Selasa, 17 Julai 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Beri Permit Suara Keadilan, Hapus Akta Rahsia Rasmi Baru Boleh Dakwa Media Bebas

Posted: 17 Jul 2012 05:46 AM PDT





SHAH ALAM  : Beri permit kepada Suara Keadilan dan hapuskan Akta Rahsia Rasmi terlebih dahulu sebelum kerajaan pemerintah mendakwa mereka mengamalkan kebebasan media di negara ini.

Kenyataan tersebut dilontarkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kebebasan media di negara ini.

"Jika kerajaan mengaku mereka mengamalkan kebebasan media, mengapa sehingga kini Akta Rahsia Rasmi (OSA) masih wujud.

"Sekali lagi Pakatan Rakyat menerajui pembaharuan seperti ini, pada Mei 2011 Dewan Negeri Selangor (DNS) mencatat sejarah apabila menjadi dewan perwakilan pertama yang meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat, ini baru benar sekiranya pemerintah serius dalam membebaskan media,"ujarnya.

Menerusi sebuah laporan media, Muhyiddin mengatakan dakwaan bahawa kerajaan menyekat kebebasan media sebagai suatu yang tidak berasas.

Berucap dalam acara Anugerah Kewartawanan Institut Kewartawanan Malaysia baru-baru ini, Muhyiddin berkata, kerajaan telah berikrar untuk sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan wartawan dan media terus memainkan peranan dalam proses demokrasi.

Mengulas lanjut perkara sama, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata adalah tidak wajar bagi seorang Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan seumpama ini yang akhirnya akan memperlihatkan kedangkalan dirinya sendiri.

"Ia jelas menunjukkan bertapa cetek dan rendahnya tahap pemikiran seorang Timbalan Perdana Menteri, permit akhbar masih ada yang dibekukan, ada pula pengeluaran akhbar yang dihadkan hanya kepada ahlinya sahaja tetapi masih angkuh mendakwa mereka mengamalkan media bebas,"jelasnya ketika dihubungi TVSelangor.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata laporan media berat sebelah bukan sahaja mengecewakan Pakatan Rakyat malah turut dikongsi dengan sebilangan besar rakyat yang ingin memperoleh maklumat yang sahih dan telus seperti negara demokrasi yang lain.

"Bagaimana beliau (Muhyidin) katakan kerajaan pemerintah yang ada hari ini tidak menyekat kebebasan media sedangkan hari ini kecenderungan yang menebal dikalangan media milik kerajaan dan pro-Kerajaan menabur fitnah, adakah ini kebebasan media yang dimaksudkan beliau.

"Program bual bicara yang menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat disampaikan terus kepada rakyat secara siaran langsung, tetapi program-program yang mampu membuka pemikiran rakyat tidak pula disiarkan,"ujarnya.

Umno serang isu air untuk rampas Selangor dari Pakatan

Posted: 17 Jul 2012 04:31 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR : Senator Dr Syed Husin Ali membidas tindakan terdesak Kerajaan Pusat menggunakan isu air untuk memburuk-buruk pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) di Selangor.



Beliau berkata, isu ini dijadikan alat politik murahan Umno BN untuk menekan rakyat dengan harapan dapat mengambil alih semula pentadbiran negeri itu.

Menurutnya, krisis air juga berlaku di negeri-negeri lain, tetapi tidak diberi perhatian kerajaan.

"Mengapa hanya menumpukan masalah ini di Selangor? Masalah air di Johor juga berpanjangan. Di Muar dan Batu Pahat boleh dikatakan sepanjang tahun ada tong-tong air untuk mengatasi masalah ini.

"Mengapa ia tidak diambil perhatian oleh kerajaan? Ini jelas membuktikan Kerajaan Pusat mahu menggunakan masalah air sebagai alat politik murahan," kata Syed Husin pada sidang media di lobi Dewan Negara hari ini.

Hadir sama, Senator KEADILAN, Syed Shahir Syed Mohamud dan DAP diwakili Dr Ariffin Omar. Muhamad Yusuf pula mewakili PAS.

Masalah kekurangan air di Selangor mula ditimbulkan Umno BN sejak Pakatan mengambil alih pada 2008.

Kemuncak isu ini apabila syarikat pemegang konsesi air negeri – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang disokong Umno BN menakut-nakutkan rakyat untuk mencatu air kononnya bekalan air di negeri itu semakin berkurangan.

Syed Husin mempertikai kebangkitan isu ini walaupun Umno BN sudah berpuluh tahun memerintah Selangor.

"Lebih 50 tahun BN perintah, tidak berlaku kekurangan air, tapi tak sampai lima tahun Pakatan perintah, air boleh habis?" sindirnya.

Beliau turut menyokong keputusan Selangor mengambil alih operasi Syabas kerana syarikat itu gagal melaksanakan tanggungjawab menyediakan air terawat.

"Kalau benar pun berlaku krisis air terawat seperti didakwa, Syabas perlu dipersalahkan kerana tanggungjawab menyediakan air terawat terletak pada Syabas.

"Kenapa syarikat ini tidak boleh menghasilkan air bersih sedangkan kapasiti empangan di Selangor berlebihan?" soal Syed Husin.

Najib manipulasi program merdeka untuk survival politik

Posted: 17 Jul 2012 04:29 AM PDT

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Pertemuan Perdana Menteri dan beberapa pimpinan Umno BN bersama rakyat pada majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang hanya taktik bagi meneruskan survival politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, S Manikavasagam.

Beliau mengulas kunjungan Datuk Seri Najib Razak ke Little India; Timbalannnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kampung Baru dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke Jalan Petaling serentak bermula 8.00 malam ini bertemakan '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati'.

"Merdeka apa kalau kaum India kekal dinafi kad pengenalan sejak puluhan tahun. Janji ditepati konon, tapi Kampung Baru dinodai pimpinan Umno begitu juga kaum Cina apabila SRJKC (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina) dipermainkan oleh pentadbiran Najib.

"Semua tahu tiga kawasan itu antara tumpuan utama tiga kaum terbesar iaitu India, Melayu dan Cina, namun kita yakin taktik mereka ini bersifat serampang dua mata untuk merayu pengundi bandar agar tidak menolak Umno BN," katanya dihubungi.

Beliau yakin usaha itu hanya sia-sia kerana pengundi bandar adalah golongan celik kerana diberi apapun dari kerajaan sama ada wang atau hadiah akan diambil, namun undi mereka konsisten untuk Pakatan Rakyat.

"Tindakan mereka memilih tiga lokasi itu juga membuktikan Umno BN kini sangat-sangat kritikal dengan sokongan pengundi bandar dan sebab itu, saya tegaskan ini taktik terdesak mereka.

"Buktinya, sehingga kini Najib enggan adakan PRU walaupun desas-desus pembubaran Parlimen bertiup kencang sejak tahun lalu," kata Ahli Parlimen Kapar itu lagi.

Sebelum ini, Parlimen dijangka bubar pada 11 November 2011 kerana angka 11 sangat diminati Najib. Selepas itu ia ditunda Mac, Jun dan awal Julai tahun ini, namun semua meleset dan kini mungkin dianjak Oktober depan pula selepas pembentangan belanjawan.

Lagi samseng Umno ganggu ceramah Izzah di Pagoh

Posted: 17 Jul 2012 04:28 AM PDT

KEADILAN DAILY

PAGOH : Kemaraan Pakatan Rakyat (Pakatan) ke Johor tidak mampu dibendung oleh Umno BN.

Buktinya pada ceramah dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di Felda Pagoh malam tadi turut diganggu sekumpulan samseng Umno.



Mereka yang memakai baju Umno dan Jati termasuk kanak-kanak diupah membuat provokasi dengan mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu Umno semasa ceramah berlangsung.

Kumpulan itu turut melaungkan sorakan 'tibai' dan 'liwat', malah kain rentang yang tertulis "PKR tiada di hati kami, hanya Umno di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami" juga dikibar.

Provokasi menjadi lebih panas sebaik Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengambil tempat untuk berucap. Bagaimanapun, gangguan berjaya dihalang oleh petugas Unit Amal.

Dalam ucapannya, Izzah meminta hadirin tidak takut dengan provokasi murahan Umno itu.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan kerana kejadian ini sering berlaku apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah. Umno jangan ingat negara ini milik mereka…Negara ini kepunyaan rakyat, jadi suara rakyat seharusnya dihormati.

"Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian," tegas Izzah.

Beliau juga mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti.

"Di Selangor, pelbagai kejayaan dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

"Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun ke atas menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM2,500, sumbangan tersebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.

"Bantuan Pendidikan sebanyak RM1,000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan pelbagai lagi inisiatif yang diberikan untuk kesenangan semua rakyat Selangor," jelas Izzah.

Beliau berkata, Pembangkang akan menunaikan segala janji apabila berjaya memenangi pilihan raya nanti.

"Sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, pendidikan percuma akan diberikan kepada semua mahasiswa, tol akan dihapuskan, gaji minima RM1,100 dan harga petrol diturunkan.

"Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman Umno yang memerintah lebih dari 50 tahun, amalan rasuah dengan pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni dan rakyat yang terus tertindas harus dihentikan," kata beliau.

Sebelum ini, ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekah Kuah, Langkawi turut diganggu samseng upahan Umno dan berjaya ditangkap oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah, Angah Habib.

PRU 13: Kami sedia memerintah – Anwar

Posted: 17 Jul 2012 04:24 AM PDT

KEADILAN DAILY

JAKARTA : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan memenangi dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) nanti.




"Pilihan raya kali ini menjadi peluang terbaik bagi kami (Pakatan Rakyat) untuk berkuasa," tegas Anwar dipetik Jaringnews.com.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara di Jakarta pagi tadi bersama mantan Presiden Timor Leste, Ramos Horta dan mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada forum diskusi ilmiah dengan tema "Peace & Reconciliation in Southeast Asia".

Tambah Anwar, PRU kali ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia mencapai kebebasan dalam demokrasi dan beliau bersedia memenanginya.

"Meskipun rakyat mungkin tidak berpendidikan tinggi tapi rakyat tidak bodoh. Inilah hak rakyat untuk (dapatkan) kebebasan," tegas Ketua Umum KEADILAN itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilihat semakin tidak percaya pada diri sendiri dan Umno khasnya kerana sering menangguhkan pilihan raya.

"PRU mungkin berlaku tahun ini, meskipun telah ditangguh berulang kali," kata Anwar.

Namun begitu, menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, jalan untuknya masih berliku kerana kini dituduh pula menjadi dalang demonstrasi menentang rejim di Malaysia.

Seperti diketahui, ratusan ribu rakyat turun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dalam Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Turut didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali serta Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

DAP hanya tahu urus hal bukan-Melayu?

Posted: 17 Jul 2012 04:20 AM PDT

 Oleh Mazir Ibrahim




Selain mewujudkan persepsi keraguan terhadap DAP di kalangan masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu, satu tuduhan lagi ialah mengatakan parti ini tidak berminat memperjuangkan atau tidak mampu membela isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat Melayu.
Hakikatnya tidak benar sama sekali.

Dalam konteks kepartian, Pakatan Rakyat yang diwakili oleh DAP, PKR dan PAS membahagi-bahagikan isu mengikut kepakaran masing-masing termasuk kemampuan seseorang pemimpin parti dalam menangani isu-isu yang timbul.
Kemampuan dan kepakaran

Misal kata di pihak DAP, tokoh seperti Tony Pua yang begitu lantang dan konsisten dalam menjawab dan mengurus isu-isu yang melibatkan aspek ekonomi, urus niaga antara kerajaan dan swasta (kroni) seperti kes  PKFZ, NFC, jual beli aset ATM, Kedai Rakyat 1M'sia dan hal-hal yang berkaitan.

Dalam hal ini, semua tahu bahawa beliau memang seorang ahli politik yang berlatarbelakangkan ekonomi, perdagangan dan berpengalaman luas dalam bidang tersebut. Pastilah kemahiran beliau ini diperlukan dalam mengurus isu yang berkaitan. Ini bukan dibuat-buat seperti sekadar mencukupkan korum dalam mesyuarat; tidak.

Begitu juga dalam PKR, Rafizi Ramli seorang yang berlatarbelakangkan akauntan bertauliah, berpengalaman, muda dan berketrampilan, pastilah aset-aset beliau ini ditagih dalam membantu mengurus masalah atau isu besar seperti NFC, skandal kontrak LRT Ampang dan sebagainya.

Jadi, kesatuan di pihak Pakatan Rakyat dalam aspek mengurus isu baik isu yang berkaitan dengan permasalahan kaum atau bidang, kepakaran bakat-bakat baru ini perlu diurus secara berpasukan.

Takkan semua nak jadi Ronaldo, mestilah seseorang perlu menjadi Gianluigi Buffon, Frank Lampard atau Rafael van der Vaart, itu barulah 'total football' namanya.

Bukan bertindan seperti di sebalah BN, bila satu isu timbul, semua tokoh politik bertempik membela atau menyerang. Kerja mencari glamor agar dapat bertanding pilihan raya, agar dilihat hero oleh pengikut dan pemimpin atasan, mereka mahu tunjuk pada PM yang mereka buat kerja. Ini bukan 'total football', ini 'total kipas'.

Politik kaum dan wang

Malah baru-baru ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan sendiri mengakui dengan mengatakan, "…minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)". Inilah budaya kerja UMNO yang kononnya membela bangsa. Kerja dalam UMNO bukan kerja mengikut kepakaran tetapi atas niat wang dan sebagainya.

Malah dalam BN sendiri, MCA mengurus isu masyarakat Cina, MIC mengurus hal masyarakat India begitu juga halnya dengan PBB di Sarawak dan PBS di Sabah. Begitulah bagaimana BN mengagih kek ekonomi mengikut pecahan perkauman. Ini fakta.

Inilah rahsia bagaimana UMNO dan BN selama ini mengurus negara – iaitu dengan berdasarkan kaum.

Kek ekonomi dipecah mengikut kaum, kuota mengikut kaum dan peluang juga mengikut kuota kaum.

PR tidak begitu, sebaliknya ia mengurus isu atau bidang mengikut keperluan. Keperluan bermaksud, rakyat atau kelompok yang lemah mesti dibantu. Tidak kira apa agama dan keturunan.

Maka, tidak timbul sama sekali tuduhan bahawa DAP hanya mampu mengurus isu bukan-Melayu.

Sebaliknya dalam PR, tugas diagih dan isu diurus berdasarkan kebolehan, pengalaman dan kepakaran, bukan berdasarkan pecahan kaum. Ini dalam konteks kepartian dan inilah beza antara PR dan BN.

PR untuk semua kaum

Dalam konteks sebuah sebuah kerajaan pula, contohnya Pulau Pinang, adalah amat tidak munasabah jika menuduh kerajaan negeri yang ditunjangi DAP (majoriti) bersama PKR dan PAS meminggirkan  masyarakat Melayu (seperti tuduhan UMNO), masyarakat India (tuduhan MIC) dan masyarakat Cina (tuduhan oleh MCA).

Sebaliknya, penyelasaian masalah semua kaum berjaya diurus dengan betul. Ini terbukti dalam banyak pelaksanaan pembangunan, bantuan dan penyelesaian masalah yang melibatkan semua kaum di Pulau Pinang.  Rujuklah segala laporan yang disiarkan oleh kerajaan negeri baik di Pulau Pinang mahu pun di Selangor, kita boleh susun dan atur program bantuan untuk rakyat yang telah dijalankan sejak dari 2008 hingga kini.

Inilah gambaran kecil pemerintahan di peringkat negeri apabila DAP diberi peluang mentadbir dan mengurus kerajaan.

Dan sudah barang pasti, gambaran ini akan lebih jelas lagi apabila kelak Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya. Pasti impaknya lebih jelas dan jitu. – Roketkini.com

‘Flash Mob’ Mahasiswa Desak Bebas ISA 45

Posted: 17 Jul 2012 04:15 AM PDT

Editor Buletin 

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 50 orang mahasiswa dan mahasiswi dari gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan Himpunan Kecil – Flash Mob di KL Sentral, dekat sini pada jam 1 tengahari, hari ini, Selasa 17 Julai.

Menurut Setiausaha AKSI Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, himpunan tersebut diadakan bagi mendesak kerajaan suapaya membebaskan 45 orang tahanan tanpa bicara ISA yang sedang diseksa di Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

"kami, gabungan mahasiswa dibawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersolidariti denganseluruh rakyat mendesak kerajaan Najib hentikan penyeksaan sesama manusia dengan segera,

"dan membebaskan 45 orang tahanan tanpa bicara ISA di Kemta yang telah menderita,"ujarnya yang menghubungi BO melalui pesanan ringkas.

Antara yang hadir adalah Pengerusi SMM Safwan Anang , Koordinator Pro Mahasiswa Nasional Edykoup Lakip Sediyanto, Presiden PMI UM Syiz Abdul Kadir, Setiausaha AKSI Ekhsan Bukharee Badarul Hisham,Timb Presiden KAMI  Khalid Mohd Ismath, Setiausaha GMI Syukri Razab dan Pengerusi SIGMA Rohayu Rusli.

Ekhsan berkata, kehadiran pihak keselamatan polis begitu ramai namun, tiada sebarang tangkapan yang dilakukakan.

"Kami mulakan bantahan pada jam 1 tengahari dan tamat pada jam 2 petang, kehadiran peserta seramai 50 orang, (kehadiran) polis agak ramai,

"keadaan terkawal (dan) tiada ebarang tangkapan,"jelasnya.

Muhdalena tidak mengaku bersalah

Posted: 17 Jul 2012 04:12 AM PDT

KL TODAY

 

Wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas, hari ini didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.

Muhdalena Ahmad, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya, di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan yang dialaminya dalam kejadian amuk itu.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad, manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Muhdalena dari Kota Damansara, Petaling Jaya dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Kafli Che Ali menetapkan 29 Ogos untuk sebutan kes dan membenarkan Muhdalena diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Isnin lepas, Khalil Afandi, yang mengaku dirinya Imam Mahadi dan Muhdalina yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital yang sama.

SATU, DUA DUBUR BELUM CUKUP UNTUK SELAMATKAN NYAWA UMPORNO

Posted: 17 Jul 2012 03:54 AM PDT


Oleh:  WFAUZDIN NS 

JEMU lagi menjijikkan.  Itu sahaja ungkapan yang boleh dibuat terhadap berita terbaru kononnya ada 'seekor lembu' telah membuat laporan dirinya diliwat oleh DS Anwar Ibrahim.  Berita ini seperti biasa disensasikan oleh Blogger lucah tajaan Umporno yang sejak dari mula Blog beliau wujud tidak pernah ada cerita yang tidak lucah.

Kisah Liwat 1 dan liwat II ternyata gagal malahan menjadi bahan tertawa rakyat kebanyakan.  Liwat 1 ditertawakan dengan kisah liwat berlaku di dalam kondo yang masih belum siap, ertikata liwat terjadi di hadapan para pekerja kontrak Indon.  Liwat 1 juga menjadi bahan jenaka dengan kisah si Pengadu sendiri Azizan yang berulangkali mengaku di dalam mahkamah bahawa cerita beliau diliwat ini diberitahu oleh Musa Hassan.  Ertinya, jika Musa Hassan tidak memberitahu Azizan, sahih Azizan tidak tahu bahawa beliau telah diliwat.  Dan, banyak lagi kisah lucu di dalam episod ini termasuk kisah tilam diusung keluar masuk mahkamah di mana akhirnya bukti yang ada pada tilam tersebut dibuang ke dalam tong sampah sahaja, tidak diguna pakai di dalam mahkamah.

Kisah Liwat II juga tidak kurang menyajikan kisah lucu.  Bagaimana tidak dikatakan lucu, jika si Sepol mendakwa ianya di`rogol' oleh seorang tua yang sakit pinggang tanpa anak muda ini melawan?  Lebih lucu lagi, selepas diliwat anak muda ini minum kopi dan memakan karipap bersama-sama si`perogol'nya?  Lucu tetapi berfakta iaitu dubur si Sepol tiada kesan kemasukan walaupun dikatakan dipaksa.  Dikatakan pelincir digunakan yang mana pelincir ini telah disediakan oleh si`mangsa' sendiri.  Lucu juga bila mendengar keterangan si Sepol bahawa beliau `bersedia' dengan tuala dan berwangi-wangian untuk di`rogol'.

Pertuduhan di dalam kes Liwat II adalah pertuduhan melakukan liwat secara sukarela, tetapi di dalam keterangannya si Sepol mendakwa dipaksa.  Selama dua hari si Sepol tidak mencuci duburnya untuk menyimpan bukti, ertinya sewaktu beliau 'memohon biasiswa' di Pejabat Najib, beliau hadir dengan dubur tidak dicuci.  Begitu juga, keistimewaan beliau boleh hadir ke rumah Najib untuk menceritakan dirinya telah diliwat di dalam keadaan duburnya tidak berbasuh.  Lebih kelakar, beliau solat Jumaat pun dengan keadaan dubur tidak dicuci sedangkan beliau mengaku beliau seorang Muslim yang baik.  Bagaimana seorang Muslim yang baik seluar dalamnya ditemui di rumah `tunang'nya?

Banyak lagi peristiwa yang melucukan di dalam kedua-dua episod liwat hasil terbitan Umporno ini.  Belum lagi diceritakan tentang terdapat lebih dari satu DNA pada punggung si Sepol.  Berapa ramai yang `mengerjakan' si Sepol?  Semua ini sudah cukup untuk memecahkan perut kita ketawa.

Kini, dikatakan ada episod baru pula tapi tetap dengan cerita liwat juga.  Maklumlah, Umporno dengan lucah dan seks tidak boleh dipisahkan.  Kita akan lihat nanti bagaimana pula jalan cerita yang terbaru ini. Begitulah keadaannya, nazak sungguh Umporno untuk hidup.  Hayat Umporno yang selama ini bergantung kepada dubur Azizan dan Sepol nampaknya belum mencukupi.  Satu lagi dubur diperlukan untuk meneruskan hayat Umporno.  Jangan pelik nanti jika dubur Bik Mama pun akan mereka pertaruhkan untuk menjamin jangka hayat Umporno./wfauzdin.blogspot.com 

PAS Bukan Parti Peminta Sedekah Seperti Yang Difahami.

Posted: 17 Jul 2012 03:33 AM PDT

Oleh zaminc
Sudah lama PAS dituduh mempergunakan orang ramai dengan mengutip derma dalam setiap ceramah mereka. Ada yang menulis tanpa merujuk kepada sumber yang betul tentang derma-derma itu dan tidak kita nafikan yang PAS bukan seperti parti-parti politik elit yang terdapat di negara ini.

Tuduhan-tuduhan ini sudah lama dicanangkan oleh media pencacai dan amat malang apabila rentak ini dipandang serius oleh sesetengah pihak yang berada didalam kelompok pro Pakatan Rakyat. Jika hendak disamakan dengan antara PAS dengan Umno ibarat bumi dengan langit bezanya kerana Umno dan komponennya memiliki dana yang cukup besar.

Sebelum itu kita harus fahami dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS ialah al-Quran dan as-Sunnah dan hanya PAS sahaja parti yang berada dilandasan tersebut di Malaysia. Sebagai seorang Islam kita telah diwajibkan mengikut apa yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. kita diwajibkan berjihad dijalannya yang mana takrif  'Jihad' sendiri cukup besar. Tidak seperti yang anak emas penjajah (Umno) diajar oleh bapak mereka, bila sebut 'Jihad' bermakna berperang dengan pedang dan mengenderaan kuda atau unta.
 
Inilah hasil pemikiran yang ditinggalkan oleh penjajah untuk anak emas mereka sebelum kemerdekaan diberikan kepada parti kaum elit (Umno/BN) dan ianya masih berada didalam pemikiran Melayu/Umno walau pun sudah hampir 55 tahun berlalu. Kerana itulah rasuah dan Umno tidak dapat dipisahkan bagai isi dengan kuku dan ia menjadikan Umno parti terkaya dinegara berbanding dengan PAS.
 
Orang ramai tidak pelik apabila PAS mengutip derma dalam setiap ceramahnya tetapi orang hairan atau terkejut jika Umno melakukan perkara yang sama seperti PAS iaitu mengutip derma dalam ceramah mereka. Jangan kata nak derma, setiap peserta yang hadir pada ceramah Umno akan diupah dengan duit poket, minyak kenderaan dan makan minum. Jika tidak, hanya kerusi-kerusi yang akan menjadi pendengar setia para penceramah Umno. Orang ramai juga akan merasa pelik jika PAS tidak melancar kutipan derma dalam ceramah mereka dan mereka pasti akan tertanya-tanya andainya ia berlaku. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan oleh semua pihak.
 
Kenapa sampai sekarang PAS masih melancar tabung kutipan derma dan orang ramai tidak bersungut pun untuk menderma walau 10 sen pun kerana mereka tahu itu adalah jihad. Di zaman Rasulullah s.a.w. lebih hebat dimana ada para Sahabat r.a. yang menderma seluruh harta benda mereka tanpa meninggalkan apa-apa pun sepertimana dilakukan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Itulah saham-saham mereka untuk Allah dan RasulNya di Padang Mahsyar nanti.
 
Tradisi ini diteruskan oleh PAS dan PAS tidak pernah memaksa penderma untuk memenuhi tabung itu. Hakikatnya derma yang rakyat beri sebenarnya telah dikembalikan kepada rakyat semula melalui bantuan-bantuan pendidikan atau pun malapetaka. Oleh itu para pengkritik patut tahu kemana perginya setiap derma yang dihulurkan oleh orang ramai semasa ceramah diadakan. Dan setengahnya digunakan untuk terus mengerakan perjalanan parti.

Saya ingin mengambil satu contoh tentang YB Ustaz Wan Hassan Wan Ramli (Adun Sura). Sebagai seorang YB dengan elaun yang tak seberapa setelah potongan setiap bulan untuk parti, berapa sangat yang beliau dapat sedang beliau sentiasa turun padang mendengar permasaalahan rakyat dan membantu dari segi kewangan kepada yang ditimpa musibah yang belum diambil kira yang datang secara individu kerumah beliau. Jika diambil kira dari pendapatan beliau, mampukah beliau mengatasi segala kewangan yang ada dengan kerajaan negeri ditadbir oleh MB Mat Said.

Isteri beliau terpaksa berniaga untuk menampung keperluan keluarga beliau kerana tiada apa yang berbaki daripada elaun sebagai YB dan beliau bukannya YB-YB Umno yang mempunyai kepentingan dalam projek-projek kerajaan. Maka kesinilah perginya derma-derma yang orang ramai berikan kepada tabung PAS atau lebih tepat, 'Dari Rakyat Kepada Rakyat'. Tidakkah ini adalah saham akhirat untuk para penderma yang dididik dengan Islam oleh PAS. Mungkin kerana itu juga beliau disenangi oleh pengundi Cina dan telah memenangi Dun Sura selama 2 penggal.
 
Sebelum itu, PAS belum pernah menang di kawasan Dungun melainkan satu kali melalui Ketua Muslimat PAS, Khadijah Sidek pada awal kemerdekaan.http://ruzanah.blogspot.com

Lagi Cawangan Pas Ditubuhkan

Posted: 17 Jul 2012 03:30 AM PDT

JASIN DAILY
Sokongan rakyat Melaka kepada PAS bertambah padu apabila sebuah lagi cawangan baru ditubuhkan di Dun Durian Tunggal. 
Cawangan ini yang dibina atas tanah persendirian mendapat sambutan masyarakat setempat. Penaja bagi penubuhan cawangan baru ini merupakan bekas imam masjid kg tersebut. 
Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Y. Bhgia Hj Adly Zahari, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Menurutnya, "PAS perlu memperkukuh organisasi sehingga diperingkat akar umbi supaya dapat menguasai politik yang akan diterajui kelak. 
Pada masa yang sama kita tidak boleh lari dari menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat. Kerana Islam menuntut penganutnya menyebarluaskan Islam." 
Menurutnya lagi, "menjadi tanggungjawab seorang muslim untuk menguruskan muka bumi Allah ini dengan mentadbir dengan acuan Islam. Nak urus kampung, negeri, negara memerlukan kuasa dan untuk dapatkan kuasa perlukan gerakan yang kuat. 
Penubuhan cawangan ini diyakini berupaya untuk memperkukuh dan memperkuat gerakan PAS khususnya di Melaka."~PASMELAKA

Dari Johor : Pacak Bendera Bulan, Angkara Protes

Posted: 17 Jul 2012 03:25 AM PDT

JASIN DAILY


Pontian - Kubu kuat UMNO-Barisan Nasional di salah satu kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut ini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan beberapa batang bendera 'bulan' yang di pacak di pintu masuk Kampung Parit Selangor, dekat sini, hujung bulan lepas. 

Menurut sumber, perbuatan itu sengaja dilakukan oleh pihak tertentu bagi memberi kejutan kepada UMNO cawangan yang didakwa tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi berhubung beberapa kemudahan prasarana di kampung terbabit. 

Sehubungan itu, sebagai tanda protes kepada kegagalan mewujudkan suasana kampung yang kondusif dipercayai tindakan itu dilakukan bagi menarik 'perhatian' pemimpin tempatan agar prihatin kepada tuntutan mereka.

Difahamkan, YB Ahmad Maslan, ahli Parlimen Pontian telah melalui kampung tersebut bagi merasmikan pembinaan Gelanggang Futsal 1Malaysia di Kampung Puteri Menangis yang jaraknya kira-kira 1 kilometer dari kampung tersebut. 

Bagaimanapun, sehari selepas ia di pacak, tinjauan dilakukan mendapati, bendera itu sudahpun dicabut dipercayai ada pihak yang 'terasa' dan kurang selesa dengan perkembangan yang mengejutkan itu. 

Fenomena seperti ini berlaku di beberapa lokasi lain di dalam kawasan DUN Benut petanda keaiban UMNO telah terbongkar dan diselongkar dari kalangan mereka sendiri.

10 ribu Cybertrooper UMNO-BN adalah anti-nasional

Posted: 16 Jul 2012 11:18 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


Pada bulan November tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak telah melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, dengan merekrut 2,000 pengguna media sosial yang telah menghadirkan diri sebagai angkatan tentera baru pahlawan siber UMNO-Barisan Nasional.

Semenjak itu, kira-kira 10 konvensyen media sosial telah diadakan di negeri-negeri yang berlainan, iaitu sebahagian daripada program untuk merekrut lebih 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Seperti yang ditekankan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim dalam pelancaran edisi Selangor padabulan lepas, "cybertrooper" UMNO-BN haruslah "menyerang balas segala fitnah yang sedang berlaku di laman-laman sesawang".

Tambah beliau, "Jika orang ramai mahu terus 'tweet' yang 'Bersih itu bersih' orang ramai akan percaya bahawa gerakan tersebut adalah tulen. 'Tweet' balik dan katakan yang Bersih itu kotor".

Najib harus menjelaskan mengapa dana awam harus dibelanjakan untuk merekrut angkatan tentera lebih dari 10,000 'cybertrooper' UMNO-BN menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang, tidak kiralah melalui Biro Tatanegara (BTN) atau Sekretariat 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang membayar cukai juga wajib diberi penjelasan jumlah daripada peruntukan dana awam yang telah digunakan di atas setiap satu Konvensyen Media Sosial 1Malaysia sejak bulan November lalu untuk merekrut lebih 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN, terutama sekali yang menyamar di bawah program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia kini mula khuatir mengenai Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Najib yang berusaha untuk merekrut 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN sememangnya anti-nasional dengan tidak mengendahkan objektif 1Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang beretika, harmoni dan bersepakat.

Ini jelas dapat dilihat oleh konvensyen media sosial anjuran BTN dan Sekretariat Media Sosial 1Malaysia pada hari Sabtu di mana Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Mohd Zaini Hassan telah mengesahkan lagi kewartawanan yang tidak beretika dan tidak jujur dalam memutarbelitkan fakta serta menjadikan yang palsu itu benar.

Inilah kesalahan Utusan dalam tiga tahun Najib sebagai Perdana Menteri, penyebaran perkara yang palsu sebagai fakta, samada dalam berita muka hadapan Utusan baru-baru ini yang melaporkan yang DAP akan bertanding 90 daripada 222 kerusi parlimen dalam PRU13 untuk mendominasi Pakatan Rakyat dan untuk melantik Perdana Menteri dalam Pilihanraya Umum Ke-13 sebagai sebahagian daripada kempen kejam untuk mengapikan-apikan sentimen dan syak wasangka di antara kaum, menakut-nakutkan rakyat serta dakwaan awal bahawa DAP mahu menubuhkan Malaysia di mana agama rasminya Kristian dan perlantikan Perdana Menteri beragama Kristian atau untuk menubuhkan satu Negara republik dan memansuhkan sistem raja-raja berperlembagaan.

Walaupun wartawan Malaysiakini, Ahmad Fadli Kc yang membuat laporan mengenai ucapan Zaini, telah dihalau daripada Konvensyen Media Sosial, ianya disebabkan laporan yang dibuat berhubung dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Pengarang Utusan adalah secara jujur dan bertanggungjawab dan bukan diputarbelitkan.

Ini juga merupakan sebab mengapa tidak ada di antara Zaini, BTN atau Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang telah menafikan ketepatan kenyataan Zaini bahawa "Memutarbelit untuk menyerang pihak pembangkang dianggap ok" dengan contoh daripada Utusan yang "memutarbelit" untuk menyebarkan berita yang berunsur palsu dan bohong.

Saya telah berpeluang untuk mendengar rakaman ucapan Zaini dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia dan saya boleh mengesahkan bahawa apa yang telah dilaporkan oleh Ahmad Fadli Kc adalah benar dan tepat.

Dalam pada itu, Rais patut menjelaskan mengapa Konvensyen Media Sosial 1Malaysia pada sesetengah masa dilihat sebagai 1Malay - yang jelas menentang objektif 1Malaysia.

Dalam Konvensyen Media Sosial Selangor pada bulan lepas, Rais telah berkata yang kaum Melayu mesti bersatu padu untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum yang akan datang untuk memastikan hak-hak mereka tidak dirampas oleh pihak pembangkang.

Menurut Rais, Melayu mesti "faham akan identiti mereka" dan "tahu akan hak-hak mereka".

Katanya lagi, "Sebab mengapa kita hilang begitu banyak kerusi dalam pilihanraya umum 2008 adalah kerana Melayu telah lupa diri sendiri".

"Bagi sesebuah komuniti untuk kekal berkuasa, mereka haruslah faham akan kekuatan bilangan majoriti dalam politik, di mana kata sepakat bilangan majoriti dapat menentukan sesuatu".

Tiada siapa akan berasa hairan jika Rais telah membuat kenyataan dalam mana-mana acara UMNO di mana pemimpin UMNO mendapat inspirasi daripada Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin daripada Perdana Menteri, dengan menolak polisi 1Malaysia, terutamanya deklarasi Muhyiddin bahawa beliau Melayu dahulu dan kemudian warga Malaysia.

Bukankah deklarasi Rais dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia amat tidak bertempat apabila beliau telah membuat deklarasi akan kesetiaannya kepada laungan Muhyiddin "Melayu dahulu, kemudian warga Malaysia" dan berpisah daripada polisi 1Malaysia? -harakahdaily

Dr M mula mencabar Najib: Sijil KTAR hanya untuk undi BN

Posted: 16 Jul 2012 10:47 PM PDT

  Moaz Nair, Malaysia Chronicle



Melayu bodoh telah disebabkan kumpulan etnik utama tunduk kepada tuntutan-tuntutan kumpulan minoriti, yang termasuk pengiktirafan kerajaan terhadap sijil TARC (Kolej Tunku Abdul Rahman), kata bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Dia berkata pengiktirafan itu adalah untuk mendapatkan undi daripada orang Cina - secara tidak langsung seolah - olah mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, PM (perdana menteri) bahawa populariti nya sudah merundum.Apakah pendirian MCA atau, Gerakan terhadap kenyataan ini apabila UMNO menjangka kedua-dua pihak untuk menyampaikan undi bagi orang Cina untuk BN (Barisan Nasional)?

Adakah Mahathir yang sekian lama bertapa di UMNO sedar apakah perasaan ribuan pelajar miskin yang belajar di TARC?Mereka merupakan pelajar yang tidak mendapat tempatdi mana-mana institusi pengajian tinggi awam di negara ini.

Kenyataan Mahathir bukan sahaja menyakiti orang Cina tetapi juga telah meletakkan Najib dalam keadaan serba salah. Najib tahu bahawa Mahathir mampu melumpuhkan karier politiknya.

Marah kerana pengiktirafan sijil KTAR

Kenyataan tidak bijak Mahathir ditambah pula sikap berdiam diri Najib, hanya akan menjadi euforia sementara bagi MCA. Graduan KTAR tidak boleh terlalu yakin bahawa sijil mereka kini akan diiktiraf tanpa pertelingkahan akibat perbezaan pendapat daripada puak-puak ekstrim UMNO. Ia sebenarnya adalah gimik pilihan raya oleh Najib untuk mengumumkan "berita baik" untuk KTAR, yang kini telah bertukar menjadi "berita buruk" untuk MCA.

Untuk mengiktiraf sijil KTAR akan mengambil masa yang panjang dan tidak mungkin akan selesai pun selepas pilihan raya. Ia mungkin tidak akan menjadi kenyataan apabila pelbagai alasan boleh direka-reka kemudian untuk menafikan pengiktirafan ini.

Malangnya, pengiktirafan dan menarik semula pengiktirafan kolej-kolej adalah cara UMNO menafikan peluang kaum minoriti dalam pendidikan dan peluang pekerjaan dengan kerajaan. Pada tahun 2005, kerajaan Malaysia menarik semula pengiktirafan terhadap ijazah perubatan CSMU (Crimea State Medical University).

Pada masa itu, terdapat kira-kira 1118 pelajar Malaysia yang mengikuti kursus di pelbagai peringkat di universiti dan mereka kebanyakannya dari kaum bukan Melayu.

CSMU dikenali dengan pendidikan berkualitinya dan setakat ini telah menghasilkan lebih 50 000 graduan perubatan yang telah mendapat pekerjaan di seluruh dunia.Mereka telah memenuhi standard sekolah perubatan dengan nisbah satu pensyarah kepada 10 orang pelajar dan dengan fakulti dan kemudahan kelas pertama.

Tidak ada tempoh tangguh yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada CSMU, tetapi, Universiti Malaya telah diberi notis lima tahun sebelum penarikan semula pengiktirafan ijazah perubatan oleh Majlis Perubatan Am United Kingdom pada awal 80-an.

De-pengiktirafan CSMU tidak gambaran baik kepada kerajaan Malaysia, kerana ia memberi kesan kepada ribuan rakyat Malaysia - kebanyakannya bukan Melayu belajar di universiti yang mantap perubatan ini.

Kemarahan dan kekecohan tentang pengiktirafan sijil KTAR adalah lagak ngeri publisiti politik untuk pilihan raya. MCA berharap akan memenangi undi kaum Cina dengan "pengesahan" oleh Najib. Tetapi 'Bos tua' telah tampil ke hadapan dan mengambil langkah dengan memanggil orang Melayu bodoh kerana mempertimbangkan untuk mengiktiraf sijil KTAR.

Dia adalah tidak lain bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir yang dilaporkan telah berkata bahawa Melayu "bodoh" kerana mahu mengiktiraf sijil TARC. Kenyataan itu menunjukkan semangat fobia kaum sekaligus sikap perkauman, dan tamparan kepada Najib dan MCA.

Adakah dia seorang yang dungu?

Ia bukanlah suatu yang bijak bagi seorang lelaki yang telah memerintah negara selama 22 tahun sebagai PM untuk membuat satu kenyataan yang bersifat perkauman yang keji dan tidak masuk akal. Tetapi ini adalah skim tipikal politik untuk mendapatkan sokongan Melayu pada UMNO dan dalam kes ini untuk menafikan KTAR apa yang sudah sekian lama sepatutnya menjadi hak mereka. Kenyataan keji Mahathir perubahan, Najib akan berdiri di atas isu ini? Ia adalah yang paling mungkin.

Najib dilihat sebagai PM yang lemah dan juga terkenal kerana dasar flip-flop. Dia takut jika Mahathir berubah fikiran terhadapnya sama seperti apa yang dilakukannya kepada Abdullah Badawi, perdana menteri kelima negara. Kemungkinan besar, Najib akan mengikut kata Mahathir. Apa tidaknya, PM "de facto" sekarang ialah Mahathir dan bukan Najib!

Mahathir sebanarnya menarik tali menguasai Najib sehingga dia menjadi bisu. Saga pengiktirafan KTAR, telah menjadi penipuan politik dan MCA hanya perlu duduk dan menonton drama ini sehingga ke penghujungnya.

"Kenyataannya yang tidak matang dan sama sekali tidak rasional datang daripada seorang bekas perdana menteri negara yang telah memerintah selama 22 tahun membuat rakyat memandang rendah kepadanya," kata seorang pengundi Cina. Dia tidak layak untuk bercakap bagi mana-mana pihak pada usia sebegitu, "katanya.

Tetapi orang Cina tidak bodoh sama sekali. Orang Cina tahu bahawa rancangan kerajaan untuk mengiktiraf sijil KTAR adalah tidak lebih daripada helah untuk membeli undi. Setelah selesai pilihan raya, seluruh isu akan disapu di bawah karpet.

Bukan pemimpin yang ikhlas

Semua drama ini hanya membuktikan bahawa di bawah BN (Barisan Nasional) dasar pendidikan pemerintahan sentiasa ditentukan oleh politik UMNO. Ini telah bertambah buruk sejak 1981 apabila Mahathir mengambil alih sebagai PM.

Orang Melayu bukanlah "bodoh" tetapi pemimpin mereka telah menjadikan mereka fikir bahawa mereka memang "bodoh". Orang Melayu hari ini sudah bijak. Terdapat juga orang Melayu yang berpendapat selepas 55 tahun kemerdekaan tiada kolej atau sekolah-sekolah di negara ini perlu diwujudkan untuk satu-satu kaum sahaja.

Mereka bukan hanya mahu bersaing dengan bangsa mereka sendiri tetapi dengan pelajar kaum lain juga dalam bidang pendidikan.

Generasi Melayu sekarang sudah keluar dari kepompong lama yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka kini daripada mudah memahami apa yang dilakukan ke atas mereka oleh UMNO.Mereka pandai, pintar dan telah mencapai kemajuan berfikir sejak kemerdekaan.

Retorik perkauman yang hina dan pertelingkahan antara Mahathir kuat menunjukkan bahawa dia tidak pernah menjadi seorang pemimpin yang ikhlas. Ini semua adalah kepura-puraan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai PM sehingga ke hari ini.

Atas sebab inilah selain UMNO, terdapat sekurang-kurangnya dua parti-parti politik lain yang mewakili mereka sekarang- PAS dan PKR. Mereka inginkan perubahan yang UMNO tidak boleh memberikan kepada mereka.

Orang Cina juga membayar cukai

(KTAR) telah ditubuhkan pada 24 Februari 1969 dengan sokongan Persatuan Cina Malaysia (MCA). Kolej yang beroperasi dengan subsidi daripada Kerajaan Malaysia sebanyak 50 peratus untuk perbelanjaan modal; 50 peratus lagi ditanggung oleh Pemegang Amanah. Kerajaan sememangnya patut memberi subsidi kepada Kolej kerana orang Cina juga membayar cukai pendapatan.

Kolej ini telah dinamakan selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman - musuh politik Mahathir pada suatu masa dahulu.

KTAR tidak mempunyai kuota kemasukan dan terdapat pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik – pelajar Cina yang miskin, Melayu, India dan Orang Asli –juga belajar di Kolej ini. Ia bukanlah sebuah institusi Bumiputera sahaja seperti UiTM (Universiti Teknologi Mara atau dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara). Hartawan Cina, Melayu dan India tidak akan menghantar anak mereka ke KTAR.

Hanya golongan miskin akan masuk ke institusi ini kerana yuran pengajiannya yang murah. Mengapa perlu Mahathir bersikap begitu terhadap pengiktirafan sijil KTAR?

Mahathir memang anti kepada kaum Cina kerana dia mempunyai tanggapan bahawa dengan mengiktiraf sijil KTAR ini akan memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar Cina untuk mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan.

Adakah terdapat sebarang perbezaan di antara perakuan yang dikeluarkan oleh universiti awam dan KTAR? Mengapa hanya graduan dari universiti awam sahaja yang mendapat pekerjaan dengan kerajaan?

Ini jelas merujuk perkauman dan diskriminasi. Walau bagaimanapun, adakah dia sedar bahawa graduan KTAR lebih berminat untuk bekerja di sektor swasta daripada mengharapkan pekerjaan dengan sektor kerajaan?

Mahathir boleh yakin bahawa kebanyakan orang Cina tidak akan peduli untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam di negara ini, kerana terdapat peluang yang sangat tipis kepada mereka untuk berjaya.

Orang Bukan Melayu yang miskin

Apakah Mahathir tidak pedulikan perasaan golongan miskin di kalangan bukan Melayu? Orang-orang Cina yang miskin tetapi berkelayakan telah dinafikan tempat di universiti dan kolej awam diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di KTAR. Begitu juga dengan orang Melayu yang mendapati diri mereka yang mendaftar di UiTM.

Tahukah dia bahawa pemegang diploma KTAR adalah yang paling dicari oleh sektor swasta berbanding dengan pelajar diploma dari kolej-kolej lain di Malaysia?

KTAR mempunyai reputasi, kerana inilah kebanyakan graduan mereka diperlukan dan dimahukan dalam sektor swasta. Kebanyakan syarikat menggaji graduan Kolej TAR kerana prestasi kerja yang cemerlang. Mereka terbukti mempunyai budaya kerja yang baik, disamping boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Malah, permintaan bagi graduan ini begitu tinggi sehingga ramai telah direkrut oleh syarikat walaupun belum mendapat keputusan peperiksaan akhir lagi. Ramai yang telah pergi untuk melanjutkan ijazah mereka dan kini bekerja di sektor swasta yang ditubuhkan di dalam dan luar negara.

Diploma Lanjutan KTAR dalam Sains, Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan dan Diploma Lanjutan Perdagangan diiktiraf amat sesuai untuk melanjutkan Ijazah Kepujian di Sheffield Hallam University UK dengan kredit. KTAR telah banyak mengadakan hubungan kerjasama dengan universiti-universiti di UK termasuk Sheffield Hallam University, Liverpool John Moores University dan Birmingham City.

Pemikiran sempit

Tidak boleh dinafikan, graduan KTAR sememangnya berkualiti. Pelajar-pelajar miskin yang tidak mampu mendapatkan pendidikan di tempat lain telah mendapatkannya di KTAR dengan bantuan beberapa orang kaya Cina dan juga kerajaan. Tetapi sekali lagi Mahathir mempunyai fobia yang orang Melayu tidak boleh bersaing dengan China dalam bidang pendidikan.

Apa yang telah dilakukannya sebagai perdana menteri di negara ini selama 22 tahun untuk memajukan orang Melayu? Dia tidak berfikiran praktikal kerana menganggap orang Melayu berfikiran lembap dan inilah yang telah mencacatkan sistem pendidikan di negara ini.

Dasarnya yang menyempitkan pemikiran orang Melayu di institusi Melayu sahaja telah menjadikan ramai orang Melayu yang telah lulus tanpa mampu bersaing dengan kaum lain dan mereka akhirnya mencari pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Ramai graduan Melayu tidak mampu untuk menguasai bahasa lain selain daripada bahasa Melayu.

Inilah merupakan dilema orang Melayu pada hari ini yang disebabkan oleh pemimpin UMNO, termasuk Mahathir. Jika pemimpin UMNO telah melakukan sesuatu yang cukup untuk orang Melayu mereka tidak perlu bimbang jika kaum minoriti akan mengatasi keupayaan majoriti dalam pendidikan.

"Ia adalah dasar pendidikan UMNO yang gagal dan menberi malang kepada orang Melayu," kata seorang pendidik tempatan.

Mahathir, bagaimanapun, tidak perlu menabur fitnah kepada orang Melayu sekarang. Masyarakat Melayu pada masa ini tidak perlu mengeksploitasikan hak majoriti mereka untuk mengukuhkan kuasa atas sebab-sebab yang mementingkan diri sendiri. Tanggapan ramai orang Melayu terhadap UMNO adalah rasuah dan kekurangan akauntabiliti dari segi kewangan yang telah melemahkan daya saing negara.

Ia bukan lagi politik Melayu laan Cina politik bagi kumpulan-kumpulan Melayu yang sudah bijak pandai. Adalah lebih baik jika Mahathir memfokus untuk berdiskusi tetang endemik rasuah yang telah melumpuhkan UMNO dan bukannya membazirkan masa mempolitikkan pendidikan.

Pada zaman Mahathirlah rasuah dan penyalahgunaan kuasa mencapai tahap yang tidak pernah disaksikan sebelumnya. Dia sebenarnya telah merosakkan UMNO sehingga tidak boleh dipulihkan semula.

Tidak diterima di universiti awam

Orang Melayu sekarang juga boleh melihat standard pendidikan yang jatuh pada hari ini. Ia semua akibat dasar flip-flop UMNO yang telah merosakkan kualiti pendidikan, beberapa ahli politik yang lebih berminat dalam agenda peribadi mereka sendiri daripada masa depan negara. Mahathir malangnya masih berada pada zaman lampau dimana orang Melayu masih ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Dengan majoriti yang memegang kuasa tidak bermakna bahawa mereka akan didiskriminasi oleh kaum minoriti. Jika Mahathir masih anggap bangsa Melayu hanya boleh kekal melalui dasar pendidikan yang mediskriminasi, maka dia telah gagal memajukan orang Melayu setelah 22 tahun tempoh pemerintahannya.

Mahathir tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Beribu-ribu pelajar miskin yang bijak di Malaysia yang tidak mendapat tempat di universiti dan kolej awam yang dimiliki oleh kerajaan kerana "faktor bangsa" telah mendapat tempat di KTAR dan beberapa kolej swasta yang lain.

Mahathir tidak perlu bimbang. Orang-orang Cina tidak akan mengambil kerja yang dimaksudkan untuk orang Melayu dalam perkhidmatan awam. Mereka cukup berdaya tahan untuk terus hidup. Mereka hanya memerlukan pendidikan supaya mereka boleh berdiri di atas kaki mereka sendiri.

Duri dalam daging

Begitu sahaja, Mahathir telah memanggil Melayu "bodoh". Tetapi dialah lelaki yang telah melemahkan bangsa Melayu dengan melaksanakan dasar pendidikan yang memutarbelitkan menyempitkan orang Melayu dalam institusi Melayu sahaja. Mahathir tidak boleh menuntut sebagai seorang yang bijak dalam arena politik di negara ini. Dia mencipta UMNO Baru dan juga menyebabkan orang Melayu berpecah-belah.

Rasa ingin tahu di kalangan kebanyakan orang Melayu sama ada Mahathir adalah seorang Melayu yang sebenar menjadi persoalan yang paling utama dalam hati kecil mereka.

Ramai yang tahu semasa dia memasuki sekolah perubatan di Raffles Institution, Singapura dia menyatakan dirinya dalam borang permohonan sebagai berbangsa "India". Anehnya, dia kemudiannya telah berubah menjadi seorang Melayu demi politik dan kini berpura-pura menjadi lebih Melayu daripada orang Melayu yang sebenar.

Apabila dia mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun 1981, dia mahu menjadikan Malaysia lebih hebat berbanding Singapura tetapi dia tidak mempunyai kebijaksanaan dan intelektual serta kepintaran sebenar untuk berbuat demikian. Dia juga gagal untuk mengubah pemikiran orang Melayu.

Mahathir telah menjadi duri dalam daging bukan sahaja kepada orang Cina tetapi bagi seuruh rakyat di negara ini.Kenyataan bersifat perkaumannya mengenai isu sijil KTAR telah menyakiti hati ramai kaum Cina. Orang Melayu juga turut tidak gembira .Malaysia Chronicle

Pemecatan Abu Bakar untuk pulih imej kerajaan, kata Mahfuz

Posted: 16 Jul 2012 10:41 PM PDT


KUALA LUMPUR – Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa, pemecatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk memulihkan imej kerajaan terutamanya perdana menteri yang tercalar dalam isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Menurut naib presiden PAS (gambar) itu lagi, surat menamatkan jawatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah ditandatangani sendiri oleh Najib walaupun orang nombor dua dalam perkhidmatan awam itu masih belum melepasi usia pencen rasmi kakitangan awam.

"Ini bukan kepentingan awam, ini kepentingan poilitik untuk kembalikan persepsi yang baik kepada Najib," tegas Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menegaskan, beliau sendiri telah melihat salinan surat penamatan jawatan Abu Bakar itu, malah, beliau turut mengesahkan mempunyai salinan surat tersebut.

"Saya tahu sebab saya ada salinan surat, kalau Najib nak nafi, silakan, (tapi) memang saya sudah melihat surat itu," kata Mahfuz ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, Mahfuz tidak mendedahkan kepada media salinan surat penamatan jawatan berkenaan, ekoran dokumen tersebut menurutnya diklasifikasikan sebagai sulit.

"Saya tidak boleh tunjuk salinan surat. Ia dokumen sulit, ada sumber dalaman yang menyerahkan kepada saya," kata Mahfuz kepada pemberita.

Mahfuz sebelum ini juga telah mendesak Najib supaya mengemukakan penjelasan berhubung tindakan menamatkan jawatan Abu Bakar yang berkuatkuasa pada 1 Julai lalu.

Beliau juga menganggap tindakan "mengejut" itu sebagai "misteri" dan telah menimbulkan persoalan terhadap 1.4 juta penjawat awam sedangkan, Abu Bakar, 57, telah pun bersetuju untuk melanjutkan tugasnya sehingga usia 60 tahun.

Mahfuz turut mengulangi kenyataannya sebelum ini yang mendakwa beliau difahamkan penamatan tugas Abu Bakar dibuat dengan menggunakan Perkara 49 Peraturan Pegawai Awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib).

"Jika Abu Bakar dikenakan tindakan di bawah Perkara 49, beliau berkemungkinan tidak akan menerima pencen untuk tempoh 37 tahun perkhidmatannya sebagai kakitangan awam.

"Paling tidak pun hanya tinggal 10 peratus," katanya lagi.

Mahfuz juga ketika sidang media itu turut mempersoalkan tindakan Putrajaya melantik Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa kerana jika mengikut turutan senioriti, Abu Bakar adalah individu yang paling layak kerana beliau berada di kedudukan Gred Turus 2, sedangkan Ali Hamsa hanya berjawatan peringkat Gred Turus 3.

"Beliau (Ali) telah melangkau dua seniornya, (Tan Sri ) Sidek (Hassan), dan juga Abu Bakar. Sedangkan semasa Sidek menjadi KSN, Abu Bakar adalah individu terkanan dalam perkhidmatan awam dan seharusnya beliau yang dilantik sebagai KSN selepas Sidek menamatkan tugasnya.

"Isu ini akan membunuh daya rangsangan perkhidmatan awam kerana kerajaan tidak melihat kepada kedudukan senioriti dan kedudukan terkanan dalam perkhidmatan awam dalam membuat lantikan," tambah bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah ini lagi.

Dalam sidang media hari ini, Mahfuz turut memaklumkan, beliau telah menyerahkan surat kepada perdana menteri untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu, yang diserahkan melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Mahfuz dakwa wujud ‘salah urus’ kakitangan syarikat dalam pembelian saham FGVH

Posted: 16 Jul 2012 10:39 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Julai – PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan "salah urus" kakitangan syarikat berkenaan yang "telah biasa" membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan "pegangan politik" kerajaan negeri tersebut.

"Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno.

"Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, PKNK mengakui memiliki pegangan 500,000 unit saham FGVH yang diperolehi melalui prosedur sah tanpa kaitan politik.

"Unit saham FGVH yang dimiliki PKNK adalah di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

"PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000," kata Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Jelas Mahfuz, beliau tidak melihat sebarang unsur sabotaj dalam pembelian saham tersebut kerana pendapatan yang bakal diperolehi daripada penjualan saham FGVH itu adalah untuk kepentingan negeri, dan bukannya atas kapasiti kepentingan peribadi. Duit itu nanti bukan untuk kepentingan peribadi. Ia akan disalurkan kepada kepada kerajaan negeri.

"Saya tidak lihat wujud unsur sabotaj dalam perkara ini ... kakitangan ini telah biasa mendahului lembaga pengarah dalam membuat keputusan, amalan biasa pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya dan menambah,"kita perlu ambil sedikit masa untuk mengubah amalan mereka."

Sementara itu, dalam laporan media sebelum ini, pengarah eksekutif PKNK menjelaskan, "mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan."

"Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak. PKNK mensasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu," katanya.

Menurut Abdul Rahman, PKNK juga sudah menjual sejumlah 50,000 unit saham FGVH di pasaran dengan harga RM5.50  seunit dan memperoleh keuntungan kasar sebanyak RM47,500.

Malah, Abdul Rahman turut menegaskan pembelian saham itu juga tidak melibatkan pendirian politik pemimpin PR, sebaliknya PKNK hanya memberikan fokus kepada perniagaan dan mahu membantu lebih ramai usahawan Bumiputera di Kedah.

Beliau turut menjelaskan, PKNK adalah badan berkanun kerajaan yang berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan pemantauan daripada Kementerian Kewangan.

Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari peringkat Pusat, termasuk wakil dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Liong Sik: Surat untuk Dr M mengandungi penipuan

Posted: 16 Jul 2012 10:37 PM PDT





KUALA LUMPUR— Tun Dr Ling Liong Sik hari ini memberitahu bahawa dia tidak tahu tentang surat untuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2002, yang beliau sendiri tandatangan berkenaan dengan pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) mengandungi penipuan.

Bekas Menteri Pengangkutan itu mempertahankan dirinya di kandang saksi hari ini berkata, beliau terkejut dengan pendedahan penipuan yang ada di dalam surat itu dan menegaskan bahawa beliau tidak tahu surat itu mengandungi penipuan.

"Kalau saya tahu, saya akan betulkan atau tidak menghantar surat tersebut," beliau memberitahu mahkamah ketika disoal oleh peguambelanya Wong Kian Kheong tengah hari ini.

Menurut surat tersebut, yang dibaca oleh Wong di mahkamah hari ini, Dr Ling (gambar) menulis untuk memberitahu Dr Mahathir bahawa Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), syarikat pemaju PKFZ telah bersetuju untuk menjual tanah seluas 999.5 ekar itu atas dasar harga pasaran bebas dengan harga RM25 sekaki persegi dan 7.5 peratus faedah atau keseluruhan bayaran itu dengan harga RM1.088 billion untuk projek tersebut.

Surat itu ditandatangani Ling pada 29 Jun, 2002 berkata persetujuan dengan KDSB akan membawa "keuntungan dan faedah" kepada kerajaan.

Tetapi Dr Ling berkata terdapat penipuan dalam surat tersebut, antaranya mengikut minit mesyuarat antara KDSB dengan kementeriannya pada 17 April tahun yang sama, bahawa perbincangan itu tidak seperti apa yang diberitahu.

Beliau memberitahu bahawa tidak menghadiri mesyuarat itu, sambil berkata jika dia hadir, dia tidak akan menghantar surat itu kepada Dr Mahathir.

"Surat ini sungguh mengejutkan, kerana berdasarkan surat (minit mesyuarat), perjumpaan itu langsung tidak berjaya. Mereka menuduh antara sendiri mengenai kewujudan rasuah.

"Bagaimana saya boleh beritahu PM bahawa ini boleh menguntungkan kerajaan?

"Berdasarkan minit mesyuarat ini, surat ini mengandungi penipuan," katanya dengan nada kecewa kepada Mahkamah Tinggi.

"Saya tidak begitu berani untuk berbohong kepada Perdana Menteri, lebih-lebih lagi dengan penemuan ini," katanya lagi tentang minit mesyuarat itu.

Wong kemudian memberitahu mahkamah bahawa Kementerian Pengangkutan pada ketika itu diwakili oleh Setiausaha Umumnya Datuk Zaharaah Shaari, Timbalan Setiausaha Umum Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, dan bekas penolong setiausaha bagi pengurusan pelabuhan P. Chandrasakeran.

Mereka bertiga adalah saksi pendakwa yang telah disoal pada tahun lalu.

"Adakah mereka para pegawai yang menyediakan P24 (surat untuk PM) berserta dua lampiran?" tanya Wong.

"Saya rasa, ya. Sebab mereka pegawai yang telah lama menguruskan projek ini," jawab Dr Ling.
"Ketika kamu menandatangani P24 itu, adakah kamu berhasrat untuk menipu atau mengelirukan PM?" tanya Wong lagi.

"Sudah tentu tidak," jawab Dr Ling.

"Pada mulanya, untuk saya menulis surat ini dengan merujuk kepada mesyuarat 17 April itu akan memusnahkan saya, sebab saya mengatakan ia projek yang menguntungkan sedangkan itu adalah penipuan," jawab Ling lagi.

Bekas Presiden MCA ini boleh dikenakan penjara tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah menipu Kabinet dalam pembelian 999.5 ekar tanah untuk projek PKFZ, yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan.

Dia juga berhadapan dengan tuduhan berlainan kerana menipu Kabinet bahawa terma pembelian RM25 sekaki persegi dan 7.5 peratus kadar faedah telah dipersetujui oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) walaupun menyedari bahawa tidak sebarang persetujuan begitu.

Saksi: Polis baling botol, batu ke arah penyokong Bersih

Posted: 16 Jul 2012 10:33 PM PDT

 
 
KUALA LUMPUR – Beberapa orang polis membaling botol, batu dan objek besi ke arah penyokong Bersih pada 28 April yang lalu, menurut apa yang diberitahu oleh saksi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam inkuiri, menceritakan pengalaman mereka semasa tunjuk perasaan dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Adrian Loh, pekerja sokongan dalam syarikat perisian komputer dari Petaling Jaya memberitahu kepada inkuiri, dia terpaksa berlindung di Masjid Jamek apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

Beliau mengaku menyaksikan 10 hingga 20 orang polis muda, beruniform biru menjerit ke arah para penunjuk perasaan sambil membaling botol, batu dan objek besi ke arah mereka.

"Polis telah mula membaling objek-objek tersebut ke arah kami, saya tak pasti dari mana mereka dapat objek besi itu," kata Loh yang menjadi saksi pertama dalam inkuiri pada hari ketiga hari ini.

Beliau juga berkata bahawa ada polis mencabar untuk bertumbuk dengan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan kemudiannya membaling kembali botol dan batu ke arah polis.

Inkuiri ini diadakan untuk melihat sama ada keganasan dimulakan oleh pihak individu atau kumpulan, semasa dan selepas perhimpunan.

Panel inkuiri ini diketuai oleh Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh pesuruhjaya Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi dan Detta Samen, yang akan menemubual 22 saksi dalam masa 22 hari.

MB: Selangor akan ambil alih pentadbiran SYABAS

Posted: 16 Jul 2012 10:31 PM PDT

TERKINI
 
 
SHAH ALAM, — Kerajaan negeri Selangor mengambil alih pentadbiran SYABAS, syarikat pembekal air di negeri itu, kata Tan Sri Khalid Ibrahim tengahari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata, masalah kekurangan air tidak seharusnya berlaku dan kerajaan negeri meragui tentang cadangan catuan air oleh SYABAS kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah tidak dimaklumkan.

Kerajaan negeri juga meminta Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh SYABAS, dan satu jawatankuasa ditubuhkan bagi meminta SYABAS untuk memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa.

"Keadaan sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada tahun 1998 kerana tujuh empangan negeri mempunyai kapasiti air yang mencukupi dan kadang-kala melimpah.

"Setakat laporan hingga April 2012, SYABAS mempunyai jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan berjumlah RM2.8 billion ringgit. SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus. Laporan audit juga mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja 'capex' (capital expenditure) dengan baik," kata Menteri Besar lagi.

Kerajaan negeri juga katanya lagi, telah menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan sebanyak dua kali pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.

"Jika kerajaan Persekutuan benar-benar mahu memberi perhatian kepada rakyat Selangor, mereka harus memikirkan hal ini sebaiknya," kata Khalid dalam sidang media.

Pada 14 Julai yang lalu SYABAS telah membentangkan cadangan kepada Suruhanjaya Bekalan Air Negara (SPAN) untuk mengadakan catuan air khususnya untuk Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Dalam laporan mingguan yang dibentangkan SYABAS, permintaan bekalan air telah mencecah 4,324.79 juta liter sehari (MLD) dengan rizab air berjumlah 46.21 MLD atau 1.6 peratus, jauh dari 20 peratus dari yang disyorkan.

Syarikat pembekal air itu juga berkata musim kering bagi Jun juga menyebabkan bekalan air berkurangan, disamping pencemaran sungai dan pembaikan loji rawatan air.

Katanya lagi, jika Persekutuan tidak mengambil tindakan ini, kerajaan negeri akan membawa isu ini ke mahkamah berdasarkan Klausa 32 perjanjian konsesi yang membenarkan kerajaan negeri berbuat demikian.

Bekas CEO Sime Darby didakwa pecah amanah, wang ikat jamin RM200,000

Posted: 16 Jul 2012 10:17 PM PDT

 
 
KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pengarah Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, hari ini didakwa atas dua kesalahan pecah amanah di Mahkamah Seksyen di sini.

Ahmad Zubair (gambar), 55, yang juga merupakan bekas presiden syarikat pautan kerajaan itu juga didakwa telah melakukan pecah amanah di mana beliau telah gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang bagi pengesahan ke atas penganugerahan Tanah Hak Adat Bumiputera (HAB) di bawah Sarawak Expansion Plan yang menyebabkan Sime Darby Berhad kerugian sebanyak RM85,023 juta dan RM16,816 juta.

Dia turut didakwa menipu ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan apabila tidak memaklumkan di mana beliau telah terikat di bawah undang-undang kontrak untuk melindungi lembaga pengarah bahawa kelulusan tanah hak adat bumiputera kepada Sime Darby Berhad telah sebaliknya
menganugerahkan kepada Vertical Drive Sdn Bhd dan Nature Ambience Sdn Bhd dengan pengetahuan bahawa ia boleh mendatangkan kerugian kepada Sime Darby Berhad.

Bagi dakwaan pecah amanah, Ahmad Zubair boleh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara tidak kurang dua tahun, dan tidak melebihi 20 tahun, sebatan, dan denda.

Untuk dakwaan penipuan, beliau boleh dituduh di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

Ahmad Zubir bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh hari ini menetapkan ikat jamin untuk setiap pertuduhan RM100,000 dengan satu penjamin dan tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 2 Oktober depan.

Ada yang tak selaras dengan amalan semasa, kata MB

Posted: 16 Jul 2012 10:15 PM PDT

 
Hazlan Zakaria


 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengakui terdapat yang tidak selaras dengan amalan semasa dalam proses perolehan perkhidmatan untuk kerajaan negeri.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid berkata selepas menyedarinya, pihaknya telah memanggil audit negeri berhubung perkara itu untuk membetulkannya.

Oleh itu, katanya, perkara itu bukan lagi satu isu kerana ianya telah diperbetulkan.

Khalid menjelaskan demikian sebagai menjawab laporan Malaysiakini berhubung satu siasatan dalaman Perbendaharaan Selangor menemui pelbagai ketidakaturan dalam perolehan barang dan perkhidmatan untuk Karnival Terima Kasih Rakyat, karnival politik dalam bulan Mac untuk meraikan ulang tahun keempat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Penduduk serah memo bantah projek Ken City

Posted: 16 Jul 2012 10:13 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Kira-kira 100 penduduk lima taman perumahan di Ampang hari ini berkumpul di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana untuk membantah pelaksanaan projek 'Ken City' di kawasan berhampiran kediaman mereka.
  
Penduduk Taman Nirwana, Taman Cempaka, Taman Dagang, Taman Putra Sulaiman dan Kampung Pandan itu yang membuat bantahan selama kira-kira dua jam turut menyerahkan memorandum bantahan projek berkenaan kepada Anggota Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat.
  
Ketika ditemui pemberita, Ong berkata projek bangunan dua blok dan 16 tingkat pangsapuri itu telah lama dibantah oleh penduduk namun tidak mendapat sebarang penyelesaian oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan kerajaan Negeri Selangor.
  
"Walaupun bantahan projek ini banyak kali dibawa kepada ADUN Cempaka dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setingan
Selangor Iskandar Samad, tiada sebarang tindakan diambil bagi menanganinya. Malah, projek ini masih beroperasi," katanya.
  
Ong mendakwa projek ini beroperasi sejak November 2009 tanpa kelulusan dan pengetahuan penduduk setempat.
  
"Dengan ini saya dan penduduk hendak tahu kenapa projek ini diluluskan? Tempat ini selalu terlibat dalam masalah kesesakan lalu lintas dan masalah sistem saliran yang menyebabkan banjir kilat," katanya.
  
Ong berkata penduduk sekitar bukan bersikap antipembangunan tetapi ingin menyuarakan pendapat mereka mengenai tapak itu untuk tujuan perniagaan.
  
"Pihak Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) harus membuat keputusan tepat dan kerajaan negeri jangan pandang ringan dengan isu ini. Pendengaran awam harus dibuat dengan betul, ikhlas dan jujur tanpa unsur tipu helah," katanya.
  
Penduduk turut mempersoal tindakan kerajaan negeri Selangor menukar pelan asal kawasan itu daripada projek pembangunan lot kedai kepada pangsapuri.
  
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Nirwana M. Thomas, 57, berkata apabila pangsapuri itu siap, bilangan penduduk akan bertambah dan mereka tidak akan berasa aman lagi untuk tinggal di kawasan itu.
  
Ong dan penduduk kawasan itu amat berharap pemaju projek akan berbincang dengan penduduk bagi mencari penyelesaian yang dapat diterima oleh semua pihak.
  
Projek "Ken City" oleh Seri Seltra mendapat bantahan daripada penduduk kawasan Taman Nirwana, Taman Cempaka, Taman Dagang, Taman Putra Sulaiman dan Kampung Pandan sejak April 2010.  
- Bernama

DAP: Bos SEDA tak tahu menahu tender sendiri?

Posted: 16 Jul 2012 10:11 PM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyelar ketua Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang didakwanya tidak bercakap benar atau tidak tahu menahu berhubung proses tender kuota tenaga solar.

Pua membariskan beberapa keperluan SEDA yang didakwa bertentangan dengan kenyataan pengerusinya Tan Sri Fong Chan Onn, antaranya sama ada syarikat ditubuhkan sehari sebelum tarikh akhir tidak boleh ditolak.

Antaranya, kata Pua, keperluan untuk perjanjian penggunaan tapak untuk lokasi dicadangkan untuk mengusahakan tenaga solar, pematuhan ketat kewangan seperti baki minimum wang dan butir-butir pembiayaan.

mca disciplinary board 230210 fong chan onn"Bukan mendedahkan bagaimana kriteria teknikal dan komitmen kewangan, Fong Chan Onn sebaliknya mengugut untuk menyaman fitnah saya.

"Berdasarkan kenyataan (Fong) ini, sama ada ada beliau tidak tahu menahu atau tidak bercakap benar kepada semua orang," kata setiausaha publisiti DAP dalam kenyataan hari ini.

SEDA pada 13 Julai lalu bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Pua berhubung dakwaannya bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan.

Walaupun enggan mengulas persoalan yang ditimbulkan, Fong bagaimanapun berkata kenyataan Pua merupakan tuduhan serius terhadap beliau.

Fong berkata dimaklumkan bahawa penasihat undang-undang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan meneliti kenyataan Pua sebelum membuat keputusan tentang tindakan yang akan diambil.

'Manisnya menjadi gadis'

Posted: 16 Jul 2012 10:09 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Atas keprihatinannya terhadap masalah sosial yang dihadapi oleh remaja wanita, seorang pegawai kerajaan hari ini mengadakan program 'Manisnya Menjadi Gadis', hasil inisiatifnya sendiri.
  
Jevartnam Baby, Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi Kementerian Pelajaran, mengadakan ceramah untuk pelajar perempuan SMK Convent Sentul merangkumi topik kesedaran mengenai HIV dan bercinta berlandaskan agama.
  
Beliau berkata langkah yang diambilnya itu berikutan peningkatan kes HIV, khususnya dalam kalangan remaja perempuan yang semakin membimbangkan.
  
"HIV dalam kalangan perempuan amat tinggi sekali. Menurut statistik, sejumlah 94,414 kes HIV dilaporkan di Malaysia sejak Disember 2010 dengan lima peratus daripada jumlah tersebut melibatkan wanita dan remaja perempuan," katanya.
  
Ketika ditemui Bernama selepas menyampaikan ceramahnya pada program itu di sini hari ini, beliau berkata usahanya juga atas dorongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru supaya kakitangan awam lebih prihatin dalam menangani masalah sosial di kalangan remaja, semasa berucap pada Himpunan Penjawat Awam 2012 baru-baru ini.

Jevartnam berkata program julung kali itu diadakan dengan bantuan dua kenalannya iaitu penghidap penyakit HIV yang hanya mahu dikenali sebagai Maligai dan fasilitator modul keyakinan diri Norazliza Abdul Aziz.
  
Beliau berkata program itu bertujuan meningkatkan tahap keyakinan dan motivasi diri dalam kalangan pelajar wanita baik dari segi fizikal, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
  
Seramai 110 pelajar Tingkatan 4, SMK Convent Sentul mengambil bahagian dalam program ini, dan kesemua pelajar yang mengambil bahagian didaftarkan secara terus di bawah Pembimbing Rakan Sebaya.- Bernama

'Buku Jingga Wanita' janji suri rumah RM50 sebulan

Posted: 16 Jul 2012 10:06 PM PDT

 
Abdul Rahim Sabri


 

Wanita Pakatan Rakyat melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) - ala Buku Jingga - yang memperuntukkan pelan pembangunan "mengangkat martabat Wanita" melibatkan kos lebih RM5 bilion jika berjaya menawan Putrajaya.

Ia antaranya memperkenalkan Caruman Wanita Nasional RM50 bulanan kepada suri rumah dan caruman antara RM10 hingga RM100 oleh suami kepada isteri sebagai simpanan hari tua, perubatan dan tabung bantuan musibah.


NONE"Pakatan berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam masyarakat.

"Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberikan tidak boleh berbentuk sekali sekala, tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata Ketua Wanita DAP Chong Eng.

Perkara lain yang ingin dilaksanakan, Penubuhan Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional dan menubuhkan Pusat Wanita Berdaya untuk menggerakkan latihan dan ilmu kepada kumpulan wanita.

NONEBercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Chong berkata, Majlis Pimpinan Wanita Pakatan - yang tubuhkan hari ini - turut bersetuju untuk menubuhkan satu suruhanjaya.

Ia bertujuan menangani masalah keganasan rumah tangga dan seksual terhadap wanita, sekiranya berkuasa, tambahnya.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof,

Sementara itu, Zuraida berkata, risalah terbaru Wanita Pakatan itu akan dicetak 9,000 naskhah dan dibahagikan kepada setiap parti gabungan Pakatan untuk diedarkan.

Katanya lagi, Wanita Pakatan juga akan mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan kepada rakyat selepas pelancaran rasmi agenda tersebut pada 3 September depan di Selangor.

Tiada ulasan: