Khamis, 19 Julai 2012

Biaqpila

Biaqpila


Kerajaan Selangor Serah Notis Ambil Alih Syabas

Posted: 19 Jul 2012 03:00 PM PDT

KUALA LANGAT, 19 JULAI: Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan notis pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.

Notis tersebut telah diserahkan oleh delegasi Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Selain itu turut serta dalam delegasi tersebut termasuklah Exco Kerajaan Negeri lain, Iskandar Samad, Ronnie Liu dan Dr Halimah Ali.

Penyerahan notis tersebut merupakan tindakan yang selaras dengan Klausa 32 dalam perjanjian konsesi air antara Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syabas.

"Kita telah disambut oleh Saudara Nicholas iaitu Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di kementerian itu, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Kita telah menjelaskan isu ini kepada dia, dia pun faham dan dia terima sekali kertas kerja yang kita hantar.

"Dia orang mintak kertas kerja, itu pun kita dah hantar sekali.Dia akan beri kepada menteri, tetapi masa saya dalam perjalanan ke sini tadi ada berita bahawa Menteri KeTTHA umum bahawa sekarang bukan bawah kuasa dia.," ujar Dr Xavier ketika ditemui TVS dalam Majlis Sesi Dialog Bajet Selangor 2013 Peringkat Daerah Kuala Langat hari ini.

Ekoran kerajaan Selangor bertindak untuk memantau perjalanan operasi Syabas, hari ini kerajaan persekutuan telah membentuk Jawatankuasa Khas kabinet bagi menanganani isu Air di Selangor, Wailayah Persekutuan dan Putrajaya

"Kabinet telah wujudkan satu jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa Menteri dalam jawatankuasa itu termasuk dari Selangor," katanya lagi.

Menurut Dr Xavier lagi, Kerajaan Negeri akan diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi.


Selain Khusrin, Kerajaan Negeri turut bercadang untuk menghantar wakil di kalangan Ahli Exco atau Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri.

Sementara itu, Majlis Sesi Dialog Bajet Selangor 2013 Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Seri Jugra di sini telah dihadiri kira-kira seratus peserta dari pelbagai latar belakang.

Perbincangan dan rumusan dari dialog tersebut akan dibawa ke peringkat lebih tinggi untuk diputuskan sebelum Bajet 2013 Negeri Selangor dibentangkan pada September nanti.

selangorku


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

MUFSIDUN DAN K-POP APA ADA HAL

Posted: 19 Jul 2012 05:00 AM PDT





DEY MACHA!!!
RAKYAT BANGKIT TUNTUT PILIHANRAYA BERSIH
DIKATAKAN MUFSIDUN
TAPI DIA BANGKIT SOKONG K-POP
DIKATAKAN WASSATIYAH
KAH!KAH!KAH!

PM label peserta BERSIH golongan 'mufsidun'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru warga imam dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negara supaya tidak menjadi golongan "mufsidun" yang mengadakan perhimpunan BERSIH di kota suci Mekah dan Madinah.

Katanya, golongan imam perlu menjadi seperti kumpulan "muslihun" - kumpulan yang disifatkannya sebagai golongan yang melakukan pembaharuan atau tranformasi.

bersih in meccaNajib menyifatkan golongan "mufsidun" sebagai kumpulan yang membuat kerosakan perpaduan antara kaum serta dan memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

"Kita merupakan merupakan golongan 'muslihun dan bukannya golongan 'mufsidun'. Dalam konteks mendahulukan perpaduan (yang) berasaskan keharmonian kaum.

"Berbanding dengan golongan 'mufsidun', yang jelas merosakkan dan memecahbelahkan perpaduan kaum, (dan) antara kita sesama umat Islam. Contohnya Himpunan BERSIH 3.0 yang merosakkan daripada memperbaiki keadaan," katanya.

Katanya lagi, perhimpunan BERSIH yang diadakan di dua kota suci itu pada April lalu menyebabkan "imej umat Islam di negara ini rosak sehingga berkemungkinan kuota haji akan ditarik balik".

"Ini bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh sesiapa. Pernah (kerajaan Arab Saudi) tidak membenarkan jemaah sebuah negara (menunaikan haji).

bersih in madinah"Ini bukan perkara yang perlu dimainkan. Saya tahu ada negara sudah sampai di Jeddah, tetapi disuruh patah balik. Dibayar harga minyak, disuruh balik, tak boleh tunai ibadah haji," katanya.

Menurutnya, kerajaan membenarkan sesuatu perhimpunan atau berbeza pendapat dengan kerajaan tetapi dibuat "mengikut cara, undang-undang dan berhemah".

Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara yang dihadiri lebih 10,000 orang di Serdang pagi ini.

Katanya lagi, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Raja Abdullah, supaya kuota jemaah haji Malaysia "tidak dikaji semula".

NONE"Saya nak beritahu tok-tok imam, kerajaan sudah berusaha melalui saluran tertentu dan tertutup, saya juga ada hubungan yang rapat dengan Raja Abdullah untuk menyampaikan laporan sebenar (mengenai BERSIH).

"Kita khuatir ribuan (jemaah) boleh jadi tak dapat (tunai haji) tahun ini... Kita menjelas dan meyakinkan kerajaan Arab Saudi supaya tidak kaji semula kuota haji. Alhamdulillah, ini perjuangan kita," katanya.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata perhimpunan tersebut menghimpun sejumlah imam dan ahli jawatankuasa dari seluruh negara merupakan program yang julung kalinya diadakan.

Dalam program berkenaan, kumpulan pentadbir masjid itu turut menyanyikan lagu Negaraku dan 1Malaysia sambil mengibarkan bendera yang dibekalkan penganjur. MK

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PRU 13 setelah Anwar dipenjara

Posted: 19 Jul 2012 12:00 AM PDT



Oleh Subky Latif

Teka-teki pilihan raya umum ke-13 bukan selepas puasa atau dalam musim haji tetapi menunggu setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan lagi.

Bila dia hendak dipenjarakan lagi? Tunggulah perbicaraannya atas kes tunjuk perasaan Bersih 3.0 yang dijangka bersidang hujung tahun ini.

Antara ratus ribu yang hadir dalam Bersih 3.0: Duduk Bantah 2 April lalu, Anwar bersama Azmin Ali dan Cikgu Bad telah didakwa di mahkamah.

Apa bijaksananya mereka didakwa? Masing-masing boleh cari jawapan sendiri.

Tetapi kejadian itu membuka peluang Anwar boleh dipenjarakan lagi. Jika dia disabitkan boleh dipenjara beberapa tahun atau didenda yang tidak memungkinkan dia layak bertanding dalam pilihanraya dan layak menjadi Perdana Menteri.

Apakah dia akan masuk penjara lagi? Akan ditentukan oleh mahkamah. Tetapi dakwaan yang dihadapinya membuka jalan kepada kemungkinan dipenjara lagi.

Tidakkah ia satu yang diharap dan ditunggu-tunggu oleh musuh politiknya iaitu parti yang berkuasa sekarang atau kerajaan yang Anwar hendak tumbangkan itu.

Kes yang dihadapi Anwar ini berlaku pada masa negara berada diambang PRU 13. Ia boleh diadakan bila-bila masa atas kemahun Perdana Menteri. Malah Perdana Menteri boleh adakan dua tahun lalu atau setahun lalu atau sekarang.

Semua orang menunggu sejak dua tahun dulu. Tetapi ia tidak diadakan hingga hari ini. Mengapa? Allah dan Perdana Menteri saja yang tahu mengapa dan bila.

PRU 13 ini adalah terhebat sejak 54 tahun merdeka. Ia kali pertama Barisan Nasional menghadapi ancaman. Faktor utama dalam ancaman itu ialah Anwar dan kepintarannya. Jika dia tidak ada, maka tidak tinggi risiko Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

Memenjarakan Anwar boleh menyelamatkan kerajaan. Anwar dilihat sebagai ancaman kepada kekuasaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila Anwar dipenjarakan kali pertama, kuasa Dr Mahathir terselamat.

Apabila Anwar bebas, sekali pun dia tidak boleh menyertai PRU 2008 disebabkan oleh idah hukumannya itu, tetapi Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berdepan dengan tsonomi politik ― BN kalah di beberapa negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Kuasa Abdullah runtuh oleh Anwar yang ada di luar penjara.

Sekarang Anwar berada dalam politik yang paling aktif. Maka Najiblah yang terpaksa berdepan risiko jauh lebih mengancam dari yang pernah dihadapi oleh Dr Mahathir dan Pak Lah.

Pilihan sudah menjadi isu besar sejak dua tahun lalu. Dipeercayai faktor Anwarlah yang melambatkan pilihanraya. Peluang dia dipenjarakan sudah terbuka dua tahun lalu apabila dilanda oleh kes liwat dua.

Kerja ke arah pilihanraya cukup rancak seiring dengan ancaman Anwar dipenjara buat kali kedua. Semuanya merasakan Anwar akan dihukum. Parlimen seolah-olah hendak dibubarkan sebaik saja mahkamah selesai bersidang.

PRU itu seperti hendak diadakan sebelum haji tahun lalu. Kemudian ia diduga selepas haji. Ramai tenaga penting yang boleh membantu kemenangan beroleh peluang haji segera. Mereka akan pulang bagi menghadapi pilihanraya dengan semangat haji masing-masing.

Parlimen tidak juga dibubarkan mengapa? Tidak siapa terfikir bahawa proses perbicaran Anwar mengambil masa. Selagi Anwar di luar pilihanraya menjadi gerun.

Kes liwat dua itu bukan sana mengambil masa, bah keputusannya megejutkan kerana Anwar dibebaskan. Dia tidak masuk penjara.

Tidak itu yang menunda pilihanraya itu?

Peluang dia masuk penjara seperti tertutup hinggalah berlaku tunjuk perasaan Bersih 3.0. Semua tahu apa yang terjadi pada hari Bersih 3.0 itu.

PRU itu sudah dirasakan hendak berlaku bulan Mei lalu. Bersih 3.0 28 April dipercaya punca Parlimen tidak dibubarkan. Tunjuk persaan Bersih 3.0 membuka rung bagi Anwar didakwa dan kesnya didengar hujung tahun.

Nasib Anwar kembali seperti menghadapi perbicaraan liwat dua dulu. Dia dipenjara atau tidak?

Memandangkan perebicaraan Anwar itu diadakan hujung tahun ini, maka PRU tidak akan diadakan sebelum selesai perbicaraan itu. Ia akan diadakan selepas keputusan mahkamah nanti. Jika dia dihukum, PRU itu dirasakan tidak bermasalah lagi. Tetapi kalau dia bebas juga, mungkin apa yang dibayangkan oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz akan berlaku.

Iaitu mencari jalan bagaimana PRU boleh ditangguh setelah berbelalu tempoh matang penggal Parlimen yang ada.

DD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Berita Panas: Fitnah Melampau Puak Pakatan Terhadap DS Najib

Posted: 18 Jul 2012 06:00 PM PDT



Mengapa Najib sembunyi rahsia besar?

Kuala Lumpur: Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan anggota kabinet yang lain dalam isu penjualan dokumen rahsia pertahanan negara dalam kes Skandal Scorpene seolah olah menyembunyikan satu 'rahsia besar'.


Malah, seluruh anggota kabinet seolah-olah berdiam diri dan tidak mahu respons kepada isu tersebut menimbulkan persoalan yang besar.

"Jika isu ini hanya semata- mata fitnah, PM perlu menyaman media antarabangsa yang cuba mengaitkan nama beliau. Jika tidak, ia hanya menguatkan spekulasi bahawa mungkin beliau benar-benar terlibat dalam skandal paling memalukan negara ini," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor kepada Harakah pada 2 Julai lalu.

Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendakwa syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk mendapatkan dokumen rahsia tersebut bagi tujuan kerja-kerja "kejuruteraan komersial."

Dalam pada itu, jawapan balas Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara.

Mengulas lanjut, Riduan berkata jawapan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis amat mengecewakan.

Katanya lagi, jawapan itu menunjukkan kerajan tidak serius menangani penyelewengan dan menyiasat dakwaan itu secara menyeluruh.

Kata Riduan, Pemuda PAS kesal kerana usul mengenai isu ini ditolak oleh Dewan Rakyat bulan lalu tanpa sebarang perbahasan panjang mengenainya.

Riduan berkata dalam keadaan seluruh dunia heboh memperkatakannya malah ia mula dibicarakan di mahkamah Perancis, kerajaan Malaysia menganggap dakwaan itu kes kecil.

Lebih parah lagi kerajaan menyatakan ianya tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia, katanya.

"Tidak sepatutnya Dr Zahid menjawab dalam bentuk penafian begini lebih-lebih lagi kerana kes ini membabitkan nama pemimpin utama negara ini iaitu Perdana Menteri sendiri.

Kerajaan Malaysia sepatutnya memandang ini sebagai isu yang amat penting untuk ditangani kerana ia boleh menjejaskan kedudukan pertahanan negara.

"Menjual dokumen yang dikategorikan sebagai rahsia negara adalah satu perbuatan khianat dan pelakunya mesti didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahannya," katanya.

Jika dokumen rahsia pertahanan negara juga boleh dijual beli, ini petanda buruk keselamatan negara sedang diancam dan negara berada dalam keadaan bahaya kerana terdedah dengan serangan dan manipulasi oleh musuh, katanya.

antirepublik


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Konstabel maut terjun dari menara komunikasi

Posted: 18 Jul 2012 03:00 PM PDT


Gambar Hiasan
Seorang anggota polis maut selepas terjun dari menara komunikasi yang terletak dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada ketinggian kira-kira 60 meter.

Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi semasa Konstabel Mohd Urin Subaiton, 27, yang sedang mengikuti kursus motosikal B2 di IPD itu, meminta diri untuk keluar ke tandas.

Beliau berkata beberapa minit kemudian, beberapa pegawai dan anggota di IPD itu melihat Mohd Urin, yang bertugas di Balai Polis Sungai Buloh, memanjat tangga menara komunikasi setinggi kira-kira 80 meter itu, dan mereka cuba memujuknya supaya turun.

Konstabel yang berasal dari Semporna, Sabah, dan menyertai pasukan polis lebih dua tahun lalu, sebaliknya bertindak menanggalkan kasut serta stokinnya, dan terus terjun, katanya dalam sidang media di IPD di Sepang.

Zaldino berkata siasatan awal menunjukkan Mohd Urin tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan disiplin atau masalah peribadi, namun dia dipercayai mengalami kemurungan sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata allahyarham yang mengalami kecederaan di bahagian kepala serta kaki, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

- Bernama

MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: