Selasa, 17 Julai 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Samseng Umno Buat Onar Ganggu Nurul Izzah Di Pagoh..

Posted: 17 Jul 2012 12:12 AM PDT




Sekumpulan pemuda UMNO memakai baju T-Shirt UMNO, JATI dan penglibatan kanak-kanak lingkungan usia 10 tahun membuat provokasi dengan menaiki motor, mengebar bendera Umno, menyanyi lagu Umno dalam ceramah PKR malam kelmarin di Pagoh Felda.

Nurul Izzah dalam ucapan nya beri amaran kepada penyokong UMNO yang buat provokasi, Negara ini bukan milik UMNO.

Keadaan semakin menjadi panas jam 10 malam apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar memberi ucapan, namun keadaan terkawal oleh petugas-petugas Unit Amal Malaysia.

Tinjauan wartawan ditempat kejadian, provokasi berlaku sepanjang jalan masuk ke Felda.

Provokasi lisan dengan bersorak 'tibai' dan 'liwat'. Pemasangan kain rentang, "PKR tiada di hati kami, hanya UMNO di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami."

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika memberi ucapan ceramahnya malam tadi meminta agar rakyat yang hadir tidak perlu takut dengan provokasi murahan UMNO.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan ini kerana kejadian ini sering berlaku apabila PAKATAN Rakyat (PR) mengadakan ceramah kelompok.

"UMNO jangan ingat negara ini milik mereka. Negara ini milik rakyat. Suara rakyat seharusnya dihormati.

"Pimpinan UMNO sewajarnya mendidik penyokong-penyokong mereka agar menghormati majlis orang

"UMNO sewajarnya mengajar penyokong-penyokong mereka jika tidak suka seseorang, tidak suka Parti Pembangkang mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian", ujar beliau.

Menurut Nurul Izzah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, walaupun kerap dibuat aduan polis namun tiada tindakan sewajarnya diambil untuk memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat.

Beliau beranggapan penyokong-penyokong UMNO sering buat provokasi kerana takut rakyat buat perubahan apabila mendapat informasi tepat melalui ceramah yang disampaikan pimpinan (PR).

Nurul Izzah merangkap Naib Presiden Keadilan mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Katanya, "di negeri Selangor pelbagai kejayaan telah dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

"Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun keatas telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM2500. Sumbangan tesebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.

Bantuan Pendidikan sebanyak RM1000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan banyak perkara yang telah dikecapi oleh semua rakyat Selangor.

Apakah negeri Johor tidak mahu kemudahan tersebut?", soalnya kepada semua rakyat yang hadir dalam ceramah malam tadi .

Nurul Izzah berucap dalam ceramah selama setengah jam menambah lagi, "PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan".

"Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman UMNO yang memerintah 50 tahun bagi mengentikan aktiviti rasuah yang diamalkan, pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni sedangkan rakyat terus tertindas," katanya.

Ceramah malam tadi juga diadakan majlis perasmian Ranting PKR, Felda Sri Jaya Bukit Serampang, Pagoh Felda yang oleh Nurul Izzah. -fb Azwar khaulah




Gaya Seorang Penjawat Awam Yang Sombong Dan Angkuh

Posted: 16 Jul 2012 07:47 PM PDT

OCPD muka masam kaki main golf, patutlah banyak jenayah


Baca di sini

Kalau Saya Rakyat Malaysia Nescaya Saya Juga Ahli PAS, Kata Sheikh Ismail

Posted: 16 Jul 2012 06:23 PM PDT


KUALA SELANGOR, 17 JULAI: "Kalau saya rakyat Malaysia nescaya saya menjadi salah seorang ahli Parti PAS," demikian kata Masu'l Tarbiah Bahagian Hubungan Luar Parti Ikhwan Muslimin dari negara Mesir.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Perhimpunan Hijau menuju ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Kuala Selangor malam tadi.


Semangat kira-kira lebih 6,000 audien di stadium itu turut dibakar lagi dengan kata-kata semangat tokoh yang mula bangkit menentang pentadbiran kuku besi Hosni Mubarak sejak peringkat awal di Dataran Tahrir lagi.

"Tiada seorang pun dari kami dapat menyangka bahawa kami dapat keluar dari kezaliman ini dan tiada siapa yang menyangka kami mampu untuk bangkit menghadapinya.

"Kami telah bangkit dengan revolusi dan Allah telah membantu kami mencapai kejayaan.

"Jalan menuju perubahan terlalu hampir kepada kita dan kini telah pun sampai ke Timur Tengah dan ia akan sampai ke negara kamu, Insyaallah," ujarnya lagi.

Selain itu beliau turut memberitahu, sama seperti di negara ini, meskipun beberapa pemimpin Ikhwan Muslim pernah dipenjara ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk menumbangkan rejim Hosni Mubarak.

Sebelum itu, dalam perhimpunan sama, Ahli Jawatankuasa Lajnah Pertanian PAS, Mohamad Maksom Ramli menyerahkan deklarasi pesawah kepada Timbalan Yang Dipertua II PAS Selangor, Iskandar Samad.

Deklarasi tersebut mengandungi janji Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan pesawah sekiranya berjaya menawan Putrajaya dan menubuhkan Kerajaan Pusat yang baru.

Dalam perhimpunan itu menyaksikan tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS.

Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib.

-selangorku


'Rakyat hilang air percuma jika terus Projek Langat 2'

Posted: 16 Jul 2012 06:05 PM PDT

ULASAN Saya ingin mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Umno Selangor yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta:

1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion. Selain dari itu Kerajaan Negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut .


2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tarif (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70 peratus selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014)

4) Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku di mana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.

5) Harus juga diingat bahawa SYABAS adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi 'keuntungan' (Profit making company) dan kita tidak nampak SYABAS mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

6) SYABAS juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk SYABAS memberikan air percuma.

7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor .

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.

dr xavier jayakumar official photoDR XAVIER JAYAKUMAR adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawap terhadap isu air di negeri tersebut. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Panas - Anwar Difitnah Liwat Lagi..

Posted: 16 Jul 2012 09:05 AM PDT



Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU-13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah DUA kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi Liwat 1 dan 2.

Perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihanraya hidup mati Umno Bn. Lebih dilihat Bn akan terlingkup maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU-13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali.

Anwar Ibrahim tidak boleh dibiarkan bergerak bebas, mahkamah adalah tempat yang boleh meminimakan pergerakan Anwar Ibrahim. Program Jelajah Merdeka Rakyat yang menyelusur ke seluruh negara mendapat sambutan yang sangat luar biasa biarpun ia berlangsung di Sembrong, tetap dihadiri hampir sepuluh ribu rakyat - ini cukup menggusarkan Umno Bn. Ia suatu perkembangan yang sangat menekan.

Maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi Liwat 3?

Rakyat sememangnya sudah muak dengan hidangan berita-berita yang berunsur kelucahan melampau akan sekali lagi berdepan detik mual sekiranya satu lagi konspirasi tercipta. Akhbar utusan akan sekali lagi menyaingi majalah Playboy. Pasti puluhan juta wang rakyat telah digunakan demi menggarap konspirasi 'state-of-the-art', setelah konspirasi Liwat 2 gagal menyumbat Anwar Ibrahim ke jerijil besi.

Segala 'kesilapan teknikal' yang melibatkan ekzos Saiful contohnya '2 hari simpan bukti dalam dubur' akan diimprovisi dengan lebih terperinci mengurangkan kadar cacat-cela yang bakal menyebabkan mahkamah sekali lagi menyebelahi Anwar Ibrahim.

Peguam yang sebelum ini menjadi ketua pendakwaan kes Liwat 2 pasti kali ini menjadi individu penting untuk berada dalam kem pasukan guaman Anwar Ibrahim. Semua selok-belok penipuan berada di tangan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin.

Mungkinkah seorang lagi mahasiswa yang hampir gagal dalam pelajarannya datang menuntut biasiswa dari Perdana Menteri sendiri? Atau mengadu pada Rosmah Mansur bahawa dirinya bakal diliwat dua hari akan datang?

Sama-sama kita nantikan apakah lawak pecah panggung yang bakal disajikan kepada rakyat Malaysia semua, atau kali ini 'mereka' datang bersama 'blue-print' yang mantap sempurna tanpa kesilapan seperti dua konspirasi terawal?

Sesungguhnya, 'mereka' merancang, Allah juga punya perancangan... nescaya perancangan Allah adalah sebaik perancangan!

Edy Noor Reduan (EDYES)
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia - FB



Menjelang Pidato DSAI Di Jalan Kebun - Hati-Hati Dengan Biawak Ini!

Posted: 16 Jul 2012 05:09 AM PDT


Kepada kawan kawan dan rakyat tempatan khususnya yang akan hadir pada PIDATO DATO' SERI ANWAR IBRAHIM di Kampung JALAN KEBUN pada 18hb Julai 2012 hari Rabu jam 8 malam, sila berhati hati terhadap seorang manusia berhati lembu berlidah biawak ni.

DIKHUATIRI VIRUS BAHAYA YANG DIHADAPINYA BOLEH BERJANGKIT. Sila hubungi Pencacai Umno Macam Biawak kerana dikatakan belliau sedang mencari adik kembar siamnya yang kene sawan tu yang telah dibodoh bodohkan oleh UMNO..

Sumber di sini

'PM tandatangan surat pecat KP JPA'

Posted: 16 Jul 2012 01:53 AM PDT

PAS mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menandatangani surat penamatan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau kini sudah membaca dan mempunyai salinan surat itu bagi membuktikan dakwaannya.


"Ada salinan surat itu kepada saya. Saya tidak boleh tunjuk. Itu rahsia rasmi. Kalau beliau nak nafi, nafilah.

"Siapa tandatangan, dia kena jawablah," dakwa anggota Parlimen Pokok Sena itu dalam sidang media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini.

Ditanya Malaysiakini selepas itu, Mahfuz menjelaskan, kandungan surat Najib itu antaranya menyatakan penamatan tugas Abu Bakar dibuat berdasar Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib).

Tiada penjelasan lanjut berhubung perenggan yang dirujuk itu, tambah Mahfuz lagi.

Tiada ulasan: