Jumaat, 13 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tahniah buat Pengerusi Umno Pulau Pinang yang menikah hari ini

Posted: 13 Jul 2012 08:17 AM PDT




NIBONG TEBAL - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.

Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.

Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.


Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.

Sementara, majlis resepsi akan diadakan esok, 14 Julai di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar - Sinar Harian


Gambar kat atas ini ialah semasa majlis raptai  petang tadi di Dataran Sungai Kerian, tempat berlangsungnya majlis resepsi esok.. jangan kata majlis dia tak ada orang datang pulak..

Gambar-gambar di atas aku ambil dari Blog Pencacai UMNO ( Anak Seberang )

Pencacai UMNO dianggap sebagai Kaldai oleh pemimpin UMNO..

Posted: 13 Jul 2012 01:33 AM PDT


Yang menggelar atau menganggap penyokong UMNO dari bawahan atau dikenali juga sebagai pencacai UMNO adalah Kaldai bukanlah aku.. tapi seorang  bekas Exco kerajaan yang juga ahli UMNO..

Selepas berjumpa PM, bekas wakil-wakil rakyat bersungut 

Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka. Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti 'alternative' dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

"Dah nak tergolek baru panggil kami" kata salah seorang yang menghubungi saya itu. Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

"Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi kerana saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang 'dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja" kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, "Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup" katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada 'moral standing' untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini. Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini. Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan 'consultant-consultant' politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

"Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara." kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

"Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak." Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan 'supervision' terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga merupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Sila sambung bacaan anda di ( Aspan Alias )

Kadar Jenayah menurun? Hishamuddin sorok fakta rupanya..

Posted: 12 Jul 2012 09:05 PM PDT


Baru-baru ini sepupu Najib yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, berkata data yang diterima pihaknya, menunjukkan kadar kejadian jenayah, termasuk jenayah jalanan menurun.

Kata dia lagi "Ia petanda baik, sebenarnya saya terima laporan dan juga maklum balas orang ramai yang merasai kadar jenayah menurun di kawasan panas, cuma dari segi prosedur saya tidak boleh umumkan, saya kena bentangkan kepada Perdana Menteri dulu sebelum saya umumkan dalam masa terdekat ini.


Itu kata sepupu Najib, Hishammuddin Hussein.. bila Hishammuddin dah kata macam tu terpaksalah Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ada disebelahnya menganggukkan kepala bersetuju..

Nak bangkang nanti kena tukar ke dalam hutan di Sarawak pula.. kan susah tu..

Hishamuddin pula cuma nak tunjuk kepada Najib kononnya Polis yang berada di bawah KDN punya prestasi yang baik bila beliau menjadi Menteri di KDN.. performance dia baguslah kononnya..

Tapi sebenarnya Hishammuddin dah menipu seluruh rakyat Malaysia dengan kenyataannya itu..

Baca apa bekas KPN ni kata… dia kata jangan nak sorok fakta..


Hishamuddin mungkin boleh menipu Najib dan seluruh ahli UMNO yang telah disahkan sebagai bodoh oleh Tun Mahathir.. tapi bukan semua rakyat Malaysia...

Ini laporan penuh yang disiarkan oleh The Malaysian Insider..

Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan


KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
 
"Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
 
"Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.
 
Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.
 
"Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'.
 
"Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan 'bodyguard'," kata Musa.
 
Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.
 
Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).
 
Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.
 
Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.
 
Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.
 
Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.
 
"Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.
 
"Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta," kata Musa lagi.
 
Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.
 
"Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.
 
"Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, 'especially' dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.
 
"Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara," kata Musa lagi.
 
Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada 'intelligence procurement' atau 'perolehan risikan'.
 
"Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.
 
"Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.
 
"Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni," kata bekas KPN itu lagi.

Skandal Noh Omar pula didedah.. beli 30 ekar tanah pada harga RM100,000 saja? (Video Inside)

Posted: 12 Jul 2012 06:19 PM PDT


Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.


Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.


Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

"Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang," katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.


Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

"Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

"Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?" soalnya.

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas - Selangorku

Untuk pengetahuan semua tanah seluas 30 ekar ialah kira-kira seluas 15 padang bola.. dan berikut adalah jawapan Noh Omar.. dengar betul-betul apa yang dia kata..


Noh Omar dituduh mendapatkan tanah seluas 30 ekar pada harga RM100,000 pada 13 Jun 1995 tapi dia jawab "Kalau dia (Swee Lim) tuduh salah guna kuasa, suruh dia lapor SPRM lah kalau kita ada salah guna kuasa, kita ada undang-undang.

"Kemudian dia dakwa ada satu tanah RM3 juta, saya nak suruh dia beli tanah RM3 juta, dia dah tak ada isulah, saya belum jadi ketua bahagian (Umno) lagi (pada) tahun 2002... dah lama... bila tiada isu dia ungkit," katanya.

Tiada ulasan: