Rabu, 11 Julai 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pemimpin dan Pencacai UMNO Penang buat kerja bodoh lagi... ini buktinya..

Posted: 11 Jul 2012 06:36 AM PDT


Gambar di atas adalah gambar tunjuk perasaan membantah pembinaan Asian Women Leadership University (AWLU)di Kampung Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang awal bulan ini..

Dalam demo tersebut kononnya kira-kira 50 penduduk Kampung telah menyatakan bantahan mereka kepada tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah kediaman bagi universiti tersebut di atas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Sr. Muhamad Farid Saad dari UMNO dilaporkan turut serta dalam demontrasi itu.

 Seperti biasa..maka media-media yang ditunggang UMNO/BN baik media cetak mahupun media elektronik mula memainkan isu tersebut..


Setelah media tunggangan, Blogger-blogger Upahan pula mula menjalankan tugas.. bagi mereka rakyat perlu diyakinkan bahawa Guan Eng mahu menghalau Melayu keluar dari Pulau Pinang..

Ini contohnya..

Agenda menghalau melayu keluar dari pulau berjalan lancar.Pisau pernah mendedahkan bahawa Lim Guan Eng ketua menteri paling celaka regim DAP menggunakan kuasa sepenuhnya pemegang porfolio tanah untuk melakukan pembersihan etnik secara sistematik.

Balik Pulau satu satunya kawasan yang masih terpelihara (setakat ini) kawasan majoriti melayu,sekarang ini proses menghalau penduduk kampung tradisi ini dilakukan dengan atas nama Hub pendidikan.

Dahulunya dikhabarkan salah satu institusi bakal dibuka ialah Nanyang Universiti dari Singapura ,namun hasrat itu setakat ini ditangguhkan.Isu ini senyap seketika semenjak 2 tahun lepas,namun rancangan ini sebenarnya berjalan lancar.

Hasilnya Kampung Genting tetap akan di ambil walaupun kesemua penduduknya adalah pemilik bergeran yang sah! Kepada Hj Husni Pentadbir Tanah Daerah Barat Daya Pulau Pinang. yang menjadi balaci Guan Eng,sememangnya kamu menjadi dalang habuan nafsu buas ultra kiasu Guan Eng dalam agenda menghalau melayu.

Kerja ukur dan penilaian tanah untuk apa? Di Wartakan untuk apa? semuanya bertujuan untuk menghalau dan merobohkan rumah rumah kampung melayu.

Plan untuk menjadikan Balik Pulau sebagai Education Hub oleh Guan Eng,sebenarnya adalah berbentuk serampang 2 mata.

Apa perlunya Education Hub di Balik Pulau? Mengapa tidak ke Kepala Batas?

Tapi.. kali ini yang menghairankan ialah isu ini tidak disiarkan berpanjangan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.. mengapa agaknya??

Sebabnya ialah demo membantah pembinaan Asian Women Leadership University yang dipercayai telah diatur oleh UMNO itu adalah satu kerja bodoh oleh UMNO di Pulau Pinang.

Ini kerana pihak yang meluluskan pembinaan Asian Women Leadership Universiti (AWLU) di Pulau Pinang yang membabitkan Kampung Genting itu adalah Kerajaan Pusat sendiri..

Berikut adalah surat rasmi dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Seri Idris Jala kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng yang menjelaskan siapa sebenarnya yang mengambil tanah mereka itu..


Hah!! pi lah demo kat depan Jabatan Perdana Menteri tu kalau berani..

Lain kali kalau nak cipta isu buat research dulu.. jangan menyondol membabi buta.. main sondol saja apa yang ada..macam babi yang buta..


Dokumen diperolehi dari Zainul Faqar

Ibu Yusmadi dirompak pagi tadi

Posted: 10 Jul 2012 08:58 PM PDT


Ibu kepada ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, di rompak sebelum subuh di rumahnya di George Town hari ini, lapor The Star dalam laman web mereka.

Menurut akhbar tersebut, Fatimah Ahmad dikejutkan oleh lelaki bersenjata meminta wang dan barang berharga daripadanya.


Ibu berumur 73 tahun yang tinggal seorang dirumah pada waktu itu dilaporkan dipukul di muka semasa kejadian dan kehilangan wang sebanyak RM3,000.

Fathimah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 6.30 pagi.



Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Pulau Pinang.. Gagal rupanya...

Posted: 10 Jul 2012 05:00 PM PDT

Ini adalah kisah yang berlaku semasa berlangsungnya Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Pulau Pinang di Sunway Carnival Convention Centre Seberang Jaya, Ahad 8hb Julai yang lalu..


Meskipun ianya berlaku dikalangan ramai Blogger-blogger Pro UMNO yang tersohor di utara Semenanjung tanah air ini, namun tiada siapa yang sudi menulisnya..

Pada mulanya aku sangkakan apa yang dilaporkan oleh Blog Teman tapi Musuh satu Parlimen dengan aku iaitu Media Permatang Pauh adalah tepat.. tapi malangnya ianya hanyalah propaganda semata-mata.

Dan aku tahu ianya adalah propaganda semata-mata apabila seorang sahabat yang turut berada di sana menceritakannya kepada aku semalam.

Katanya aku dah salah sama sekali jika aku iktiraf atau akui Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Pulau Pinang itu berjaya ( SINI ) kerana ianya langsung tidak mencapai sasaran..

Sasaran sebenar yang telah ditetapkan oleh pihak yang menganjurkan Konvensyen ini ialah 1500 orang, dewan yang disewa ialah seluruh ballroom yang kapasitinya 1600 orang.

Namun yang hadir hanyalah sekitar 200 orang lebih sahaja itupun termasuk anak-anak dan isteri yang tidak punya akaun Facebook ataupun Blog yang dibawa peserta.

Konvensyen dijadualkan bermula pada jam 1 tengahari dan berakhir pada jam 6 petang.

Konvensyen dikatakan telah diuruskan oleh seorang yang sering menjaja kononnya kumpulannya adalah tersenarai sebagai 'Top 20' dan impression atau kunjungan pembaca ke Blog-blog mereka mencecah 4 juta pengunjung dalam masa sebulan..

Dengan ayat kumpulannya tersenarai dalam 'Top 20' dan 4 Juta kunjungan itu, individu tersebut sering melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi kebanyakkan majlis anjuran BN yang melibatkan Blogger dan juga Face Booker.

Mamat kat atas tu bolehlah kita katakan 'Gila Kuasa'.. dan ada orang kata sifat ego dia menebal sebab didepan namanya ada title.. (orangUMNO tak kan tak dapat agi kot sapa dia ni?)

Mamat yang gila kuasa ini telah mengepalai Jentera Sekretariat Maya Negeri menguruskan Konvensyen ini.

Ketika jam menunjukkan hampir pukul 2.30 petang jumlah yang hadir hanyalah sekitar 100 orang sahaja

Dan apabila ditanya kenapa Konvensyen tak bermula lagi? Salah seorang dari urusetia mengatakan VVIP tak sampai lagi.. sedangkan Tok Non atau Datuk Zainal yang akan merasmikannya dah lama ternganga-nganga di dalam dewan.


Oleh itu demi meramaikan peserta maka sibuklah pihak urusetia menalipon sesiapa saja yang mereka kenal untuk hadir kemajlis itu.. lambatpun tak apa asal hadir cukuplah.

Dengan gerakan menalipon itu maka bertambahlah yang hadir.. hadir dengan terpinga-pinga..

Menyedari gambar yang akan dirakam bakal menyusahkan mereka, kerana jumlah yang hadir adalah terlalu sedikit untuk diisi oleh dewan yang besar itu, sekali lagi pihak urusetia terpaksa berkerja keras.







Mereka terpaksa mengecilkan dewan dari empat kalau tak silap aku.. menjadi hanya satu dewan kecil oleh itu akan kelihatanlah dewan dipenuhi..

Satu langkah bijak untuk menipu diri sendiri.. ha..ha..ha..

Lagipun ini penting buat mamat yang gila kuasa itu kerana gambar yang dirakam menunjukkan hadirin memenuhi dewan itu boleh dijadikan modal untuk demand dimasa depan.

Bolehlah minta lebih peruntukkan lagi untuk program akan datang.. kan Konvensen ini dah berjaya kononnya..

Kalau sekarang untuk program ini peruntukkan dari UMB ialah RM40,000 akan datang berbekalkan gambar itu bolehlah minta RM80,000 pulak kot??

Dari peruntukkan RM40,000 itu agaknya berapa yang Mamat gila kuasa tu sapu? Tentu banyakkan.. kalau kata tak ada, sebab kena beli hadiah untu cabutan bertuah tu.. kira bohonglah tu.. Pasal aku rasa.. susah nak jumpa program yang melibatkan politik ni, jika nak sediakan hadiah terpaksa membelinya.. sebab sponsorkan ada…

Persoalannya.. Adakah program yang menelan belanja sebanyak RM40,000 itu berjaya mencapai sasaran jika hanya sekadar 200 orang lebih saja yang hadir?

Bolehkah ianya dikatakan berjaya jika sasaran hadirin 1500 orang tapi yang hadir hanya 200 orang lebih sahaja..

Berjayakah ia jika yang disasarkan ialah Blogger dan Face Booker tapi yang datang entah siapa-siapa yang langsung tak punya akaun samada Blog, Twitter ataupun Face Book?

Soalan terakhir ialah berbaloikah RM40,000 itu dihabiskan untuk satu majlis yang dihadiri oleh 200 orang lebih sahaja.. Tapi aku rasa bukan RM40,000 yang diguna tu… biasalah.. pencacai UMNO pasal duit ni bertumbuk pun sanggup..

Macam kes PapaGomo tumbuk Blogger APA tu.. duit punya pasal hilang rasa hormat kepada yang lebih tua.. baca di ( SINI ) kalau tak tahu kes itu..

Dengar cerita ramai Blogger UMNO berperangai kurang ajar kepada sahabat mereka yang lebih tua dalam UMB tu..

Kurang ajar disebabkan EGO kerana merasakan diri mereka lebih hebat dari orang lama yang ada..

Kalau macam tu… sia-sia saja korang jadi ahli Parti untuk bangsa Melayu tapi tak tahu adat dan budi bahasa Bangsa Melayu!!

Patutlah depa 4 orang tu tak senyum... program gagal rupanya..

Tiada ulasan: