Blog-list Malaysia |
- PRU13 - Najib Akan Letak Menantu Di Rembau
- Siasat penyelewengan bukan ugut pemberi maklum
- Bakal Pengundi Disuruh Ke Pejabat Umno
- Kerajaan Negeri nafi bayar RM1 bilion selamat Talam
- Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz
- Mahathir takut saya ‘rampas’ harta dia
- Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak
PRU13 - Najib Akan Letak Menantu Di Rembau Posted: 08 Jul 2012 12:14 AM PDT Penyanyi Fazley bakal tanding di Rembau? Kerusi Khairy Jamaluddin 'Parlimen Rembau' menjadi kerusi panas apabila ada ura-ura mengatakan beliau akan berpindah ke DUN untuk menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan apabila banyak konflik yang mengaitkan tidak serasian MB sekarang dengan Istana menyebabkan Datuk Seri Mohammad Hassan bakal digugurkan. Ada juga orang mengatakan Rais akan kembali untuk memenuhi kerusi MB tetapi khabarnya Datuk Seri Najib tidak menyetujui kerana ini sudah bukan zaman Rais katanya, ada juga mengatakan Shaziman yang dilihat sangat berjaya dalam menguruskan Kementeri Kerjaraya, tetapi nama Khairy masih diutamakan. Kerusi Khairy dikatakan bakal diberikan kepada Dato Fazley Yaakob, seorang pakar motivasi dan juga ahli perniagaan dan juga bekas penyanyi. Beliau juga adalah menantu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Fazley yang pernah dikaitkan dengan kontroversi penipuan ijazah kedoktorannya tidak membuat ulasan panjang, tetapi khabarnya beliau sangat disenangi rakyat dan mungkin ini adalah suatu pilihan bijak buat BN. Dipetik dari - Blog Politikus |
Siasat penyelewengan bukan ugut pemberi maklum Posted: 07 Jul 2012 09:35 PM PDT KUALA LUMPUR: Pendedahan Rafizi tentang skandal campurtangan Perdana Menteri dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent perlu disiasat bukan diugut dengan OSA. Ekoran itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan, apakah OSA ini untuk lindung skandal pemimpin dan menutup bangkai gajah dengan tudung saji. "Pelik bin ajaib pendedahan untuk kepentingan rakyat salah, yang diminta ialah siasat bukan diugut dengan OSA," kata Idris dalam satu kenyataannya. Baru-baru ini, polis memulakan siasatan ke atas Rafizi ekoran pendedakan beliau tentang kontrak yang di syarikat yang diterajui George Kent untuk membina LRT Ampang. Berdasarkan dokumen itu, Rafizi mendakwa, penyelewengan berlaku dalam pemilihan kontraktor dan penganugerahan tender itu. Ekoran itu, pihak berkuasa bukannya menyiasat penyelewengan itu tetapi polis menyiasat Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Rakyat menjadi keliru apabila buat tuduhan dikatakan fitnah jika tidak ada bukti, apabila bawa bukti disabitkan OSA," dakwa Idris. Beliau bertanya, apakah pendedahan Rafizi merbahaya kepada keselamatan negara?. "Jika ini berlaku memang tepatlah transformasi Najib, tidak berisi," kaya Idris (gambar) lagi. Beliau memberikan jaminan, insya Allah PR akan membuang akta-akta yang cuba melindungi pengkhianat amanah rakyat. Pemimpin yang kianat tidak boleh disimpan lama kerana ia akan membawa kebinasaan kepada negara dan rakyat, katanya lagi. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11520-siasat-penyelewengan-bukan-ugut-pemberi-maklum |
Bakal Pengundi Disuruh Ke Pejabat Umno Posted: 07 Jul 2012 05:42 PM PDT Amat memalukan… Pejabat POS PANDAN INDAH mengarahkan bakal2 pengundi supaya mendaftarkan sebagai pengundi di Pejabat UMNO Bahagian pada 8 Jun, 2012 yang lalu. Tengku Arief Tengku Hamid, 29 memberitau bahawa petugas wanita di Pejabat Pos berkenaan dengan tanpa rasa bersalah menyuruhnya kepejabat Umno bahagian terdekat. "Petugas wanita itu memberitahu borang sudah habis. Saya bertanya mungkin kalau saya ke pejabat pos lain, saya boleh mendaftar." "Petugas itu mengatakan munkin semua pejabat pos lain juga tiada borang, jadi saya di sarankan pergi ke pejabat umNo bahagian untuk mendaftar sebagai ahli", kata Arief pada sidang media baru2 ini. - rakyat marhaen |
Kerajaan Negeri nafi bayar RM1 bilion selamat Talam Posted: 07 Jul 2012 05:10 PM PDT SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak pernah membayar sebanyak RM1 bilion untuk menyelamatkan syarikat pembinaan, Talam Corporation Bhd (Talam), seperti yang didakwa MCA, Selasa lalu. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, dakwaan yang dibuat Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong itu tidak benar kerana Talam tidak pernah menerima satu sen wang Kerajaan Negeri, sebaliknya, syarikat itu terpaksa melunaskan hutang tertunggak mereka berjumlah RM392 juta, ketika Selangor di bawah Barisan Nasional (BN). Katanya, bagi mengutip hutang Talam terhadap Universiti Selangor (Unisel), Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Kerajaan Negeri telah menubuhkan Perbadanan Menteri Besar (MBI), pada 2008. "Talam berhutang dengan Unisel sebanyak RM255 juta, KHSB (RM115 juta) dan PNSB (RM22 juta). "Selepas berbulan-bulan rundingan, Talam telah bersetuju untuk membuat bayaran penuh sebanyak RM392 juta dalam bentuk wang tunai dan aset, dalam dua pecahan," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, Talam telah membayar sebanyak RM12.7 juta secara tunai dan selebihnya, ia dilunaskan menerusi aset syarikat berjumlah RM676 juta yang masih mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM266.2 juta dan RM30.5 juta. "Ini bermakna, jumlah aset bersih yang diperoleh MBI daripada Talam hanyalah RM379.2 juta dan setelah ditambah dengan tunai yang dibayar syarikat itu sebelum ini, MBI telah terima RM392 juta. Kenyataan itu sekali gus menyangkal dakwaan yang dibuat Tee Yong yang mengaitkan Kerajaan Negeri dengan pembelian aset bernilai RM676 juta dan penggunaan peruntukan RM392 juta berkaitan Talam. Tony mendakwa, Tee Yong cuba mengelirukan orang ramai dengan kenyataan berkenaan kerana gagal membezakan antara membeli aset dan mengambil alih aset sebagai sebahagian daripada pemulihan hutang. Beliau menggesa Tee Yong dan pemimpin MCA Selangor untuk memohon maaf secara terbuka kerana telah mengelirukan rakyat termasuk dakwaan menyatakan Kerajaan Negeri telah terlebih bayar untuk sebidang tanah berkaitan Talam. "Mereka mempunyai masa 24 jam untuk menarik balik tuduhan yang tidak berasas. Jika tidak, saya akan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada masa yang sama esok (hari ini) berhubung perkara itu," katanya. Sinar Harian |
Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz Posted: 07 Jul 2012 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas. Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia. Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu. "Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya. "Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya. Tambahnya lagi, tindakan Mahathir itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab beliau selaku Penasihat Petronas kerana lebih mengutamakan syarikat minyak milik keluarganya dari syarikat milik negara. "Sepatutnya Petronas diberi peluang kerana kedua-duanya iaitu MAS dan Petronas adalah syarikat milik negara namun disebabkan kepentingan peribadi lebih diutamakan maka syarikat kroni diberi peluang," sambungnya lagi. Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli 65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89 bilion). Sebahagian daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd. Serang Pakatan Ahli Parlimen Pokok Sena itu (gambar) juga turut berpendapat, serangan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pakatan Rakyat adalah sebagai agenda peribadi beliau bukannya agenda politiknya. "Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau. "Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan disambung lagi," tegasnya. Sebelum itu, pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir. MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat. Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380. Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini. http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/11513-pecat-mahathir-dari-petronas-mahfuz |
Mahathir takut saya ‘rampas’ harta dia Posted: 07 Jul 2012 04:46 AM PDT SELAYANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang mahu beliau segera bersara daripada politik. Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya menunjukkan beliau bimbang kehilangan pegangan syarikat-syarikat miliknya dan kroni yang sekian lama menguasai ekonomi negara termasuk Esso Malaysia (kini Petron Malaysia) sekiranya Putrajaya ditadbir Pakatan Rakyat. "Dia (Dr Mahathir) takut saya rampas harta dia dan anak-anak dia. "Saya bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas. "Ini negeri bapa Umno atau rakyat punya?" katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri padang Kampung Selayang Indah di sini malam tadi. Katanya, Dr Mahathir tidak lagi perlu menghalangnya sekalipun beliau memegang jawatan Perdana Menteri kelak. "Saya tak kacau dia…yang kena pukul saya, yang masuk penjara saya, yang kena bogel pun saya. Sudahlah, saya dah maafkan dia," katanya. Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata hasrat untuk bersara itu cuma retorik politik sahaja dan berpendapat Anwar perlu tidak perlu melengahkannya lagi. Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri 'terhormat' selama lima hari untuk diisi Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara. Perdana Menteri ke 7 Disambut kehadirannya sebagai Perdana Menteri ke-7 di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, Ketua Umum PKR itu juga berjanji tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat selama ini. "(Kaum) Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban saya tak mahu khianati sebab saya tahu apa erti susah, saya tahu apa erti sakit, dihina. "Kerana semasa saya jatuh di bawah rakyatlah yang tolong saya bangkit," katanya. Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk menurunkan harga minyak petrol dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13). Katanya, perkara itu pasti membimbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sewenangnya membenarkan Petron, syarikat yang didakwa milik Datuk Mirzan Mahathir memonopoli bekalan bahan api kepada Malaysia Airlines System (MAS) selama enam bulan bermula 1 Julai lalu. Selain itu, katanya janji untuk menanggung kos pendidikan percuma sebanyak RM5 bilion setahun serta pelaksanaan gaji minimum akan tetap dikotakan segera mulai tahun menangnya pilihan raya. Turut berceramah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Adun Teja Chang Lih Kang, serta Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin. |
Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak Posted: 07 Jul 2012 04:14 AM PDT KUALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka. "Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi. Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron. "MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh," katanya, sinis. Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri. "Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut. Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno 'berikrar' mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni. "Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak. "Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32408 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan