Biaqpila |
- Gadis datang bulan dirogol bergilir-gilir
- CARA UNTUK MENGESAN KEDAI MAKAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS SYIRIK
- Awas! Pangsapuri hantu di Kuala Langat
- Uncleseekers Ditahan Polis
- Umno dayus dengan Soi Lek!
Gadis datang bulan dirogol bergilir-gilir Posted: 05 Jul 2012 10:24 AM PDT SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir. "Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan," katanya. Katanya, suspek mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan pita pelekat kuning sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah papan satu tingkat itu dan merogolnya. "Di rumah itu mangsa dibawa masuk ke bilik dan dipaksa baring di atas tilam nipis. Seorang daripada suspek membuka ikatan dan merogol mangsa dua kali. "Suspek terus merogol mangsa dalam keadaan mata ditutup walaupun ketika kejadian mangsa sedang haid," katanya. Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat. Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya. Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini. "Hasil pemeriksaan, kami menjumpai satu beg kecil mengandungi kad pengenalan, kad pelajar serta lesen memandu milik mangsa. "Selain itu, hasil soal siasat juga, jam 10 pagi, pasukan sama menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat rogol mangsa di Rantau Panjang dan menahan seorang lagi lelaki yang tidur di ruang tamu rumah berkenaan. "Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah," katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger. Sementara itu, dalam kejadian berasingan Isnin lalu, kumpulan yang sama merogol pelajar perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di tempat sama. Zahedi berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berbual-bual dengan teman lelakinya di blok Wisma Mais, Seksyen 3, di sini sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit yang menariknya ke dalam kereta. Katanya, teman lelaki mangsa cuba mengejar dengan motosikal tetapi gagal. Zahedi berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang merogol mangsa adalah kumpulan sama yang menjalankan kegiatan samun dan rogol pelajar IPT berkenaan. "Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu," katanya. KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
CARA UNTUK MENGESAN KEDAI MAKAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS SYIRIK Posted: 05 Jul 2012 02:33 AM PDT Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan. Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah dengan membaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar). Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir: 1) Al-Fatihah. 2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith: Ertinya: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih. Oleh : Ustaz Sharhan Shafie Sumber fb KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Awas! Pangsapuri hantu di Kuala Langat Posted: 04 Jul 2012 09:00 PM PDT (Dr Yunus berucap dalam ceramahnya) KUALA LANGAT: Mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), terdapat sebuah pangsapuri enam tingkat di daerah ini yang didiami sejumlah pengundi. Tetapi, apabila diperiksa, bangunan tersebut hanya ada empat tingkat sahaja. Terdapat juga rumah di sekitar daerah ini yang mempunyai sampai 30 pemilih dalam satu rumah, kata ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi. Dr Ahmad Yunus, yang juga Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, mendedahkan bahawa pemantauan daftar pemilih juga mendapati terdapat pertumbuhan pengundi baru yang mendadak di daerah itu sebanyak 17,000 orang. Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha membersihkan daftar pemilih khususnya di negeri Selangor melalui "Kempen SelangorKU Bersih". Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku ini. Program tersebut adalah satu inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan. Di kawasan DUN Sijangkang sahaja kata Dr Yunus, terdapat 8,000 pengundi baru, satu fenomena yang mencurigakan. Pendedahan mengenai pengundi yang meragukan ini dibuat oleh Dr Yunus dan beberapa pemimpin Pas Selangor di ceramah "Awas Pengundi Hantu Di Rumah Anda" di Teluk Panglima Garang di sini semalam. Turut serta di dalam ceramah tersebut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman. "Apa yang kita lihat daftar pengundi baru ini boleh dipertikaikan kerana siasatan dibuat kita dapati maklumatnya berbeza," kata Dr Yunus. Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pernah mendedahkan bahawa terdapat 400,000 ribu pengundi baru di dalam daftar pemilih di Selangor yang mana status mereka mencurigakan. Ini termasuk berpuluh-puluh pemilih yang didaftar di satu alamat, mereka yang di daftar sebagai pengundi di Selangor tetapi bermastautin di luar negeri dan pengundi pos yang dipindahkan ke dalam Selangor. Pada 13 Jun beberapa kampung di Ampang membuat laporan polis dengan mendakwa, alamat rumah di kawasan mereka digunakan untuk mendaftar sampai 40 lebih pengundi. Bagi mengenalpasti dan menjejaki pemilih yang meragukan di Selangor, Kerajaan Negeri telah melancarkan program "Selangorku Bersih". "Kita jalankan audit ini di setiap DUN bagi mengenal pasti pengundi yang sah di dalam senarai dikeluarkan. "Kita ingin melihat hak mengundi ini hanya diberikan kepada mereka iaitu rakyat Selangor dan Malaysia untuk menentukan kerajaan dan bukannya orang luar," Dr Yunus berkata di dalam ucapannya. HD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 04 Jul 2012 06:47 PM PDT Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan. Tangkapan itu diyakini urutan daripada pendedahan dalam blognya berkaitan isu kerabat diraja Johor, seperti yang dilaporkan di sini Update: Blogger Uncleseekers dalam perjalanan balik kampong Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis. Diyakini Uncleseekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru sementara "adik" masih ditahan di balai polis Senawang. - News update" tranungkite KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 04 Jul 2012 06:00 PM PDT Oleh Azmir Haji Mustafa Penyelaras SAMM Wilayah Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Ayub Rahmat (ADUN Johor) di atas keberanian beliau dalam menyatakan hasrat untuk menuntut pihak kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan Hukum Hudud. Kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan cukup rasa berbangga terhadap keberanian Datuk Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan Umno. Dalam pada masa yang sama kami mencabar Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pertubahan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk bangun dan membela Datuk Ayub Rahmat dalam menuntut hak pelaksanaan hukum hudud. Apakah badan pemuda dan NGO yang mengaku kononnya pejuang Islam hanya menikus selepas komen yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu berbaur kepada penghinaan untuk umat islam di Malaysia ? Beberapa persoalan ingin saya lontarkan kepada umno, di manakah Pemuda UMNO dan Perkasa? Adakah mereka hanya mampu melihat kebiadapan Chua Soi Lek menghina Islam tanpa apa-apa tindakan? Mengapa tidak berani untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat DS Chua Soi Lek itu di atas nama perjuangan agama sedangkan hukum Hudud itu adalah undang-undang Islam yang tertera dalam Al-Quran? Di mana hilangnya kejantanan Perkasa dan NGO-NGO lain yang sebelum ini sangat garang dalam beberapa isu ? Adakah keberanian mereka hanya selektif dan mampu bersuara sekiranya perkara yang sama berlaku dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat ? Apakah Umno sangat takut dan gentar kepada Chua Soi Lek? Saya selaku Penyelaras SAMM Wilayah, ingin mencabar Pemuda UMNO Malaysia, mencabar Ketua Wira Perkasa Malaysia dan beberapa Ngo Melayu untuk bangkit dan membuat dan laporan polis seterusnya menuntut permaafan daripada Presiden MCA itu, di atas kebiadapan untuk kesekian kalinya. DD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan