak air yang tersimpan di empangan-empangan di negeri ini. "Krisis air berlaku kerana kekurangan jumlah air yang dirawat untuk memenuhi keperluan, katanya, sambil menyalahkan Menteri Besar kerana mengelirukan rakyat kononnya empangan penuh dengan air dan malahan melimpah. Kegagalan Syabas Sebaliknya exco negeri Dr Xavier Jayakumar yang telah melawat beberapa empangan air membidas kenyataan Syabas dengan mempertikaikan kegagalan syarikat konsesi air itu untuk merancang dan mengurus air dengan baik. Sebanyak 29 dari sejumlah 34 loji air di Selangor dipajakkan kepada Syabas. Isu air di Selangor sudah berlarutan sejak sekian lama di mana kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan saling salah menyalahkan di antara satu sama lain. Isu air sudah menjadi isu politik yang berbelit-belit dan mengelirukan. Rakyat terbanyak sudah tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang patut disalahkan dalam perkara ini. Kerajaan negeri mahu menstrukturkan semula industri air manakala kerajaan pusat pula mahu loji Langat 2 dibina segera dengan menebuk Banjaran Titiwangsa bagi menyalurkan air dari Pahang. Kerajaan negeri enggan membina loji Langat 2 kerana kos projek itu terlaku tinggi manakala keperluan air boleh didapati dengan cara lain yang lebih murah. Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin, loji Langat 2 menelan belanja RM8.9 bilion tetapi beliau mendakwa ini lebih murah berbanding kos mendapatkan air dari sumber-sumber yang lain. Kroni Umno Lebih merumitkan keadaan apabila Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Faekah Husin mendakwa pembinaan loji Langat 2 akan menguntungkan kroni-kroni Umno dan kesannya, berupa tarif air yang tinggi, yang akan ditanggung oleh rakyat. Faekah pernah mengugut untuk mendedahkan nama-nama syarikat milik Umno dan kuncu-kuncunya yang akan mendapat faedah dari projek ini tetapi sehingga hari ini, beliau belum mendedahkan nama-nama syarikat tersebut. Peter Chin juga pernah memberitahu bahawa projek pembinaan loji Langat 2 mendapat pembiayaan dari kerajaan Jepun. Kelewatan pembinaan loji tersebut akan mengakibatkan kerajaan pusat menanggung kerugian kerana terpaksa menanggung kos menservis pinjaman tersebut yang menurut beliau sebahagiannya telah pun dikeluarkan. Berdasarkan fakta-fakta ini adalah agak sukar bagi kita, terutama para pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, untuk mengharapkan masalah ini dapat diatasi dengan seberapa segera. Krisis air juga sedang menguji kecekapan dan kemampuan kerajaan negeri menangani masalah ini kerana air merupakan satu keperluan asas yang sangat penting bagi kehidupan seharian. Kerajaan negeri Selangor harus mencari jalan penyelesaian segera dan melaksanakan program serta rancangan sebagai jalan alternatif, sekiranya enggan membina loji Langat 2. Memandangkan pilihan raya umum ke 13 semakin hampir, ini merupakan satu ujian getir buat Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat. Kerajaan Umno-Barisan Nasional sudah pasti mahu melihat Menteri Besar kecundang dalam isu ini bagi memudahkan mereka merampas kembali negeri terkaya itu. | ||
Posted: 18 Jul 2012 12:58 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE TRIPOLI- Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam. Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda. Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak. Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi. Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai. Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu. Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing. Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung. Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: "Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar." Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi. Ia disiarkan kurang dua minggu selepas pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya akan dimenangi oleh parti liberal sekular. Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969. Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia.- DM | ||
Transformasi Najib hanya tukar jenama saja Posted: 18 Jul 2012 12:52 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR: Program Transformasi Politik (PTP) yang dibanggakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah program tukar jenama sahaja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Ia tak ubah seperti wain yang lama juga tetapi di dalam botol yang baru," kata beliau ketika menyokong pandangan yang menyifatkan Akta Keharmonian Nasional sebenarnya adalah akta yang mempunyai nama yang salah. Pandangan tersebut menyifatkan akta tersebut tidak memupuk keharmonian sebaliknya akan menyebabkan suasana tidak harmoni. Lantaran itulah, menurut pandangan tersebut, nama Akta Keharmonian Nasional tidak sesuai dengan akta yang menggantikan Akta Hasutan 1948 itu. "Tujuannya masih sama. Malah ia memberikan lebih banyak kuasa kepada kerajaan untuk menindas hak rakyat untuk bersuara. "Semua program transformasi Najib tak ubah seperti orang yang tukar kopi tongkat ali kepada kopi tunjuk langit. Tujuannya sama, nak 'power' yang lebih dari yang sepatutnya," kata Mahfuz. Beliau menyifatkan sifat atau ciri utama Akta Keharmonian Nasional itu masih sama dengan Akta Hasutan 1948 iaitu menafikan keadilan untuk rakyat. "Begitulah juga program transformasi Najib yang lain, ia sama ada tidak adil atau menafikan keadilan untuk rakyat. "Semua itu tidak bertujuan untuk memberikan keadilan kepada rakyat tetapi semata-mata untuk mengukuhkan kuasa Najib atau untuk publisiti murahan kepadanya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Najib, kata Mahfuz, sepatutnya merasa malu kerana semua program transformasinya tidak diterima oleh mereka yang boleh berfikir dengan baik. "Bukan sahaja tidak diterima, malah Najib dianggap sebagai demokrat palsu (false democrat) oleh akhbar luar negara," katanya. Baru-baru ini, akhbar Kanada, menyifatkan Najib sebagai 'false democrat'. Najib diletakkan pada kategori pertama sebaris dengan Najib Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden Palestin Mahmoud Abbas; Presiden Algerian, Abdelaziz Bouteflika; Perdana Menteri Ethiopiam, Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. Antara yang sebelum ini digelar 'false democrat' ialah Presiden Yogoslavia, Slobodan Milosevic dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.-harakahdaily | ||
TV Hijrah semai perpecahan umat Islam Posted: 18 Jul 2012 12:44 AM PDT Tangan kotor yang memburukkan perbezaan antara Syiah dan Sunni bukanlah terdiri daripada golongan Syiah dan Sunni. Saluran Televisyen Al Hijrah merupakan salah satu saluran yang mempunyai ramai bilangan penontonnya. Sikap, pemahaman, pandangan dan tindakan mereka yang menonton rancangan televisyen itu akan dipengaruhi apa yang mereka tonton. Oleh sebab itu, sebagai pengendali saluran Islam, anda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan penelitian yang rapi dalam penyampaian mesej melalui saluran televisyen kepada penonton agar ia tidak melanggar ajaran al Quran yang menuntut kebaikan dan melarang kemungkaran. Al Hijrah, dalam kenyataan misi dan visinya, telah berjanji untuk menjadi stesen penyiar dengan misi untuk mendidik, menghibur dan menyatukan ummah melalui siaran yang berkualiti dan kreatif berdasarkan ajaran Islam yang sesuai dengan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Memandangkan misi yang suci ini, kami amat terkejut apabila mendapati bahawa TV Al Hijrah menyiarkan suatu diskusi panel di mana ahli panel yang dianggap sebagai sarjana Islam membuat tuduhan tidak berasas terhadap Syiah yang hanya akan menimbulkan perpecahan dan kebencian dalam kalangan umat Islam. Mereka menuduh Syiah berkomplot bersama Yahudi, menganggap Islam Sunni sebagai anjing, mengamalkan penipuan, dan tuduhan lain yang mengapi-apikan yang boleh menimbulkan kebencian Islam Sunni terhadap saudara Syiah mereka. Kenyataan provokasi seperti itu jelas melanggar perintah Allah swt: Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah antara kamu… [Surah Al Imran 3:103]. Kutuk Syiah Siaran TV yang mengutuk Syiah menjejaskan inisiatif yang diambil untuk menggalakkan pemahaman yang lebih luas antara mereka dan kita golongan Sunni dalam usaha untuk menguatkan perpaduan Islam selaras dengan pengajaran al Quran. Pada Julai 2005, berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh 24 ulama' kanan (termasuklah Sheikh Al Azhar, Ayatollah Sistani dan Sheikh Qaradawi), Raja Abdullah II dari Jordan telah menganjurkan satu persidangan Islam antarabangsa yang dihadiri oleh 200 sarjana Islam terkemuka dunia dari 50 negara yang telah mengeluarkan fatwa berikut: • Sesiapa sahaja yang patuh kepada salah satu daripada empat Usuluddin Islam mazhab Sunni (Hanafi, Maliki, Shafei dan Hanbali), dua Usuluddin Islam mazhab Syiah (Ja'fari dan Zaydi), Usuluddin Islam mazhab Ibadi dan Usuluddin Islam mazhab Thahiri adalah seorang Islam. Mengisytiharkan seseorang itu sebagai murtad adalah mustahil dan tidak dibenarkan. • Terdapat lebih banyak persamaan antara pelbagai mazhab Usuluddin Islam berbanding dengan perbezaan antara mereka. Pengikut lapan mazhab Usuluddin Islam ini bersepakat dalam perkara prinsip asas Islam. • Semua percayakan Allah (Tuhan), dimuliakan dan ditinggikan, esa dan unik; al Quran itu suci dan wahyu yang dipelihara dan dilindungi oleh Allah, dimuliakan serta tiada sebarang perubahan dan pindaan; dan Muhammad s.a.w adalah Rasul dan Nabi untuk semua manusia. • Semua bersetuju mengenai lima rukun Islam: mengucap dua kalimah syahadah; solat; mengeluarkan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Mekah. Semua bersepakat mengenai rukun Iman: percaya kepada Allah, Malaikat, Al Quran, Rasul, Hari Kiamat dan Qada dan Qadar. • Ketidaksepakatan antara ulama antara lapan mazhab Usuluddin Islam itu hanya pada cabang agama (furu') dan beberapa asas (usul) [agama Islam]. Ketidaksepakatan tentang cabang agama (furu') adalah satu rahmat. Lama dahulu dikatakan bahawa kepelbagaian pendapat dalam kalangan ulama adalah satu rahmat. Pelbagaian pendapat satu rahmat Fatwa itu diterima dengan sebulat suara di sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Mekah pada Disember 2005 dan oleh enam perhimpunan ulama' Islam antarabangsa lain, kemuncaknya dengan Akademi Fekah Islam Antarabangsa yang berpusat di Jeddah pada Julai 2006. Jumlahnya, lebih 500 ulama' Islam terkemuka dari seluruh dunia menerima dengan sebulat suara fatwa dan Mesej Amman. [Kunjungi laman sesawang rasmi Mesej Amman (Amman Message) untuk senarai lengkap mereka yang menerima fatwa itu]. Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa, Islam dan Satu Ummah, dan mazhab Usuluddin Islam, menyeru supaya diketepikan ketidaksepakatan antara orang Islam, menghormati antara satu sama lain, menguatkan hubungan persaudaraan dan tidak membenarkan perpecahan dan campurtangan luar. Ia menasihatkan pengajaran fekah berkaitan perpaduan Islam kepada pelajar sekolah menengah dan universiti. Ia menyarankan pihak berkuasa berkaitan di negara Islam mengambil langkah untuk mencegah percetakan, penyebaran dan pengedaran penerbitan yang menambahkan lagi perpecahan ummah. Resolusi 152 juga menekankan jangan menyalahkan mana-mana lapan mazhab Usuluddin Islam kerana tindakan yang salah daripada pelampau seperti membunuh mereka yang tidak bersalah, menjatuhkan maruah dan merampas harta mereka. Terdapat elemen pelampau dalam kalangan Syiah dan Sunni yang di beberapa negara menggunakan kekerasan, malah kadangkala di dalam masjid sendiri. Dialog Sunni-Syiah Elemen seperti ini perlu didedahkan dan diasingkan kerana ia menyemai perpecahan dalam kalangan umat Islam dan memperburukkan lagi Islam. Dialog antara Syiah dan Sunni mestilah digalakkan dan disuburkan, dan sebarang perbincangan mengenai perbezaan mestilah dibincangkan dalam suasana persaudaraan. Imam Khomeini berpesan kepada golongan Syiah yang mengerjakan Haji agar tidak mengasingkan diri mereka daripada orang Islam yang lain. Beliau menasihati jemaah Haji: "Rakyat Iran dan golongan Syiah dari negara lain dikehendaki untuk mengelakkan semua tindakan yang boleh menimbulkan perpecahan sesama umat Islam. Mereka juga perlu menyertai perhimpunan Sunni dan mengelakkan menghadiri atau membentuk solat di rumah atau memasang pembesar suara untuk menentang mereka. Mereka mestilah mengelakkan daripada melutut di makam suci atau melakukan apa sahaja yang tidak selaras dengan undang-undang yang mulia." Kita perlu menyedari bahawa konflik mazhab sebenarnya digalakkan oleh kuasa Barat yang mahu mengenakan hegemoni mereka ke atas umat Islam dan mengawal sumber di negara Islam. Pecah dan perintah telah menjadi dasar mereka sejak berakhirnya Perang Dunia Pertama. Mereka menipu pemerintah Arab supaya menyokong perang mereka terhadap Khilafah Usmaniyah dengan menjanjikan kemerdekaan bagi tanah Arab, tetapi selepas mengalahkan Turki, Britain dan Perancis membahagikan wilayah antara mereka dan menubuhkan Israel dan Arab Saudi. Kita dapat melihat ulangan dasar yang sama di Iraq, Lebanon dan Pakistan. Kuasa penjajah berusaha untuk memecahkan negara ini melalui mazhab dan suku kaum; menghasut negara Arab 'sederhana' menyertai Amerika Syarikat dan Israel bagi memusnahkan Hizbullah di Lebanon, Hamas di Palestin dan melakukan pertukaran rejim di Iran. Ulama' alat penjajah Amat dikesalkan sekali, beberapa ulama' membenarkan diri mereka digunakan sebagai alat oleh penjajah dan pemerintah-pemerintah bagi mewujudkan perpecahan dalam kalangan umat Islam. Kita perlu memberi perhatian kepada amaran yang diberikan oleh Imam Khomeini lebih 25 tahun yang lalu: "Tangan kotor yang memburukkan perbezaan antara Syiah dan Sunni bukanlah terdiri daripada golongan Syiah dan Sunni. Ia merupakan tangan penjajah yang merancang untuk membawa keluar negara Islam daripada tangan kita. Kuasa penjajah yang mahu merampas kekayaan kita melalui pelbagai skim dan konspirasi adalah mereka yang melahirkan rancangan untuk mewujudkan perpecahan di antara fahaman Syiah dan Sunni." Kami merayu kepada anda agar memainkan peranan proaktif dalam menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam dan memberikan publisiti yang meluas kepada Mesej Amman dan Resolusi 152 Akademi Fekah Islam Antarabangsa. Anda juga perlu menghasilkan program berhubung sejarah asal cabaran yang dihadapi oleh umat Islam terutama sekali Balkanisasi dan penjajahan Barat di Semenanjung Arab selepas Perang Dunia Pertama. Kami juga menyarankan supaya penerbit rancangan anda mengkaji The Unmaking of the Middle East oleh Jeremy Salt dan The Ethnic Cleasing of Palestine oleh Ilan Pappe dan menghasilkan rancangan berdasarkan karya itu. Bersama ini saya sertakan dokumen untuk maklumat anda dan menyebarkannya kepada penerbit rancangan TV Al Hijrah:
* Komen berbentuk surat ini telah dikirimkan oleh penulis yang juga Pengerusi, Citizens International kepada Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Komen/surat ini dipetik dari harakahdaily. | ||
'Kalau bagus sangat, tolong S'gor sedia Kertas Putih' Posted: 18 Jul 2012 12:24 AM PDT Jika DAP begitu mahir memulihkan pembelian hutang Talam Corporation oleh kerajaan Selangor, mereka patut membantu menyediakan Kertas Putih berhubung perkara itu yang lama tertangguh dan bukannya terus melontarkan cabaran debat. "Jika DAP ada semua jawapan, jadi tolong bantu kerajaan Selangor selesaikan Kertas Putih," kata anggota jawatankuasa Pusat MCA Chua Tee Yong dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur hari ini. Chua mengulas kepada cabaran setiausaha publisiti DAP Tony Pua terhadapnya supaya berdebat dalam isu Talam. Chua berkata, cabaran perdebatan itu tiada kena mengena dengan isu seputar Talam. "MCA menyoal soalan yang sah dan relevan. Jika mereka tidak gembira, jadi tolonglah kerajaan Pakatan menyelesaikan Kertas Putih supaya kita dapat tahu transaksi terperincinya. "Ini tidak berkaitan dengan saya atau sesiapa pun untuk menang berdebat," tambah Chua lagi. | ||
Juvana Kelantan: PAS bidas polis Posted: 18 Jul 2012 12:22 AM PDT PAS membidas kenyataan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang menuding jari kepada ibu bapa dalam isu tahap jenayah juvana di negeri pimpinan parti Islam itu yang dikatakan membimbangkan. Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membuat laporan, pihak polis tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana ia berlaku bawah pengetahuan mereka. "Kalau sudah tahu (wujud jenayah), polis boleh ambil tindakan, kenapa nak salahkan (ibu bapa). "Betullah, ibu bapa (kena buat aduan), tetapi polis dah tahu (menjadi) pihak berkuasa untuk menguatkuasa undang-undang, dia boleh ambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. "Polis tak boleh kata, 'kami tidak dapat nak selesaikan kerana ibu bapa tak buat laporan," katanya kepada Malaysiakini semalam. Beliau mengulas kenyataan Jalaludin kelmarin yang dilaporkan berkata, pihaknya kecewa dengan sikap ibu bapa dan sekolah yang tidak melaporkan kesalahan melibatkan remaja walaupun tahap jenayah juvana negeri itu membimbangkan. Katanya, banyak kesalahan juvana melibatkan kes rogol, perbuatan sumbang dan kecurian dalam keluarga tidak dilaporkan bagi menjaga air muka dan nama baik keluarga.| Menurut Jalaluddin, sebanyak 186 kes juvana dilaporkan pada 2010 dengan 305 pelajar ditahan kerana melakukan kesalahan itu. Beliau bagaimanapun berkata, terdapat penurunan sebanyak 151 kes tahun lalu, dengan seramai 229 pelajar ditahan. Manakala tahun ini terdapat 68 kes juvana. Beliawanis MCA: Kaji semula dasar berkaitan Wanita Sementara itu, Pengerusi Beliawanis MCA Tee Hooi Ling pula dalam kenyataannya mendesak Kelantan menilai semula dasar berkaitan wanita susulan pelbagai laporan yang mendakwa peningkatan kes rogol dan perlakuan sumbang di negeri itu. Tee mendakwa kes rogol di negeri itu tertinggi di Malaysia dan sejak dahulu lagi ramai wanita yang menjadi mangsa pencabulan seksual dipaksa berdiam diri. "Inilah masanya kerajaan negeri yang diterajui PAS untuk mendengar rintihan wanita dan memberi mereka keadilan terhadap apa yang mereka lalui," katanya | ||
Posted: 18 Jul 2012 12:20 AM PDT Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mampu memikul hutang RM230 juta untuk tanah yang diperoleh daripada Perbadanan Menteri Besar Selangor kerana kedudukan kewangannya meningkat selepas 2008, kata Tony Pua. Setiausaha publisiti DAP itu berkata, kewangan PNSB yang sebelum ini mengalami kerugian untuk empat tahun berturut-turut sejak 2005, kini berkembang pesat selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor. "Selain rugi RM15.6 juta pada 2008, firma pembangunan negeri itu, selepas beralih daripada BN kepada Pakatan, PNSB merekodkan keuntungan RM8 juta pada 2009, RM23.4 pada 2010 dan RM28.4 pada 2011," kata Pua (kanan). Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong pada 13 Julai lalu meminta penjelasan kerajaan Selangor mengenai beban hutang yang terpaksa ditanggung PNSB ekoran pembelian tanah di Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya dari kerajaan negeri. Beliau dilaporkan berkata, berdasarkan laporan akaun PNSB tahun 2009, perbadanan itu dalam keadaan kewangan yang sihat, bebas hutang serta memiliki wang tunai dan simpanan tetap sebanyak RM76 juta. Bagaimanapun, tambahnya, PNSB kini terpaksa menanggung pinjaman bank dan bayaran faedah berjumlah RM316 juta gara-gara pembelian dua tanah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor itu. | ||
Muhyiddin dakwa MCA 'tak faham' sentimen akar umbi Posted: 18 Jul 2012 12:15 AM PDT MALAYSIA KINI Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah menyinggung perasaan pemimpin parti komponennya dengan menuduh MCA "tidak memahami" sentimen golongan Cina.Muhyiddin dalam mesyuarat agung Umno bahagian Batu pada Ahad lalu didakwa telah menuduh parti komponen BN – khususnya MCA dan MIC – gagal memahami sentimen golongan Cina dan India. Satu laporan Sin Chew Daily melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, pemimpin tempatan perlu memahami sentimen semua kaum untuk membolehkannya memenangi mana-mana kerusi. Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau biasanya akan menerima taklimat berhubung sentimen akar umbi apabila beliau mengunjungi bahagian Umno. Namun parti komponen nampaknya bermasalah untuk memberi taklimat itu, katanya dalam laporan tersebut. Muhyiddin yang menyebut parti MCA secara khusus berkata, beliau tidak faham mengapa parti itu tidak boleh "membaca" sentimen masyarakat Cina. "Adakah orang Cina begitu rumit? Tidak bolehkah sikap mereka difahami?," soalnya. Muhyiddin juga berkata masyarakat Cina tidak akan menyatakan perasaan mereka dengan bebas apabila didekati BN, tetapi akan berbuat demikian melalui pihak ketiga. Beliau memberi contoh kawasan yang diwakilinya di Pagoh, di mana bahagian Umno dan MIC berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi 1,744 pengundi India dalam masa sebulan. Muhyiddin berharap MCA dan MIC akan mencontohi perkara itu. Dalam satu kenyataan balas, timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa timbalan perdana menteri itu gagal memahami rakyat Malaysia secara keseluruhan. "Beliau kata MIC dan MCA tidak memahami suara rakyat. Pada pendapat saya, timbalan perdana menteri mesti memahami suara semua rakyat dan bukan mendengar kepada orang Melayu?," katanya. Liow berkata apa yang orang Cina mahu ialah dasar yang adil dan bukan berat sebelah. Katanya, Muhyiddin tidak boleh hanya menjaga keperluan orang Melayu tetapi keperluan semua rakyat Malaysia. Muhyiddin tidak akan membuat kenyataan seperti itu sekiranya beliau memahami perkara itu, kata Liow lagi seperti dipetik Oriental Daily. | ||
Saman Syabas: RM150,000 derma online berjaya dikumpulkan, kata Tony Pua Posted: 18 Jul 2012 12:13 AM PDT TERKINI "Setakat ini kami sudah mengumpulkan derma dari internet sebanyak RM150,000," kata Tony Pua ketika ditemui oleh The Malaysian Insider dalam majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi membantu beliau. Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, Tony Pua bersalah dan perlu membayar saman sebanyak RM200,000 kepada Syabas oleh disebabkan oleh artikel yang disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November 2010 yang bertajuk "Tony Pua: Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan." Diantara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang turut hadir bagi menyokong majlis makan malam "Solidariti dan Sokongan Tony Pua lwn Syabas" adalah menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Charles Santiago, Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Gobind Singh. Dalam ucapan Charles Santiago, beliau mengatakan air tidak seharusnya diswastakan kerana ia merupakan keperluan asas. "Kita harus menghantar isyarat kepada Najib Razak (Datuk Seri) agar memulangkan pengurusan air Selangor kepada kerajaan PR," kata Charles disambut dengan sorakan hadirin. Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menggelar Tony Pua sebagai wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor. "Tony Pua bukan sahaja wira bagi hak mendapatkan bekalan air bagi negeri Selangor, tetapi untuk seluruh Malaysia," kata ahli politik veteran itu lagi. Gobind Singh mengatakan, selepas empat tahun, negeri-negeri PR membuktikan bahawa pentadbiran mereka bersih dari rasuah. "Transparency International (TI) mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri yang paling diuruskan dengan baik dan bebas rasuah," kata ahli parlimen Puchong. Anak kepada pengerusi DAP, Karpal Singh itu juga mendakwa, PR sudah bersedia untuk mengambil alih Malaysia. "Selepas empat tahun, dalam PR kita sudah mempunyai ramai pemimpin yang baik dan telah bersedia untuk memerintah Malaysia," kata Gobind lagi. Jumlah kutipan yang telah berjaya dikumpulkan selepas majlis makan malam adalah sebanyak RM310,000. RM200,000 akan digunakan untuk membayar Syabas manakala baki sebanyak RM110,000 akan digunakan dalam dana PRU 13 bagi DAP. | ||
Jakarta masih mesra dengan Anwar walaupun Umno cuba sekat Posted: 18 Jul 2012 12:02 AM PDT Walaupun begitu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) masih lagi popular di Jakarta, apabila dia duduk bersama Susilo Bambang Yudhoyono serta pemimpin-pemimpin Asia lain dalam forum serantau di Jakarta semalam. Anwar bersama dengan Yudhoyono dan hampir kesemua menteri Kabinetnya yang datang untuk menghadiri Strategic Review Forum dan pelancaran jurnal Strategic Review. Jurnal itu ditulis oleh bekas Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda dan dibantu oleh Menteri Perdagangan Indonesia Gita Wirjawan. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini berkata bahawa pengaruh Anwar tidak sehebat mana ketika lawatan enam harinya ke republik itu awal bulan ini. Semasa lawatan itu, Timbalan Presiden Umno itu bersama dengan pegawainya bertemu dengan pemimpin dari tiga parti terbesar di Indonesia - pengerusi Golkar Aburizal Bakrie, pengerusi Parti Demokratik Annas Urbaningrum dan pengerusi Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri. Dia juga mengadakan pertemuan dengan timbalan presiden Indonesia Boedino, namun tidak melawat Yudhoyono, yang kini berada di penggal terakhirnya selaku presiden. "Mereka melayan Anwar dengan penuh hormat. Adalah mencurigakan untuk mengatakan perkara ini terjadi, bila Muhyiddin dan pemimpin Umno pada pandangan rakyat sebenarnya tidak bertemu dengan Ibu Megawati pada awal bulan ini." kata penganalisis politik serantau kepada The Malaysian Insider. Selain Anwar, turut sama dalam forum "Keamanan dan Kestabilan di Asia Tenggara" yang turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dan bekas Presiden Timor Leste Jose Ramos-Horta. Menurut pengelola acara ini, ini adalah pertama kali Thaksin akan memberi ucapan di negara Asean sejak 2008. Yudhoyono juga akan memberi ucapan pembukaan dalam forum dan kemudian melancarkan jurnal tersebut bersama Wirajuda dan Wirjawan. Jurnal itu dikatakan untuk mencipta "satu pandangan intelektual dan polisi yang fundemental Indonesia dan pandangan terhadap dunia secara umumnya. Jurnal ini juga mengetengahkan pandangan tokoh pemikir, pembuat polisi dan banyak lagi di Indonesia dan di luar negara, dan cerita unik, serta esei dan temubual tentang Asia dan hal ehwal dunia. Tetapi kehadiran Anwar selepas pemimpin UMNO melawat untuk merapatkan hubungan, telah menyebabkan pertengkaran lidah antara ahli politik tertinggi Indonesia, yang telah semakin berpengaruh sejak menjadi ahli Kumpulan 20 (G20) dalam ekonomi besar dunia. Indonesia adalah satu-satunya ahli dalam kumpulan itu dari Asean. "Dalam satu hal, ia menunjukkan kematangan dalam hubungan KL-Jakarta, dan satu lagi ia menempelak pentadbiran Najib Razak. Ahli politik Indonesia kini semakin menyedari bahawa kerapuhan Najib dalam tampuk kuasa dan akan memberi risiko kepada pegawai tertingginya. "Indonesia ada hala tujunya sendiri, sensitiviti Najib dan pandangan Malaysia tidak penting." kata penganalisis yang tidak mahu dinamakan itu. Bekas timbalan perdana menteri yang dikatakan selalu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertinggi Indonesia itu telah beberapa kali menggunakan perkataan dalam bahasa Indonesia, yang hampir dengan bahasa Malaysia, menjadi bahasa Malaysia semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan. Sebahagian dari penyokong Anwar juga berpindah ke Indonesia apabila beliau dipecat atas dakwaan rasuah dan liwat pada tahun 1998. Hubungan antara dua negara ini selalu dingin dari isu sempadan, perniagaan dan juga tenaga buruh. Indonesia adalah pembekal tenaga buruh terbesar ke Malaysia tetapi angka itu semakin berkurangan kerana isu amah yang dilayan secara teruk dan melibatkan kematian. Kontroversi terbaru ialah bila Malaysia mencadangkan untuk mengiktiraf tarian "Tor-tor" dan Gendang "Gordan Sambilan" dalam masyarakat Mandailing untuk dijadikan budaya kebangsaan. | ||
Hindraf tuntut Pendidikan Moral tak wajib lulus Posted: 17 Jul 2012 11:58 PM PDT Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menuntut supaya mata pelajaran Pendidikan Moral tidak lagi menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ia didakwa mendiskriminasi pelajar bukan Islam. Hindraf mengemukakan tuntutan itu dalam satu memorandum yang turut ditandatangani satu NGO, Morally Upright dan juga beberapa wakil ibu bapa. Dalam memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu, kumpulan itu mendakwa, ketetapan wajib lulus mendiskriminasi pelajar bukan Islam kerana menyukarkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Oleh itu, kumpulan itu mendakwa ketetapan tersebut melanggar Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan yang melarang diskriminasi terhadap warganegara berdasarkan keturunan dan agama. Memorandum itu mendakwa kegagalan untuk mendapat A+ dalam mata pelajaran itu menyukarkan pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, khususnya untuk mendapatkan biasiswa yang memerlukan kelulusan 9A+. Kumpulan itu juga mendakwa subjek tersebut hanyalah pelajaran untuk sebagai "mengingati dan meluahkan semula perkataan demi perkataan" terhadap maksud 36 nilai moral dalam sukatan tersebut. "Dalam definisi, terdapat kata kunci yang mesti digunakan untuk menjawab soalan. "Kegagalan menggunakan kata kunci untuk menjelaskan nilai moral, bermakna markah kamu akan dipotong," kata memorandum itu lagi yang memetik temubual dengan pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut. Sehubungan itu, mereka merayu kepada Suhakam untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian bagi meneliti aduan yang dikemukakan. Koordinator Morally Upright, S V Namasoo ketika menyampaikan aduan lisan kepada Suhakam mempersoalkan mengapa pelajar tersebut sukar mendapat A+ untuk Pengajian Moral, walau mampu mendapat A untuk subjek sukar seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Beliau memberi contoh, seramai kira-kira 130 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent gagal mendapat A+ untuk mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan SPM 2011, namun 26 daripada mereka berjaya memperoleh markah itu dalam peperiksaan percubaan. Beliau memberi contoh, seramai kira-kira 130 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent gagal mendapat A+ untuk mata pelajaran tersebut, namun 26 daripada mereka berjaya memperoleh markah itu dalam peperiksaan percubaan SPM 2011. Namasoo merupakan salah seorang bapa kepada sembilan pelajar sekolah berkenaan yang mendapat 8A bagi semua mata pelajaran kecuali pengajian moral. Turut hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut Penyelaras Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datuk Dr Anwar Hassan. Dr Anwar dalam aduan lisannya mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan kertas pendidikan moral bagi 26 pelajar itu disemak semula oleh pemeriksa bebas yang dilantik oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Penilaian ini dijalankan dengan kehadiran pelajar berkenaan supaya mereka dapat memahami di mana kesilapan mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat memperolehi kelulusan A+. "Seelok-eloknya penilaian bebas ini dijalankan di Ipoh untuk kemudahan pelajar berkenaan," kata Dr Anwar. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan