Anak Sungai Derhaka |
- Samy Vellu juga amalkan kronisma seperti Najib.. tengoklah....
- Mak Aih!! Macam mana Toyota Vios ni boleh terbang ni?
- Runtuh lagi di Terengganu.. Kali ini di bazar Ramadan pula..
- Pencacai UMNO Kantoi fitnah Setpol MB Kedah di bulan puasa..
Samy Vellu juga amalkan kronisma seperti Najib.. tengoklah.... Posted: 24 Jul 2012 07:25 AM PDT Semasa Mahathir berkuasa dulu kita sering mendengar beliau menyerahkan projek kepada kroni-kroninya tanpa diadakan sebarang tender terbuka. Kemudiannya Pak Lah.. pun sama apa yang diamalkannya cuma beza Pak Lah dengan Mahathir ialah Mahathir mempunyai kroni yang ramai tetapi Pak Lah pula kebanyakkannya berkisar disekitar anak dan menantunya KJ. Bila tiba giliran Najib pula.. masih lagi kroni yang diutamakan tetapi kroni Najib pula hanyalah sekitar beliau dan Rosmah.. Sebenarnya Aamalan Kronisma ini sebenarnya bukan hanya dipraktikkan dalam UMNO sahaja malah MIC juga mengamalkannya.. bacalah.. PKR persoal kontrak jutaan ringgit MIC kepada syarikat kroni PETALING JAYA, 24 Julai — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempersoalkan kontrak yang dianugerahkan kepada Jaya Cafe Sdn Bhd — syarikat yang dimiliki oleh Bendahari Pemuda MIC, J Dhinagaran sebagai kafetaria di Asian Institute of Medicine, Science and Technology (AIMST). Menurut setiausaha strategi dan polisi PKR, S Gobikrishnan, Dhinagaran yang merupakan Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang memiliki syarikat Jaya Cafe Holdings Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak dua hari selepas beliau dilantik sebagai Pengarah syarikat tersebut. "Mana mungkin sebuah syarikat yang Pengarahnya baru dilantik pada 3 Januari 2007, mendapat kontrak pada 5 Januari 2007. "Ini adalah tender tertutup dan penyelewengan dalam AIMST," kata Gobikrishnan dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Kafetaria sebelum ini bernilai sebanyak RM10 juta setahun, yang dijalankan oleh AIMST sendiri. Sehingga 31 Disember 2006, AIMST telah menguruskan kafetaria untuk staf dan pelajarnya sendiri dengan mencatat pendapatan sebanyak RM3.2 juta pada tahun 2006. Kemudiannya perkhidmatan ini ditamatkan dan kontrak diberikan kepada Jaya Cafe tanpa tender terbuka pada 5 Januari 2007. Jaya Cafe dimiliki oleh Dhinagaran bersama adiknya dan dua rakan yang lain. Jaya Cafe mencatat RM20.4 juta pendapatannya dalam tahun 2007, 2008 dan 2009 dimana AIMST telah mengalami kerugian pada tahun-tahun tersebut. Jaya Cafe juga, menurut kontrak telah dibenarkan untuk menyewa kawasan seluas 1,224 kaki persegi, namun semakan mendapati mereka telah mendapat kawasan seluas 8,652 kaki persegi tetapi hanya membayar sewa bagi 1,224 kaki persegi sahaja. "Pada 2007, 2008 dan 2009 mereka hanya membayar sebanyak RM151,470 sahaja sedangkan mereka sepatutnya membayar RM1,019,079 menyebabkan AIMST kerugian sebanyak RM867,609 dalam bentuk sewa dalam tiga tahun tersebut. "Lebih memeranjatkan lagi, Jaya Cafe telah dibayar lebih sebanyak RM498,185 untuk perkhidmatan kafetaria tersebut pada tahun 2007 dan 2008," kata Gobikrishnan pada sidang media pada pagi ini. "Kenapa kontrak jutaan ringgit ini ditawarkan tanpa kontrak terbuka? Ini kerana AIMST dibina dari geran yang diberikan oleh kerajaan. "Bermakna ini adalah penyelewengan wang rakyat," kata Gobikrishnan lagi. Dia juga memberitahu juru audit bebas yang dilantik oleh MIC juga mempersoalkan tindakan AIMST, yang dimiliki oleh MIC, melantik pihak ketiga dan terus menerus menghadapi kerugian. Juru audit itu juga menyarankan agar Maju Institute Educational Development (MIED) melalui MIED Capital Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki MIC agar mengambil alih kafetaria itu dari Jaya Cafe. The Malaysian Insider |
Mak Aih!! Macam mana Toyota Vios ni boleh terbang ni? Posted: 24 Jul 2012 12:41 AM PDT Sehari dua ni kecoh mengenai foto sebuah kereta yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini. Berdasarkan maklumat, kereta Toyota Vios di atas sebenarnya terbabas dan spin lalu melambung naik atas tembok tersebut, bukan turun dari atas bukit itu. Kerana di atas bukit itu ialah ladang sawit, kejadian berlaku di Jalan Nitar - Mersing, Johor. Kakak berbaju hijau itu yang membawa kereta Vios berkenaan... Kalau aku tahu Vios powerfull macam ni... sudah tentu dulu aku beli Vios... he..he..he.. siapa tahu kisah sebenar Vios terbang ni? |
Runtuh lagi di Terengganu.. Kali ini di bazar Ramadan pula.. Posted: 23 Jul 2012 08:46 PM PDT DUNGUN – Hari kedua sambutan Ramadan menjadi ujian getir buat lebih 20 peniaga yang mencari rezeki di bazar Ramadan dekat sini, apabila mereka nyaris menjadi korban selepas khemah yang menempatkan tapak gerai diterbangkan angin dalam kejadian ribut, kira-kira jam 2 petang kelmarin. Kejadian luar dugaan yang berlaku dalam sekelip mata itu bukan sahaja menyebabkan peralatan dapur rosak malah menyebabkan dua peniaga turut cedera terkena serpihan besi khemah berkenaan. Difahamkan ketika kejadian, peniaga sedang membuat persiapan bagi memulakan perniagaan di tapak bazar Ramadan yang menjadi salah satu lokasi tumpuan penduduk setempat di daerah ini setiap kali tibanya bulan mulia untuk mencari juadah berbuka. Pengerusi Persatuan Kebajikan Pasar Minggu dan Pasar Malam Daerah Dungun (Keppamim), Hassan Abdul Aziz berkata, kejadian hujan lebat yang disertai angin kencang selama hampir satu minit itu menyebabkan lima khemah peniaga ranap selepas diterbangkan angin dan dua daripadanya rosak teruk. Kepala cedera terkena tiang Dalam usaha sekumpulan peniaga itu menyelamatkan diri, seorang peniaga ayam goreng, Zulfahmi Ariffin, 27, terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala akibat terkena tiang khemah yang terbang. Zulfahmi yang ditemui berkata, ketika kejadian, dia bersama beberapa pekerja lain sedang menyusun peralatan dapur. "Apabila melihat khemah saya terangkat, saya cuba berpaut sekuat tenaga pada tiang untuk mengelakkannya terbalik. "Namun tenaga saya ternyata tidak mampu menghalang angin kuat itu daripada terus menerbangkan khemah saya," katanya. Zulfahmi berkata, sebaik angin berhenti, tiba-tiba kepalanya terasa pedih sebelum melihat darah mengalir keluar. Dia cuba menekup luka di kepala itu dengan tangan namun darah terus mengalir sebelum seorang rakannya menghulurkan sehelai kain. "Walaupun saya mengalami kerugian kerana banyak peralatan rosak termasuk van, namun saya bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu," katanya. Sembunyi bawah meja selamatkan diri Sementara itu, seorang lagi peniaga ayam tempayan, Ahlina Abdullah, 30, yang cedera ringan di lengan kanan berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi pekerja berada di bawah khemah sedang melakukan persiapan untuk memulakan perniagan. Ahlina yang berasal dari Kampung Che Lijah berkata, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia tidak sempat melarikan diri. "Ketika kejadian, saya baru sampai dan kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja, saya rasa macam nak terbang, jadi saya cepat-cepat pegang tiang, "Tapi tiang tu bergerak juga dan saya terpaksa lepaskan kerana angin terlalu kuat. Akibat terlalu takut, saya menyorok bawah meja dan apabila angin berhenti saya lihat semua khemah sudah ranap," kata Ahlina yang buat pertama kali berniaga di bazar berkenaan. Beberapa peralatan milik peniaga seperti tempayan, dapur serta meja turut mengalami kerosakan teruk dihempap khemah menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak dapat meneruskan perniagaan yang sepatutnya bermula jam 3 petang. Pusaran angin terbangkan khemah Dalam pada itu, Gustina Mohd Ali, 40, berkata, dia melihat pusaran angin menuju ke tapak gerainya. "Sebaik tiba, saya lihat pusaran angin menuju ke sini, seketika kemudian khemah bergoyang, tanpa berlengah saya terus berlari menyelamatkan diri selepas melihat khemah mulai terbang," katanya yang bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Menurutnya, dia yang mula berniaga di tapak bazar itu dua hari lalu baru tiba untuk melakukan persiapan bagi memulakan perniagaan. Bagaimanapun, sebelum sempat berkemas di gerainya, Gustina tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran pusaran angin berwarna gelap yang secara tiba-tiba melalui lokasi berkenaan sebelum menerbangkan beberapa khemah milik peniaga. Gustina berkata, dia mulai panik apabila melihat khemah serta peralatan dapur berterbangan seperti dalam filem aksi. Katanya, detik hitam itu merupakan kali pertama dihadapinya dan ia benar-benar membuatkan dia rasa trauma selepas melalui situasi menakutkan itu. "Bila lihat situasi itu, saya terus melarikan diri ke kawasan lebih selamat. "Saya tahu, kalau saya terus berada di sini, mungkin saya turut menjadi mangsa," katanya. Gustina turut mengalami kerugian apabila beberapa peralatan dapurnya rosak teruk selepas dihempap khemah yang diterbangkan angin dalam kejadian angin kencang itu. Jumlah kerugian lebih RM 2,000 Dalam kejadian itu, Sinar Harian difahamkan jumlah kerugian yang dialami peniaga berkenaan lebih RM2,000. Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Keppamim menghulurkan bantuan segera dengan membaiki beberapa khemah yang rosak bagi membolehkan peniaga dapat meneruskan operasi seperti dijadualkan. Pihak Keppamim juga akan bermesyuarat Khamis ini untuk menimbangkan bantuan sesuai yang mungkin boleh disalurkan kepada mangsa terlibat - Sinar Harian |
Pencacai UMNO Kantoi fitnah Setpol MB Kedah di bulan puasa.. Posted: 23 Jul 2012 06:08 PM PDT Mungkin disebabkan terdesak untuk mencari duit raya, pencacai UMNO sanggup melakukan apa sahaja hatta menabur fitnah didalam bulan Ramadhan ini. Ahad lalu hari kedua seluruh ummat Islam di Malaysia mengerjakan ibadat puasa sebuah Blog Pro UMNO yang bernama 'Padi Jantan' telah menyebarkan satu fitnah. Pemilik Blog tersebut menyiarkan sebuah berita kononnya Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah telah ditangkap kerana rasuah dan rentetan dari itu kebanyakkan blog Pro UMNO yang lain menggunakan laporan yang berbentuk fitnah oleh 'Padi Jantan' itu untuk menyerang PAS. Bukan saja Blogger Pro UMNO, malah Blogger Pro PR pun ada yang percaya dengan fitnah dari 'Padi Jantan' itu dan membidas pihak PAS.. Berikut adalah jawapan dari Setpol MB Kedah sendiri dalam hal ini..
Kalau terdesak sangat nak cari duit raya sekalipun.. hormatlah sikit bulan Ramadhan ni.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan