Rabu, 25 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bengang Majlis Najib tiada sambutan, Ismail Sabri arahkan 5 Pengarah bertukar 24 jam?

Posted: 25 Jul 2012 07:55 AM PDT


Ingat lagi peristiwa Najib dimalukan ketika beliau merasmikan Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 pada 14 Julai lalu di Stadium Bukit Jalil?

Dalam peristiwa yang benar-benar memalukan Najib itu, ketika beliau memberikan ucapan perasmian hadirin yang diupah untuk meramaikan majlis tersebut telah berpusu-pusu keluar.

Dari komen-komen yang ditinggalkan di ( SINI ) ada yang mengatakan orang ramai yang hadir dibayar RM20, ada yang mengatakan RM30 dan ada juga yang mengatakan dibayar RM60..

Dan Najib sendiri dikatakan terpaksa menangguhkan ucapannya selama kira-kira dua minit untuk meminta hadirin diam mendengar ucapannya.. malangnya tak ada siapa yang peduli..

Sila lihat video ketika kejadian di ( SINI )

Berikutan sambutan yang memalukan buat Najib yang sering digambarkan disambut meriah dalam berbagai majlis oleh Media tunggangan UMNO itu..Menteri Perdagangan Dalam Negeri terpaksa memohon maaf kepada Najib.

Beliau dikatakan terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Bagi meutup kelemahan dirinya sendiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ismail Sabri juga dilaporkan telah mengkambing hitamkan lima Pengarah Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar.

Yang melaporkan perkara ini ialah Rocky Bru.. baca di bawah..

24-hour transfer for four state directors.

I've been told that: "Thus far, 5 Directors of the  have been transferred within 24 hours on 16 July 2012 and several more will be following suit as a result of the current investigation set up by the Controlling Officer (the Ministry's secretary-general).

The The Cooperative Commission's State Directors affected in the 24-hour transfer orders are from Kedah, Pahang, Terengganu and Negeri Sembilan while one Director of a Division from the HQ has also been moved out.

Altogether, 5 Directors have been transferred within 24 hours without the opportunity to make a presentation of their innocence.

It is also believed that the Executive Chairman and the Deputy Executive Chairman were also recommended to be terminated of their appointment with immediate effect or reduction of salary (potong gaji) upon the finalisation of the current investigation by the Ministry's Special task Force." - ( Rocky Bru ) 

Ha..ha..ha.. kesian kat depa.. tak apalah anggaplah itu sebagai penghargaan dari Kerajaan UMNO/BN buat anda semua kerana telah menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi buat Najib..

Raja Komando akan saman Ummi Hafilda dan UMNO Online

Posted: 25 Jul 2012 04:32 AM PDT


Aktivis Pakatan Rakyat, Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Raja Komando akan meneruskan saman beliau terhadap Ummi Hafilda dan Umno Online.

Raja Komando ketika dihubungi berkata, laporan polis telah dibuat pada Jumaat di balai polis  Kelang.

Walaubagaimanapun, kes itu dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD)  Dang Wangi berikutan balai polis Kelang tidak mempunyai kemudahan dan kepakaran untuk menyiasat kes yang diklasifikasikan sebagai jenayah siber.
 
Laporan polis itu dibuat ekoran dakwaan Ummi Hafilda yang disiarkan di dalam laman web Umno Online yang mendakwa jawatan Raja Komando sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) adalah ganjaran selepas menjadi saksi palsu kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Ummi Hafilda turut mempersoalkan bagaimana Raja Komando boleh menjadi pengerusi syarikat terbabit yang  menguruskan semua projek pasir di Selangor jika tidak dengan mengamalkan rasuah.

"Daripada siapa dia (Ummi Hafilda) dapat cerita mengarut ini? Saya bukan pengerusi KSSB. Saya mendapat tender dengan mengikuti segala prosedur yang sah".

"Saya adalah kontraktor bebas yang membida projek KSSB seperti orang lain juga," katanya.
 
"Dakwaan Ummi Hafilda langsung tidak berasas. Bagaimana saya boleh dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah jika saya adalah saksi palsu dan tidak boleh dipercayai".

Terdahulu, Ummi telah menjelaskan bahawa dia akan membuat laporan  finah jenayah terhadap Raja Komando menyebarkan fitnah kononya Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin (pada tahun 1998) mengatakan dia seorang pelacur. - KL Today

Ini laporan yamg dimaksudkan itu..


Kata Raja Komando "Jangan bodohkan rakyat dengan budaya fitnah…Rakyat tidak bodoh untuk menerima bulat-bulat dakwaan mereka yang sengaja direka untuk memalit imej negatif kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Ummi Hafilda ini bukannya aset untuk Umno tapi dah jadi liabiliti yang merugikan mereka sendiri.

Farid Ismeth 'Tertekan dan Malu' dituduh bekas suami Rosmah?.. mengapa agaknya?

Posted: 24 Jul 2012 10:50 PM PDT


Hujan tak ada.. ributpun tak ada.. tiba-tiba sahaja pencacai-pencacai UMNO menyiarkan laporan Pembaca berita RTM, Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Itupun setelah berbelas tahun perkara ini menjadi sebutan ramai dan dakwa Farid dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut.

Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling.

Penafian ini pula muncul ketika Rosmah sudah jarang kelihatan dalam berita-berita arus perdana..

Tulis Zamzarina dalam Blognya pula, Farid berkata "SAYA TERTEKAN DAN MALU..!!"



TERTEKAN DAN MALU??

Kenapa pula beliau mendakwa dirinya tertekan? sedangkan beliau dituduh sebagai bekas suami kepada Rosmah dan bukannya boy friend atau lelaki simpanan kepada Rosmah.

Lagipun menjadi seorang suami dan kemudiannya menjadi bekas suami bukanlah satu perkara yang memalukan bagi lelaki kerana berkahwin itu halal dalam Islam dan ianya tidak sepatutnya dimalukan..

Lainlah kalau bekas isteri kita itu kini menjadi ikon kurang baik yang sering dibincangkan oleh masyarakat maka wajarlah kita merasa TERTEKAN DAN MALU untuk mengakui bahawa kita pernah bersama perempuan itu..

Sepatutnya Farid merasa bangga kerana dituduh sebagai bekas suami kepada perempuan yang mengaku dirinya sebagai First Lady of Malaysia bukannya tertekan..

Lainlah kalau Farid juga menganggap Rosmah sebagai perempuan kurang baik untuk dikaitkan dengan dirinya.. barulah sesuai ayat TERTEKAN DAN MALU itu digunakan...

Apa si Farid tu ingat teruk sanagat ke Rosmah Mansor tu hingga dia rasa TERTEKAN DAN MALU untuk dikaitkan denga Rosmah??

Pembaca berita tertekan dikaitkan dengan Rosmah

PETALING JAYA: Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Farid Ismeth Emir menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, dirinya tidak pernah mengenali mahupun bercakap dengan Rosmah secara peribadi sehingga naik muak dengan dakwaan tersebut walaupun beberapa kali cuba menafikannya.

"Sepanjang karier saya sebagai pembaca berita saya memang tak pernah dapat jumpa pun dengan Rosmah," katanya semasa ditemubual pengacara RTM Zamzarina Zambri.

Temubual kira-kira 7 minit itu dirakamkan Zamzarina dan dimuat naik ke dalam blog peribadinya http://zamzarinazambri.blogspot.com.

Farid berkata dirinya bingung dan tertekan dengan dakwaan tersebut yang didengarinya sejak 11 tahun lalu.

"Saya tertekan sebenarnya dengan keadaan ini tapi saya diam, saya simpan…nak ke mana-mana pun mereka akan berbisik "haa itu Rosmah punya"..persoalannya kenapa tak datang berdepan dan tanya…kenapa seronok sebarkan? Anda kena ada fakta sebelum nak tuduh orang lain," katanya.

Takut keluar rumah

Beliau berkata perkara ini berlarutan sehingga kadangkala dirinya takut keluar rumah dan berdepan dengan kata-kata masyarakat sekeliling.

"Bila pergi kenduri kahwin saya akan nampak mereka mula berbisik…saya tahu apa yang mereka katakan.. saya tahu daripada pandangan dan renungan mata yang sangat sinis …tapi sebenarnya hamba Allah ni tiada dosa apa pun," katanya.

Beliau berkata pada anak-anaknya turut mendapat tempias apabila guru dan rakan sebaya di sekolah mereka bertanyakan perkara yang sama. Namun katanya perkara itu tidak menjadi satu isu kerana isteri dan keluarganya memahami situasi sebenar.

"Anak-anak pernah tanya betul ke papa ni pernah kahwin dengan Datin Seri (Rosmah)? Saya kata tidak sama sekali.

"Sehinggakan mereka ke sekolah guru-guru dan rakan-rakan lain turut bertanyakan soalan yang sama dan mereka menafikan 'itu isteri Perdana Menteri kenapa kaitkan Rosmah dengan bapa saya'," katanya.

Beliau turut menafikan mempunyai anak perempuan hasil hubungan dengan Rosmah seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

"Persoalannya kenapa mereka membiarkan cerita ini berlarutan sampai kata berkahwin dan ada anak perempuan walaupun mereka tahu ia tak betul…memang tak masuk akal…kalau ada nama binti Farid Ismeth tu lain ceritalah saya tak boleh nafikan (tapi) ni tiada langsung," katanya.

Beliau berharap melalui temubual itu dapat membetulkan dakwaan palsu daripada terus tersebar sekaligus dapat membersihkan namanya. - Free Malaysia Today



Video dari ( Zamzarina Zambri )

UMNO Melaka dakwa pengendali Blog Ali Rustam penipu?

Posted: 24 Jul 2012 06:44 PM PDT


Ini adalah jawapan dari Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali terhadap dakwaan pengendali blog Ali Rustam yang mendakwa tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 baru-baru ini.

Tapi sebelum korang baca apa jawapannya mari kita lihat apa Blogger upahan UMNO ini dapat sepanjang 38 bula berkhidmat mengendalikan Blog Ali Rustam itu..

Dari kenyataan Akbar Ali sepanjang 38 bula berkhidmat, Ahmad Faisal telah diberikan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.

Besarpunya investment tu... tapi hasilnya?.. ada hasil ke? Tapi.. Datuk Mohd Zaini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia kata tak ada hasil .. tak percaya dengar di ( SINI )

Ini jawapan dari Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka..

Umno Melaka: Bayaran ikut perjanjian, dakwaan pengendali blog tiada asas

BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai 'tiada isu'.

Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.

Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.

Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.

"Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.

"Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.

Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.

"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai," katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.

Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.

Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.

Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.

"Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.

"Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya," katanya.

Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.

"Kalau benar dia  sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya. - Sinar Harian

Biasalah... kalau takut kena tipu jangan kerja dengan penipu...

Sekarang siapa yang menipu? Ahmad Faisal pengendali Blog atau Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka?

Dalam buruk dan teruk UMNO ni.. apa yang aku nampak mereka sanggup mengeluarkan belanja atau melakukan pelaburan untuk kebaikkan parti..

Berbeza dengan apa yang ada disebelah kita.. walaupun dibeberapa negeri sudah jadi pemerintah masih tak tahu nak mengeluarkan belanja untuk mempertahankan parti..

Apa yang mampu diberikan hanyalah janji disetiap kali perjumpaan.. mula-mula janji nak bagi bulan.. lepas tu ada perjumpaan lagi.. dijanjikan pula nak diberikan matahari.. kemudian ada lagi perjumpaan.. dijanjikan lagi.. dijanjikan nak diberikan bintang pula..

Tapi sampai sekarang.. hampeh!! habuk pun tak ada.. aku bukannya nak menuntut imbuhan, pasal selama menulis ni tak ada siapapun yang bayar installment kereta-kereta aku tu..

Cuma bagi aku apa yang aku faham dari apa yang aku belajar.. orang munafik saja yang mungkir janji ni..


Dakwaan pengendali Blog Ali Rustam tu sila baca di ( SINI )

Memalukan!! Fitnah Ulama Muda UMNO terhadap Ketua Pemuda PAS dikantoikan oleh jurugambar bukan Islam..

Posted: 24 Jul 2012 09:37 AM PDT


Diatas itu ialah fitnah yang telah dilontarkan oleh salah seorang anggota Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Ahmad Fauzan Yahya terhadap Ketua Pemuda PAS.

Beliau tanpa ada rasa segan silu dan takut terhadap dosa sanggup memfitnah Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan.

Apa yang tertulis dalam kenyataan di FB miliknya itu ialah beliau terkejut apabila melihat Ketua Pemuda PAS membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek perempuan pihak Astro Awani.

Oleh itu beliau mengucapkan tahniah kepada sahabatnya Fathul Bari kerana memilih untuk menyolek diri sendiri kerana bimbang tersentuh dengan wanita.

Tambahnya lagi.. "apa guna memperjuangkan Islam, seandainya hal semudah ini (bersentuh kulit) tidak dapat dijaga, renung-renunkan...."

Dibawah adalah Ustaz yang menyebarkan fitnah itu..


Bagaimanapun fitnahnya itu telah terbongkar dalam masa yang singkat dan lebih memalukan lagi bilamana individu yang membongkarnya adalah seorang yang bukan berugama Islam..

Seorang jurugambar Astro Awani yang bukan berugama Islam telah menyebarkan gambar sebenar apa yang telah berlaku sebenarnya..

Ujar juru gambar Astro itu " Sebagai Manusia saya tidak sanggup lagi melihat manusia-manusia yang baik seperti Ustaz Tantawi di tomah dan fitnah oleh manusia-manusia yang jahat ini, sebab itu saya serahkan gambar ini kepada tuan-tuan saya tak kesah kalau saya dibuang kerja oleh pihak Astro. Walaupun saya bukan beragama islam tapi saya tahu Tuhan akan bantu saya. Saya boleh cari kerja di tempat lain."

Ini gambar sebenar...


Siapa sebenarnya yang membenarkan dirinya disolek oleh jurusolek Astro Awani? Ketua Pemuda PAS atau Ketua Ulama Muda UMNO?

Itulah.. nak fitnah tu agak-agak lah...tapi betul ke Ahmad Fausan tu seorang Ustaz? kalau Ustaz tentu dia tahu apa hukumnya menyebar fitnah..

Takkan dia tak tahu Allah telah berfirman..

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

Kalau Ustaz sekalipun apa yang kita nak hairankan.. seperti yang ada dalam UMNO sekarang ni seperti Mashitah dan Jamil Khir tu.. berkawan dengan orang-orang UMNO perangai pun dah sama macam pemimpin-pemimpin UMNO..

Baik dari Presiden hingga kepada pencacainya termasuk Blogger upahan mereka fitnah itu dah jadi darah daging mereka..

Kerana nak jaga periuk nasi mereka.. apa saja kehendak Islam yang tak selari dengan kemahuan pemimpin UMNO terpaksa mereka pinggirkan sebab takut tak makan.. contoh yang paling ketara ialah Hukum Hudud.

Baca dan kenyataan Mashitah yang menolak perlaksanaan hukum Hudud dan lihat video beliau memperlekehkan hukum Hudud di ( SINI )

Sebab puak-puak itu menjadi Ulama Muda UMNO sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: