Anak Sungai Derhaka |
- PapaGomo dibidas Fathul Bari kerana sebar fitnah..
- Perutusan Ramadhan 1433H oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Video Inside)
- Untuk bodek Najib, JAKIM hanguskan RM2Juta duit rakyat?
- Selain Gereja terbesar di Asia Tenggara, Malaysia juga punya lambang Salib Terbesar di Asia??.. lihatlah!!
- Tiada senjata ditemui pada Pegawai yang mengamuk itu kata Timb. Ketua Polis N9..
PapaGomo dibidas Fathul Bari kerana sebar fitnah.. Posted: 20 Jul 2012 08:53 AM PDT Aku ingatkan hanya sebahagian blogger-blogger dari UMB saja yang tak boleh terima hasil kerja tak bertamaddun si PapaGomo ni.. rupa-rupanya Fathul Bari Mat Jahaya pun tak boleh terima jugak.. Fathul Bari Mat Jahaya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda UMNO kata dia tak setuju dengan kerja-kerja fitnah si PapaGomo itu.. SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo. Secara prinsipnya pula aku sangat suka jika PapaGomo ini meneruskan kerja-kerja memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DS Anwar Ibrahim.. Jangan kurangkan tetapi tambahlah sebanyak mungkin sempena bulan Ramadhan ini, minta video lucah yang kononnya sipelaku adalah Anwar Ibrahim yang si Zamil kata nak edarkan pada PRU13 ini di Permatang Pauh. Siarkan dalam Blog PapaGomo tu.. barulah rating atau hits boleh mengalahkan APA. Lagi satu kalau ada video seks fitnah Nurul Izzah tu..simpan buat apa? siarkan sempena menyambut Aidil Fitri ni.. Yang bagusnya si PapaGomo ini ialah penulisan dan fitnahnya kini telah dianggap sebagai hasil kerja UMNO.. bagus!! teruskan.. Dan artikel fitnah yang ditulisnya disebarkan pula oleh Blogger-blogger UMB.. walaupun Tun Faisal juga tak boleh terima kerja tak bertamaddun dia ni.. Tapi yang aku hairannya kenapa ramai penyokong Pakatan Rakyat dari kalangan wanita suka membaca blog si PapaGomo nih?? Kalau korang tak percaya wanita penyokong dan ahli parti dari Pakatan Rakyat suka baca Blog PapaGomo ni.. korang tanya wanita-wanita dari Pakatan Rakyat yang membaca Blog.. korang tanya "Blog apa yang anda baca".. tanya dalam 20 orang.. Dari 20 orang tu sekurang-kurangnya 10 akan kata Blog PapaGomo.. tak percaya? Cubalah tanya.. |
Perutusan Ramadhan 1433H oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Video Inside) Posted: 20 Jul 2012 07:33 AM PDT Ibadah puasa sepanjang Ramadan tidak bererti jika amalan rasuah berterusan dan hak rakyat miskin dirampas, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. "Jangan ada rasuah, jangan ada amalan merampas, merompak kekayaan yang bukan hak kita. Apa erti ibadah Ramadan kalau rasuah berterusan, pengambilan tanah, balak, kontrak atau komisen yang bukan hak, diteruskan. "Sebab itu, penghayatan Ramadan bukan setakat menahan lapar dahaga tetapi ke arah ketakwaan kepada-Nya," kata beliau. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada perutusan sempena kedatangan Ramadan yang disambut seluruh umat Islam di dunia termasuk Malaysia. Terdahulu, Anwar berkata, Islam menekan penghayatan Ramadan supaya derita rakyat dapat dirasakan dan amalan pembaziran dihenti, apatah lagi melibatkan wang negara yang diamanah. Katanya, Ramadan harus meningkat kesedaran supaya lebih prihatin terhadap kesengsaan dan derita rakyat miskin, selain memperbanyak sedekah, amal jariah supaya meringankan beban rakyat yang derita. "Mudah-mudahan ibadah dapat sempurnakan dengan menambah bacaan al-Quqan, munajat kepada-Nya. membaiki akhlak, menambah ilmu dan memastikan matlamat meningkat ketawaan. "Mudah-mudahanjuga, kita dapat menyempurnakannya supaya dapat mencapai darjat ketaqwaan kepada-Nya dengan lebih cemerlang dan memperoleh barakah," katanya. Dan dari aku buat semua yang membaca Blog Anak Sungai Derhaka yang tak seberapa ini... " Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak" semoga segala ibadah mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.. Dan ucapan khas buat penyokong-penyokong UMNO yang membaca Blog ini.. "Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak" dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO... |
Untuk bodek Najib, JAKIM hanguskan RM2Juta duit rakyat? Posted: 20 Jul 2012 02:10 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiahkan jubah kepada 14,254 imam dan 138,746 ahki jawatankuasa masjid-surau demi memperbaiki imej beliau yang dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan kuasa. Inisiatif itu dibuat mungkin selepas meyakini bahawa majoriti Melayu khususnya golongan beragama bakal menolak Umno Barisan Nasional secara besar-besaran semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. "Sebab kita sudah sampaikan awal, saya harap tok imam pakailah (jubah daripada) kain baru ini pada 1 Syawal nanti," katanya pada Majlis Himpunan Perdana Warga Imam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, semalam. "Selain itu, kita akan beri dua tong air zam-zam dan kurma untuk seluruh masjid dan surau (solat Jumaat) seluruh negara," Najib turut mengumumkan jumlah imam serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini dinaikkan kepada 400 orang, berbanding kira-kira 100 orang tahun lepas. Dalam ucapannya, Perdana Menteri mengingatkan bahawa masjid tidak boleh digunakan sebagai platform untuk menabur fitnah dan kebencian yang merosakkan perpaduan umat Islam di negara ini. Dalam Majlis Himpunan Perdana Warga Imam itu dilaporkan 11,000 ribu imam dan jawatankuasa masjid seluruh negara telah dikerah menghadirinya. Hadirin yang dikerah berkenaan turut menerima 'token' RM100 melalui peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Difahamkan, sebanyak RM2 jta wang rakyat dihanguskan oleh JAKIM bagi agenda politik peribadi Najib. Sumber laporan : Faqar |
Posted: 19 Jul 2012 08:52 PM PDT Sehingga kini masih tiada jawapan apakah sebabnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN membenarkan pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara dan tercanggih di dunia di Negara ini. Meskipun agama Kristian bukanlah agama rasmi Negara Islam Malaysia dan jumlah penganut agama tersebut adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia dan Filipina Negara kita punya Gereja yang terbesar di Asia Tenggara. Gereja yang dinamakan Calvary Convention Centre (CCC) merupakan gereja yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf &Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium. Kos keseluruhan pembinaannya menelan belanja sekitar RM135 Juta ini termasuk harga tanah yang terpaksa dibayar. Bangunan setinggi 6 tingkat yang punya keluasan 600,000 kaki persegi ini mampu memuatkan 5,000 orang dalam satu-satu masa. Pembinaan gereja terbesar dan canggih ini bermula pada 15 February 2008 apabila tapak pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaanny. Bukan mahu mempertikaikan kebebasan berugama yang dibenarkan dinegara ini.. Pihak manakah yang membenarkan pembinaan ini? Adakah DAP yang memberikan kelulusan untuk pembinaannya? Ialah.. kan suatu masa lalu Lidah Rasmi UMNO pernah menyebarkan satu fitnah kononnya DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara ini.. Dah nak siap dah... Persoalan tentang gereja terbesar didunia masih belum terjawab, e-mail yang di terima dari seorang warganegera Hasil carian dari link yang diberikannya.. menunjukkan image di bawah.. Ada yang kata ianya tanah perkuburan Kristian.. kalau itu benar apa rasionalnya lambang begini besar dibina.. dan siapa yang membenarkan pembinaannya.. adakah pihak DAP? |
Tiada senjata ditemui pada Pegawai yang mengamuk itu kata Timb. Ketua Polis N9.. Posted: 19 Jul 2012 05:46 PM PDT Kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mohd Hassan kepada pemberita "Semasa kami tahan pegawai itu, kami tidak menjumpai apa-apa senjata. Pegawai itu baru pulang daripada bercuti dan senjatanya telah diserah sebelum dia bercuti," Tak ada senjata? Korang tengoklah sendiri apa yang Inspektor Polis tu pegang pada minit yang ke 3:10 dalam video di bawah ni...lepas tu baca kenyataan penuh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan itu.. Video bahagian kdua sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan