Anak Sungai Derhaka |
- Pencacai UMNO ini gembira RON 97 turun harga biarpun dia tak punya kereta..
- Skandal seks Guan Eng dengan Staff?.. ada ke?.. ini jawapannya (Video Inside)
- Scandal RM1 Billion : Jawapan dari Kerajaan Selangor kepada MCA... bacalah..
- Saham syarikat penyedia e-mail 1Malaysia yang dilancar Najib menjunam 70%..
- RTM sahkan Rosmah sebagai Perdana Menteri?
- Perkasa ni dah gila atau sememangnya bodoh?
Pencacai UMNO ini gembira RON 97 turun harga biarpun dia tak punya kereta.. Posted: 04 Jul 2012 07:58 AM PDT Sungguh aku tak faham dengan pencacai-pencacai UMNO ni.. bodoh melampau sungguh.. ada ka patut dia boleh tulis dia gembira minyak RON97 diturunkan harga sedangkan dia tak punya kereta.. apalah punya bangang dia ni.. Baca laporan pasal minyak turun harga ni dulu..
Bulan lepas mamat ni kata harga RON97 turun adalah satu berita gembira buat rakyat Malaysia.. setahu aku yang guna RON97 ni orang-orang yang pakai kereta 'Continental' (kereta dari dunia barat) dan Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN pasal Kerajaan tanggung.. Jadi tak tahulah aku berapa kerat rakyat Malaysia yang gembira.. Yang ni paling bangang.. aku tak tahu nak komen apa dah... |
Skandal seks Guan Eng dengan Staff?.. ada ke?.. ini jawapannya (Video Inside) Posted: 04 Jul 2012 05:29 AM PDT Akibat terlalu lama bersekongkol dengan UMNO dalam memerintah Negara ini MCA juga jelas telah terpengaruh dengan tindak-tanduk pemimpin UMNO dan pencacainya.. Sebelum ini kita sering melihat pemimpin UMNO dan pencacainya menyebar fitnah yang berupa salah laku seks terhadap pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat tak kira samada pemimpin itu dari PAS, PKR ataupun DAP.. Nampaknya kini tugas menyebarkan fitnah itu disambung oleh pemimpin MCA pula.. Fitnah yang dibawa mereka juga melibatkan isu salah laku seks.. tanpa mereka sedari Presiden mereka sendiri pernah mengaku bahawa beliau adalah lelaki yang terpapar sedang melakukan hubungan seks dalam sebuah video yang telah tersebar suatu ketika dulu.. Adun Duyong, Gan Tian Loo dari MCA Melaka telah menuduh Guan Eng terlibat dengan hubungan sulit bersama bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Hubungan sulit itu kononnya juga telah menyebabkan Betty Chew iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN di Melaka) menyerang dan mencederakan bekas staf Guan Eng itu.. Tuduhan yang berupa fitnah itu telah dilontarkan oleh ADUN Duyong didalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka.. Benarkah tuduhan itu?? Jika benar mengapa tuduhan dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka.. buatlah tuduhan di luar dewan.. Berikut adalah video jawapan Guan Eng.. "Saya tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangan dan isteri saya juga tidak pernah menyerang saya atau sesiapa pun dalam hidupnya," kata Guan Eng bagi menafikan dakwaan kononya dirinya terlibat dengan hubungan sulit bersama bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Guan Eng berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh MCA itu sebagai usaha untuk membunuh karier politiknya selain cuba mengaitkan isterinya dalam kancah politik kotor Barisan Nasional (BN). Menurutnya, setelah BN gagal untuk menghancurkan hidup anaknya dan gagal menjejaskan reputasinya, jentera media BN kini telah melaksanakan satu lagi kempen keji iaitu melalui perbuatan memburukkan isterinya didalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka. Guan Eng menyifatkan tindakan Adun Duyong, Gan Tian Loo yang membangkitkan isu berkenaan didalam Dun itu telah menyalahgunakan imunitinya dengan membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadapnya dan isteri di dalam dewan berkenaan. Guan Eng turut mengulangi desakan isterinya yang menyuruh Tian Loo mengulangi dakwaan tersebut di luar dewan. "Saya mahu Gan untuk mengulangi tuduhan itu di luar supaya saya dan isteri boleh membuat saman fitnah kerana mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar atau biadap itu. "Biar saya dan isteri saya membuktikan di mahkamah bahawa MCA tipu. Lim Guan Eng bukan (Presiden MCA) Dr Chua Soi Lek," katanya pada sidang media di sini semalam. |
Scandal RM1 Billion : Jawapan dari Kerajaan Selangor kepada MCA... bacalah.. Posted: 04 Jul 2012 01:46 AM PDT Semalam dengan dengan cara meniru pendekatan PKR dalam mendedahkan isu yang melibatkan Kerajaan UMNO/BN, MCA mengadakan satu sidang media.. Jika dalam PKR, Rafizi akan bertindak memulakan pendedahan.. MCA pula menggunakan anak Chua Soi Lek, Chua Tee Yong sebagai jurucakap mereka.. Jika sebelum dibuat pendedahan anak Soi Lek ini berkata jumlah Scandal adalah RM1 Billion.. tapi semalam jumlahnya menjadi RM260 Juta pula.. Tak tahulah mengapa.. mungkin dia tak tahu baca akaun.. pasal itulah salah... Dalam pendedahan itu MCA mendedahkan dokumen yang kononnya menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit. Dan sebagai menjawab tuduhannya itu... Nah amekkau!! Kerajaan Negeri Selangor akan saman MCA... Ini laporan dari Malaysiakini.. Kerajaan Selangor memutuskan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang menuduh berkenaan penyelewengan RM1 billion berhubung isu Talam Corporation Bhd, kata menteri besar. "Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik kerajaan Selangor," kata Tan Sri Khalid Ibrahim. Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan. Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat. MCA semalam mendedahkan dokumen yang menunjukkan Selangor menggunakan lebih RM260 juta untuk menyelamatkan syarikat Talam melalui proses perakaunan rumit. Anggota jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Chua Tee Yong mendakwa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak menjelaskan perkara sebenar berhubung usaha memungut hutang melibatkan Talam itu. Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa jumlah tersebut bukanlah skandal RM1 bilion yang disebutnya sebelum ini. Selangor akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang Talam dalam Bajet 2013 pada November ini. Malaysiakini |
Saham syarikat penyedia e-mail 1Malaysia yang dilancar Najib menjunam 70%.. Posted: 03 Jul 2012 10:04 PM PDT Ingat lagi projek memperbodohkan rakyat, Projek e-mail 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Najib sekitar April 2011 lalu? Najib telah mengumumkan perlaksanaan projek tersebut dengan kos perlaksanaannya mencecah RM50 Juta walaupun terdapat banyak e-mail boleh digunakan secara percuma di internet. Dan perkhidmatannya telah disediakan secara percuma sejak berpuluh tahun lalu sedangkan e-mail 1Malaysia ni mengenakan bayaran 50 sen setiap kali penggunaannya… Najib kata projek ni tak menggunakan dana awam.. tertanya-tanya jugak aku siapalah yang murah hati sangat nak sedekahkan RM50Juta bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang bermasaalah… baca kat ( SINI ) Tapi apa yang terbongkar disebalik pelancaran projek e-mail 1Malaysia oleh Najib itu ialah pelancarannya dengan menyediakan dana sejumlah RM50 Juta itu hanyalah bertujuan untuk menyelamatkan Tricubes Berhad yang dimiliki secara tidak langsung oleh adik Najib.. baca kat ( SINI ) kalau tak percaya.. Berapa orang rakyat Malaysia yang dah berjaya diperbodohkan oleh Najib untuk menjadi pelanggan e-mail 1Malaysia agaknya?? Dah tahu syarikat itu bermasaalah tapi demi adik dia nak lancarkan juga projek tu.. hasilnya.. Hari ini… Malaysiakini melaporkan saham bagi Tricubes Berhad yang didagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur telah menjunam 70% dan kemungkinan penyenaraiannya di BSKL di batalkan… ( SINI ) Cuba tengok apa yang The Star laporkan kat bawa ni.. tengok kat nilai dia tu.. dari 0.035 mata menjunam jadi -0.065… Maknanya dah rugi berkandar orang utara kata.. dan RM50 Juta itu akan hangus... Bagi yang kurang faham tu.. macam ni lah.. kita permudahkan sikit, katalah dulu kita membeli seketul emas dengan harga RM10K seketul.. beberapa hari kemudian harganya naik menjadi RM11K.. kita dah untung RM1K.. Kita simpan lagi dengan harapan harganya akan naik.. tapi bila hari ini kita nak jual kita kena tambah duit pula.. Begitulah lebih kurang.. Berapa juta pulak kali ni nak habis untuk selamatkannya… RM50Juta dulu siapa punya Najib? Gambar kat atas sekali tu aku jumpa di ( Ameno World ) |
RTM sahkan Rosmah sebagai Perdana Menteri? Posted: 03 Jul 2012 06:58 PM PDT Setelah sekian lama cuba tidak menonjolkan diri bagi mengejar dan meraih publisiti, akhirnya isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor muncul kembali.. 'Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri' itu yang terpapar pada skrin.. tapi yang ditampilkan ialah isteri Perdana Menteri.. Sedikit sebanyak pasti akan ada remaja yang tertanya-tanya siapa Perdana Menteri Malaysia yang sebenar ni? Tetapi jangan berasa hairan.. Rosmah sememangnya diiktiraf sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh negara luar, contohnya Singapura.. Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berkunjung ke Malaysia suatu masa dulu, meletakkan Rosmah sebagai manusia pertama yang ditemuinya ketika berkunjung ke Malaysia.. bukannya Najib. Beliau berjumpa dan mengadakan rundingan empat mata dengan Rosmah Mansor. Pertama kali dalam sejarah negara seorang VVIP asing mendahulukan untuk bertemu isteri Perdana Menteri bukannya Perdana Menteri sendiri.. Secara tak langsung Lee Kuan Yew menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia.. dan Najib tu?.. kuda kayu kot?? |
Perkasa ni dah gila atau sememangnya bodoh? Posted: 03 Jul 2012 05:00 PM PDT Kurang pasti pulak aku samada puak Perkasa ini sudah gila atau sememangnya bodoh.. ini kerana mereka telah membuat satu laporan Polis kononnya pihak Royalti telah menggunakan nama Sultan Kelantan. Laporan tersebut dibuat Ketua Wira Perkasa Kelantan, Azman Yazid, 32, kira-kira pukul 2 petang sehari yang lalu bersama beberapa ahli Perkasa yang lain. Azman ketika ditemui berkata, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan memandangkan dakwaan Royalti yang mengaku mendapat sokongan Sultan Muhammad V, justeru mana-mana pihak yang tidak menyokong pergerakan itu secara tidak langsung menderhaka kepada baginda. "Pada 26 Jun lalu ada satu perhimpunan membabitkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar) dan Royalti di depan pejabat menteri besar di Kota Darulnaim dan ketika itu Royalti menjaja gambar baginda yang mereka dakwa menyokong perjuangan Royalti - kata Azman seperti yang dilaporkan Utusan. Sedangkan Sultan Kelantan sendiri telah berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum. Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, awal bulan june lalu.. Ini gambar baginda sedang menandatangani plak berkenaan.. Itulah.. lain kali apa-apa hal pun siasat dulu.. jangan menuduh membabi buta.. kan dah nampak bodoh sangat.. Kononnya nak tunjuk kesetiaan kepada Raja.. tapi yang terserlah ialah kebodohan diri sendiri... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan