Ahad, 15 Julai 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


TPM: 'Kalau boleh biarlah PRU tahun ini'

Posted: 15 Jul 2012 03:51 AM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun ini walaupun adanya banyak perayaan mulai bulan depan hingga awal 2013.

Spekulasi meramalkan PRU13 kemungkinan September ini ataupun awal tahun depan.

"Tidak salah kita adakan PRU tahun ini. Memang banyak perayaan dalam masa terdekat seperti Hari Raya Aidilfitri dan ibadah haji, tetapi apa salahnya?"
kata beliau semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Batu 2012 hari ini.

Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini menambah, PRU13 tidak harus dilengah-lengahnya hingga ke tahun depan.

"Kalau boleh, biarlah PRU diadakan tahun ini juga. Tak kisahlah bulan berapa sekalipun," ujar beliau.

Katanya, apabila sudah sampai waktunya, pasti PRU akan diadakan.

"Kita perlu tumpukan segala persiapan di setiap bahagian.

"Pemimpin setiap bahagian mesti rajin dan turun padang untuk mendengar masalah rakyat. Jangan sampai rakyat berasa terabai," tambah beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan berkata, setiap pemimpin tidak boleh mengambil sikap 'tutup telinga', sebaliknya harus terus berbincang bagi memastikan rakyat terus mendapat bantuan sewajarnya.

"Kita bersikap adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira parti yang diwakili. Ini kerana semata-mata kerana rakyat. Itu janji kita," katanya.

Kertas siasatan kes amuk diserah kepada AG esok

Posted: 15 Jul 2012 03:49 AM PDT

SINAR HARIAN

Amuk di JPM
Amuk di JPM
 
 
KUALA LUMPUR - Polis akan mengemukakan kertas siasatan berhubung rakan wanita Khalil Afandi Abdul Hamid, yang turut bersamanya mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya Isnin lepas kepada pihak pendakwa raya esok.
  
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata keputusan sama ada untuk mendakwa wanita itu di mahkamah akan diputuskan oleh pihak pendakwa raya.
  
Wanita itu masih dirawat di Hospital Putrajaya kerana kecederaan di paha kanan kerana terkena tembakan dalam kejadian amuk itu, katanya kepada pemberita pada kejohanan boling Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.
 
Pada Isnin lepas, Khalil Afandi yang mengaku dirinya Imam Mahadi bersama wanita itu dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
  
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
  
Susulan itu, polis menahan reman seorang lelaki yang merupakan rakan kepada Khalil Afandi yang beralamat di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan. - Bernama

Pemimpin Umno: Elok PRU13 selepas Bajet 2013

Posted: 15 Jul 2012 03:47 AM PDT

G MANIMARAN dan JAMILAH HAMZAH

Pemimpun Umno: Elok PRU13 selepas Bajet 2013
Ahmad Maslan
 
 
KUALA LUMPUR - Di sebalik pelbagai spekulasi dan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), seorang pemimpin kanan Umno berharap ia diadakan hanya selepas Bajet 2013 - yang disifatkan sebagai "senjata penting" bagi Barisan Nasional (BN) - dibentangkan akhir September ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau secara peribadi berpendapat lebih elok PRU13 diadakan selepas belanjawan dibentangkan.

"Pada saya elok lepas bajet. Secara peribadi, sebab kita ini jenis kerajaan yang  menepati janji dan bajet yang lepas kerajaan telah tepati janji-janjinya.

"Jadi kalau kerajaan bentang lagi bajet, rakyat akan tahu bajet itu akan ditepati. Jadi untuk apa kita perlu awal-awal. Ya tak? Kalau kita tahu 28 September itu (hari) bajet, kenapa kita perlu melepaskan peluang kita ini... ini pandanagn peribadi sayalah, tapi masih lagi terpulang kepada Perdana Menteri," kata beliau merujuk kepada keistimewaan Perdana Menteri dalam memanggil PRU dan juga pembentangan Bajet 2013 yang dijadulkan 28 September ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya pandangannya mengenai tarikh yang sesuai bagi PRU13 ketika ditemui Sinar Harian Online di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada Majlis Tertinggi Umno ada membincangkan idea beliau itu.

Akhir Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September.

Selepas siri spekulasi dan teka-teki bahawa PRU13 akan diadakan awal Jun dan Julai, kini banyak pihak meramalkan ia akan dipanggil selepas sambutan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan 2012. Aidilfitri akan disambut akhir bulan depan dan ia akan disusuli dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 16 September.

Malah, ada yang meramalkan PRU13 akan dipanggil awal tahun depan atau di akhir mandat semasa.

Mandat semasa Kerajaan Pusat yang dipimpin BN akan berakhir penghujung April 2013.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, rakyat telah menerima dan merasai kesemua janji yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat pada Bajet 2012.

"Bajet tahun lepas rakyat telah menerimanya. Antara yang terbesar RM100 (untuk pelajar sekolah), RM200 (penunttu institusi pengajian tinggi) dan RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Dan, rakyat menerima RM100 dan RM200 itu tanpa mengira kaum dan RM500 juga tanpa mengira kaum, yang layak semua dapat.

"Jika pilihan raya lepas bajet, bermaksud pilihan raya itu beri keyakinan... bererti rakyat sudah ada dalam kepala mereka, kalau kerajaan janji dalam bajet, dia (kerajaan) akan tunai.

"Dan, kita ke hulu hilir kita buat jelajah janji ditepati. Apa yang kita janji dalam bajet kita tepati," katanya dilihat merujuk kepada program Janji Ditepati, yang dilancarkan bulan lalu.

Sehubungan itu jelas beliau, sekiranya PRU13 diadakan selepas pembentangan belanjawan, bererti janji-janji itu kepada rakyat akan dilaksanakan.

"(Jadi), untuk apa kita ingin membuang senjata yang begitu penting," katanya.

Najib Dimalukan Di Hari Koperasi Negara

Posted: 15 Jul 2012 03:37 AM PDT



KELAB GREENBOC


Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.

Difahamkan juga, ramai para pelajar telah paksa untuk diangkut ke stadium. Hasilnya para pelajar ini telah membuat bising dengan membunyikan air-horn tatkala Najib berucap, menyebabkan najib beberapa kali meminta supaya penonton diam namun rayuan Najib tidak dihiraukan.

Jumlah kehadiran: BERNAMA dan akhbar arus perdana menyatakan 80,000 yang hadir.


Ulasan GB

Kan dah betul GB kata dulu di SINI, petikan:

"Bagi mereka yang mengikut perkembangan berita-berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA mengenai kehadiran orangramai terhadap acara-acara yang duisertai Pakatan Rakyat biasanya akan disusutkan dengan membahagikan angka itu dengan 10, iaitu jika yang hadir 200,000 maka dikhabarkan hanya 20,000 dan jika yang hadir di dalam mana-mana program anjuran PR seperti ceramah itu mencecah 50,000 maka ditulisnya 5,000. Jika 3000 maka ditulisnya hanya 300 orang.

Contoh semasa perhimpunan BERSIH 1.0 dahulu, BERNAMA tanpa segan silu menyatakan kehadirannya cuma 4,000 orang!

Tetapi mana-mana program anjuran UMNO BN, maka angka sebenar akan didarabkan dengan 10. Misalnya jika kehadiran itu 8,000 ditulisnya 80,000. Di Gua Musang baru-baru ini, program Najib yang disertai 3,000 orang ditulisnya 30,000 dan apa juga program NGO yang sehaluan dengan UMNO BN seperti JATI juga demikian, 800 akan ditulisnya 8,000. Jika ada NGO sedemikian buat demo yang dihadiri 20 orang maka akan ditulisnya 200 orang.

Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu. Sungguh bebal BERNAMA ini. Mengubah angka semata-mata nak "gah"kan UMNO BN....."


Memang media pencacai kaki spin sepertimana yang diakui oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia sendiri semalam:

klik untuk baca


LIHAT VIDEO DI SINI

Suruhanjaya Sekuriti, Najib Razak Bakal Disaman ANAK

Posted: 15 Jul 2012 03:29 AM PDT





KUALA LUMPUR : Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi dan pemimpin Kerajaan Pusat berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Setakat ini, usaha sedang dilakukan untuk mengemukan saman terhadap Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kata Pengerusi Anak Mazlan Aliman.

"Peguam-peguam kita berada di peringkat akhir untuk menyaman kerana membenarkan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad," katanya.

Menurut beliau, saman RM 80 juta terhadap Najib adalah kerana pengerusi Umno-BN itu pernah mengutuk peneroka Felda yang menentang penyenaraian FGVH.

Di dalam satu ucapan beliau semasa mengumumkan dividen dari FGVH, Najib mengatakan 'haram jadah' apabila merujuk kepada penkritik FGVH.

"Selagi Barisan Nasional tidak membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad,rakyat akan melawan habis-habisan," kata Mazlan.

Beliau berkata demikian semasa Himpunan Oren Selamatkan Felda di Istana Negara di Jalan Duta hari ini.



Bahkan, kata Mazlan, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas simpanan mereka dakwanya, dilaburkan di FGVH.

Tambah Mazlan, beliau mengucapkan setinggi penghargaan terhadap pihak Yang Dipertuan Agong kerana sudi menerima memorandum daripada peserta himpunan itu.

"Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Istana, Polis dan Unit Amal yang terlibat secara langsung dalam pehimpunan bersejarah ini," katanya sejurus keluar daripada menyerahkan memorandum itu.

Turut serta di dalam himpunan itu pemimpin Pas termasuk Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pesta Lagu Jalanan Tonjolkan Bakat Artis Hak Asasi, Demokrasi

Posted: 15 Jul 2012 03:24 AM PDT

Gambar oleh Remmy Ariffin




PETALING JAYA : Pesta Lagu Jalanan 2012 yang berlangsung di Taman Rusa, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, disifatkan sebagai platform terbaik bagi golongan muda khususnya untuk menonjolkan bakat nyanyian dan penciptaan lagu.

Pesta yang bermula seawal jam 12 tengah hari hingga 11 malam itu merupakan anjuran tiga Pusat Khidmat DUN iaitu Bukit Gasing, Kinrara dan Kampung Tunku bersama portal web Roketkini.com.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, pengajuran program itu bertujuan merangsang belia untuk menggubal lagu yang membawa mesej demokrasi, hak asasi manusia, perpaduan, anti-rasuah dan tadbir urus yang baik.

"Idea pengajuran program ini adalah kerana selalunya perhimpunan yang disertai orang ramai, contohnya BERSIH  hanya melaungkan slogan sahaja, tanpa ada lagu semangat.

"Oleh itu, kita berpandangan adalah penting untuk mempunyai lagu buatan sendiri yang boleh digunakan setiap kali ada pergerakan, perhimpunan hak asasi manusia dan sebagainya," katanya yang juga Adun Kinrara.



Menurut Teresa, acara kemuncak program itu adalah konsert finale lagu jalanan yang memperlihatkan 12 lagu dipilih untuk dipertandingkan di peringkat akhir malam nanti.

Beliau berkata, persembahan finalis akan diadili oleh barisan panel juri, antaranya Hishamuddin Rais, Nik Jidan, Anthony Loke, Ross Ariffin dan Hasmi Hashim.

"Jika ia mendapat sambutan baik, kita akan jadikannya sebagai program tahunanan pada masa akan datang.

"Saya ingin berterima kasih kepada NGO dan aktivis kerana bersama-sama menjayakan program ini. Kita harap orang muda dapat berseronok," jelasnya.



Selain persembahan, pesta itu turut mengadakan karnival yang menempatkan booth jualan para NGO seperti Pusat KOMAS, SUARAM, Bersih 2.0, Radio Bangsar Utama, Majlis Peguam, Petpositive, Kelab Kartunis Independen, Pusat Kucing Terbiar, Change Your World, Buku Jalanan, Frinjan, dan organisasi pelarian dari Sri Lanka, Somalia dan Myanmar.

Selain daripada gerai, terdapat juga "dinding graffiti", Sudut Pidato (Speaker's Corner) serta gerai jualan buku, pakaian dan hasil tangan kreatif anak-anak muda.

Makcik 61 Tahun Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren

Posted: 15 Jul 2012 03:22 AM PDT





KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.

Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.

"Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi," ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:

"Makcik dah biasa dah."

Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.

"Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar."

6,000 Pokok Bakau Bagi Memelihara Persisiran Pantai Selangor

Posted: 15 Jul 2012 03:19 AM PDT





PELABUHAN KLANG : Sebanyak 6,000 pokok bakau ditanam dalam tempoh tiga tahun dalam usaha menghijaukan bumi dan memelihara alam sekitar.

Usaha tersebut adalah sebahagian dari rancangan menanam 10,000 pokok bakau dalam masa lima tahun bermula dari 2010 di sekitar Selangor.

Ia dilakukan Persatuan Bulan Sabit Merah Selangor bersama Jabatan Alam Sekitar Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor.

Pengerusi Bulan Sabit Merah Selangor, Fatimah Sulaiman berkata, pihaknya berbangga kerana program tersebut berjaya dijalankan dalam masa tiga tahun dan berharap ia mencapai sasaran dalam dua tahun lagi.

"Program pertama pada 2010 kita jalankan di Kuala Selangor dan tahun lalu di kawasan timur Kampung Teluk Gong ini manakala tahun ini kita sambung di kawasan barat di kampung sama.



"Program ini melibatkan semua ahli masyarakat terutama ahli Bulan Sabit Merah Selangor dan pelajar demi memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai penanaman pokok bakau dan penjagaan alam sekitar.

"Ia juga membawa banyak manfaat terutama kepada kawasan persisiran pantai sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi bencana alam seperti tsunami," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) di atas sokongan mereka.

Fatimah berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Program Menanam Pokok Bakau di Kampung Teluk Gong di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan Yang Dipertua Pekawanis yang juga isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut.

Salbiah berkata, usaha penanaman itu wajar dicontohi pertubuhan lain kerana program menghijaukan bumi dan menjaga alam sekitar perlu melibatkan semua pihak.

"Program ini juga membantu mendidik anak-anak dan pelajar supaya berdisiplin dan faham tentang peranan memelihara alam sekitar terutama di kawasan persisiran pantai. Malah bukan saja persisiran pantai tetapi juga kawasan lain.

"Selain bakau, kita juga perlu mengenal pasti pokok lain untuk ditanam kembali," katanya.

Seorang guru, Nik Suhaimi Nik Jaafaar berkata, program seperti itu patut diperbanyakkan demi memberi kesedaran kepada masyarakat demi menjaga alam sekitar.

"Penanaman pokok bakau di kawasan persisiran pantai ini banyak manfaatnya kepada alam semulajadi dan penduduk tempatan," katanya.

Penduduk Subang Alam Mahu Stesen, Laluan LRT Baru Dipindahkan

Posted: 15 Jul 2012 03:16 AM PDT





SHAH ALAM : Kira-kira 300 penduduk di sini, meminta pihak berkuasa menghentikan pembinaan stesen transit aliran ringan (LRT) di kawasan taman perumahan mereka kerana khuatir ia akan menyebabkan tanah runtuh.

Persatuan Penduduk Subang Alam (SARA) mahu tapak jajaran LRT bagi stesen 11 dan 12 pada laluan penyambungan LRT Subang Jaya dipindahkan ke satu tapak berhampiran yang lebih selamat.

Naib Yang Dipertua SARA Jamaludin Sarif berkata pembinaan di tapak sekarang mengundang bahaya kerana ia melalui kawasan sempit antara tasik bekas kuari dan deretan rumah di Subang Alam dan Putra Heights.

Laluan sekarang juga berhampiran dengan dengan SMK Alam Megah dan SJK(C) Tun Tan Siew Sin.



Beliau berkata, aktiviti kerja tanah, pemotongan cerun dan penanaman cerucuk untuk tiang landasan dikhuatiri menggangu kestabilan tebing tasik dan mencetuskan runtuhan tanah di masa akan datang.

"Laluan LRT ini akan melalui satu genting sempit selebar 20 meter di antara kawasan perumahan dengan tasik bekas kuari yang curam dan dalamnya 70 meter.

"Kawasan bekas kuari batuan memang berisiko tinggi. Sebarang pembangunan di kawasan seperti ini perlu mematuhi syarat ketat sebelum boleh diluluskan.

"Kami amat bimbang dengan risiko bencana ini kerana impaknya sangat besar dan boleh menjadi malapetaka yang dahsyat," katanya dalam satu sidang media di sini, pagi tadi.

Beberapa gambar rajah mengenai risiko dan senario yang bakal terjadi sekirannya pembinaan laluan ini diteruskan ditunjukkan kepada media.

Jamaludin menyarankan agar laluan dan tapak kedua-dua stesen tersebut dipindahkan ke satu lagi cadangan tapak yang berhampiran yang difikirkan lebih selamat.



Cadangan tapak itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 2011 sebelum binaan di tapak sekarang, yang dicadangakan Syarikat Prasarana Berhad (SPNB), dimulakan.

Ini kerana, cadangan laluan LRT MBSA akan dibina melalui jalan raya lebar, kawasan komersial yang dapat menarik lebih ramai pengguna dan berisiko rendah.

"Kami merayu agar pihak kerajaan dapat membantu membuat keputusan yang bijak untuk mengelak tragedi yang sememangnya boleh dicegah."

Wardina: Selebriti bukan ahli politik

Posted: 15 Jul 2012 03:12 AM PDT

KL TODAY

 

"Bagi saya, kalau hendak berubah ke arah lebih baik, buat perubahan pada diri.

"Bila diri kita berubah ke arah yang lebih positif, Insyaallah keadaan akan turut berubah," kata Wardina Safiyyah ketika dihubungi. 

Ujarnya, itu menjadi hak masing-masing untuk melakukan perubahan pada diri mereka melalui apa cara yang dirasakan betul sama ada melalui pengajian agama, berguru dengan yang arif, serta banyak lagi.

"Mungkin mereka rasa politik mampu mengubah mereka ke arah yang lebih baik," kata Wardina.

Menurutnya, segelintir selebriti yang memilih platform politik untuk merubah diri mereka pastinya telah berfikir dengan mendalam berkenaan pembabitan mereka dalam parti tersebut dan itu menjadi hak mereka.

"Selebriti atau artis itu bukanlah ahli politik, mereka bukan golongan yang bijak pandai menyuarakan sesuatu isu berkaitan politik," ujar Wardina.

Wardina diminta mengulas berkenaan isu segelintir artis yang menggunakan platform politik untuk mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif.

Semenjak demam pilihanraya umum ke-13 semakin memuncak, beberapa selebriti tanah air telah memilih medium politik sebagai cara untuk merubah diri mereka ke arah yang lebih positif.

Mereka bukan sahaja ingin merubah diri bahkan sebaliknya hingga ada yang bersifat radikal serta 'agresif' memperjuangkan parti.

Jika kita lihat, ramai selebriti yang mula malah ada yang sudah bertahun-tahun menunjukkan perubahan ke arah yang lebih positif seperti Wardina Safiyyah, Irma Hasmie, Aizat Amdan, Diana Amir, Yatt Hamzah, dan Heliza Helmi di mana mereka tidak memilih jalan politik sebagai perubahan.

Namun, jika benar ada di antara mereka yang terlibat dengan politik, itu menjadi hak mereka.

Sebaliknya mereka tidak bertindak 'keterlaluan', bersikap professional dan neutral bagi memastikan ia tidak akan menjejaskan periuk nasi mereka sebagai selebriti yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama serta fahaman politik. Oleh: HK-74

Umno MCA gadai lebih 4,000 ekar tanah rakyat S’ngor kepada Talam

Posted: 15 Jul 2012 02:56 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar


PETALING JAYA : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor atas penyelewengan yang dilakukan bersama Umno hingga menyebabkan 4,259 ekar tanah di negeri itu tergadai.

Kata Rafizi, Umno dan MCA memindahkan tanah tersebut kepada Talam Corporation (Talam) dan kemudian mencagarnya ke bank.

"Hutang tertunggak Talam kepada bank mencecah RM286 juta. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh MCA ini terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas tanah-tanah dan harta milik Talam termasuklah tanah yang digadai kepada bank.

"Jumlah aset yang dirampas dari Talam mencecah RM684 juta. Daripada jumlah ini, RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang bank dan pemiutang lain bagi membebaskan tanah tersebut dari gadaian.

"Hasil bersih RM392 juta bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Minggu lalu, Ketua Biro Profesional Muda MCA Pusat, Datuk Chua Tee Yong menuduh Talam yang berhutang sebanyak RM392 juta dengan syarikat berkaitan kerajaan melupuskan asetnya kepada kerajaan negeri berjumlah RM1 bilion.

Beliau juga menuduh Talam menjual tanah pegangan pajak seluas 2,263 ekar yang terletak di Bestari Jaya kepada Kerajaan Selangor pada harga RM181 juta.

Tee Yong mempertikaikan tindakan Talam itu kerana mereka berjaya menjual tanah tersebut dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.

Dalam pada itu, Rafizi mengecam tindakan Tee Yong yang memutar belit fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor.

Rafizi berkata, Tee Yong dan pemimpin MCA sepatutnya memohon maaf kepada rakyat Selangor bukan memutarbelitkan fakta.

"Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pemimpin MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat," katanya.

Siasat Penyelewengan Dana Ladang Rakyat Mesti Secara Menyeluruh

Posted: 15 Jul 2012 02:47 AM PDT

Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU – PAS menggesa pihak berkuasa mengadakan penyiasatan secara menyeluruh ke atas pihak-pihak yang terbabit berhubung kait dengan penyelewe ngan sebanyak RM1 juta Dana Kebajikan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, ia melibatkan dana awam yang sepatutnya digunakan bagi membantu membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

"Apabila berlaku (penyelewengan) ini memang satu benda yang sangat pelik bagaimana ia boleh diluluskan (dan) sepatutnya ia tidak berlaku begitu,

"Ia satu dana awam yang sepatutnya dijaga dengan baik tapi telah menyebabkan penyelewengan yang sangat dahsyat berlaku, kerana ia adalah sebahagian untuk membantu untuk membasmi kemiskinan,"ujarnya

Katanya, ia bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat kepada agensi kerajaan yang dilantik bahkan menyebabkan usaha-usaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat terbantut

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah maghrib di Surau Flet Gelong Bilal pada Khamis 12 Julai sempena Karnival Ushawan Muslim dan Kedatangan Bulan Ramdhan al-Mubarak

Sehubungan itu, beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun, meminta supaya turut disiasat pengurusan dana-dana awam lain ang banyak terdapat di negeri ini bagi memastikan kejadian aib tersebut tidak berulang.

"Mungkin banyak lagi yang melibatkan (penyelewengan) dana-dana awam yang mesti disiasat, (sebab) kalau kita melihat bagaimana penyelewengan (pengurusan dana) seperti ini, ia menunjukkan bahawa mesti disisasat (juga) pengurusan yang dibuat melalui DUN dan ADUN terbabit,"tegasnya.

Menurutnya, kes pecah amanah yang melibatkan jumlah kewangan yang begitu banyak  dalam DUN yang kecil seperti DUN Ajil itu, menggambarkan betapa rosaknya pentadbir tersebut dalam menjaga amanah.

Beliau turut menyelar pihak Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) yang disifatkan sebagai lari dari fokus sebenar untuk memajukan masyarakat di negeri Terengganu.

Lebih parah lagi, kata beliau, bukan sahaja tidak menyelesaikan isu-isu sebenarnya, berlaku pula pecah amanh dalam pengurusan APMT.

"APMT sebuah agensi kerajaan sepatutnya dia memberi perhatian kepada isu-isu sebenarnya yang hendak diselesaikan tetapi APMT sudah jadi agensi tidak dapat memberi fokus dan lebih dahsyat penyelwengan berlaku, (jadi) mestilah dibuat penyiasatan yang menyeluruh dan rapi,"ujarnya.

Apabila artis berduyun masuk PAS

Posted: 15 Jul 2012 02:43 AM PDT



Oleh Dinsman


Ada orang SMS saya bertanya mengapa tak tulis apa-apa mengenai fenomena artis masuk PAS berduyun-duyun itu. Dan ada beberapa SMS lagi yang memberi pandangan dan bercerita beberapa hal mengenainya. Ada yang positif dan ada yang negatif. Lutfi sendiri pun sudah menulis mengenainya dalam Harakah keluaran lalu.

Alhamdulillah, kemasukan artis beramai-ramai ke dalam PAS itu memang sesuatu yang patut disambut dengan gembira. Apatah lagi sekarang kita sudah di ambang PRU-13. Kemasukan mereka itu memang membantu kempen PAS dan menguatkan lagi sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada orang bimbang kalau-kalau mereka itu telah dipergunakan atau disalahgunakan untuk kempen politik, sehingga akan menimbulkan kemungkinan mereka menjadi tidak selesa dan akan kembali kepada asal mereka.

Saya sebenarnya tidak tahu sangat cerita mengenai artis-artis yang dikatakan telah berhijrah ini, kerana saya pun akhir-akhir ini kurang terlibat dalam majlis-majlis yang ada mereka; dan satu dua majlis yang memang diatur untuk bersama mereka pun kebetulan saya tak dapat hadir kerana telah ada komitmen lain. Untuk itu saya mohon maaflah!

Hanya dengan Bok Lokman sahaja saya agak berpengalaman, kerana dia terlibat dengan program pementasan teater saya, Menunggu Kata Dari Tuhan. Kami pernah buat persembahan di Kulai, Johor; dan yang terbaru di Masjid Nurul Amin, Kg Delek, Kelang, pada 9 Jun lalu. Yang terbaru lagi pada 24 Jun dia tak dapat berlakon, kerana tidak sihat, lalu digantikan dengan Sabri Yunus yang kebetulan boleh pada malam itu. Sebelum itu saya juga pernah berforum mengenai kesenian Islam bersama dengan Bob Lokman, di Johor.

Memang ada juga cerita yang kurang menyenangkan dia, dalam pengalamannya berceramah dan membuat persembahan dalam majlis-majlis PAS di sana-sini. Mengikut ceritanya kepada saya. Dan saya anggap itu semua adalah perkara biasa, asam garam dalam beraktiviti. Tidak semuanya indah dan menyenangkan. Biasalah, di mana-mana pun begitu.

Sebenarnya saya dan kawan-kawan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi) memang berhasrat untuk bersama dalam apa-apa rancangan dan program yang melibatkan artis-artis berkenaan. Kami pun ingin berbincang untuk membuat program bersama, demi memajukan seni-budaya bersama Pakatan Rakyat. Tetapi setakat ini nampaknya peluang untuk itu belum terbuka, kecuali pada 6 Julai – malam Semarak Seni Lebuh Raya Rakyat, di Taman Melewar.

Yang sering kita dengar ialah mereka dijemput berceramah di sana-sini. Bukannya membuat persembahan apa-apa yang menjadi kebiasaan mereka dan yang mereka berbakat, iaitu berlakon atau menyanyi. Seperti Bob Lokman pun, begitu banyak jemputan berceramah sehinggakan waktu untuk dia membuat latihan berlakon pun hampir tidak ada.

Tetapi walau apa pun tidak mengapalah, kalau itu semua boleh mereka lakukan. Mungkin mereka pun masih teruja dengan pengalaman baru ini. Tak mengapalah. Teruskanlah, kerana keadaan begini pun tidak akan kekal begini berterusan hingga lama-lama. Sampai waktunya akan hilanglah keterujaan atau keghairahan itu – baik di pihak artis-artis mahupun di pihak PAS sendiri.

Sebelum ini, dulu kita pun pernah mengalami hal keterujaan dan keghairahan yang hampir sama begini dengan Ogy Ahmad Daud, dengan Mawi, dan dengan Amy Search pun. Dan kemudian apabila hilang keterujaan dan keghairahan itu, masing-masing pun telah mengambil jalan masing-masing. Tetapi untungnya PAS kerana sekarang lebih ramai pula yang masuk menyertainya, berduyun-duyun.

Dan sebelum itu lagi, dulu, pada zaman awal-awal Reformasi dulu, siapa artis yang berani tampil di atas pentas PAS dan PKR? Tak lain dan tak bukan hanya dua tiga orang sahajalah – Ito (Blues Gang), Akil Hayy dan Nasir Jani. Siapa lagi?

Dan keterujaan serta keghairahan itu pun hilanglah sudah. Maka bolehlah kita bertanya – apakah fenomena artis-artis berhijrah ini hanya bersifat sementara selagi mood keterujaan dan keghairahan itu masih ada sahaja? Atau bagaimana?

Memang ada pihak tertentu yang sangat prihatin dengan keadaan artis-artis yang dikatakan 'berhijrah' itu. Mereka risaukan kalau-kalau orang PAS tidak pandai melayan artis-artis itu, takut nanti mereka akan meninggalkan PAS pula, dan sebagainya. Ada pula yang bimbang memikirkan masa depan artis-artis itu sendiri di dalam PAS – bolehkah mereka meneruskan karier mereka sebagai penyanyi? Bolehkah PAS membenarkan penyanyi wanita menyanyi di depan khalayak umum, termasuk di depan lelaki?

Kalau penyanyi wanita kini diterima untuk berceramah di depan lelaki, kenapakah pula mereka tidak dibenarkan menyanyi di depan lelaki?

Itulah antara soalan-soalan menarik yang sedang menanti untuk jawapan. Tidak tahu siapa yang akan menyediakan jawapannya. Dalam suasana ghairah dan teruja sekarang ini, kita berharap proses penyediaan jawapan itu tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Itu satu perkara. Satu perkara lagi ialah aktiviti seni-budaya itu sendiri, yang bagi saya adalah lebih penting. Apakah kemasukan berduyun-duyun para artis itu menjadi ahli PAS membawa mesej bahawa aktiviti seni-budaya akan bersemarak dihidupkan dalam masyarakat PAS? Atau sebaliknya membawa mesej bahawa mereka sudah 'berhijrah' dari dunia seni-budaya kepada dunia berdakwah melaui ceramah?

Menyedari ada dua kemungkinan itu maka saya dan kawan-kawan dalam Paksi tidaklah begitu ghairah dan teruja dengan kemasukan berduyun-duyun para artis itu. Sementara mereka masih dalam musim teruja dan ghairah ini, biarkanlah mereka mengisi program-program PAS, walau apa pun bentuknya. Hanya mereka sendiri yang dapat menentukan masa depan karier mereka.

Sementara itu saya dan kawan-kawan Paksi akan meneruskan usaha kami bagi menyuburkan seni-budaya dalam masyarakat yang bebas, harmoni, beragama dan tidak ada rasuah serta penindasan sesama manusia.

Rungutan Kakitangan Kerajaan Terhadap Najib

Posted: 15 Jul 2012 02:38 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin

Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan.

Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia - China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan.

Dengan bersedia menerima panda itu yang dijangka akan ditempatkan di Taman Wetland, Putrajaya, ia bukan saja menyebabkan kita terpaksa menyediakan prasarana khusus yang menyerupai habitat asal panda yang hidup dalam iklim sejuk tetapi juga terpaksa mengimport buluh khas daripada China sebagai makanannya.

Kita juga dikatakan terpaksa menghantar beberapa kakitangan menjalani latihan ke China untuk menjalani latihan berkaitan panda serta memahami secara menyeluruh mengenai kehidupan panda itu.

Dalam masa yang sama, beberapa kakitangan daripada China's Wulong Panda Research Institute, badan yang bertanggungjawab menyewakan panda itu, akan turut ditempatkan di negara ini bagi mengawasi kehidupannya sepanjang panda tersebut berada di negara ini.

Secara keseluruhannya, sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina, kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos RM20 juta sepanjang 10 tahun dua ekor panda itu ditempatkan di negara ini.

Perkara yang menimbulkan persoalan di kalangan pegawai tinggi kerajaan ialah tentang kebijaksanaan Najib menerima permintaan China untuk memelihara panda itu. Mereka berpandangan sebaiknya Najib menolak permintaan China itu dengan baik sambil mengambil kira faktor cuaca, makanan dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung itu.

Bagi pegawai tinggi kerajaan, masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk meraikan hubungan mesra yang telah terjalin selama 40 tahun antara Malaysia dengan China, selain daripada memelihara panda.

Jika pun ingin sangat meraikan hubungan diplomatik yang mesra itu, ia juga boleh dilakukan dengan mengadakan pertukaran rombongan kebudayaan, pertukaran pelajar, lawatan belia sambil belajar secara tetap dan sebagainya.

Dalam kedudukan Najib sendiri dipertikaikan oleh rakyat, memelihara dua ekor panda dengan kos RM20 juta melalui wang pembayar cukai selama 10 tahun tentulah memburukkan lagi persepsi beliau di mata rakyat.

Rasa tidak setuju rakyat terhadap panda itu terserlah bilamana Najib dalam laman facebook bahasa Cinanya meminta rakyat turut memberi nama kepada dua ekor panda itu, ia akhirnya menjadi persendaan maya di mana antara nama yang dicadangkan ialah cin cin & beg beg, Altantuya & Scorpene dan sebagainya.

Para pegawai tinggi kerajaan juga bimbang hubungan Malaysia dan China akan terjejas serta menjadi isu besar di antara kedua negara sekiranya panda itu mati dan sebagainya berikutan persekitaran habitatnya yang dibina nanti tidak bersesuaian.

Selain isu panda, pegawai tinggi kerajaan juga menyifatkan tindakan pentadbiran Najib mengadakan pelbagai program melibatkan rakyat hampir setiap minggu dan sepanjang masa sejak beberapa bulan lalu sebagai meletihkan kakitangan kerajaan.

Secara umumnya, pegawai kerajaan memang sedia berkhidmat dan menurut arahan daripada pemerintah tetapi yang menjadi persoalan ialah program-program itu sudah berjalan secara marathon sejak beberapa lama dan masih tidak ternampak tanda-tanda Najib akan mengadakan pilihanraya dalam waktu yang terdekat ini.

Mereka juga dapat merasakan pastinya dalam bulan Ramadan dan Syawal nanti, program-program yang melibatkan rakyat akan berlipat kali ganda lagi dari segi bilangan dan saiznya kerana Najib nampaknya masih berusaha meraih sokongan sebanyak-sebanyaknya sebelum mengadakan pilihanraya.

Para pegawai kerajaan kini mengadu sudah beberapa bulan keletihan dan tidak tahu sampai bila lagi mereka akan terus keletihan di bawah pentadbiran Najib inI

SIAPA KAMAL ATATURK?

Posted: 14 Jul 2012 10:46 PM PDT


0
0
 

Mustafa Kemal Ataturk Jasad Tak Diterima Bumi


Mustafa Kemal Antatuk adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam.

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau.

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).



 
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.


Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau 'berjaya' meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
  •  Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
  1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung.
  3. Penyakit darah tinggi.
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terangan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh  Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!
Na'udzubillahi min zaalik….Wallahu'alam

Sumber: www.blogammar.com

[Gambar & Video] Budak Upahan UMNO Dicekup Ganggu Ceramah DSAI

Posted: 14 Jul 2012 09:40 PM PDT


KELAB GREENBOC

Ceramah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim di Kuah Langkawi malam tadi berjaya menarik lebih 3,000 hadiran.

Penganjur ceramah PKR Cabang Langkawi amat berpuashati dengan perjalan program gerak gempur dan penerangan diseluruh Langkawi bermula pagi 13hb.Julai dan program seterusnya ceramah Merdeka Rakyat di Pekan Kuah.

Terdapat gangguan budak-budak upahan telah menganggu perjalan ceramah dengan membuat bising dengan menonggang motor secara berkumpulan. Juga terdapat kejadian mencalar kereta-kereta hadiran oleh budak-budak tersebut.

Dan pihak keselamatan Parti telah berjaya menangkap seorang pemuda yang kemudian mengaku telah diupah oleh pihak parti lawan kemudian telah diserah kepada pihak Polis. -KedahKini




LIHAT VIDEO DI SINI


Pesara kerajaan sertai PAS kerana Islam, kata Salahuddin Ayub

Posted: 14 Jul 2012 09:25 PM PDT


KUALA LUMPUR – Pesara kerajaan termasuk pegawaitertinggi menyertai PAS kerana parti tersebut memperjuangkan Islam, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.

Menurut Salahuddin, di Malaysia, hanya PAS yang konsisten memperjuang kandasar-dasar Islam dan ini menjadi sebab mengapa ramai pesara kerajaan tertarikuntuk menyertai parti tersebut.

"Islam adalah agama yang mempunyai keserasian dengan fitrah manusia.
"Fitrah manusia memihak kepada kebenaran.

"Sesiapa sahaja sama ada mereka pesara kerajaan atau bekas polis mempunyai mempunyai fitrah untuk bersama-sama Islam dan kebenaran," kata Salahuddin (gambar) dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.

Berlakunya trend dalam politik Malaysia, di mana terdapat kecenderungan bagi pesara-pesara kerajaan termasuklah pegawai-pegawai tinggi seperti bekas ketua setiausaha kementerian, bekas duta dan bekas pemimpin anggota keselamatan yang beragama Islam - menyertai PAS selepas tamat bertugas.

Baru-baru ini, bekas orangnombor tiga Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, membuat kejutan apabila memilih untuk menyertai PAS.

Fauzi menyerahkan boring keahliannya kepada presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalamsebuah majlis menyambutnya.

"Baguslah dia (Fauzi) sertai PAS.

"Lepas ni bolehlah dia ajarPAS tentang undang-undang dan peraturan negara," kata bekas ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas tentang kemasukkan bekas anggotanya itu ke dalam parti PAS.

Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut.

Tambah Salahuddin lagi, bukan sahaja bekas polis, ramai juga pimpinan tentera menyertai PAS menjelang pilihan raya tahun 2004 dahulu.

"Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan Datuk Ramli Buyong, Naib Presiden Kanan Felcra Berhad baru-baru ini menyertai PAS.

"Sebelum ini, bekas duta, Datuk Yeop Adlan telah lama menyertai PAS," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu lagi.Musa Hassan  menegaskan beliau pernah menolak lamaran parti pembangkang dan tidak akan menyertai politik.

Walaupun pernah dilamar oleh salah satu parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), bekas KPN itu menolaknya kerana merasakan lebih baik untuk tidak berada dalam politik.

"Orang seperti saya (bekasKPN) lebih baik tidak menyertai politik," kata Musa dalam wawancara ekslusif bersama TheMalaysian Insider baru-baru ini.

Prof. Datuk Dr. Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),tidak bersetuju jika dikatakan terdapat trend bekas pengawai tertinggi kerajaan menyertai parti pembangkang seperti PAS.

"Jika katakan terdapat trend, itu 'over statement' ramai pesara-pesara kerajaan termasuk pegawai tertinggi menyertai Barisan Nasional (BN), cuma tidakdi 'high light'," kata pensyarah UKM itu.

Menurut Dr. Agus, kemasukkan bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaanmenyertai PAS membuktikan tidak semua penjawat awam akan mengundi BN dalam pilihanraya dan mereka adalah "silent voters" yang lebih merbahaya.

"Jika terdapat polisi atau dasar kerajaan dibuat dan tidak dipersetujuioleh penjawat-penjawat awam, mereka-mereka ini akan menjadi 'silent voters' yang tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang.

"Golongan ini (silent voters) lebih merbahaya kerana kelihatan sepertimenyokong kerajaan dan buat program untuk kerajaan tetapi mengundi menentangkerajaan," kata Dr. Agus lagi.

Kemasukkan bekas pegawai -pegawai kanan kerajaan kedalam PAS menambahkanlagi kekuatan kepada parti tersebut.

PAS adalah musuh tradisi Umno zaman berzaman. Ditubuhkan selepaspenjajah British mengharamkan pergerakkan Islam Hizbul Muslimin pada tahun 1948.

PAS pernah dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Helmy – tokoh nasionalis yanglebih awal dari Umno dalam menentang penjajahan. Partinya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) turut diharamkan British pada tahun 1948.

Selepas PRU 2008, PAS menjadi semakin kuat. Perpecahan akibat pertembungan garis pro dan anti kerajaan perpaduan tidak melemahkan partitersebut.

Pilihan raya umum ke 13 menjadi medan pertembungan antara PAS dan Umnodan kita akan dapat melihat siapakah yang lebih disokong rakyat, terutamanya bagi orang-orang Melayu.

Azmin: PKR Selangor sedia terima Wan Azizah tanding

Posted: 14 Jul 2012 09:13 PM PDT

NURKHAIRINI JUMARI

azmin
 
 
SHAH ALAM – PKR Selangor sedia menerima Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri itu jika mendapat cadangan akar umbi dan dipersetujui kepimpinan parti.

Pengerusinya, Azmin Ali berkata, buat masa ini belum ada perbincangan Pakatan Rakyat di peringkat pusat mahupun negeri mengenai hasrat Dr Wan
Azizah bertanding di mana-mana kerusi Dun.

"Cadangan (meletakkan Wan Azizah bertanding kerusi Dun Selangor) boleh diketengahkan. Itu perlu bincang secara terbuka dan jujur dalam parti.

"Kalau ada cadangan daripada akar umbi di Selangor, ia boleh diusulkan di peringkat pusat. Ini kerana di Selangor pemilihan calon bertanding pilihan raya dilakukan secara kolektif dan mengambil kira pandangan anggota parti," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun menurutnya, sebelum membuat tawaran lokasi seseorang ahli bertanding pada pilihan raya umum akan datang ini, faktor sama ada ahli itu akan beri kesan berganda yang positif kepada parti atau sebaliknya perlu diberi penekanan utama.

Awal minggu lalu. Dr Wan Azizah dilaporkan berkata beliau bersedia dan sedang mempertimbangkan dengan 'serius', mengambil kira
pelbagai aspek bertanding kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pada pilihan raya umum lalu dan ketika pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh 2008, Wan Azizah mengundi di SK Sri Penanti yang terletak di kerusi Dun Permatang Pasir.

Dr Wan Azizah yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu, layak bertanding kerusi Dun dalam PRU13.

Bagaimanapun, isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini enggan mengulas di kawasan dan negeri mana beliau akan bertanding.

Azmin berkata, selaku Pengarah Pilihan Raya PKR, beliau bertanggungjawab membawa pandangan dan maklum balas dari akar umbi mengenai Azmin calon pilihan raya.

Sertai Pas, azam baru pelakon Adam Hamid

Posted: 14 Jul 2012 09:08 PM PDT

NURUL AINI MOHAMED ALI

Sertai Pas, azam baru pelakon Adam Hamid
Adam Hamid menyerahkan borang keahlian menyertai Pas kepada Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
 
KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan.

"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.

"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.

Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.

Ditanya adakah hanya mengikut trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air, beliau lantas menafikan.

"Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," ujarnya.

Polis akui Himpunan Oren berlangsung aman

Posted: 14 Jul 2012 09:01 PM PDT

Salmiyah Harun,
 
KUALA LUMPUR: Pihak polis mengakui Himpunan Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berlangsung dalam suasana aman.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, pihak polis akan memastikan hajat dan matlamat mana-mana pihak ditunaikan kerana itu adalah hak mereka.

Ketika ditanya mengapa anggota FRU tidak ditugaskan mengawal dalam Himpunan Oren hari ini,  beliau berkata keadaan tidak memaksa mereka berbuat demikian.

"Kita buat penilaian sendiri, kalau keadaan tidak mamaksa...dan sebagainya, kita bukan suka mencari...cuma jangan mencetuskan perkara yang melanggar undang-undang," katanya ketika ditemui media di hadapan Pintu 3 Istana Negara sebaik sahaja rombongan GSF beredar selepas mengadap Agong.

Bagaimanapun, Wan Abdul Bari enggan memberitahu jumlah anggota keselamatan yang bertugas dalam himpunan ini walaupun berkali-kali ditanya pihak wartawan.

"Tak pelah itu soal keselamatan, anggota hari ini mencukupi untuk menghadapi apa-apa kemungkinan tidak perlu saya bagitahu jumlah anggota polis yang bertugas hari ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan dua orang wakil dari GSF yang tidak dibenarkan masuk ke istana kerana nama mereka tidak ada di dalam senarai asal yang difakskan ke pihak istana sebelum ini.

"Nama-nama yang terdapat dalam faks dihantar pada Istana kita benarkan, setelah kita sahkan nama betul mereka kita benarkan mereka masuk. Yang mana saya boleh sahkan, pihak istana bersedia terima memorandum GSF," katanya.

Justeru katanya, keadaan di hadapan istana dalam keadaan yang baik dan tidak ada perkara yang tidak diingini dan memudaratkan berlaku.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Peguam Mohd Harris Abdullah yang menggantikan tempat Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid dan Wakil NGO Raja Abd Rahman, tidak dibenarkan masuk ke istana kerana pertukaran itu dimaklumkan pada saat-saat akhir.

Posted: 14 Jul 2012 08:59 PM PDT

Oren buktikan perhimpunan aman tanpa provokasi

Hazayani Zakaria,
KUALA LUMPUR: Rakyat berjaya membuktikan perhimpunan berlangsung aman tanpa provokasi mana-mana pihak dalam Perhimpunan Oren Selamatkan Felda hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat.

"Pertama sekali kita ucap terima kasih kepada pihak polis kerana beri ruang yang sangat baik dan hari ini kita nak buktikan perhimpunan tanpa provokasi akan berjalan dengan baik. Dalam negara demokrasi, hak rakyat untuk berhimpun secara aman," kata beliau ketika ditemui selepas penyerahan memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Istana Negara petang tadi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan perhimpunan dan perarakan dengan baik sehingga memorandum berjaya diserahkan kepada pihak istana.

Perhimpunan bermula dengan solat Zuhur di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan berarak sehingga Jalan Dutamas 1.

Polis hanya membenarkan peserta yang berjumlah kira-kira 5,000 berkumpul di situ dan menutup laluan.

Mereka berkumpul sambil mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat, wakil-wakil NGO sementara enam wakil ke diiringi kereta polis ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

"Walaupun peringkat awalnya kita cadang nak berarak sampai istana tapi hasil perbincangan dengan pihak polis mereka hanya membenarkan kita berhenti di sini (Jalan Dutamas 1) dan pihak polis iring kita untuk hantar memorandum, adi keseluruhan berjalan dengan baik," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengapa Dr Asri menentang Umno terhangat minggu ini

Posted: 14 Jul 2012 08:56 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Kisah mengapa bekas mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin ingin melawan Umno paparan blog  http://addin77.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-28.
Di tangga kedua, ialah artikel blog http://omakkau.blogspot.com mengenai bagaimana Tuan Guru Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang meraikan tetamu khas Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir, Mantan Menteri Penerangan dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berkunjung ke rumahnya sedang sederhana dan makan bersila.

Tulisan bekas pemimpin Umno Aspan Alias yang membongkar usaha terbaru perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjemput semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat, ialah artikel blog http://duniacacamarba.blogspot.com mengenai kejadian amuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya yang berakhir dengan satu kematian.

Di tangga kelima pula ialah gambar kehebatan tentera membentuk jambatan untuk laluan penduduk di satu kawasan air sungai deras.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 8 Julai hingga 14 Julai, 2012.

1
Ini punca Dr. Asri bangkit menentang Umno
2
Gambar yang menusuk kalbu
3
Dah nak tergolek baru panggil kami
4
(Gambar) Amuk samurai di Putrajaya, seorang mati
5
Ini barulah tentera berjiwa rakyat namanya
6
Gambar yang disorokkan dari pengetahuan rakyat
7
Terkini! Abby Abadi Sahut Cabaran Debat AC Mizal?
8
Ceramah Anwar Dingin?.. Utusan Kantoi lagi..
9
Panas...orang kampung pertahan bendera PAS dari diturunkan majlis daerah
10
Bayangkan tragedi amuk Putrajaya tanpa media baru?

Kelibat UFO gemparkan China

Posted: 14 Jul 2012 08:49 PM PDT

SINAR HARIAN

Kelibat UFO gemparkan China
Objek misteri didakwa sebagai UFO ini diambil di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu.
 
 
BEIJING - Penduduk di Heilongjiang, kelmarin gempar selepas mendakwa mereka terlihat kelibat objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dalam insiden kali kedua di wilayah timur laut China itu.

Kejadian tersebut turut disaksikan dua pekerja pemprosesanpasir di Harbin.

Mereka mendakwa objek terbang berwarna hitam itu seperti helang dan saiznya adalah lebih besar daripada pesawat.

"Ia berlegar-legar selama seminit pada jarak 500 hingga 1,000 meter dari permukaan tanah," menurut saksi, Zhang Wei.

Sementara itu, akhbar China Daily melaporkan Zhang Wei tidak dapat memastikan sama ada ia adalah objek misteri yang sama dilihat di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kilang pasir tersebut.

Pengurus Taman Hutan Gunung Phoenix, Kang Tai berkata, pihaknya sering kali menerima laporan mengenai kewujudan UFO di kawasan taman itu sejak 18 tahun lalu.

Namun, kurator di Planetarium Beijing yang membuat penyelidikan mengenai UFO mendakwa, objek itu sebenarnya adalah serangga.

"Imej menunjukkan ia adalah spesies serangga kerana mempunyai sayap. Objek itu kelihatan terang berikutan pancaran lampu kilat kamera," jelasnya.

Yatt, Lidyawati kongsi rahsia

Posted: 14 Jul 2012 08:48 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Lydiawati
Lydiawati
 
Pelakon, Yatt Hamzah
Pelakon, Yatt Hamzah
 
 
KUANTAN - Pelakon terkenal Yatt Hamzah dan Lidyawati yang melakukan perubahan dengan berhijab beberapa bulan lalu berkongsi rahsia kekuatan mereka dengan peminat semasa Forum 'Sharing Orang Muda'

Masih Ada Yang Sayang, sempena program Moh Santai Pantai Kempadang, di sini, malam semalam.

Forum yang dipengerusikan Imam Muda Nuri Ali Arbain itu turut menampilkan penceramah bebas, Ustaz Mohd Noor Fitri Ibrahim.

Pada forum itu, Yatt yang tampil manis berhijab berkata, selepas membuat keputusan memakai tudung, dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kritikan daripada mereka yang tidak yakin dengan perubahan dilakukan.

Bagaimanapun katanya, dia sentiasa berdoa supaya usahanya diberkati dan berpanjangan.

"Kita nak berubah perlu kuat kerana banyak cabarannya. "Yatt perlu bijak memilih watak sesuai jika mendapat tawaran lakonan supaya prinsip Yatt dihormati," katanya.

Yatt berkata, bagi memastikan perubahan dirinya itu berterusan, dia sentiasa mengikuti kelas agama bersama rakan artis yang lain.

Perkara sama turut diakui pelakon Lidyawati, apabila terpaksa berhadapan cabaran yang kuat selepas dia mengambil keputusan berhijab.

"Ramai yang mencemuh saya malah ada yang menuduh saya hanya berlakon. Mereka boleh labelkan saya apa sahaja, yang penting perubahan ini adalah datang dari hati saya dan ia adalah hidayah daripada ALLAH.

"Saya bersyukur dan tidak mahu memikirkan apa yang orang cakap mengenai perubahan saya," katanya.

Sementara itu, Ustaz Mohd Noor Fitri berkata, perubahan dilakukan Yatt dan Lidyawati sangat baik, dan semakin ramai artis buat keputusan berhijab.

Katanya, golongan selebriti berdepan cabaran berbeza kerana mereka menjadi tumpuan ramai.

Perkasa mahu Najib gubal draf hukum hudud

Posted: 14 Jul 2012 04:49 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Perkasa mahu Najib gubal draf hukum hudud
IBRAHIM
 
 
PASIR MAS - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggubal draf hukum hudud sebagai penerangan awal kepada rakyat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, draf awal ini akan memberi pendidikan kepada bukan sahaja umat Islam, malah bukan Islam. Sebahagian orang bukan Islam tidak sokong penggubalan hukum ini, kerana fikir ia diwajibkan ke atas mereka.

"Sedangkan hukum hudud ini, hanya dikenakan ke atas umat Islam," katanya, semalam. Katanya, masyarakat terlalu memikirkan waktu pelaksanaannya, sedangkan ia masih lagi dalam perancangan, malah dasarnya juga tidak dibincangkan.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam risau jika turut sama dikenakan hukuman, memandangkan isu banyak dipolitikkan pihak tertentu.

Beliau berkata, isu ini tidak sepatutnya dipolemikkan, kerana ia perkara positif untuk semua rakyat, tidak mengira agama yang dianuti. Selain itu, kerajaan perlu membincangkan aspek hukum ini, terutama membabitkan orang Islam