Selasa, 3 Julai 2012

.

.


RM430,000.00 Dipungut Untuk Bina Lebuh Raya

Posted: 03 Jul 2012 12:17 AM PDT

Lintasan Rasa

Walaupun cita-cita dan hasrat murni kerajaan Kelantan untuk membina lebuh raya di antara Kota Bharu - Kuala Krai (LRRK) sepanjang 73 km diejek dan dipersendakan oleh pihak tertentu namun rakyat Kelantan serta mereka yang bersimpati dengan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menghulurkan derma untuk pembinaan lebuh raya berkenaan. Ejekan dan sendaan itu dianggap sebagai cabaran.

Husam pelaksana idea Tok Guru.
Sehingga hari ini sejumlah RM430,000.00 telah terkumpul untuk tujuan itu yang dibuat menerusi on line. Bagaimana pun Husam tidak menyebut berapa pula jumlah cangkuk bodoh, siku gelebek serta kereta sorong tiga suku yang telah didermakan oleh golongan rakyat Kelantan yang tidak berapa sihat untuk pembinaan lebuh raya itu.

Sebelum ini ada sepuak 'jebong' telah menyerahkan sumbangan mereka berupa cangkuk bodoh, siku gelebek dan kereta sorong tiga suku, di mana pemberian itu dilambakkan di hadapan pintu utama ke Kota Darulnaim.

Kejayaan itu tidak syak lagi menjelaskan rakyat Kelantan yang dipermain-mainkan oleh kerajaan pusat untk memiliki sebuah lebih raya selama 25 tahun, serius dan menyambut baik idea kerajaan Kelantan mengambil keputusan membina sendiri lebuh raya berkenaan.

Exco Kanan kerajaan Kelantan Husam Musa menjelaskan, untuk tujuan itu (punggut derma) kerajaan Kelantan akan mengadakan dana khas menerusi perbendaharaan kerajaan negeri dan akan membuka tabung khas untuk menerima derma di bawah tabung amanah.

Pada 7 Julai ini jelas Husam para artis yang menyertai Pas akan ikut sama berkempen memberi penjelasan kepentingan lebuh raya dan kempen untuk mendapat derma dari orang ramai. Manakala kerajaan Kelantan pula akan mengadakan majlis khas pada Ramadhan ini di Kuala Lumpur untuk menerima derma dari orang ramai.

Mendengar rancangan artis untuk berkempen menggut derma untuk LRRK itu ia sungguh mengharukan dan sekaligus menempelak golongan 'jebong' yang mempersenda-sendakan projek berkenaan.

Dalam pada itu di sini sukacita saya umumkan sumbangan derma dari ahli kelab Fb dan penjengok blog saya akan diserahkan pada majlis tersebut nanti, insyaAllah. Dalam pada itu sambutan dan komitmen ahli kelab dan penjenguk blog Merah Tinta untuk menyumbangkan derma seikhlas hati menggalakan dan sumbangan terus dialu-alukan.

Saya sekali lagi saya ucapkan terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan ikhlas anda semua dan sudah pasti ia akan menjadi sedekah jeriah kita semua untuk melihat tebentangnya sebuah lebuh rayta rakyat (LLRT). Dengan kudrat dan idarat kita sama-sama kita tunjukkan bahawa kita mampu melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh orang-orang yang sombong dan bongkok serta suka menganiaya orang.

Seharusnya pembinaan LRRK itu terus mendapat dokongan dan sokongan semua pihak termasuk kalangan pimpinan Pas Kelantan baik yang memegang jawatan atau tidak. Sepatutnya semua pihak turut menganjurkan punggutan derma masing-masing demi menjaya lebuh raya berkenaan dan bukannya cuba mengecerkan perkara-perkara negatif mengenai LRRK itu.

Kejayaan membina lebuh raya itu sekali lagi akan mengesahkan rakyat Kelantan memang berani, bersemangat dan tidak mudah mengalah. Kejayaan dan keberertian hidup seseorang itu ialah apabila ia mati dalam pejuang, dalam konteks ini mati ketika membawa derma untuk tabung LRRK adalah boleh dianggap mati syahid.

Dalam perkembangan lain Husam turut menjelaskan disebalik kerajaan Pusat menafikan royalti minyak untuk Kelantan yang boleh digunakan untuk membangun prasarana di Kelantan termasuk lebuh raya, Kelantan kini dikurniakan sumber baru iaitu biji besi.

Buat masa ini sebanyak 40,000 tan metrik biji besi sehari di eksport ke China menerusi pelabuhan Tok Bali Bachok Kelantan dan pendapatan itu akan menjadi modal pembinaan LRRK.

Apa yang berlaku sekarang ini diluar dugaan manusia biasa. Boleh jadi penemuan sumber baru itu adalah hasil daripada kesabaran dan doa rakyat Kelantan untuk kemakmuran negeri mereka yang dinafikan hak dan dizalimi oleh kerajaan UBN. [wm.kl.2:59 pm 03/07/12]

Jabatan Perkhidmatan Awam Bergolak Lagi?

Posted: 02 Jul 2012 09:07 PM PDT

Susupan Tengahari


Penamatan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Abu Bakar Abdullah telah menimbulkan berbagai reaksi dalam pentadbiran awam. Kini sudah berbunyi berbagai sunggutan dan keluhan terhadap tindakan ke atas Abu Bakar itu. Apa mengejutkan beliau yang berkhidmat selama 35 tahun diberhentikan begitu saja tanpa ada sebarangan imbuhan atau ganjaran termasuk pencen.

Mungkin kalau pemberhentiannya secara dipersarakan tidak timbul masalah dan sunggutan. Tetapi bila diberhentikan tanpa mendapat apa-apa imbuhan ia dianggap satu kekejaman dan penganiayaan terhadapnya.

Abu Bakar Abdullah
Abu Bakar dilahirkan pada 16 Februari 1955 sepatutnya bersara Feb 2015 pada tahap usia 60 tahun. Beliau berkelulusan BA (History) Universiti Malaya dan MIS dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat.

Mula berkhidmat dengan kerajaan bermula 19 September 1977 di MITI sehingga tahun 1988. Kemudian ditukar ke Mindef 1988 sebagai Ketua Penolong Setiausaha.

2001 dinaikkan pangkat Setiausaha Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang di Jabatan Perdana Menteri. Tahun 2004 menjadi timbalan KSU Kementerian Wilayah Persekutuan, KSU Mindef pada 17 Julai 2007 dan KPPA 1 Julai 2010.

Beliau juga merupakan pegawai yang disebut-sebut bakal menjadi KSN bagi mengganti Sidek Hasan. 

Khabarnya Abu Bakar sendiri tidak berpuas hati dengan tindakan itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa selain menerimanya dengan sepenuhnya hati? Sebelum ini beliau bercadang untuk bersara menjelang usia 60 tahun seperti mana ditetapkan sistem SBPA. Lebih mengejutkan lagi penamatan jawatan Abu Bakar dibuat sebagai saja bersalinnya Ketua Setiausaha Kerajaan (KSU) baru Sidek Hasan kepada Ali Hamsa?

Apa yang dipertikaikan kewajaran tindakan itu diambil. Dengan memberhentikan tetapi tidak dibersaraankan untuk memungkin beliau mendapat ganjaran ia dianggap melampau. Tidak siapa mengetahui apakah kesalahan yang dibuat Abu Bakar maka beliau menerima nasib sedemikian. Cuma apa yang dapat diagak kemungkinan ia ada kaitan dengan penyusunan baru saraan perkhdimatan awam (SBPA) yang dilakukan sebelum ini kemudian dikaji semula.

Ketidaklentikan atau pun kemunasabahan kadar kenaikan gaji dalam SPBA dipersalah kepada beliau kerana beliau adalah pengerusi mewujudkan skim berkenaan. Namun itu tidak adil kerana bukan beliau seorang meluluskan skim berkenaan. Dalam hal ini apakah Sidek Hasan selaku KSN tidak menyemak terlebih dahulu sebelum ia dibawa ke jemaah menteri untuk diluluskan?

Adalah mustahil kalau Sidek tidak mengetahui langsung. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan dasar dan polisi termasuk skim pegawai kerajaan akan diangkat kepada pengetahuan KSN sekurang-kurangnya. Jadi dalam erti kata lain Sidek mesti mengetahui mengenai SPBA dan tidak seharusnya dipersalahkan kepada Abu Bakar secara peribadi.

Melihat tindakan ke atas Abu Bakar ini ia seolah-olah ada agenda lain di sebalik kejadian itu. Tindakan ke atas Abu Bakar itu bukan kerana isu SPBA tetapi ada perkara yang lebih besar dari itu? Apapun yang jelas tindakan keterlaluan itu kini mendapat perhatian dan simpati kalangan pegawai kerajaan. Masing-masing mengambil iktibar atas kejadian itu bukan saja tertakluk kepada orang seperti Abu Bakar tetapi mungkin mereka juga.

Seharusnya perasaan bimbang, ragu dan resah dari kalangan pegawai kerajaan perlu diredakan kerana ia sedikit sebanyak menjejaskan kualiti perkhidmatan awam. [wm.kl.12:30 t/hari 03/07/12]

Jenayah Di AKSB: Jangan Disembunyikan Sampah Busuk Di Bawah Karpet

Posted: 02 Jul 2012 04:05 PM PDT

Selepas Subuh


Kes pencerobohan pejabat seorang pengurus syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) minggu lalu tidak boleh disepikan begitu saja. Pihak bertanggungjawab terhadap syarikat itu perlu membuat penjelasan. Menyelesaikan isu dengan menyepakkan ke bawah karpet bukan cara sepatutnya. Apa-apa isu atau kes yang menimbulkan kemusykilan rakyat perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Bukan bererti kerana kejadian itu tiada dalam pengetahuan umum bermakna ia boleh disenyap sunyikan begitu sahaja. Kalau kejadian itu buruk lama kelamaan bau busuknya akan merebak ke luar juga akhirnya dan menyumbat lubang hidung rakyat. Amalan menyepakkan sampah busuk bawah karpet bukan amalan yang baik.

Jalan terbaik kes atau kejadian itu kena diperjelaskan untuk pengetahuan umum dengan telus dan terbuka.

Apa yang saya catatkan beberapa hari lalu dari Kota Bharu, pejabat pengurus bahagian odit diceroboh sebenarnya bukan mimpi. Ia bukan cubaan, tetapi ia benar-benar berlaku. Malahan kejadian menceroboh itu disaksi sendiri oleh pengurus berkenaan yang  bergegas ke pejabatnya bila diberitahu ada sesuatu yang pelik berlaku di biliknya. Dan pengurus itu juga melihat sendiri empat orang yang terdiri dari kaki tangan AKSB yang sedang mengelidah bilik berkenaan. Bahkan pengurus itu sangat kenal dengan keempat-empat orang penjenayah itu?

Paling merujakan lagi katanya pengurus itu sempat merakam gambar biliknya yang bersepah dan juga pegawai yang diberkas di dalam biliknya.Rakaman itu katanya macamlah telivesyen PB buntut merakam mat rempit atau pun GRO yang melarikan diri dalam lubang sempit ketika disebut polis?

Kejadian ini serius dan perlu diteliti apakah motifnya. Ia boleh merosakkan integriti syarikat Air Kelantan. Jarang berlaku kejadian menceroboh pejabat sendiri. Dan paling memelikkan lagi kononnya pencerobohan itu di atas arahan orang besar syarikat itu sendiri.  Tindakan ini terdedah apabila orang besar di AKSB membuat report dan meminta report polis oleh pengurus yang biliknya itu di 'lembel' di tarik balik?

Kononnya report pengurus berkenaan tersalah dan tersilap. Tersilap tekniklah katakan. Apa yang tersalah dan tersilapnya. Apakah sebelum membuat report polis pengurus berkenaan tidak terlebih merujuk kepada bosnya, orang besar AKSB? Kalau ikut prosuder biasa apa-apa yang berlaku di dalam pejabat sebelum dibawa ke pengetahuan polis perlulah dilaporkan dulu kepada ketua di pejabat itu.

Seperti yang saya bimbangi sebelum wujud berbagai persepsi buruk terhadap kejadian ini yang boleh merosakkan intergriti AKSB dan juga pentadbiran kerajaan Kelantan, baik pihak berwajib tampil menjelaskan kronologi kejadian. Satu laporan terperinci mengenai kejadian itu berlaku juga hendaklah dibuat. Laporan itu perlu dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi termasuk MB sebagai Pengerusi dan Ahmad Yaacob sebagai timbalannya. Mereka berdua ini perlu diberikan penjelasan yang tuntas.

Untuk tujuan ini mungkin sebuah jawatankuasa penyiasatan khas perlu dibentuk. Anggota jawatankuasa khas ini biarlah terdiri daripada mereka yang berwibawa dan tidak ada kepentingan dalam AKSB. Misalnya wakil rakyat yang mempunyai kepentingan dan menggunakan AKSB untuk kepentingan diri tidak boleh menganggotai jawatankuasa ini. Saya mendapat tahu ada beberapa orang wakil rakyat dikatakan ada kepentingan dengan AKSB kerana itu ada usaha melindungi sesuatu yang berlaku di syarikat berkenaan. Sejauh mana kebenarannya ia sedang disiasat.

Jawatankuasa ini perlu ditubuh segera sekiranya bos AKSB tidak berani untuk membuat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku di AKSB. Sudah tentu pihak pihak lembaga atau badan tertinggi mengenai AKSB termasuk badan pengurusan di mana salah seorangnya Exco berada di situ juga perlu mengetahuinya dan perlu menjelaskan kepada umum. Sesuatu jenayah yang berlaku dalam mana-mana syarikat (GLC) milik kerajaan terutamanya tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Megenai kejadian itu jangan hendaklah ada apa-apa pembohongan di dalam laporan itu nanti. Buatlah secara telus, adil dan saksama. Laporan itu mesti berasaskan kepada keutamaan AKSB bukan soal-soal lain misalnya masalah kroni dan sebagainya. Sebaba apa yang saya diberi tahu ada juga masalah kroni berlaku di AKSB di mana ada kakitangan yang diambil tidak mengikut prosuder biasa tetapi diambil kerana dia anak-anak orang tertentu.

Saya dan orang ramai menanti apa cerita dan sandiwara yang berlaku dalam AKSB terutama kejadian menceroboh bilik rakan sendiri itu. Penjelasan segera kerana lamat membuat penjelasan ia boleh menyebabkan 'aliran air paip di Kelantan menjadi 'anju' dan ini menyusahkan rakyat. Rasanya rakyat Kelantan juga sedang menunggu penjelasan sebenar dan jelas mengenai kejadian berkenaan. Bersambung. [wm.kl.7:03 am 02/07/12]

Tiada Guna Heret Anwar, Azmin Ke Mahkamah...

Posted: 02 Jul 2012 04:09 AM PDT

Susupan Petang

Hari ini untuk kesekian kali ketua pembangkang dan perdana menteri dalam pembinaan Anwar Ibrahim di heret ke mahkamah dalam usaha untuk menghalang bekas TPM itu melangkah ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Anwar hari ini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali diheret ke mahkamah atas tuduhan bersubahat cuba memecahkan sekatan polis ketika himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Anwar Ibrahim tidak gentar dengan mahkamah.
Pendakwaan ke atas Anwar dan Azmin itu dilihat sebagai usaha berterusan untuk menggunakan mahkamah bagi mengaib, memburuk dan menghalang Anwar dari terus bergerak untuk meruntuh UBN dengan pelbagai tuduhan yang anih, ganjil dan gila.

Pada 22 Mei lalu mereka telah dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.

Pertuduhan ke atas Anwar dan Azmin itu jelas bermotif politik. Kenapa hanya mereka sahaja yang dituduh mengikut akta itu tetapi yang lain dibiarkan. Walhal bukan saja Anwar dan Azmin yang merupakan pemimpin politik hadir ke himpunan itu tetapi mereka lain juga kenapa tidak didakwa sama?

Untuk pengetahuan pihak polis, presiden Pas, Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dan naib-naib presidennya Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga hadir tetapi kenapa mereka tidak diseret sama. Apakah tujuan mengheret mereka itu bagi memberi gambaran keburuk dan kejahatan Azmin dan Anwar kemudian mereka diharap akan dibenci rakyat?

Pendakwaan Anwar dan Azmin itu menjadikan mereka sebagai mangsa pertama akta berkenaan yang dilulus secara tergesa-gesa dan dalam keadaan ahli parlimen tidak berpuas hati. Dengan tindakan tidak adil itu maka benarlah tanggapan dan kebimbangan akta itu lebih kurang sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sahaja.

Sementara itu Anwar menyifatkan pertuduhan ke atasnya dan Azmin hari ini sebagai satu penganiayaan politik bukan atas asas-asas keadilan. Melihat kepada bentuk hukuman itu ada maksud ia dibuat untuk menafikan Anwar dan Azmin sebagai wakil rakyat dan hilang hak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang kerana kalau mereka dihukum atas pertuduhan itu dengan kadar tertentu kedudukan mereka sebagai ahli parlimen ternafi dan menyebabkan mereka tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

Pun begitu tuduhan itu tidak akan mengubah keadaan semasa dan tuntutan rakyat waktu ini. Kalau pertuduhan itu dibuat yang kononnya bersandarkan undang-undang tetapi motifnya hendak mengekang Anwar dari menyerang UBN dan Ha Najib Razak ia adalah perbuatan dan tindakan sia-sia sahaja. Apa yang berlaku ke atas Anwar hari ini berdasarkan sambutan dan sokongan tidak akan dapat dihalang dengan apa-apa tindakan 'sadisme' lagi termasuk juga membawa Anwar ke penjara.

Sepatutnya UBN sedar fenomena berlaku hari ini bukan lagi kerana Anwar, maksudnya orang mahukan kepada Anwar menjadi pemimpin... tetapi tuntutan dan desakan hari ini ialah supaya UBN tumbang sebagai kerajaan. Justeru kalau pun Anwar 'dirukup' dalam penjara UBN tetap juga akan berdepan dengan serangan rakyat, bahkan tindakan 'merukup' Anwar dipenjara itu menyemarakkan lagi keadaan.

Yakinlah semua halangan akan dilangkau oleh Anwar begitu saja. Semua lapisan masyarakat kecuali bangsa Umno saja yang tetap menentang Anwar untuk mengepalai negeri ini kerana mereka ada kepentingan terutamanya untuk melindungi diri sendiri. Jika diperhatikan mereka yang bermati-matian untuk menghancurkan Anwar itu semuanya bermasalah dan setengahnya ada kes jenayah. Adapun kenapa mereka berusaha sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan UBN bukan mempertahankan hak rakyat tetapi mempertahankan dosa-dosa mereka. [wm.kl.7:01 pm 02/07/12]

Tiada ulasan: