Anak Sungai Derhaka |
- Awat terdesak sangat UMNO nih?
- Uncle Seekers "Berani Kerana Benar", Kata Bapanya Pak Habib..
- Sekali lagi.. Mashitah menolak perlaksanaan hudud
- Uncle Seekers dibelasah dalam lokap?
- Hamper RM2Juta tanpa tender terbuka?.. ini penjelasan dari Kerajaan Negeri Selangor..
Awat terdesak sangat UMNO nih? Posted: 07 Jul 2012 05:52 AM PDT Terdesaknya UMNO/BN… aku ingatkan hanya untuk ke himpunan UMNO, UMNO terpaksa menyediakan pengangkutan dan juga wang saku untuk ahlinya agar mereka hadir ke himpunan tu… Rupa-rupanya nak menarik kehadiran Blogger dan Facebookers ke Konvensyen Media Sosial mereka di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyediakan berbagai imbuhan.. Ada blog pencacai UMNO mengatakan lebih dari 90 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk peserta seperti IPad, Tablet PC, Blackberry, Kamera Digital, Telefon Bimbit.. Takkanlah terdesak sangat kot?? Kan masih ada lagi pencacai UMNO di Pulau Pinang ni.. Kalau tak ada hadiah tu agak korang berapa orang yang akan hadir? Aku padam tarikh kat banner tu pasal aku tak mahu dituduh tolong promote program UMNO/BN… Aku nak joint sama boleh?? |
Uncle Seekers "Berani Kerana Benar", Kata Bapanya Pak Habib.. Posted: 07 Jul 2012 03:30 AM PDT Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang. Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang. Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya. "Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi memintanya mengulas mengenai isu terbabit. Kelmarin, media melaporkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim. Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972. Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat. "Bila dapat tahu berita itu, kami biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni. "Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah." "Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah" "Kami tak panik. Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja." "Mana ada blog-blog lain yang berani lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih mengetahui" tambahnya lagi. Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo |
Sekali lagi.. Mashitah menolak perlaksanaan hudud Posted: 07 Jul 2012 12:37 AM PDT Laksana sesumpah yang berubah mengikut persekitaran begitulah juga dengan Ustazah Mashitah ini.. Suatu masa dulu, ketika Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri, Ustazah Mashitah secara terang-terang telah mempermainkan hukum hudud dalam satu ceramah. Tetapi kini semuanya telah berubah, semuanya bermula dengan saranan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) UMNO dari Kemelah, Johor Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud. Meskipun secara peribadi beliau menyokong saranan ADUN tersebut.. namun demi mahu menjaga hati Najib yang telah mengumumkan tidak akan melaksanakan hukum Hudud di negara ini lihat videonya di ( SINI ).. Mashitah terpaksa memberikan alasan kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.. Alasan Mashitah untuk tidak membenarkan hudud dilaksana di negara ini ialah negara masih lagi kekurangan prasarana untuk membolehkan ia menjadi realiti. Katanya "Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini. - laporan penuh sila baca di ( Sinar Harian ) Menyokong katanya tapi alasan yang diberikan menunjukkan sebaliknya pula.. Inilah bahananya apabila seorang Ustazah terlibat dalam politik.. dalam apa jua kenyataan jawatan yang dianugerahkan UMNO diutamakan.. bukannya perintah Allah didahulukan... Kalau dah lupa apa Mashitah kata pasal hudud.. lihat Video di bawah... Berikut pula adalah nasihat UAI buat Mashita dan kita semua.. Nih print screen laporan tu... |
Uncle Seekers dibelasah dalam lokap? Posted: 06 Jul 2012 08:40 PM PDT Maklumat ini telah diperolehi dari C++.. Menurut C++ beliau telah memperoleh maklumat yang mengatakan Uncle Seekers akan dibelasah di dalam lokap yang menurutnya telah diterima dari seorang sahabat lamanya yang berkhidmat dalam Agensi Persekutuan yang terlibat dalam penguatkuasaan. Tulis C++ , bukan anggota Polis DiRaja Malaysia yang terlibat dalam kerja-kerja membelasah Uncle Seekers ini tetapi tahanan lain akan dipergunakan untuk melaksanakan kerja-kerja tidak bertamaddun ini. Dan mereka telah diugut oleh pihak tertentu untuk melaksanakan kerja-kerja itu. Dalam pada itu beberapa orang yang disyaki pegawai dari JMF didapati sering keluar masuk kompleks IPD Nusajaya, Johor menimbulkan kecurigaan untuk apa mereka berada di sana.. adakah mereka mempunyai kuasa lebih besar dari anggota Polis sendiri? Menurut sumber C++ Uncle Seekers akan dibelasah secara proffesional yang yang tidak akan menampakkan sebarang kesan luaran.. Nak tahu apa yang dimaksudkan secara proffesional itu sila baca disini ( C++ ) dan untuk info lebih detail juga sila baca di ( C++ ) Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo Bagi mereka yang tidak boleh akses ke blog uncleseekers, sila guna laluan http://uncleseekers.blogspot.jp/ |
Hamper RM2Juta tanpa tender terbuka?.. ini penjelasan dari Kerajaan Negeri Selangor.. Posted: 06 Jul 2012 05:30 PM PDT Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa pemberian kontrak membekalkan hamper Hari Raya dan Deepavali bernilai RM 2 juta dari 2009 ke 2011 adalah mengikut prosedur yang betul. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketika pemberian kontrak pada 2008 dan 2009, sebahagiannya dibuat melalui rundingan terus kerana ia bernilai bawah RM50,000. Namun, pada tahun ini, pemberian kontrak akan dilakukan melalui tender terbuka yang diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). "Pada 2008 dan 2009, ada keputusan yang menetapkan tender itu dibuat secara terus tanpa melalui tender terbuka kerana nilainya bawah RM50,000. "Tetapi apabila menyentuh soal RM2 juta, kita mesti melalui tender terbuka," katanya kepada pemberita semasa Program Terima Kasih Rakyat daerah Gombak, di sini. Beliau bersedia mendedahkan proses pemberian tender tersebut kepada media semasa persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan berlangsung Isnin depan. "Kalau mahu maklumat terperinci, kita akan dedahkan pada sidang DNS nanti. Kerajaan Negeri telus dalam melakukan kerja," ujarnya lagi. Portal berita Malaysiakini semalam melaporkan, Kerajaan Selangor memberi kontrak membekalkan hamper bernilai RM2 juta sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka. Agihan hamper percuma kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali itu dibuat oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar. Sementara kira, 200 penduduk setempat datang pada sesi sesi aduan pada PKMR hari ini di Dewan Beringin Taman Sri Gombak di sini. Mereka mengemukakan masalah perumahan dan memohon pelbagai bantuan kewangan serta pemilikan tanah. - Selangorku Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan