Sabtu, 14 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kerana menyiarkan laporan ini.. wartawan Malaysiakini dihalau dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia

Posted: 14 Jul 2012 06:39 AM PDT


Wartawan Malaysiakini, Ahmad Fadli Kc telah dihalau keluar dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia selepas beliau melaporkan ucapan timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang jelas bukan untuk pengetahuan umum ( rahsialah kononnya..)

Insiden tersebut telah dinyatakan dalam FB milik beliau, Ahmad Fadli Kc (Teruna Wangi)


 Berikut apa yang telah dilaporkannya seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini..

Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta
Ahmad Fadli Kc






Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

NONE"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.

NONEKetua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.

"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada
bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.

Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh - Malaysiakini


Halaupun tak guna... rahsia dah bocor.. tengok Mohd Zaini Hassan sendiri dah akui pencacai UMNO dibayar.. dibayarpun tak mendatangkan hasil... sia-sia sajalah..

Info dibekalkan oleh ( Faqar )

Ahmad Maslan ni tak Sekolah ke?.. mengirapun tak tahu..

Posted: 14 Jul 2012 02:50 AM PDT

Free Malaysia Today melaporkan.. Seramai lima ribu orang menyertai 'Himpunan Oren Selamatkan Felda' di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul di perkarangan masjib tersebut sejak 1.00 tengahari tadi dan berjalan ke arah Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan bantahan penyenaraian itu.

Mereka telah dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan dari mereka dibenarkan untuk memasuki kawasan Istana untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Pihak polis, yang memantau perhimpunan tersebut, membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta - Laporan penuh di ( Free Malaysia Today )

Mungkin lebih dari 5,000 yang hadir .. cuba kira dari beberapa keping gambar di bawah ni...


Ini videonya...


Tapi.. 1,000 saja yang hadir.. kata Ahmad Maslan pemimpin UMNO yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia dilantik oleh Najib.


Nasib baiklah bukan semua rakyat Malaysia bodoh seperti yang di sangka.. tengok respon..


Aku sangkakan Ahmad Maslan saja yang tak tahu mengira... rupa-rupanya mamat ni pun sama...

Malaysiakini..

Sama saja dengan kes bila Hishamuddin kata kadar jenayah negara turun.. Ketua Polis Selangorpun angguk, setuju dengan apa yang Hishamuddin kata.. tapi hakikatnya Hishamuddin dah sorok fakta kata Musa Hassan di ( SINI )

LIVE!! Himpunan Oren..

Posted: 14 Jul 2012 02:22 AM PDT

Gambar adengan seks Pemimpin PAS tersebar!!... tapi dah kantoi...

Posted: 13 Jul 2012 08:02 PM PDT


Printscreen diatas adalah dari sebuah Blog Pro UMNO yang menggunakan nama 'Mat Kilau Penang'.. ianya memaparkan sekeping gambar yang kononnya merupakan adengan seks seorang pemimpin PAS dengan seorang wanita bertudung.

Memandangkan beliau seorang Blogger yang memihak UMNO, dipercayai beliau telah diberikan kebenaran oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyiarkan gambar lucah tanpa perlu disensored.

Lihat apa yang ditulisnya..



Meskipun beliau sendiri kurang pasti dengan gambar yang disiarkan dalam FB sahabatnya beliau mula menyebarkan fitnah bahawa itu adalah pemimpin PAS.

Selain itu dipercayai juga blogger Pro UMNO tersebut sedang mencari populariti untuk menandingini populariti Blog MiM yang mendakwa 'Blog Kumpulannya mendapat kunjungan dari 4 Juta pembaca sebulan'.

Kalau nak tahu kisah ni sila baca di ( SINI )..

Populariti tersebut perlu bagi membolehkannya mengepalai sebarang majlis yang melibatkan Facebooker dan juga Bloggers yang ditanggung oleh UMB.

Jalan mudah untuk mengejar populariti.. tapi tak ingat mati ke sedara?

Untuk cover malu setelah fitnahnya terdedah… pemilik Blog tersebut menulis..

haaa ramai yang tak suka dengan gambaq nie terutama puak pas serta musuh dalaman aku............apa pun kau dah bejaya buatkan korang marah kt aku....bermakna cywar aku berjaya yahooooooo.

Berjaya kepala hotak hang!! Buat malu orang Penang saja!!!

Berbalik kepada gambar yang didakwa adengan seks pemimpin PAS itu.. sebenarnya gambar tersebut telah diambil daripada laman web lucah di internet.

Dengan menggunakan teknik "macthing images" di Google Images, kita berjaya membuktikan bahawa fitnah jahat blogger Umno terkantoi di situ. Lihat buktinya di ( MiLo SuaM )

Rafizi dedahkan kerana penyelewengan MCA, 4,000 ekar tanah digadai oleh Talam Corporation..

Posted: 13 Jul 2012 06:00 PM PDT


Semalam Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli  mengancam untuk mendedahkan kaitan parti BN dengan syarikat Talam Corporation sekiranya timbalan menteri daripada parti itu, Datuk Chua Tee Yong (gambar) terus menyerang Pakatan Rakyat Selangor.

"Sekiranya dia teruskan, minggu depat saya akan panggil satu lagi sidang media untuk tunjukkan siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada Talam," katanya.

Tapi.. tak sampai minggu depan.. hari ini dia dah dedahkannya...

Talam Corporation adalah anak emas Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah, Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu.

Maka tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut:

1. RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung

2. RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung

Tidak cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan.

Oleh sebab kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank. Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta.

Pada masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender yang dimenanginya gagal disiapkan.

Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada Talam Corporation.

Akibat dari pelbagai projek usahasama dan tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor.

Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684 juta.

Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa hadapan.

Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi, sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian.

Hasil bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat.

Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat.

Kenyataan penuh sila baca di ( Rafizi Ramli )

Tangki air pula runtuh di Terengganu.. kali ini sempena lawatan Najib..

Posted: 13 Jul 2012 09:30 AM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/396111_308244082605342_675753456_n.jpg

Suratan atau kebetulan?? Takkanlah nak dikatakan kerana sial yang dibawa Najib ke Terengganu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun, Terengganu pecah kot... tak baik tu..

Lagipun mana ada manusia dilahirkan membawa sial.. orang zaman dulu-dulu saja yang percaya tu..

Semalam..13 Julai, Kunjungan pertama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke Daerah Dungun disambut meriah lebih 20,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara sempena majlis Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu, tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu turut diraikan lebih 10,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Tetapi semalam juga, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun telah pecah menyebabkan pagar yang ada berhampiran dan juga jalan mengalami kerosakan..

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/548261_308244229271994_2110812096_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/396111_308244082605342_675753456_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/315328_308244869271930_1325456362_n.jpg 
Tapi... Terengganu ni.. samada Najib datang atau tidak.. perkara yang melibatkan runtuhan ni perkara biasa dah...

Dua atau tiga hri lepas Signboard runtuh tengok kat ( SINI )


Sumber gambar ( Kerabu Bersuara) sumber berita pasal kunjungan Najib tu ( TEGANUKITA )

Tiada ulasan: